Ramai yang suka travel ke Pulau Pinang kerana banyak makanan sedap boleh didapati di sini. Bermula dari nasi kandar, kuae tiaw, rojak, jeruk dan berbagai lagi, pendek kata negeri di utara ini sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai.
Mana yang tengah terfikir-fikir mana nak menginap kalau datang ke Pulau Mutiara ini, satu perkongsian dari seorang doktor Naseer Othman di page Hotel Review Malaysia boleh menjadi panduan buat kita yang tercari-cari nak menginap di mana kalau ke sini.
Ia bermula dari hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya dan ia mengikut pengamatannya sendiri yang mencuba dari satu hotel ke satu hotel semasa pandemic. Lebih best, harganya sangat berbaloi disebabkan banyak diskaun. Setiap ulasannya ada di fb miliknya.
Jom baca perkongsiannya :-
Disebabkan saya tidak travel ke luar negara akibat pandemic, saya telah membuat hobby baru dengan travel ke hotel-hotel di Penang. Promosi hotel waktu PKP tersangat la murah, so grab peluang yang ada. Saya tak pernah stay hotel di Penang sebab saya orag Penang,,Covid telah mengubah cita rasa saya haha.
Ini rumusan hotel yang pernah diduduki. Semoga memberi manfaat. Saya dah bagi ranking mengikut pandangan saya- ranking adalah berdasarkan kepada kebersihan, kemudahan, persekitaran dan value for money. Pandangan orang lain mungkin berbeza. Semoga ada idea untuk stay di Penang nanti. Happy holiday.
5 stars hotel yang best di Penang( ranking)
1. Rasa Sayang by Shangri La
2. Eastern & Oriental
3. Angsana
4. G Hotel Gurney
5. The Presitige
6. PARKROYAL Penang Resort
7. Lexis Suites Penang
8. Evergreen Laurel Hotel
9. The Light
4 stars hotel yang best di penang (ranking)
1 The Edison Penang
2 Lone Pine Boutique Hotel By The Beach
3 Shangri-La Golden Sands, Penang
4 Courtyard By Marriot
5 Muntri Mews
6 Hompton By The Beach Penang
7 Bayview Beach Resort
8 Royal Chulan
9 Hotel Penaga
10 Mercure Penang
11 Sunway Hotel Georgetown
12 Areca Hotel
13 Jen Penang Georgetown by Shangri-La
14 Bayview Hotel Georgetown
15 Flamingo
16 AC Hotels By Marriott Penang
17 Berjaya Penang
3 stars hotel yang best di penang (ranking)
1 Sweet Cili Boutique Hotel
2 Brown Hotel
3 Hotel neo penang
4 Hotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront
5 Tune Hotel Georgetown Penang
6 Lost Paradise Resort
Kredit : Naseer Othman di Hotel Review Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakyat Kemboja Sambut Hari Kemenangan Raikan Kejatuhan Rejim Khmer Rouge Setiap 7 Januari
Buat anda yang suka untuk mengetahui dan melihat sejarah sesuatu tempat dengan lebih dekat berbanding membaca di buku dan google di internet, anda boleh merancang percutian ke Kemboja pada 7 Januari setiap tahun kerana rakyat Kemboja akan menyambut Hari Kemenangan atau Victory Day sebagai memperingati kemenangan tertumbangnya rejim Khmer Rouge pada 1979.
Sewaktu pemerintahan rejim Khmer Rouge ini telah berlaku pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Kemboja. Dianggarkan lebih 1.7 juta rakyat Kemboja terbunuh akibat kekejaman rejim Khmer Rouge yang mahu mengubah negara Kemboja menjadi negara komunis. Kejam kan?
Ini 10 fakta yang anda perlu tahu berkenaan dengan sejarah tersebut:
- Berbeza dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di tempat lain, di mana kumpulan etnik tertentu disasarkan sebagai mangsa tetapi di Kemboja, pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu tidak mempunyai pengecualian dan turut melibatkan doktor, guru, golongan minoriti, orang yang mempunyai pendidikan, kanak-kanak dan juga bayi!
- Pol Pot menghendaki negara itu kembali kepada cara hidup yang ‘cukup-diri-sendiri’ di mana wang tidak mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Ini membawa kepada pemindahan besar-besaran rakyat secara paksa dari bandar ke luar bandar untuk permulaan doktrinisasi tersebut.
- Hampir dua juta orang yang mati semasa pemerintahan Khmer Rouge adalah 100,000 orang Cham Muslim dan 20,000 orang Vietnam.
- Walaupun beberapa fakta mengenai pembunuhan beramai-ramai di Kemboja mendapat pengiktirafan antarabangsa, tragedi itu tidak disiasat di peringkat antarabangsa kerana kekalahan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam dan Amerika Syarikat tidak mahu terlibat di rantau ini lagi.
- Pada beberapa tahun selepas malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja, negara itu mula membuka peluang kepada komuniti antarabangsa untuk mendekati mangsa yang selamat dan berkongsi kisah dan pengalaman mereka. Dengan fakta-fakta mengerikan mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku, Hollywood mencipta filem The Killing Fields berdasarkan pengalaman kisah benar mangsa. Filem ini membawa perhatian seluruh dunia kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja yang diabaikan di peringkat antarabangsa.
- The Extraordinary Chambers di Mahkamah Kemboja, atau dikenali sebagai ECCC, ditubuhkan pada 1997 dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk mendakwa pemimpin kanan Khmer Rouge terhadap jenazah yang dilakukan dalam pembunuhan beramai-ramai dahulu.
- Pol Pot menghadapi pertuduhan pertama pada tahun 1997 di mana dia dijatuhkan hukuman tahanan. Dia meninggal dunia kurang dari satu tahun kemudian dan tidak pernah menghadapi perbicaraan sebenar kerana jenayahnya dan meninggalkan berjuta-juta orang terkilan kerana tidak berpeluang untuk membawanya ke muka pengadilan.
- Mangsa dibenarkan secara aktif mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah percubaan sebagai pengadu bagi memberikan mereka keadilan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan baharu. Jumlah mangsa yang hadir pada setiap kes perbicaraan adalah berbeza daripada 94 hingga 4,128.
- Sepanjang percubaan, tiga tertuduh telah dijatuhkan hukuman dan empat lagi didakwa atas tuduhan yang berkaitan dengan kejahatan terhadap kemanusiaan, pembunuhan, pencabulan Kanun Keseksaan Kemboja 1956 dan pelanggaran Konvensi Geneva 1949 dan pembunuhan beramai-ramai.
- Kenyataan penutup untuk kes terakhir berlangsung sembilan hari pada bulan Jun 2017 dan penghakiman terakhir diadakan pada tahun 2018.
Itu serba sedikit fakta mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Kemboja. Pemeintahan rejim Khmer Rouge tak lama, dari tahun 1975 hingga 1979 sahaja, tetapi kesan daripada tindakan kejam mereka itu berterusan sehingga berdekad lamanya.
Jadi kepada anda yang suka melancong untuk mengetahui perkara-perkara seperti ini, jangan lupa untuk melawat Kemboja bukan Januari nanti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Kata Kerja Gila! Tapi Lelaki Ni Naik Honda RS150R ke Kota London!
Manusia ni hebat. Tiada yang mustahil. Kalau nak usaha…inshaAllah boleh…
Awal tahun ini, berita Mohd Alfishahrin ride ke London bersama isteri; tersebar dalam grup Honda RS150R Official Fan Club Central. Saya mula follow kembara mereka. Juga dikenali sebagai duge sereng, Alfishahrin memang rider long distance hardcore. Sebelum Honda RS150r, dia dah sampai banyak negeri dan negara jiran dengan Yamaha 125z.
Kali ini lebih gila, bersama isteri; RIDE TO LONDON rentas banyak negara. Kagum dan berinspirasi, LIBUR berpeluang interview mereka. Ketika ini, Alfishahrin dan isteri dah pun sampai ke Malaysia selepas hampir 6 bulan di atas motor ke London.
Ringkas pengenalan diri dan pasangan. Umur, asal, pekerjaan…
Nama Mohd Alfishahrin (31) dan isteri Diana binti Latief (30) Sebelum ni kami bekerja di Standard Chartered Bank tapi berhenti kerja untuk ride ini. Kami berhenti kerja kerana tidak diberi cuti tanpa gaji. Jadi kami tekad berhenti untuk kejar impian kami… Kenapa kembara dunia dengan menunggang motor dan bukan flight?
Kembara dengan motorsikal ni, keseronokan & cabarannya lain jika dibandingkan dengan travel flight. Kami nak sesuatu yang mencabar diri di tahap maksimum. Tambahan pula, suami saya minat mengembara menggunakan motorsikal kapcai. Kembara dengan motor kapcai ini juga merupakan Program Inspirasi dibawah PEMADAM Selangor.
Berapa lama anggaran kembara ini?
Anggaran kembara kami lebih kurang 4-5 bulan. Sikit lagi dah nak setengah tahun.
Permulaan kembara anda dari Malaysia-Thailand…….London? dan kenapa London?
Kami bermula dari Selangor, Malaysia ke Thailand,Nepal,India,Pakistan,Iran, Armenia, Georgia, Turki, Greece, Albania, Croatia, Slovenia, Italy,Switzerland & kini berada di Jerman . London kota idaman kami buat masa ini. Mungkin ke tempat lain pula satu hari nanti!
