Bila sebut pasal cuti, perkara pertama kita fikirkan ialah soal penginapan. Ada berbagai jenis kemudahan penginapan disediakan termasuk hotel, glamping, resort serta banyak lagi. Dan ia biasanya bergantung kepada budget kita selepas mengambil kira kemudahan ada di sekitar tempat penginapan kita itu.
Kalau sesekali nak “tukar angin” dari lepak di hotel kepada merasai kehidupan para nelayan, bolehlah cuba menginap di The Happy 8 Retreat Cafe Kuala Sepetang yang terletak dalam daerah Taiping.
Apa yang best di sini, hotel ini dibina di perkampungan nelayan dan ada bilik-biliknya yang terus mengadap laut. Lebih menarik kita boleh mendengar deruan bot para nelayan yang keluar masuk di situ. Dan pastinya paling best, bolehlah layan hasil tangkapan segar para nelayan dengan harga murah kalau pandai tawar menawar. Paling best, view senjanya memang ohsem sangat. Rasa tenang saja di sini.
Ads
Harga penginapan tidaklah terlalu mahal, sekitar RM150 ke atas sahaja dan kalau booking di laman web Agoda dan sebagainya, boleh dapat lebih murah.
Dikongsi oleh Syukri De La Meza yang menginap di sini, kalau korang ada plan nak ke Taiping, bolehlah usha-usha hotel nie.
Ads
Luar je nampak selekeh, tapi dalam, stail weh! Paling menarik bot lama yang dijadikan katil dengan view menghala ke laut. Best untuk bercuti sebab di kawasan kampung nelayan. Pasti tenang dan damai.
Ads
Tempat lepak dia pun best, korang boleh sembang-sembang sambil melihat nelayan bawa kayu bakau nak dibuat arang, ada nelayan bawa pelancong tengok helang dan dolphin pink, lagi best sebelah hotel tempat korang stay, nelayan park bot dan sampan.
Tempat ni disyorkan kepada mereka yang nak privacy dan suka melihat aktiviti perikanan. Malam-malam boleh letak pancing luar balkoni bilik, best tak?
Sumber :-Syukri De La Meza
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bujang Senang, seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak. Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Izin Buru Buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad ketika itu berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) – MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) – HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet)- HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) – MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) – HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pernah tahu mengenai tasik buatan yang ada di Kedah tak?
Tasik Pedu tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah 52 kilometer persegi dan sedalam 60 meter mempunyai kawasan tasik yang kaya dengan flora dan fauna. Tasik ini dibina pada tahun 1966 dan siap sepenuhnya pada tahun 1969 dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tujuan tasik ini dibina untuk menyalirkan air ke kawasan sawah padi sekitar negeri Kedah dan Perlis.
Dahulu, kawasan ini sangat popular dan pernah mempunyai kemudahan resort yang selesa dan moden. Tapi hari ini, kalau anda datang ke Tasik Pedu masih boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Kalau cari tempat gathering dengan kawan-kawan dalam jumlah yang agak besar tetapi pada harga bajet, apa kata cipta kelainan dengan berkunjung ke sini.
Dalam dok terpikiaq nak pi mana cuti merdeka ni tetiba member open trip ke Survival Island Pedu Lake. Trip datang tepat pada masanya.. Haa jomm!!! Geng trip semuanya seramai 24 orang. Trip ni trip balik hari (one day trip). Percaya dak gaiss bayaran untuk trip ni hanya Rm20 aje (sewa bot pergi balik). Kalau hampa nak bermalam harga dikira lain naa. Dengan bayaran RM20 macam macam aktiviti hampa boleh buat tau.
Apa yang menarik kat sini?
Survival Island. Kat pulau kecik ni ada 3 buah rumah. Paling cantik rumah yang kat atas pokok. SURVIVAL ISLAND APA YANG ANDA BAWA ITU YANG ANDA MASAK!
Kelengkapan memasak disediakan khas untuk pengunjung pulau ni seperti dapur, perkakas memasak, tempat makan dan sinki. Just bawak aje ayam ikan sayur dan masak ramai ramai kat sini. Awesome kan..menu kami tengah hari tu : ayam bbq, udang goreng tepung, ayam goreng, telur dadar, sardin, sayur kubis, ulam ulaman, air asam dan sirap limau berkarbonat ais, perghhhh!!! Menu petang: nasi goreng & air nescape
Kemudahan lain : air, tandas, bilik mandi, surau yang besar : kapasiti 30/40 org boleh muat, sarang burung untuk bergambar dan beberapa hammock.
Seri Mahawangsa Boat House. Dilengkapi dapur, tandas, generator (elektrik), sofa, meja makan, tempat karaoke dan bilik tidur yg boleh memuatkan 10-15 dalam satu2 masa.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
Mandi manda sampai kecut wajib pkai life jacket. Ada 4 gelung (x tau panggil apa) untuk mandi kat dalam tu dan dipasang jaring. Kami berempat ni tak tau berenang dah jadi serupa katak timbui atas ayaq nak sedut oksigen.
Fish feeding : santai santai kaki dlm tasik dan tabur roti dapatlah bermain main dengan ikan
Dah cemuih (jemu) mandi boleh layan karaoke. Boh la 3 @ 4 lagu feveret lpas tu pi terjun tasik balik.
Surfing walaupon x dak ombak. Best habaq hang
Kayuh bot ke tengah-tengah tasik. Hampa mesti try aktiviti ni. Menikmati keindahan Tasik Pedu airnya hijau kebiruan, dengan kehijauan alam yang tak terusik. Damai sekali.
Kak Odah betoi-betoi rekemen tempat ni. One day trip tak puas kene bermalam kat sini. Sesuai untuk percutian keluarga atau dengan temen temen yang gila ootd gitu. Tempat yg sunyi jauh dari bunyi bising , tenang damai. Membuatkan jiwa lagi dekat dengan Sang Pencipta.
Owner boat house, En. Amir pon baik. TQ kasi pinjam bawang, kes lupa bawak. Cuma di Survival Island harap boleh dicantikkan lagi. Apapun untuk pengalaman yang mngujakan Kak Odah kasi 8.5/10. Inshaallah nak repeat lagi.
Kalau hampa nak mai boleh contact
FB : Amireco Pedulake
Page : Seri Mahawangsa Boat House Tasik Pedu
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus lagi kemarin hari melepaskan kepulan asap volkanik kira-kira 6,000 meter ke udara lalu melitupi kawasan tempat tinggal berhampiran.
Letusan ini dilaporkan berlaku pada 3 Mac lalu, pukul 5.22 pagi waktu tempatan (6.22 pagi waktu Malaysia). Kali terakhir Gunung Merapi ini meletus adalah pada 13 Februari 2020 yang lalu.
Susulan kejadian ini, lapangan terbang antarabangsa di Bandar Solo yang terletak sejauh kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu diarahkan tutup buat sementara waktu.
Difahamkan, Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yogyakarta merekodkan letusan ini berlangsung selama 450 saat atau 7.5 minit.
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan yang berjarak tiga kilometer sekitar Gunung Merapi bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
Video Erupsi Merapi Selasa, 3 Maret 2020 pukul 05:29:51 WIB.
Terletak di kepulauan Jawa, Indonesia, gunung yang berukuran 2,968 meter ini juga pernah meletus beberapa kali termasuklah baru-baru ini. Namun letusan pada kali ini diyakini lebih besar berbanding sebelumnya. Ia menjadi kegusaran penduduk sekitar kerana gunung berapi ini kerap sangat meletus sejak akhir-akhir ini.
Dalam 500 bilangan gunung berapi yang terdapat di Indonesia, Gunung Merapi merupakan gunung yang paling aktif. Kes letusan yang terbesar yang berlaku pada tahun 2010 telah mengorbankan seramai 353 nyawa dan menyebabkan kira-kira 280,000 penduduk terpaksa berpindah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!