Hutan Lipur Kuala Woh terletak 13 kilometer dari Pekan Tapah di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Terletak di jalan lama dari Tapah-Cameron Highlands, keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram sungai yang begitu mendamaikan.
Hutan Rekreasi Kuala Woh yang juga terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapah ini menyediakan denai penerokaan hutan yang lengkap sekali gus menawarkan perjalanan dan pengembaraan menarik. Di kawasan jeram air terjun, pengunjung dapat melihat kehijauan pokok-pokok di sekelilingnya. Pokok yang ada dianggarkan lebih puluhan tahun dan berfungsi sebagai teduhan untuk mengelakkan cuaca panas terutama kepada orang ramai.
Ads
Uniknya jeram di sini bercampur dengan air panas semula jadi. Bagi yang ingin merasai kehangatan airnya boleh berendam di kawasan kolam air panas. Anda boleh merasai kepanasan pasir di dasarnya. Bagi yang mahu merasai kesejukan air, boleh memilih untuk berendam di kawasan bersebelahan kolam air panas sama ada di kira atau kanan sepanjang jeram.
Ads
Bukan saja lokasi berkelahnya cukup mengujakan tetapi juga destinasi percutian alam ini kaya dengan keindahan flora dan fauna mempesona. Kehadiran rama-rama Rajah Brooke’s yang hidup bebas di dalam habitat semula jadinya dan gabungan air sungai Batang Padang serta air panas semula jadi di Lubuk Merbau melengkapkan percutian alam di Hutan Rekreasi Kuala Woh ini.
Ads
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.
Kemudahan asas seperti dewan terbuka, kafe, chalet, pondok rehat, tandas, tapak perkhemahan dan tapak caravan turut disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang, bayaran sebanyak RM2 dan RM1 untuk kanak-kanak dikenakan. Bagi perkhemahan dan bermalam pula, anda perlu berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sudah ramai yang teruja dan war-warkan keunikan dan kecantikan Pulau Besar di Mersing, Johor, pantainya cukup indah untuk anda rehatkan minda yang penat.
Singgah Pulau Besar di Mersing Johor
Kalau ikutkan dekat je dari Jeti Mersing. dalam 20-30 minit je naik speedboat. Jadi siapa yang tak tahan naik speedboat lama boleh lah datang sini.
Tak banyak resort kat sini. Jadi ini pilihan yang ada:
– Alun-Alun Island Resort
– Mirage Island Resort
– Bayu Lestari Island Resort
– D’Coconut Island Resort
Tak ada gerai atau kedai makan di sini. Ada 1 gerai burger sahaja. Jadi bab makan, anda kena beli di cafe resort. Alun-Alun Resort tak ada cafe. Kalau amik full board, dia akan bagi packed food.
Malam-malam pun cantik lagi, nak merasa pakej healing, memang sesuai anda datang sini.
Buat anda yang ketagih dengan bau laut dan masih tercari-cari port menarik sekitar Johor, boleh lah datang sini bersama keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
Jom lepak rendam kaki dekat kolam air panas nak? Ala bukan terjun dalam kolam tu pun, lepak-lepak santai celup kaki dekat tepi kolam sambil borak-borak minum Starbuck bungkus pun dah kira okay apa.
Kalau anda atau ada kawan-kawan anda yang mempunyai perangai macam ni, jom singgah ke lokasi yang Libur cadangkan ni. Tak jauh pun, semua ada di Perak je.
1. Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah, Sungkai
Lokasi yang terletak di Sungkai ini turut dikenali dengan nama Taman Rekreasi Air Sg. Klah. Dek kerana kawasan ini adalah dibawah Felda Residence Hot Springs, ianya dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan pemandangan itu membuatkan lokasi ini nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menghijau hidup di situ. Kalau anda hanya ingin mandi air panas, anda boleh berbuat sedemikian dan usah khuatir kerana di sini juga ada kolam biasa untuk anda yang datang saja-saja nak main air selain air panas. Boleh pilih antara dua – sama ada nak mandi di kolam terbuka atau mandi kolam privasi. Yang pasti, kena datang awal sebab ramai orang yang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum. lagi satu perkara, anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Jangan risau tentang makanan kerana di sini ada peniaga yang menjual makanan kepada anda. Untuk anda yang nak bermalam di sini, penginapan di Felda Residence menyediakan pelbagai pilihan untuk anda dan boleh ke laman sesawang Felda Residence untuk membuat tempahan.
Bayaran masuk:
Dewasa (12-54 tahun) Tempatan – RM15 Antarabangsa – RM18
Kanak-kanak (4-11 tahun) Tempatan – RM12 Antarabangsa – RM15
Kolam air panas privasi berharga dari RM80 ke RM120 untuk ruang berhawa dingin dan boleh memuatkan 4-6 oang dewasa dengan selesa.
? TRIVIA Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah
2. Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai
Orang Perak mesti dah biasa dengan tempat ni, tapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tapi cadangan daripada www.tempatmenarik.my adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak. Maknanya dari bulan November hingga Februari adalah masa yang kurang sesuai untuk ke sini. Selain daripada itu adalah masa yang terbaik.
? TRIVIA Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit
3. Air Panas Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu
Chalet Air Panas Pengkalan Hulu ni juga satu persinggahan yang menarik kalau anda merancang untuk bercuti ke Thailand anda nak ke Royal Belum, Perak. Singgah la ke sini bersama keluarga untuk menikmati kolam air panas. Banyak review daripada orang awam yang mengatakan tempat ini menarik untuk dilawati dan terdapta kemudahan untuk anda menginap di sini barang semalam dua. Cas masuk juga berpatutan, hanya RM2 seorang. Jadi pada sesiapa yang nak ke Thailand melalui Stesen Imigresen Bukit Berapit, boleh singgah dulu ke sini ya.
? TRIVIA Kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh, kencing manis dan barah
4. Kolam Air Panas Kuala Woh, Tapah
Hutan Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjun. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air panas di situ. Kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.
Suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.
Kawasan sekitarnya bersih dan terjaga, tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.
Waktu operasi: 7 pagi – 6 petang
Bayaran masuk: Dewasa (18 tahun ke atas) – RM2 Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM1 Kanak-kanak (18 tahun ke bawah) – RM1 kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma Warga Asing – RM5
? TRIVIA Berendam pada kolam air panas dipercaya mampu untuk mengurangkan stress
5. Kolam Air Panas Trong, Taiping
Kolam air panas ini terkenal sebagai kolam air panas untuk perubatan. Ada beberapa pilihan untuk anda menikmati air panas di kolam ini – ada kolam Puteh, kolam Jepun, bilik mandi tertutup bilik VIP dan kolam khas yang boleh memuatkan 10 pengunjung dalam satu-satu masa. Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja tetapi sekiranya anda ingin upgrade menggunakan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam VIP atau kolam khas yang disediakan, bayaran bermula daripada RM10 ke atas akan dikenakan kepada anda. Kepada anda yang ingin ke sini dan membuat tempahan, boleh hubungi 05-8553990.
Waktu operasi: 8 pagi – 12 tengah malam termasuk hari cuti (kecuali cuti raya)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!