Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke kota yang terletak di sebelah Australia barat, Perth pasti menggamit kehadiran anda ke sini. Sebabnya, kota yang mula dibina pada tahun 1829 ini menjanjikan suasana percutian santai dengan keindahan alam menambat jiwa.
Tak kenal, maka tak cinta. Tidak seperti kota Sydney, Perth sebenarnya cukup ideal untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota. Ironi bukan?
Mungkin ada yang tidak percaya Perth bebas daripada kesesakan trafik. Jadi anda boleh mengelilingi Perth dengan memandu sendiri tanpa perlu gusar. Paling seronok, tiada jalan bertol, jadi tidaklah membebankan. Dengan memandu sendiri, banyak lokasi menarik yang boleh diterokai.
Kali ini penulis mahu berkongsi cerita tentang dua pulau popular iaitu Pulau Rottnest dan Pulau Penguin. Kedua-dua pulau ini punya tarikan tersendiri. Keindahannya sukar dilafazkan dengan kata-kata. Indah bukan kepalang.
Selfie bersama Quokka di Rottnest
Selain terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, Rottnest Island juga popular dengan kehadiran haiwan marsupial yang cukup comel, Quokka yang menjadi penghuni setia.
Untuk sampai ke Rottnest Island, anda perlu mengambil feri sama ada dari Perth’s Barrack Street Jetty, Hillary Boat Harbour atau Fremantle. Jika memilih feri dari Perth, perjalanan akan mengambil masa selama 90 minit, dari Hillary Boat Harbour mengambil masa kira-kira 45 minit, manakala dari Fremantle hanya 25 minit.
Rottnest Island ini memang sangat cantik. Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti berenang, snorkeling, selam skuba, piknik di tepian pantai dan paling penting jangan lupa selfie bersama si manja Quokka. Tak perlu susah-susah mencari Quokka ini sebab memang banyak berkeliaran di pulau ini, terutamanya di kawasan berhampiran jeti.
Ads
Salah satu cara hendak mengelilingi Rottnest Island ialah dengan mengayuh basikal. Anda boleh beli pakej yang menawarkan tiket feri dua hala + basikal untuk kegunaan harian. Mudah, sampai sahaja di jeti Rottnest Island, anda boleh ambil terus basikal. Tak perlu buang masa mencari di tempat lain.
Berbasikal memang seronok sebab mudah untuk berhenti di mana-mana lokasi yang dirasakan menarik. Bagaimanapun ia menguji stamina sebab jalannya bukan mendatar. Perlu diingatkan keluasan pulau ini boleh tahan juga iaitu 19 kilometer persegi. Jika anda punya masa yang terhad di pulau ini, lebih baik ikut pakej bas untuk keliling pulau. Lebih selesa dan sempat singgah ke semua tempat menarik untuk bergambar.
Jika ingin juga berbasikal, jangan lupa ambil peta di pusat informasi sebelum meninggalkan kawasan jeti. Tanpa peta, anda tidak dapat merancang perjalanan.
Antara tempat mesti singgah ialah Bathurst Lighthouse, Wadjemup Lighthouse, Parker Point, Little Salmon Bay, Parakeet Bay dan Pink Lake.
Ads
Untuk keseronokan maksimum, adalah lebih baik bermalam di sini semalam dua. Terdapat beberapa buah penginapan yang boleh dijadikan pilihan.
Tengok penguin terkecil di dunia
Penguin Island terletak di Rockingham yang memerlukan masa pemanduan kira-kira 45 minit dari pusat bandar Perth. Sesuai dengan namanya, salah satu tarikan utama di Penguin Island ialah melihat penguin terkecil di dunia.
Penguin Island hanya boleh dilawati di antara pertengahan September sehingga awal Jun. Ini kerana pulau yang turut dihuni oleh lebih 50 spesies burung laut ini ditutup pada waktu-waktu lain kerana pihak bertanggungjawab tidak mahu koloni penguin terganggu ketika musim pembiakan. Anda tidak akan menyesal ke sini, Penguin Island menjanjikan pemandangan alam yang cukup mempesona. Sukar diungkap dengan kata-kata.
Ads
Terdapat beberapa pilihan pakej yang boleh dibeli untuk ke Penguin Island. Namun untuk pengalaman lebih bermakna dan mencabar , lebih baik beli pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise di http://sightseeingpassaustralia.com.
Mengapa perlu beli di laman web ini? Sebab servisnya profesional. Anda boleh beli di laman web yang lain, tetapi mungkin pengalamannya berbeza. Selain itu, anda dinasihatkan supaya menempah pakej lawatan ke Penguin Island lebih awal kerana ia sering penuh terutama pada musim cuti atau hujung minggu.
Berbalik kepada pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise, pakej ini mengambil masa kira-kira tiga jam masa lawatan. Selain dapat melihat penguin secara dekat, anda juga dapat mengintai ikan lumba-lumba, singa laut dan juga beberapa spesies burung lain. Memang pengalaman yang cukup berharga. Bukan kanak-kanak sahaja boleh teruja, orang dewasa juga akan merasakan keseronokannya.
Sepanjang pelayaran, anda akan mendengar penerangan daripada krew feri tentang setiap spesies haiwan yang ditemui. Banyak info menarik yang dikongsi. Selain itu, anda juga perlu bersabar sedikit untuk bertemu dengan ikan lumba-lumba, sebabnya haiwan liar ini bukan boleh dipanggil-panggil.
Selesai mengintai ikan lumba-lumba dan singa laut, anda dibawa ke daratan Penguin Island. Sampai di sini, jangan lepaskan peluang ke discovery centre untuk melihat si comel penguin yang diselamatkan daripada pelbagai bahaya.
Sebelum bertolak pulang, jangan lupa mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki sambil merakam gambar untuk kenang-kenangan. Selamat bercuti!
Perkongsian pengalaman oleh Sri Rahayu Mat Nah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seperti yang kita tahu negeri Pahang sudahpun bertukar ke fasa 4. Jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Mengambil kesempatan ini, sahabat di Facebook Nur Natasha Abdullah telah menhabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan day trip camping ke Pulau Ular Kuantan.
Tidak perlu pergi jauh dan bajet mahal, sebaliknya momen camping di sini bersama ahli keluarga juga boleh mencetus rasa kegembiraan dan keseronokan berganda.
Melihat perkongsian gambar-gambar diambil kawasan percutian camping ini sangat cantik ibarat berada di pulau peranginan poupar lain.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang pergi ke sini dengan menaiki bot dari jeti di Sg Ular dengan perjalanan selama 5 hingga 10 minit sahaja.
Day Trip Camping Ke Pulau Ular, Kuantan
Naik boat di jeti Sg Ular. 5-10 min aje kot naik bot (tak tengok pulak berapa lama tadi naik bot ).
Satu bot return RM150 boleh muat 10 orang. Pantai bersih, air jernih (macam tak percaya je ade pantai air jernih macam ini kat kuantan).
Air pon tak dalam sebab pantai dia landai aje. Kat sini tandas awam tak de. Pandai-pandai la settle sendiri.
Kalau nak datang memang kena bawa khemah sebab tempat redup tak banyak. Kitorang bawak makanan siap-siap dan panaskan je kat sini.
Sampah macam biasa bawak balik ya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda ada plan nak bercuti ke Jakarta dan Bandung, boleh ikuti perkongsian daripada Monte Carlo ini, yang mana dia pergi dua tempat sekali gus apabila masuk Indonesia.
Mula-mula semak dulu apa yang patut buat:
Siji Vaksin
Travel insurance (Chubb thru grab apps)
Semua print hardcopy siap-siap
Peduli lindungi boleh install awal-awal kat Malaysia, fill up siap-siap maklumat diri.
Pakai pocket wifi/sim yang beli kat Malaysia. Saya pakai sim tunetraveller rRM30 4gb 7 hari. Beli di klook. Pick up di Klia2.
Jika nak guna sim Indonesia juga kena register imei hp masa kat airport Indonesia.
Install apps Gojek selain grab jika nak guna taxi kat indonesia. Bandingkan harga kedua ini dulu baru book.
Sijil vaksin + result pcr print siap-siap dan bawa ke mana-mana kalau nak pergi mall. Terutama certain mall diaorang akan cek.
Kena datang awal di klia2. 3,4 jam awal sebab semua doc perlu disahkan di kaunter secara manual. Jadi beratur sama macam orang nak drop baggage walaupun dah check in di web/apps. Siap sedia sijil vaksin+peduli lindungi+insurans+pcr.
Sampai airport Soekarno hatta T3 naik airport train ke stasiun bandara (gratis a.k.a free).
Pastu naik train airport link ke Stasiun BNI city/Manggarai (45minit). Kemudian naik grab ke Stasiun Gambir.
Sebenarnya lebih mudah naik grab/taxi airport je kalau dari Bandara nak ke Gambir Stasiun dalam rp200k 1 kereta. Sebab harga naik train 1 pax semua tambah tolak lebih kurang je dengan harga naik taxi/grab..
Kalau pergi dalam 3,4 orang tak payah fikir nak naik train Lebih baik naik grab/taxi lagi jimat. Kecuali kalau nak try naik train dia dan nak elak macet.
Gambir ke Bandung naik kereta api KAI (3jam). Book tiket awal-awal online kat tiket.com. Scan Bar code kat kiosk untuk tukar tiket ala-ala macam kiosk AA. Tak guna apps KAI sebab sangkut bila nak buat payment.
Tips pilih seat kalau Gambir- Bandung amik seat belah kanan untuk view cantik. Sawah padi memang nice. Kalau barang banyak tak larat nak angkut ada crew train diaorang, boleh upah untuk tolong angkatkan.
Waktu train nak berlepas semua staff siap beratur letak tangan di dada tanda hormat.
Kapten train pun pakai macam pilot. Ala-ala macam naik train Shikansen kat Jepun. Bukan train dia tapi crew. Ambil seat Eksekutif tambah duit sikit. Lebih selesa dan luas legroom.
Sampai Bandung check in hotel, Bandung hotel 4,5 star berlambak. Murah dan best, kalau boleh ambil dekat dengan alun Bandung. Jadi senang nak bejalan kaki. Sebelum ini dah penah ke Bandung direct dari KL. Jadi kali ini nak santai-santai sahaja untuk tengok pocong/mak lampir duduk tepi alun-alun itu duduk usik orang.
Sempat ke zoo kejap, tapi tak dapat nafikan zoo kat Indonesia best. Binatangnya lagi sihat dari zoo kat Malaysian. Masuk pun murah, zoo terjaga.
Pasar baru ala pasar payang Terengganu itu hanya jalan-jalan. Itu port orang Malaysia shopping sakan dulu beli kerudung a.k.a tudung. Pakaian situ murah cuma design tak up to date. Ala 80an & 90an punya design. Nak design baru pergi ke Tanah Abang Jakarta.
Balik ke Jakarta naik train semula dari Bandung, seperti biasa hotel kat sana murah 4,5 bintang siap sarapan.
Di Jakarta sempat pegi Mall, Tanah Abang dan Kota Tua Jakarta, semua naik grab/gojek. Mall diaorang banyak sangat. Cuma MRT diaorang masih tak menyeluruh lagi.
Jadi naik grab senang. Central Park, Grand Indonesia, Plaza Indonesia itu antara sempat singgah.
Sempat tengok filem KKN desa penari uncut di CGV Grand Indonesia.
Sempat beli batik cun kat Tanah Abang, murah dan banyak pilihan. Tak sempat nak shopping lama sangat sebab rushing kejar flight nak balik KL.
Sebelum balik KL, jangan lupa isi traveller card kat dalam My sejahtera. Masa nak check in kat airport diaorang nk tengok semua itu. Kemudian masuk Malaysia macam biasa, guna autogate.
Hah, semua tip pergi Jakarta dan Bandung ini berguna tak? Nanti catat sesiap dan pastikan semua tempat shopping ada dalam senarai anda, ya! Baru lah berbaloi pergi Indonesia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Percutian untuk rakyat Malaysia ketika ini (wabak pandemik) hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja. Jangan rasa bosan ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti walaupun ke negeri yang sama saban tahun.
Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara ini, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama. Kali ini cuba kreatif sikit. Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, ini lokasi wajib singgah. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik!
Street Art Di Lebuh Armenian
Bagai tidak sampai ke Pulau Pinang, jika tidak berkunjung ke lorong-lorong di sepanjang Lebuh Armenian. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri tarikan karya seni orang tempatan iaitu lukisan mural di dinding dan diinovasikan dengan imej bantuan sebenar. Dahulu kewujudannya hanya satu, kemudian terus bertambah, seterusnya di komersilkan menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di mural Lebuh Armenian seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
Entopia Penang
Berkunjung ke Entopia bagai berada di alam fantasi apabila dikelilingi dan dikerumuni rama-rama pelbagai spesies yang cantik dan berwarna-warni.Pengunjung ke sini boleh merasai pengalaman bersiar-siar dengan lebih 15,000 rama-rama serta berpeluang melepaskan serangga yang sudah dewasa itu ke habitatnya. Dikelilingi 200 spesies tumbuhan, air terjun, kolam dan gua buatan, pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan bersama rama-rama serta menikmati makanan di restoran berlatarkan keindahan sebahagian Natureland dan rama-rama berterbangan.
Jika mahu merasai pengalaman ala ‘avatar’, Cocoon tempatnya apabila terdapat sebahagian ruang pameran gelap dikenali sebagai Pandora Forest, hanya disinari kerlipan lampu malap seperti berada di hutan pada waktu malam.
Red House
Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan. Waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Kampung Agong
Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu. Kampung Agong lokasi yang sangat disarankan untuk anda yang gemar bergambar berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini.
Bayaran masuk dikenakan untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.
Muzium Peranakan Pulau Pinang
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan. Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19.
Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Dark Mansion Museum
Merupakan muzium 3D Glow in the dark yang menggunakan warna kesan cahaya khas agar pengunjung boleh menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Terdapat lima konsep berlainan iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Rakam sebanyak mana foto kenangan anda berlatar belakangkan efek cahaya dan warna yang pelbagai di Dark Mansion Museum ini.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!