
Sesekali dapat berbuka di luar di bulan Ramadhan ini memang best. Kena pula kedai yang pergi menyajikan makanan enak dan sedap-sedap belaka. Memang meriah jadinya.
Bagi orang Parit Buntar, ada satu port steamboat yang menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke sini. Tak kira bulan Ramadhan mahu pun hari biasa, D'Friend Steamboat & BBQ menjadi tumpuan ramai pengunjung.
Di sini, ada berbagai menu seafood seperti sotong, ketam, udang, lala, kepah, ikan dan banyak lagi disediakan. Terdapat dua jenis kuah iaitu tomyam dan sup.
Malah di bulan Ramadhan ini, D'Friend Steamboat & BBQ menyajikan promosi khas di mana air diberi percuma selain kurma kalau pilih berbuka puasa di sini.
Tapi nak bagi tahu, kenalah datang awal atau buat tempahan kerana tempat ini sentiasa penuh saja.
Haa menarik kan? Ehh mestilah! Kalau tak percaya korang boleh tengok gambar di bawah.
Jom ke sini..
2160 Jalan kampung Kedah
34200 Parit Buntar
Perak
.
WAKTU OPERASI RAMADHAN :
(BUKA SETIAP HARI )
5.00 ptg – 12.00 mlm
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Ladang Madu Kelulut Wajib Serbu Di Kedah. Bukan Setakat Dapat Rasa Madu, Nak Lepak Pun Best!

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup.
Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.
- Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
- Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Kawasan ladang ternakan kelulut bukan sekadar lokasi menyedut madu dari sarannya sahaja. Hari ini ramai pengusaha ladang madu kelulut turut menjadikan perusahaan mereka itu sebagai produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung dibenarkan datang untuk melihat sendiri sarang kelulut dan menyedut madunya selain membeli produk madu dengan tawaran harga lebih murah daripada di pasaran.
Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya terletak di Alor Setar, Kedah, Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya ada tarikan tersendiri untuk menarik pengujung. Dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Keriang dari jauh, terdapat pelbagai keistimewaan tersedia terutamanya landskap unik buat 'si kaki gila bergambar'.Sambil membeli madu, pengujung juga boleh berehat di ruang luar disediakan sambil mengambil angin. Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9 pagi hingga 7.30 malam.
image via google | FB Madu Kelulut Ori Dukun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Itinerary Lengkap Travel Solo Ke Semporna Sabah. Puas Hati Layan Pulau Cantik Di Sana!

Pernah atau tidak anda terfikir untuk travel secara solo? Lagi-lagi berkunjung ke negeri yang sangat cantik pemandangannya.
Apa yang boleh kita buat jika travel secara solo ini dan pengalaman apa boleh diperoleh sepanjang percutian kali ini.
Bagi sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Muhd Hairul Anwar memberitahu keseronokan trip secara solo ke Semporna Sabah.
Bukan satu atau dua, tetapi banyak tempat dan aktiviti boleh dilakukan walaupun travel secara solo.
Malah katanya, untuk kembara solo ini, penggunaan tripod penting bagi mengambil gambar di lokasi menarik.
Semporna Gaya Solo Backpacker
DAY
* Tiba di Tawau Airport (4:10 ptg)
* Check-in Semporna (book di Agoda)
* Airport Transfer – boleh arrange dengan hotel untuk van tunggu di Airport dan hantar terus ke hotel entrance. Harga untuk perjalanan sehala dari Tawau ke Semporna RM25
DAY 2
* Untuk day trip pulau, Wegotrvelsem4na menawarkan harga serendah RM79/pax
– Pakej A Wegotravel
– Bohey Dulang island
– Mantabuan Island
– Sibuan Island
* Check-in di Lato lato Mun Water Resort
– Early arrangement dgn tour organiser is compulsory utk drop off dan pick up di water resort utk aktiviti hari berikutnya
– Penginapan di Lato2 resort boleh ditempah melalui Agoda dengan harga serendah RM295 semalam (included dinner, breakfast dan makan petang)
DAY 3
– Pakej C Wegotravel
– Timba Timba island
– Mataking island
– Pom Pom island
* Aktiviti snorkeling di ketiga2 pulau
* Check-in di Sipadan Inn 2 (lokasi strategic)
* Minum petang di Starbucks Semporna sambil menghayati panorama matahari terbenam
* Dinner di Anjung Samudera (2 minit berjalan kaki dr Sipadan Inn 2) sambil diiringi live busking
DAY 4
– Bukit Parapat
– Tanjung parapat
* Untuk sampai ke Parapat, boleh menggunakan perkhidmatan Maxim Car
– Di Semporna, perkhidmatan Grab Car kurang popular berbanding Maxim
– Untuk perjalanan sejauh 19km (26min), harga yg ditetapkan adalah RM21 sehala
* Lunch di Anjung Warisan Parapat Seafood
* Return to Tawau Airport (RM20)
– Perkhidmatan van ke Tawau Airport boleh didapati di sebelah stesen Shell Pekan Semporna (5minit berjalan kaki dari Sipadan Inn 2)
Update:
1) Cost
– Transport dr Airport tawau ke Semporna RM25
– Return transport ke Airport Tawau RM20
– Accommodation 1st day (Perfect Hub) RM42
– Accommodation 2nd day (Lato2 Resort) RM295
– Accommodation 3rd day (Sipadan Inn 2) RM83
– Trip pulau (Pakej A) RM79
– Trip pulau (Pakej C) RM79
– Extra cost utk transfer ke Lato2 RM72
– Trip pergi/balik Parapat RM42
2) Photoshoot
– Untuk trip pulau-pulau, guide akan tolong ambil kan gambar
– Untuk trip Parapat, boleh menggunakan khidmat Mr. Tripod
– Penggunaan drone tidak digalakkan di pulau-pulau sebab ada tentera berkawal
#travelsabah #supportlocaltourism #semporna
Artikel Lain:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teringin Camping Tapi Nak Selesa Ini Tempatnya, Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik

Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.
Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan.
Nah, ini satu lagi cadangan daripada LIBUR destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Canopy Villa Glamping Park satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna.
Pengunjung boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan hijau yang terdapat di sekitar tempat ini.
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.
Seronok kan? Jom bercuti dengan famili sini.
image via FB Canopy Villa Glamping Park
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI