Orang yang suka travel ini adalah mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di tempat orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, tinggi pengetahuan.
Pengalaman yang dicari itu bukan sahaja dari segi masyarakat, budaya, dan suasana semata-mata. Antara perkara penting yang perlu dialami sendiri adalah juadah makanan tempatan yang ada di satu-satu tempat itu.
Jadi sewaktu kunjungan saya ke Langkawi baru-baru ini, saya cuba cari di manakah tempat yang best untuk saya menikmati makanan yang popular di negeri jelapang padi tersebut iaitu laksa ikan sekor. Dah alang-alang sampai, kita mesti kena try laksa!
Setibanya di sana, saya dicadangkan oleh beberapa orang rakan untuk makan laksa ikan sekor di Jalan Kuala Muda, bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). Review di internet dan cerita mulut ke mulut mengatakan laksa yang dijual di sana memang sedap.
Jarak antara Pekan Kuah dengan lokasi kejadian..
Tanpa melengahkan masa, saya berangkat terus ke lokasi yang dicadangkan pada hari kejadian. Memandangkan saya masuk ke Pulau Langkawi menggunakan feri, maka perjalanan saya untuk ke lokasi yang dimaksudkan agak jauh dan perlu menggunakan kenderaan. Jarak dari Pekan Kuah, Langkawi ke kedai-kedai laksa bersebelahan LTAL lebih kurang 18.4 kilometer dan memakan masa pemanduan lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Tapi sekiranya anda datang ke Langkawi menggunakan kapal terbang, dekat sahaja untuk makan laksa ikan sekor di sebelah LTAL tu. Mendarat sahaja terus boleh pergi makan laksa.
Setibanya di sana, anda akan dapat lihat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan yang best di tepi pantai yang dipanggil Pantai Hujung. Ada banyak gerai-gerai yang menggunakan lori dan diletakkan bangku serta meja di sepanjang pantai tersebut.
Ada banyak gerai-gerai yang berniaga di pesisir Pantai Hujung ni..
Ads
Anda boleh pilih nak lepak kedai yang mana..
Saya boleh katakan kepada anda, pemandangan di sini sumpah best. Anda makan betul-betul bersebelahan dengan pantai. Kebetulan pula sewaktu kunjungan saya baru-baru ini, air laut tengah pasang, jadi gigi air betul-betul hampir dengan kawasan pantai berdekatan dengan tempat makan. Suasana tenang dan damai sambil terdengar hempasan ombak laut di pantai, membuatkan saya rasa selesa untuk lepak makan di sini.
View dia memang best. Layan je makan laksa dekat sini..
Best lepak waktu petang kat sini, betul tak? Parking space banyak, jangan risau nak park kereta dekat sebelah gerai ni..
Ada banyak meja yang anda boleh hangout dengan member-member atau family..
Ads
Saya singgah di satu kedai yang terletak di hujung depan deretan gerai-gerai yang saya katakan tadi, Zam Rojak Madu Cendol Special. Betul-betul berhadapan dengan LTAL, berbumbung khemah berwarna merah. Di sini rakan saya kata ada satu lagi menu special selain daripada laksa ikan sekor yang disediakan iaitu laksa sambal sotong.
Zam Rojak Madu Cendol Special. Mee rojak dia sedap. Rasa menyesal tak order dua..
Wah, sambal sotong. Sambal sotong memang kegemaran saya, jadi tanpa membuang masa, terus saya pesan laksa sambal sotong dengan sambal sotong extra berserta ABC kelapa. Ada rakan saya yang pesan makanan dan minuman lain seperti mee rojak madu dan ABC milo.
Sebaik juadah tiba dan kami makan dengan seleranya, terlupa segala masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dengan suasana tempat makannya yang best, dan dengan makanannya yang sedap, i can say that this is the best spot if you want to try laksa in Langkawi!
Laksa sambal sotong, laksa ikan sekor, mee rojak madu dan bihun sup. Ni menu special yang anda boleh order dekat sini..
Ads
Highly recommended untuk anda semua adalah laksa sambal sotong, mee rojak madu sambal sotong, ABC kelapa dan juga ABC milo. Memang sedap dan saya bagi jaminan, anda akan pesan lagi lepas makan semangkuk! Hahaha. Harganya juga saya katakan berbaloi dengan makanan yang anda pesan. Tak mahal, anda mesti puas makan dengan member-member ataupun bawa family.
ABC kelapa ni padu teruk!.
Sambal sotong extra ni anda kena pesan lebih sikit! Sedap...
Cendol durian pun ada kalau anda nak makan cendol durian. Cendol durian ni, cendol durian pulut. Pulut dia warna merah..
Kalau anda nak bawa family makan di sini, anda perlu berhati-hati sedikit dengan anak-anak kecil, lebih-lebih lagi yang aktif, kerana tempat makan ini terletak bersebelahan dengan LTAL, banyak kapal terbang yang turun naik di sini. Tambahan pula, jarak antara LTAL dengan gerai makan hanyalah sebatang jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Jadi pastikan keselamatan anak-anak anda terjaga di sini.
Gerai ni sebelah dengan LTAL..
Kapal terbang turun naik di LTAL. Satu lagi view yang menarik nak lepak sini..
Yang kedua, bawak baju lebih. Sebab takut nanti lepas makan laksa sambal sotong dengan ABC milo, ada budak-budak yang terjun terus kelaut! Hahaha.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Destinasi paling popular bagi mereka yang mahu bercuti ke Pantai Timur adalah melewati negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Selain lokasi menarik, tarikan makanan tradisional yang dijual penduduk sekitar di sana turut menambat hati pengunjung.
Jadi bagi mereka yang mahu ke Pantai Timur, jangan pening-pening susun jadual. Perkongsian dari Detektif Kembara ini boleh dijadikan panduan yang merancang ke sana cuti panjang nanti.
Road Trip KL-Terengganu-Pahang
Terengganu & Pahang Jangan pening-pening nak susun jadual. Simpan Pening itu fikir macam mana nak makan nasi dagang, nasi kerabu, keropok losong tapi perut tak penuh-penuh
Day 1 – Exit Kuala Dungun – Lunch-Singgang ulam budu – Kuala Dungun Bridge – Pantai Teluk Bidara – Rantau Abang (Apr-Sept) – Masjid Terapung Kuala Ibai – Taman Lagun Kuala Ibai – Noor Arfa Craft – Pulau Warisan – Chinatown – Waterfront KT – Dinner- Zie’s corner / Air buah Gelas Besar – Tido di KT
Day 2 – Breakfast-Nasi Dagang atas Tol – Pulau Duyong – Masjid Kristal – Taman Tamadun Islam – Masjid Zainal Abidin (masjid putih) – Pasar Besar Payang – Lunch-Nasi kukus Alias/Restoran Singgang Budu – Warung Pok Nong 330pm-8pm – Boat Cruise – sunset – Drawbridge 10-10pm – Dinner- Simpang Corner/Restoran B’Beteng – Tido di KT
Day 3 – Bfast- Fauzi Nasi Kerabu (645-1pm) – Keropok Mengabang Tapah/lekor bayu – Pantai Ketapang – Lunch – ICT Tok Mek – Pantai Batu Buruk – Noor Arfa Craft – Pantai Marang – Keropok lekor Mekmah 2007/Keropok lekor 008 – Pantai Kelulut – Dinner- Restaurant Ridzuan Wong (Geliga) / Intan Seafood (Cherating) – Tido di Cherating
Day 4 – Sunrise Pantai Cherating – Breakfast- Warung Peladang – Pantai Teluk Mak Nik – Keropok lekor cap tenggiri – Dataran Kuala Kemaman – Jeti Kuala Kemaman – Pantai Balok – Lunch- Mabiq 2 – Balik ke KL
Nota: 1) Hari Jumaat banyak kedai makan tutup 3) Periksa laporan cuaca, banjir dan keadaan jalan sekiranya pegi semasa musim monsoon
Kalau ada masa lebih boleh singgah sini: – Parking Lots: – Dataran Syahbandar – bot ke bandar KT – Uptown kontena 5pm-11pm – Dynar keropok lekor buloh – Kampung Losong -keropok lekor – Nasi Dagang Gong Pipit/ladang/bukit besar/pasir panjang – Nasi Dagang Ani Pok Mat Pasar Marang – Nasi Dagang Warisan Batu Buruk – Nasi Lemak Bawah Rumah – Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok – Nasi Dagang Mak Ngah – Kedai Kuih Gong Kapas – Hot Hot Roti Canai – Qawa Coffee – Haji Pok Long ICT – ICT Teluk Ketapang – Pasir Putih suspension bridge
Kalau mencari homestay ada pandai buatan yang selesa boleh muat ramai orang, anda boleh pergi ke TTS Beach Village, Broga yang bertempat di Semenyih.
Apa yang menarik dengan homestay ini adalah mempunyai pantai mini buatan berkeluasan 1200 kaki persegi dan boleh memuatkan 26 orang dengan 5 bilik tidur.
Homestay Ada Pantai Buatan, Muat 26 Orang Dengan 5 Bilik Tidur
Kemudian kalau rasa nak main masak-masak, di sini sudah ada menyediakan perkakas memasak khusus untuk barangan halal. Jadi anda tak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ni.
Selain untuk penginapan, anda juga boleh booking villa ini untuk majlis hari jadi, parti, majlis perkahwinan dan juga event-event lain.
Cuma anda kena contact terlebih dahulu untuk tengok tarikh tersebut ada kekosongan. Maklumla tempat cantik, mestilah ramai berebut nak booking villa TTS Beach Village.
Ini Aktiviti di TTS Beach Village
Owh ya, sebenarnya banyak aktiviti boleh dibuat kalau anda bercuti ke sini berama keluarga atau kawan-kawan. Antaranya:
– Broga Hill Hiking
– Sungai Tekala Waterfall
– Rabbit Fun Land
– Sak Dato Temple
– Ostrich Wonderland
Hah, jangan lupa booking awal kalau rasa nak ‘serang’ ke sini. Sesuai sangat lah kalau anda nak buat majlis bersama keluarga besar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai engunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.
Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...