Selain kawasan peranginan tanah tinggi yang sejuk seperti Cameron Highland, ramai juga antara kita yang sangat menggemari percutian di pulau peranginan.
Dan pastinya pulau yang menjadi pilihan adalah seperti pulau-pulau di Laut Cina Selatan .
Dalam satu perkongsian di Grup Backpackers Buddies Malaysia, Helmi Baharum memberitahu jika yang berminat untuk mengujungi Pulau Redang, masih boleh berbuat demikian sebelum ditutup pada bulan November ini.
Dia turut memberitau itinerary yang boleh dilakukan sepanjang bercuti ke Pulau redang yang mempunyai pantai cantik dan memukau.
Tidak puas menghabiskan percutian 3 hari dua malam di pulau ketujuh terbesar di Malaysia ini kerana banyak momen indah dikenang di sini.
3Hari 2Malam (bukan trip dgn pakej) – Pulau no.7 terbesar di Malaysia – Monsun bermula seawal November dgn tanda kehadiran banyak obor-obor.
17/10/2021 – Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Klinik Kesihatan Batu Rakit (Origin Hentian Bas KT)~RM2.40-direct ke Jeti Merang,Setiu. – Bot RM50 pergi + RM50 balik diuruskan oleh pihak hotel – Check in hotel Asmadi Guesthouse RM80 twin room per night x 2 malam (lepas diskaun RM100 traveloka) Asmadi Guest House – Jalan kaki ~1.5KM Guesthouse ke Turtle Point Beach just sightseeing laut yg super biru turqoise.Berangan jap stay Taaras Hotel dari kejauhan, hotel paling grand di Redang. – Snorkeling sesi petang RM75 dengan 4 point: *Nyior Sebatang, Pulau Pinang. *Pulau Busung + Pulau Kerengga-Sandbank panjang *Pulau Paku-Coral Hijau yg cantik: Coral paling best kat sini *Shark Point, Pantai Pasir Panjang-ada jumpa baby shark tapi tak sempat ambil gambar – Malam melihat persembahan permainan api di Pantai Pasir Panjang. Deal dengan boatman tambang bot pergi balik RM30 dari hotel.
Ads
18/10/2021 – Sarapan di kedai Kampung berdekatan – Snorkeling Turtle Point sesi 1 (DIY): berjalan lagi 1.5KM oneway dari hotel.terus berenang ke jeti.Wow sangat banyak penyu datang sekitar 7-8 ekor.Meriah betul sebab ramai bagi umpan sotong. Balik lagi hotel 1.5KM jln kaki – Lunch di hotel – Jungle Tracking dari hotel jalan kaki ke Turtle Point dan seterusnya Jungle Tracking ~45 minit ke Pantai Pasir Panjang one way (dah patah semula) – Sunset di Turtle Point Beach dan mandi pantai – Dinner di kedai Kampung.overall harga makanan di kampung tidak terlalu mahal berbanding di kawasan resort-resort.
Ads
19/10/2021 – Sarapan di kedai Kampung berdekatan-Roti Canai PSY Oppa Gangnam Style – Snorkeling Turtle Point sesi 2 (DIY) – Kali ni hanya ada 2-3 ekor penyu mungkin sebab terlalu pagi penyu bangun pagi dan sebab umpan sotong tak banyak. – Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Jeti Merang,Setiu.~RM3.60 ke Stesen Bas berdekatan Airport Sultan Mahmud KT.
Ads
Hurm.sayang nya rasa nak tinggalkan Terengganu, semoga ada rezeki berjumpa lagi di lain masa.
Boleh dikatakan peratusan tertinggi rakyat di kawasan Guatemala (Amerika Tengah) merupakan mereka yang datang daripada status keluarga yang susah dan miskin. Untuk menjalani kehidupan seharian pun sudah cukup susah, ini kan perlu terbeban dengan segala bentuk bayaran yang perlu dijelaskan jika ada waris keluarga telah pun meninggal dunia.
Setiap hari, pekerja tanah perkuburan menggunakan tukul besi untuk memecahkan kubur mereka yang telah meninggal dunia termasuk bayi dan kanak-kanak kerana keluarga si mati terlalu miskin dan tidak mampu membayar sewa tapak kubur anggaran AS$24 (RM105).