Reaksi rakan dan keluarga apabila mahu kembara motor ke luar negara?
Rakan & keluarga pada mulanya terkejut & mengatakan kami gila untuk teruskan dengan idea ini. Namun dalam masa yang sama mereka sokong & sangat teruja dengan keputusan kami untuk kembara dunia. Dengan sokongan mereka, kami bersemangat dan teruja teruskan impian kembara ni.
Tak rasa penat menunggang ke London?
Memang rasa kematu dan penat tu ada. Tapi bila dah biasa, tak jadi hal. Kami pun akan rehat sejam dua bila ride jauh. Alhamdulillah so far takdelah sakit pinggang.
Pulang semula ke Malaysia bagaimana? Motor /Flight?
Pulang ke Malaysia menaiki flight (kalau motor juga mahu setahun sampai semula ke Malaysia)Berapa kos keseluruhan secara anggaran/ dan ada sponsor dari mana-mana pihak?
Anggaran kos lebih kurang RM40,000. Sebahagian ditaja oleh PEMADAM SELANGOR, barangan aksesori motorsikal oleh GIVI MALAYSIA & MYBIKERZ. Selebihnya duit simpanan & juga duit hantaran kahwin.
Bagaimana dengan maintenance motor RS150r di luar negara seperti minyak hitam, tayar, aksesori lain? Ada masalah setakat ini?
Servis motorsikal bila cukup mileage. Kami akan ke kedai motorsikal yang ada di mana-mana negara apabila waktu servis sudah sampai. Tayar kami cuma tukar sekali di India utk kegunaan offroad, hingga sekarang masih guna tayar yg sama. So far, Alhamdulillah RS150r tiada masalah.
Ubahsuai motor RS150r?
Kami tak ubahsuai motor cuma kami tambah kelengkapan secara berperingkat. Seperti USB untuk cas bateri, sportlight di Malaysia & tapak tambahan untuk tangki minyak ekstra di India. Box belakang dan sisi di taja Givi Malaysia.
Apa pengalaman boleh dikongsi dari kembara dunia ini?
Terlalu banyak pengalaman yg kami dapat sepanjang perjalanan ni. Kalau nak list kan memang panjang. Kami dapat lihat & belajar tentang dunia luar, budaya masyarakat tempatan & secara tak langsung kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Banyak positive vibe yg kami dapat lihat & semua tu buat kami jadi lebih positif & nak perbaiki diri. Kami belajar untuk hidup di luar zon selesa. Dapat lihat keindahan alam, menyelusuri kawasan & kampung-kampung yang cantik, dan kenal orang yg baik-baik.
- Kami bangga dengan pecapaian peribadi bila hanya dengan menaiki kapcai juga kami berjaya sampai ke world highest motorable road di India. Dapat lalu yg tertinggi (pertama), kedua & ketiga di dunia (as claimed) semuanya di India.
- Kami lalu top 10 world most dangerous road di Rohtang Pass. Jalan idaman para bikers seluruh dunia
- Berpuasa & berbuka dengan gelandangan di Pakistan
- Lalu di jambatan pemisah benua eropah & asia & banyak lagi la nak list down!
- Dah sampai di ATM tertinggi di dunia
3 negara paling best setakat ini? Secara ringkas kenapa?Sekarang di mana?
Negara paling best? semua best! kalau suruh pilih memang susah nak pilih. Kalau tanya yg mana rasa adrenalin bergelora kami pilih
1.Turki- sebab terlalu banyak tempat menarik (historical place, tempat para nabi) & budaya mereka : pertembungan budaya Asia & Eropah.
2.India- adventure dia memang thrilling. Tak boleh lupa sampai sekarang. negara sangat unik.
3.Iran- muka bumi & iklim yang unik. suasana yang tenang.
Pakistan pun best jugak!
Setiap negara pun adventurenya berbeza & kami enjoy. kalau nak list tiap satu negara tu boleh buat buku kot!
Sekarang dah viral. Bagaimana hidup selepas ni?
Diri sama macam biasa, mungkin rutin buat awal-awal ni sibuk sikit ke jemputan invertiew dll. Viral ni bonus kepada kami kerana ada media sosial. Kami update FB supaya famili, rakan dan followers dapat berkongsi lihat negara orang lain dan supaya mereka tahu kami dalam keadaan selamat. Mungkin akan cari pekerjaan lain kita tengok macam mana, rezeki Allah itu luas.
Terima kasih Alfishahrin & Diana. Ucapan kepada pembaca?
Dari angan-angan kosong jadi satu impian, dari impian kita cipta cita-cita, dan dari cita-cita kita cuba untuk capai & insyaAllah akan berjaya. Mengembaralah, lihat dunia walau dalam cara apa sekalipun, minda kita akan lebih terbuka dan kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Landasan Maut Di Kanchanaburi Thailand Simpan Seribu Satu Kisah
Thailand punya banyak lokasi menarik. Namun sayangnya hanya Bangkok dan Phuket yang paling popular dikunjungi. Kota lain tidak kalah menawan dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
Kanchanaburi ialah area dengan hutan lebat dan merupakan syurga tersendiri buat para pelancong. Cantik dan indah, namun tempat ini juga menyimpan masa lalu yang kelam.
Di sinilah terdapat Death Railway atau jalan kereta api kematian yang menghubungkan hingga ke Myanmar, serta jambatan di atas sungai Kwai. Keduanya adalah sisa-sisa peninggalan zaman perang dunia kedua dan dibangunkan oleh tahanan perang. Kalau anda tertarik dengan sejarah, tempat ini wajib anda kunjungi. Pemandangan yang megah dan keindahan menawan Kanchanaburi termasuk beberapa air terjun yang terkenal, gua yang pernah dihuni oleh manusia Neolitikum, taman nasional dan sungai yang tenang.
Kanchanaburi terletak pada titik di mana dua anak sungai Khwae Noi dan Khwae Yai bertemu dan membentuk Maenam Mae Klong. Ini ialah lokasi terkenal Death Railway dan jambatan di Sungai Kwai yang terkenal dan telah diabadikan dalam filem.
The JEATH War Museum
Nama JEATH berasal dari negara-negara yang terlibat dalam pembangunan kereta api Perang Dunia II dari 1942 untuk 1945 termasuk Jepun, Inggeris, Amerika, Australia, Thailand dan Belanda. Terletak di daerah Wat Chai Chumphon, muzium rekonstruksi tawanan perang jerami pondok penahanan yang sempit. Tawanan perang yang selamat telah menyumbangkan item untuk meningkatkan suasana dan keaslian muzium ini.
Hellfire Pass Memorial Museum Thailand
Hellfire Pass Memorial Museum menjadi salah satu dari lima muzium popular di Asia menurut TripAdvisor. Pengunjung dapat merasa penderitaan dan kenangan tentang kekejaman Perang Dunia Kedua dan belajar dari korban yang selamat tentang kejadian waktu itu dan mengapa kejadian itu boleh menimpa mereka.
Disebut muzium terbaik di Thailand, Hellfire Pass berada di kota Kanchanaburi (sekitar 75 km di sebelah barat Bangkok, berdekatan Thailand dan Myanmar. Di muzium ini, masyarakat Thailand kerap mengadakan upacara untuk memperingati pemboman sekutu di wilayah tersebut yang dimulai pada 28 November 1944. Acara tahunan ini dilaksanakan mulai 28 November hingga 7 Disember.
Jambatan Sungai Kwai
Jambatan Sungai Kwai telah menjadi terkenal dan menarik baik Thailand dan pelancong asing. Dari “The History of the Real Bridge over The River Kwai Yai” dapat diketahui bahawa rel kereta api ini dibangun Tentara Kolonial Jepun dengan Sistem Kerja Paksa yang terkenal dengan kekejamannya. Memaksa ratusan ribu tawanan perang tentera Sekutu dalam Perang Dunia kedua terutama dari beberapa negara jajahan seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan India.
Dikatakan bahawa lebih dari 16,000 tawanan perang dari Ingegris, Australia, Belanda dan Amerika meninggal dunia ketika membangunkan jambatan yang merupakan sasaran serangan bom di 1945. Selain ini, lebih kurang 90,000 buruh dari Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia meninggal selama pembinaan. Jambatan ini masih digunakan hingga kini dengan bahagian melengkung dari jambatan aslinya. Kereta api ketika itu berakhir di Ban Tha Sao atau Namtok Station, jarak 77 km. dari Kanchanaburi Station.
Tiger Temple
Bagi anda yang pernah kerap mengunjungi Thailand, mungkin sudah tidak asing dengan Tiger Temple Wat Pha Luang Ta Bua di Kanchanaburi, Thailand. Tempat ini sering dijadikan salah satu destinasi pelancongan yang membawa pelancong tempatan mahupun luar negara.
Bagi anda yang pernah mengunjungi tempat ini, mungkin pernah merasa agak aneh dengan keadaan harimau di tempat ini. Mereka nampak lemas dan lehernya selalu dililit dengan rantai. Di tempat suci Buddha ini, nyatanya banyak harimau yang harus meregang nyawa dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya.
Sai Yok National Park
Sai Yok National Park merupakan Taman Nasional yang di dalamnya terdapat air terjun, gua batu kapur, sumber air panas serta akomodasi yang baik untuk pelancong. Di sini pelancong dapat menikmati aktiviti air seperti kayak, berenang, bambu rafting dan gajah trekking.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI