Baru-baru ini viral apabila isteri kepada seorang wakil rakyat menjalani kuarantin kendiri Covid-19 di sebuah villa persendirian di Kelantan.
Villa dimaksudkan adalah Villa Danialla sebuah tempat yang mempunyai pantai persendirian dan bebas gangguan orang luar.
Terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Bachok, di Kelantan dan mempunyai keistimewaan tesendiri.
Terletak hanya 45 minit dari Kota Bharu, Villa Danialla merupakan lokasi paling sempurna untuk anda yang mahu lari seketika dari kesibukan bandar.
Terdapat 10 jenis bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian. Tak perlu riasu jika membawa keluarga besar percutí ke sini keranaada bilik yang memenuhi keperluan masing-masing.
Ads
Bukan itu sahaja, selain untuk merehatkan minda di sini, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.
Antaranya adalah merehatkan diri dalam infinity pool yang mempunyai pemandangan lautan biru Laut China Selatan serta menghadap Pulau Perhentian.
Ads
Selain itu, anda juga boleh dapatkan urutan Thai pada harga RM140 untuk 2 jam. Atau boleh pergi ke sauna Russian yang berharga pada RM90 sekali masuk (maksimum 6 orang), tetapi diingatkan supaya booking 3 jam lebih awal.
Untuk aktiviti lain, boleh menyewa untuk menunggang kuda pada kadar ditetapkan, berman volleyball di pantai serta boleh berkaraoke di lokasi disediakan.
Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan yang berbeza dari bandar atau pantai, anda boleh cuba bermalam di The Gemalai Village, Langkawi ini.
Bayangkan, bangun pagi sahaja dapat menikmati saujana mata memandang, dikelilingi sawah padi yang menghijau dan juga kolam dipenuhi teratai yang subur. Sesekali terdengar bunyi serangga dan juga kicauan burung, memang cukup mendamaikan.
Bersebelahan dengan laman padi dan juga berdekatan dengan pantai Cenang serta pusat membeli belah yang lain, dapat stay kat sini memang best. Kalau nak berbulan madu atau healing boleh datang dan menginap di sini.
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Info
Sebelum memasuki kolam, semua pengunjung dimestikan membersihkan badan terlebih dulu di bilik mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan yang disediakan di dalam bangunan utama.
Berbanding kebanyakan kolam renang yang melarang orang ramai mengenakan kemeja T kain kapas ketika berendam, Blue Lagoon bagaimanapun lebih fleksibel di mana pengunjung dibenarkan memakainya. Maka untuk orang Muslim, lokasi ini dibenarkan untuk anda ‘bertutup’.
Bagi pengunjung yang berhasrat membawa pulang khasiat ini untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderamata buat kenalan, produk penjagaan kulit berasaskan lumpur silika dan air Blue Lagoon dijual di lobi utama pusat berkenaan.
Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, pengunjung digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang. Anda boleh menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kejayaan Jepun menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik baru-baru ini sangat membanggakan dalam saat seluruh dunia berdepan pandemik Covid-19.
Malah beberapa ciptaan hebat untuk temasya ini seperti pingat dan bunga masih lagi jadi bualan.
Siapa sangka negara yang pernah berdepan dengan kejadian tsunami dahsyat melanda Jepun hingga mengorbankan 18 ribu nyawa, tetapi boleh bangkit dengan mengadakan penganjuran sukan berprestij ini.
Kejadian tsunami ini berlaku di Fukushima dan ramai keliru apa sebenarnya terjadi di sini. Perkongsian oleh rakan twitter Zunita Ramli menceritakan mengenainya.
Dia yang menetap di Jepun telah berkunjung ke sana dan membuât thread mengenai apa yang berlaku dan situasi di Fukushima sekarang ini.
Fukushima Lepas 10 Tahun Dilanda Tsunami
Sedar tak sedar, dah 10 tahun kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun satu ketika dulu yang meragut lebih 18,000 nyawa.
Tapi ramai masih confuse apa yang berlaku di Fukushima ni sebenarnya, gempa bumi? tsunami?nuklear?
THREAD
Yes, it was a triple disaster. Gempa bumi, tsunami dan nuklear, ketiga-tiga insiden itu yang berlaku sekaligus di Fukushima. Dasyat kan?
Pada 11 March 2011, satu gempa bumi bermagnitud 9.0 telah berlaku. Gempa bumi ni sangat dasyat sampaikan paksi bumi beralih sedikit dan menyebabkan tsunami setinggi 15 meter menghempas kawasan perairan dari Iwate, hingga ke Ibaraki sejauh 500km panjang.
Yang menjadi isu besar apabila tsunami dasyat ni melanda perairan Fukushima – atau lebih tepat Fukushima Daiichi Nuclear Plant, iaitu tempat penjanaan tenaga dari nuklear.
Tsunami dasyat ni menyebabkan sistem penyejukan tangki nuklear terpadam (cooling system shut down), dan benda ni menyebabkan rod nuklear sangat-sangat panas mula mencair (nuclear meltdown) dan.. boom!
Letupan hidrogen berlaku. Tangki 1,2,3 rosak. Radioaktif mula terbebas ke udara dan berlakunya pencemaran radioaktif di udara.
Penduduk sekitar digesa tinggalkan kediaman serta-merta dalam 5km radius pada hari kejadian dan diperluaskan kepada 20km radius dari tempat letupan nuklear pada keesokan harinya.
Ikut statistik, lebih kurang 160,000 penduduk yang tinggal di dalam dan luar Fukushima telah berpindah keluar pada 2012, setahun selepas insiden itu.
Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya sendiri pergi ke Fukushima. Saya nak tengok sendiri keadaan di sana selepas 10 tahun, apa yang kerajaan Jepun dah buat dan tinjau sendiri keadaan sebenar penduduk di sana.
Saya juga telah masuk ke kawasan yang teruk terjejas dengan insiden ini termasuk kawasan “red zone”.
Tour saya bermula di Odaka, iaitu kawasan hijau
Kawasan-kawasan yang terjejas dilabelkan dengan 3 warna, hijau, oren dan merah. Buat masa ni, hanya kawasan hijau dan oren saja boleh tinggal dan kawasan merah hanya boleh masuk pada waktu siang saja (tak boleh bermalam).
Okay sebelum ramai yang tanya, tak bahaya ke terdedah dengan radiasi dekat kawasan ni?
Saya ke Fukushima dengan official tour. Di sepanjang tour saya, memang tour guide saya sentiasa buka bacaan Geiger di telefonnya untuk monitor bacaan radiasi di tempat tersebut.
Secara totalnya, saya terdedah kurang dari paras bahaya sebab tak berapa lama di tempat yang tinggi radiasi tersebut.
Sejak dibuka kembali pada umum, hanya lebih kurang 43,000 penduduk saja kembali ke rumah mereka di Fukushima. Kebanyakan mereka dah settle down dekat tempat lain, dah bina kehidupan di tempat lain. Jadi boleh bayangkan lah betapa banyak rumah-rumah kosong dekat kawasan ni.
Rumah-rumah yang memang tuan dia dah tak nak boleh diminta untuk dirobohkan dan kos untuk merobohkan rumah ni akan ditanggung sepenuhnya oleh TEPCO dan kerajaan tempatan.
Bahan binaan rumah ni juga dianggap sebagai bahan yang tercemar dan akan disimpan di lokasi tertentu mengikut tahap radiasi. Sebab tu kos nak robohkan rumah juga tinggi.
Tanah-tanah di kawasan terjejas juga dicemari dengan sisa radioaktif. Masa awal-awal kejadian dulu, memang lansung tak boleh tanam apa-apa pun waima bunga.
Banyak tanaman terpaksa dilupuskan dan petani pun agak struggle juga. Tapi lepas 8-9 tahun, keadaan makin okay, tambahan dengan usaha Kementerian Alam Sekitar (Ministry of Environment) buang lapisan tanah atas yang terjejas.
Sebab tu masa Olimpik haritu, bouquet bunga yang ditanam dekat Fukushima atau lebih tepat bunga yang ditanam di Namie (kawasan merah) digunakan.. ia bagi menandakan sinar baru untuk pertanian di Fukushima ni.
But it’s easier said than done. Stigma masih kuat, waima bunga pun orang takut nak pegang. Hm.
Tanah-tanah yang terjejas ni dikumpul di kawasan tertentu, memang dah terlampau banyak dah tanah tu. Saya sendiri tengok dan tak tahu macam mana kerajaan Jepun nak buat untuk lupuskan tanah tu,
Atau mereka nak biarkan saja untuk tempoh 30 tahun lagi sebab bahan radioaktif utama yang dapat dikesan masa letupan tu adalah Cesium 137 yang mana separuh hayatnya (half life) adalah 15 tahun.