Enam tahun selepas mayat orang dewasa atau kanak-kanak disemadikan di tanah perkuburan di Guatemala, setiap ahli keluarga perlu membayar kos sewaan tapak kubur selama empat tahun lagi.
Sekiranya sewa tidak dibayar, kubur itu akan dipecahkan dan keranda di dalamnya akan dibuka. Mayat-mayat yang masih berpakaian atau dibalut dengan selimut ini dikeluarkan dari keranda dan dikumpul dalam beg plastik.
Waris akan diminta untuk mengambil semula mayat ahli keluarga kesayangan mereka tetapi banyak mayat yang tidak dituntut berakhir di sebuah kubur besar yang dicampak begitu sahaja. Dek kerana itu, menjadi pemandangan biasa sekawan burung hering akan dilihat terbang mengelilingi sebuah tanah perkuburan utama di Guatemala.
Bunyi seakan kejam bukan? Tetapi dek kerana tempat yang terhad, karenah birokrasi dan adanya kematian baru, pekerja di tanah perkuburan terpaksa melakukan rutin mengeluarkan mayat tersebut setiap kali untuk membuat kubur baru. Itu juga merupakan sumber rezeki kepada mereka yang mendiami negara yang sangat miskin.
Tidak menghormati dan keganasan sudah dilihat sebagai sesuatu yang normal di Guatemala. Sesiapa sahaja boleh melihat sendiri bagaimana mereka membuang mayat ke dalam kubur besar tanpa mempedulikan waris si mati yang bersedih. Ahli keluarga hanya diberitahu melalui telegram. Mereka terlalu daif untuk menampung sewa tapak berkenaan dan terpaksa redha dengan undang-undang tersebut.
Amalan memindahkan mayat ini dipercayai sudah berlaku sekurang-kurangnya hampir 20 tahun. Kesan perang saudara berdarahberpuluh tahun lalu, separuh daripada penduduk Guatemala hidup dalam kemiskinan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tular sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak meluahkan rasa ketidakpuasan dihalau dari berada di saf pertama ketika menunaikan solat di sebuah surau. Surat terbabit turut mendapat reaksi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang memuji tindakan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan Sharul Azly itu berani meluahkan isi hatinya kepada pengerusi surau dah ahli jawatankuasa (AJK), namun tidak dinyatakan lokasinya. Sementara itu, menerusi Twitter @nazira_rahim, mengesahkan surat itu adalah milik anaknya, namun ia ditulis pada 2017 dan kembali tular. Surat ini telah diserahkan kepada pihak masjid yang berkenaan pada 2017 dan selepas kejadian itu, dia tidak lagi dihalau untuk solat di saf belakang.
Seperti di surau atau masjid-masjid di dunia, ramai jemaah tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapat tempat di saf paling hadapan ketika solat berjemaah. Oleh itu, jika hak kita untuk beribadat tidak dipedulikan ia boleh memberi tekanan kepada emosi kerana solat sepatutnya adalah hak semua manusia tanpa mengira pangkat atau usia.
Begitu juga di tempat paling suci umat Islam iaitu di Mekah, jemaah berebut-rebut untuk menunaikan solat di saf paling depan berhadapan dengan Kaabah.
Ini ada tip dan cara diberikan oleh jemaah Malaysia yang berpeluang mendapat tempat di saf paling hadapan di depan Kaabah.
Baca perkongsiaan ini:
Sempena hari jumaat yang sangat mulia ini. Saya nak kongsikan tip dan pengalaman abang long saya dapat peluang solat di Saf Pertama depan Ka'abah. Kami wanita memang tak dibenarkan solat di kawasan hadapan. Demi menjaga aurat dan pergaulan. Khalas. Bahagian wanita masih boleh nampak kaabah dengan jelas juga. Jangan risau.
Ok ini tip dari abang long :
1. Masuk masjid 1 jam sebelum waktu solat. Paling lewat 45 minit sebelum. Jika tidak kawasan dalam dah pack.
2. Sepanjang 1 jam di dalam kawasan tawaf, lakukan tawaf sunat dan doa banyak-banyak agar direzeki kan solat di saf pertama. Insha Allah. Allah maha baik.
3. Sepanjang tawaf (ini penting), sebaik saja adzan berkumandang sedikit demi sedikit kecilkan diameter tawaf dan mendekat kepada kaaabah. (Allah rindu nya saya nak sentuh kaabah).
4. Apabila telah dapat spot di depan kaabah berikan kerjasama kepada petugas/tentera di sana. Biasanya mereka tak akan pilih bangsa. Semua bangsa/warganegara berpeluang.
Alhamdulillah dengan tips ini, dekat 5 kali abang saya berpeluang solat saf pertama. Jika tak dapat saf pertama, dapat saf kedua dan ketiga. Masha Allah, cemburu sangat pada kaum adam ni kan.
Walaubagaimanapun, hati kena kental, tahan tolakan dari saudara kita yang fizikal nya lebih besar. Biasalah bila dah ramai-ramai kan. Mereka tak sengaja dan tak nampak kita yang agak kecil ni.
Last : Jangan ambil gambar atau cuba nak selfie dengan imam besar Masjidil Haram. Mereka di kawal ketat oleh tentera di sana demi keselamatan imam-imam ini. Hormati tugas mereka.
p/s: Kalian pelik tak? tengok tapak tangan haji sebelah abang long ina tu? Macam luka kan? Hurmm.
: Best solat saf pertama. Abang long pernah dapat minyak wangi, air botol zam zam design khas untuk jemaah saf pertama. Di muliakan begitu sekali. Siap ada carpet tebal wangi di hadapan sana.
Sekian, semoga perkongsian ini dapat memberikan tips kepada kalian yang akan menunaikan umrah pada masa akan datang dan teringin solat di saf pertama. Aaminn.
Berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat, Dewi Anjani merupakan ratu dari kalangan jin Islam. Lagenda ini mempunyai sebuah kerajaan dan singgahsananya ada di Puncak Rinjani. Kerana tidak direstui untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya, maka beliau menghilang ke alam ghaib. Hingga saat ini, Gunung Rinjani menjadi tempat yang begitu keramat bagi masyarakat setempat. Secara turun temurun, kaum setempat menjadikannya sebagai lokasi pelbagai ritual.
Nama Rinjani sudah lama terngiang di telingaku. Gunung Berapi Rinjani terletak di Pulau Lombok. Banyak yang mengatakan gunung tersebut sebagai gunung terindah di Indonesia. Gunung yang juga menjadi gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinchi di Sumatera ini mempunyai banyak keistimewaan. Mulai dari keindahan savana Sembalun yang dimilikinya yang selalu saja membuat mata terpesona, disamping sejarah panjangnya hingga terbentuk Danau Segara Anak yang begitu cantik, keramahan porter-porter Rinjani yang punya langkah seperti kuda serta kekuatan seperti badang. Akhirnya terlaksana juga impianku untuk mendaki gunung dengan sejuta pesona ini.
Tanggal 5 Mei 2017 Aku bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menaiki Air Asia. Dari KLIA2 aku menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok juga menaiki Air Asia dengan penerbangan yang mengambil masa selama 3 jam. Setibanya di Lombok barulah aku berjumpa dengan semua ahli ekspidisi group B88outdoors ni yang diketuai oleh Hafiq. Selain itu misi kali ni aku ditemani oleh adikku Arief, Meon dan isterinya Afifah, Deen, Riff, Atoq dan Wan. Setibanya di Lombok, kami dijemput oleh Pak Supir menuju ke Bandar Mataram iaitu ibu kota Lombok yang dikenali sebagai Bandar Seribu Masjid dan Pulau Sejuta Maling. Masjid-masjid megah dan mewah akan mudah dijumpai di setiap desa di sepanjang perjalanan di Pulau ini. Dipanggil Pulau Sejuta Maling pula bukan bermaksud di Lombok ini ramai pencuri dan tidak aman, tetapi ia berkait dengan cara perkahwinan bagi Suku Sasak yang harus dilakukan dengan cara melarikan anak gadis orang! Mujur aku tidak diculik oleh Maling!
