Menara ikonik bandaraya kosmopolitan di Kuala Lumpur iaitu Menara KL akan bertukar warna kepada warna pink sempena sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun sehingga 31 Mac ini bermula pukul 7 petang sehingga pukul 12 tengah malam.
Sambutan ulang tahun ini telahpun dimulakan di seluruh dunia sejak awal Mac lalu tetapi di Malaysia, kemeriahan dan keriangan sambutan ulang tahun berlangsung semalam di dataran Menara KL dengan dihadiri oleh orang ternama antaranya ahli astrophysicist pertama negara Professor Dr. Mazlan Othman, dan ahli perniagaan Datin Vivy Yusof.
Ads
Beberapa bangunan ikonik di seluruh rantau Asia Tenggara juga turut sama bertukar warna pink dalam meraikan acara sambutan ulangtahun ke-60 Barbie seperti Manila City Hall, Filipina, Muzium Fatahillah, Indonesia, Singapore Flyer, Singapura, dan Emquartier, Thailand.
Ads
Singapore Flyer, SingapuraMuzium Fatahillah, Indonesia
Barbie turut mengambil kesempatan dalam sambutan ulangtahun ini untuk memperkenalkan slogan ‘You Can Be Anything’ kepada semua remaja perempuan untuk menjadi apa sahaja yang mereka inginkan dalam mencapai cita-cita mereka selama ini.
Ads
Sebanyak 60 patung permainan Barbie bertemakan kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif antaranya angkawasan, juruterbang, pembaca berita, ahli politik, ahli astronomy dan pemain bola sepak.
Buat peminat-peminat Barbie diluar sana, ayuh serikan lagi kemeriahan sambutan 60 Barbie dengan berkunjung ke Menara KL, ambil gambar berlatarbelakangkan Menara KL dan hashtag #barbie60 sekarang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Katak antara makanan kesukaan ular. Namun kadang-kadang pemangsa jadi mangsa. Katak bukan sekadar makan lalat atau nyamuk, katak pokok contohnya juga makan binatang lain seperti tikus kecil atau apa sahaja yang boleh masuk melalui mulutnya. Reputasi katak yang nampak lembik, sebenarnya lebih kanibal dari apa yang kita sangka.
Gambar menunjukkan detik akhir anak ular perang Australia (brownsnake) sebelum ditelan hidup-hidup oleh katak pokok Australia.
Anak ular bukanlah menu yang pelik bagi saiz katak lebih besar. Contoh katak terbesar dunia ialah Bullfrog. Ada African Bullfrog, America Bullfrog, Asian Bullfrog, dan Australia Bullfrog. Bullfrog boleh membesar hingga 25cm panjang dan makan apa sahaja yang lebih kecil atau sama saiz badannya. Ular, katak, tikus, burung, lipan, ulat gonggok, ikan, apa sahaja yang melintas.
Kebiasaannya mangsa yang ditelan akan mati lemas dalam saluran pencernaan sekitar satu ke dua minit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Misinya untuk mencari Akinabalu tercapai dengan menyaksikan pemandangan cukup indah di sana.
5 Hari Camping Di Sabah, Misi Mencari Akinabalu Tercapai
Trip Family Camping #20, #21 & #22 misi mencari Akinabalu View di Sabah baru-baru ni.
Day 1 (2 Mar 2022) – Kuala Lumpur – Kota Kinabalu – Kota Belud – Touch down Airport KK pukul 12pm. – Sewa kereta dah deal siap2, so keluar dari airport terus amik kereta sewa. – Kitorang sewa Bezza 5h4m RM480. Minyak sepanjang dekat sini RM70 – Camping gear kitorang bawak tent kecik muat 4 beranak, meja & kerusi yang foldable, flysheet, groundsheet, lampu, stove, cooking tools yg minimum. So lepas amik kereta sewa, terus singgah 99 speedmart untuk beli air mineral, makanan kering sikit dan gas. – KK ke campsite lebih kurang 2 jam – Untuk lunch tapau siap-siap dari KK, untuk dinner masak nasi, bawa Daging Salai frozen dan goreng telur.
Campsite review: – Nohutu Eco Tourism 013-8034382 – Entrance fee per night: RM32 utk 2 adults 2kids (murah sangat!) – Masa kitorang datang, takde orang lain langsung. Maybe sebab weekdays tapi masa ni cuti sekolah. Sangat heaven takde orang langsung – Campsite sangat bersih, toilet super bersih! CO pun peramah – Dari petang sampai dan keesokkan harinya rezeki dapat tengok Akinabalu. Amazing view – Sungai sangat bersih, sejukkk – Jangan lupa stay utk stargazing. New experience untuk kitorang
Day 2 (3 Mar 2022) -Kota Belud – Kundasang – Breakfast masak cekodok cicah lebihan Salai malam tadi – Lepas mandi sungai, check out around 11am – Bertolak ke Kundasang. Kota Belud – Kundasang lebih kurang 1.5 jam – Before check in campsite kitorang jalan-jalan di pekan Kundsang dulu, Jalan di Kundasang War Memorial Park dan lunch di Bw Bus Restaurant – Basically dekat Sabah lunch dekat luar, breakfast & dinner dekat campsite – Check in 2nd campsite – Dinner maggi kari. Dekat sini sejukkk, makan maggi memang padu
Campsite review: – Hounan Ridge Farm 013-8506463 – Entrance fee per night: – RM30 per adult – RM25 per kid – Sini memang famous bukan sebab camping je tapi chalet dia pun ramai stay. Masa haritu ada dalam 4-5 tents, tak crowded. Yang ramai, yang stay dekat chalet dia – Toilet banyak, ada water heater dan ada cafe jugak dekat sini. Dan ada water dispenser dekat sini jugak – Dekat sini pun rezeki dapat Akinabalu view
Day 3 (4 Mar 2022) Kundasang – Breakfast maggi goreng – Check out around 11am – Continue jalan-jalan area pekan Kundasang lagi. Pergi Rabbit Garden, Alpaca Club, lunch dan beli sayur, buah untuk bekalan di campsite seterusnya nanti – Check in 3rd campsite – Dinner Nasi + sambal sardin + telur dadar + sup sayur. Dekat sini paling sejukkkk. Dapat makan sup panas memang best – Campsite review: – The Hill Kinabalu 019-3195997 – Entrance fee per night: – RM20 per adult – RM10 per kid – Dekat sini mencabar sikit sebab campsite atas bukit. Dari parking ke tapak campsite jenuh jugak kena angkut barang. Tapi bila sampai atas, berbaloi sangat dengan view – Campsite paling sejuk, maybe sebab atas bukit. So please prepare baju sejuk – Masuk hari ketiga ni, hujan turun lebat dekat sini, lagilah bertambah sejuk – So dekat sini dapat sekejap je dapat tengok view Akinabalu huhu, selebihnya dilitupi kabus dan awan. Kalau tengok yang pernah datang sini, sini view paling dekat dapat tengok Akinabalu. It’s ok, maksudnya kena repeat lagi datang sini – Ada toilet, sinki, water heater
Day 4 (5 Mar 2022) – Kundasang – KK – Breakfast cekodok cicah sambal sardin – Check out around 11am – Sambung jalan ke Desa Dairy Farm, Pekan Nabalu – Jangan lupa beli ticket online kalau pergi Dairy Farm beli siap-siap. https://farmbooking.desaplus.com/ – Disebabkan anak-anak follow trip Mummy & Daddy dia, so day 4 ni kitorang reward anak-anak tido hotel di KK sebelum pulang ke KL – Dinner Todak Waterfront
Day 5 (6 Mar 2022) – KK – KL -Check out 12pm, jalan-jalan di Pasar Filipina dan pulang ke KL – Ada yang tanya tak penat ke pindah2 campsite? – Disebabkan camping gear yang bawak yang light, 30 minutes settle dah setup tent semua. – Kalau bawak tent yang biasa camping memang penat la. Dengan berat, besar, memang tak larat – Maka berakhirlah Family Camping trip kitorang di Sabah – Sangat-sangat seronok dan best sangat experience camping dekat Sabah. – Ada rezeki boleh repeat lagi explore campsite lain
Bentuk seakan rehal yang terletak paling atas di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan ‘hilang’ tidak lama lagi. Sebelum ini rehal tersebut menjadi mercu tanda serta binaan itu dianggap sesuai dengan kedudukan DBP sebagai badan yang mengelolakan hal ehwal bahasa serta persuratan negara.
Selepas berita itu tular di media sosial, ramai warganet memberi kenyataan yang mendakwa replika berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam. Ada yang melatah dan terus menerus melemparkan pelbagai tuduhan sehingga mempolitikkannya.
Yang sebetulnya, kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.
Salam.
Perobohan replika berbentuk buku di Menara DBP banyak ditularkan oleh warga maya dengan berbagai-bagai tanggapan. Saya ingin menjelaskan bahawa perobohan ini dibuat atas faktor keselamatan. Pihak Jabatan Kerja Raya yang melakukan pemeriksaan di Menara DBP mendapati bahawa struktur replika ini tidak kukuh disebabkan hakisan dan karatan yang teruk.
Ini membahayakan staf dan pengunjung DBP serta orang awam secara keseluruhannya. Bagi mengelakkan musibah yang mungkin timbul, kerja-kerja perobohan ini perlu dilakukan dengan segera. Saya juga ingin menjelaskan bahawa, selain replika ini, DBP juga sedang dalam proses penggantian lif dan eskalator.
Kerja-kerja ini sudah tentulah akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung dan staf DBP. Untuk itu kami memohon berbanyak-banyak maaf.
Saya berharap, perobohan replika buku ini tidak disalahtafsir dan dikaitkan dengan hal-hal yang tidak berkaitan. Perobohan replika ini berkaitan dengan isu keselamatan staf dan pengunjung DBP dan orang awam. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kami perlu memastikan staf, pengunjung serta orang awam selamat apabila bekerja, berurusan dengan kami termasuklah orang awam yang melalui kawasan bangunan ini.
Terima kasih. Ketua Pengarah DBP 8 Ogos 2019
Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan dan dijangka siap pada 16 November 2019.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...