Kita biasa menyaksikan bahan-bahan bersejarah dijadikan bahan pameran di muzium. Bukan itu saja, banyak alat-alat dan kelengkapan lain dijadikan bahan pameran sebagai bukti wujudnya satu penempatan seperti pinggan mangkuk, duit siling dan lain di zaman pra sejarah untuk ilmu pengetahuan orang ramai. Namun pernahkah kita menyaksikan tubuh manusia yang telah diawet dijadikan bahan pameran.
Ya, ia tubuh manusia sebenarnya dan uniknya ia didermakan oleh individu itu sendiri sebagai perkongsian kepada masyarakat. Ikuti perkongsian dari fb John Mohamed mengenai muzium yang sangat unik ini. Sesekali, seram juga sebenarnya kerana kita dapat saksikan tubuh manusia tanpa kulit ini dalam perlbagai aksi. Jadi kalau ke Bangkok, London dan Amsterdam, jangan lupa masuk ke muzium unik ini.
Beberapa muzium yang mempamerkan manusia sebenar dalam pelbagai aksi. Manusia ni memang betul, maksudnya orang yang mati dibuang kulit dan diawet untuk jadi pameran.
Terdapat beberapa muzium yang dikenali sebagai human body muzium. Muzium unik ini ada di Bangkok, London dan paling terkenal di Amsterdam di Belanda. Mayat manusia yang dijadikan pameran diawet melalui proses khas yang dinamakan sebagai ' Plastination'.
Proses yang disebut Plastination ni merupakan satu keadah dimana cecair dalam badan digantikan dengan getah silikon atau plastik melalui kaedah khas yang dicipta oleh Gunther Von Hagens pada tahun 1979.
Melalui cara ini, setiap mayat yang diawet tidak berbau atau reput malah apabila siap di awet kita boleh pegang disebabkan dah jadi plastik.
Kita dapat lihat tubuh badan manusia yang dibuang kulitnya dengan jelas. Segala saraf, organ dalam seperti hati, jantung, buah pinggang, paru paru memang terpapar didepan mata.
Tubuh manusia yang dipamerkan dalam muzium unik ini diambil dari orang yang sudah pun menderma tubuh badan mereka untuk eksperimen sains, maka tidak akan timbul isu keluarga marah atau tidak dapat kebenaran.
Dalam program yang dipanggil sebagai Body Donation, masih ada 13,000 orang yang menunggu giliran untuk tubuh badan mereka dijadikan pameran di muzium ini.
Secara tidak lansung kita boleh belajar mengenai anotomi badan manusia, walaupun nampak seram tapi kalau kita tidak peka dan tidak tahu bagaimana proses awet mayat dilakukan maka dah tentu kita fikir hanyala sekadar plastik.
Kesemua badan manusia yang dipamerkan mempunyai karekter masing masing, contoh ada yang dibuat sedang berlari, memanah, atau menunggang kuda. Dari situ memang boleh nampak kesemua organ dalaman, tidak ada yang ditutup. Sumber : FB John Mohamed
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI