Sesuai dengan namanya yang cukup indah, Pulau Pinang Pulau Mutiara. Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya masyarakat setempat, khazanah bersejarah serta pilihan hotspot makan melazatkan menjadikan Pulau Pinang kini di anggap sebagai di antara destinasi pelancongan terunggul du dunia.
Untuk destinasi sepanjang tahun 2022, CNN Travel sekali lagi menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah destinasi paling menarik.
Terpilih sebagai salah satu daripada 22 lokasi terbaik dunia seperti Finland, Jordan, Chile dan Perancis menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya wakil dari negara ASEAN di dalam senarai tersebut.
Ads
Artikel dari CNN Travel tersebut mengatakan Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang terletak berhampiran Laut Andaman dan menawarkan keistimewaan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.
“Selain masakan popular, Pulau Pinang juga terdapat masakan Baba Nyonya (Peranakan) yang mana ia menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu. Semua makanan ini boleh diperoleh di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh Pulau Pinang.
Ads
“Selain itu, di Georgetown juga dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris dan rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid yang cantik untuk masyarakat Islam,” jelas CNN Travel lagi.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berkongsi berita membanggakan tersebut kepada rakyat Pulau Pinang menerusi satu hantarannya di Facebook.
Ads
Jelasnya, rakyat Pulau Pinang seharusnya berbangga dengan pengiktirafan di peringkat global seperti ini.
Setelah lebih 1000 hari misi cari dan menyelamat (SAR), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengisytiharkan tamat misi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.
Ketua Pesuruhjaya Greg Hood juga berkata tidak dapat mengesan sebarang bahagian pesawat.
Pencarian ini yang dijalankan mengikut piawaian tinggi dan profesional.
MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dan misi pencarian bermula hingga 17 Januari 2017, sebelum ditangguhkan oleh Malaysia, Australia dan China. “Apapun punca kehilangan MH370, tidak ada transmisi diterima pada masa 38 minit penerbangan pesawat itu.”
“Sistem yang direka untuk menghantar lokasi pesawat secara automatik termasuklah transponder dan komunikasi pesawat gagal menghantar lokasi pesawat selepas waktu itu”, menurut laporan tersebut.
Analisa radar dan satelit komunikasi lain membongkar pesawat MH370 menyambung penerbangan selama lebih tujuh jam.
Laporan juga menjelaskan 120,000 kilometer persegi carian bawah laut telah dilakukan dan gagal menjumpai sebarang bahagian pesawat.
Seramai 239 penumpang termasuk krew hilang. Selama tiga tahun ini, lima bahagian pesawat yang mungkin atau tidak mungkin kepunyaan MH370 dijumpai di Afrika Selatan, Mauritius, Mozambique dan Kepulauan Reunion.
Aktiviti selam skuba di Malaysia sememangnya mempunyai pengikutnya tersendiri kerana boleh dikatakan terdapat pulau tertentu dalam negara yang sentiasa dipenuhi golongan ini. Bagi penggemar aktiviti ini, jika tidak melakukan selaman dalam tempoh yang lama, ianya pasti dirindui.
Namun, ketika negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19, aktiviti ini perlu direhatkan sementara sebagai langkah menghentikan penularan pandemik ini. Ramai penyelam yang akur dan bersabar untuk turun semula ke dasar laut sehingga ada kebenaran diberikan semula. Tetapi tidak bagi segelintir penyelam yang barangkali terasa sangat gian untuk menyelam.
Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot dan sembilan individu selepas disyaki melakukan aktiviti reakreasi menyelam di perairan Miri kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 31 Mei 2020 lalu.
Sebuah bot telah dikesan menjalankan aktiviti rekreasi menyelam pada jarak lebih kurang 12.7 batu nautika dari perairan Miri dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran untuk melakukan aktiviti menyelam terbabit. Sembilan penyelam terbabit dibawa ke balai polis untuk dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKPB).
APMM mengingatkan agar semua komuniti maritim terutama pada pengusaha bot yang menjalankan aktiviti rekreasi seperti bot pemancing dan menyelam agar mematuhi PKPB yang sedang dilaksanakan. Semua aktiviti berkaitan pelancongan dan rekreasi hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada jabatan berkaitan.
Berita baik buat pengguna setia penerbangan Malaysia Airlines!
Malaysia Airlines Bhd menawarkan pelanggan tiket penerbangan bersubsidi untuk destinasi domestik untuk menyokong inisiatif ‘gelembung perjalanan hijau’. Gelembung perjalanan hijau ialah perjalanan rentas daerah dan negeri membabitkan negeri-negeri zon hijau sahaja.
Malaysia Airlines tetap optimis perjalanan dan pelancongan domestik akan pulih dengan pantas dengan semua pihak bersama-sama memainkan peranan mereka dalam memastikan semua langkah keselamatan dan kesihatan yang berkaitan pencegahan penularan COVID-19 dipatuhi ketika melakukan perjalanan.
Melalui kempen ‘Fly Confidently’, Malaysia Airlines telah berusaha untuk meningkatkan langkah keselamatan dan kesihatan di semua lokasi dibawah pengendalian mereka untuk memastikan penumpang kami menikmati perjalanan yang lebih selamat serta selesa bersama mereka. Malaysia Airlines memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka menjadi keutamaan.
Di bawah program itu, pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.
Pelanggan perlu mendaftar sebagai ahli Enrich untuk meneruskan tempahan itu, penumpang juga berhak mendapat bonus 500 ‘Enrich Miles’ yang akan dikreditkan selepas selesai melakukan perjalanan udara.
Inisiatif ini berkuat kuasa sehingga 8 Disember 2020 untuk perjalanan mulai 24 November 2020 dan 30 Jun, 2021 untuk semua tempahan yang dibuat di http://malaysiaairlines.com/cuticutimalaysia
image via FB Malaysia Airlines | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!