6 Mei 2017 Hari kedua di Lombok adalah hari kami mula mendaki. Pendakian kami bakal ditemani oleh dua orang guide iaitu Ali dan Hasan. Manakala porter pula akan membawa barang untuk kami seperti khemah, sleeping bag, carry mat, makanan, air, periuk, pinggan, cawan, dapur dan juga tong gas! Bayangkan beban yang harus dipikul dibahu mereka seberat 30kg sehingga 40kg menaiki gunung demi kelangsungan hidup!
Porter membawa beban 30-40kg menaiki puncak
Aku sangat kagum dengan kekuatan fizikal mereka dan juga berasa sedikit sedih dan insaf kerana ada yang berkaki ayam sahaja, berbaju koyak, lusuh dan ada pak cik yang sudah berusia lebih separuh abad masih lagi melakukan kerja berat dan memerah keringat demi sesuap nasi! Rinjani masih menjulang tinggi, menunggu untuk didaki dan para porter telah siap menanti! Terima kasih porter! Jasamu dikenang!
Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Dari basecamp Sembalun sampai ke Pos 1 mengambil masa 3 jam dengan berjalan santai. Pesona Rinjani sudah mula kelihatan dari awalnya dengan pemandangan indah ladang lembu di kaki gunung. Cuaca memang amat terik namun menyejukkan mata dengan padang rumput yang luas dan jangan lupa sapu sunblock dan pakai topi!
Ladang lembu
Sementara kami sedang bergelut untuk mendaki, bertembung pula dengan ramai peserta yang sedang menuruni gunung dengan begitu pantas untuk ke garisan penamat! Pada tarikh ini terdapat acara tahunan ‘Rinjani 100’ iaitu larian marathon merentasi Taman Nasional Gunung Rinjani. Terdapat 13 check point dan tempat berhenti yang harus dilewati peserta untuk tamat dalam cut oftime dalam tempoh 36 jam. Bermula dari Desa Senaru ke Pelawangan Senaru, Danau Segera Anak, puncak Gunung Rinjani dan seterusnya ke Desa Sembalun! Fuhhh! Nak mendaki ke puncak pun kami sudah habis separuh nyawa apatah lagi mahu berlari naik gunung! Memang hebat! Bukang calang-calang peserta yang menyertai pertandingan ini! Terdapat juga wakil peserta dari Malaysia! Salute!
Larian Antarabangsa Gunung Rinjani
Kemudian kami sambung berjalan di padang savana indah nan panas menuju ke Pos 2. Akhirnya, 40 minit dari Pos 1 kami tiba di Pos 2. Kami beristirehat disini sambil makan tengahari dengan hidangan yang dimasak oleh porter iaitu nasi berlauk ayam goreng, buah nenas, sayur beserta air teh panas! Layanan yang diberikan oleh porter dan guide sangat baik kepada kami para pendaki persis seorang tetamu! Semuanya telah siap terhidang!
Pemandangan luas Savannah
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan. Efek luasnya savana Sembalun membuat semua yang jauh kelihatan dekat. Awan teduh sesekali bergerak menghiasi langit di atas kepala kami. Jam 3.00 petang, kami tiba di Pos 3 Rinjani, untuk berehat sebentar dan melepaskan lelah sebelum melalui jalur yang ditunggu-tunggu iaitu Bukit Penyesalan!
Pos III Jalur Sembalun
Lebih kurang tujuh bukit harus didaki sebelum sampai di Pelawangan Sembalun, iaitu base camp di Gunung Rinjani. Saat pendakian di Bukit Penyesalan bermulalah trek tanah padat dan batu besar yang curam dan mencanak tanpa bonus sedikitpun! Disini kami merasakan pendakian yang panjang seperti tiada kesudahan dengan bukit yang sentiasa diselubungi kabus tebal! Trek ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal kami! Inilah fatamorgana kecil yang biasanya di alami sang pendaki. Dan dengan keluh kesah, ketika ini memang terbit sedikit penyesalan yang memang bertepatan dengan namanya bukit penyesalan dengan sisa sisa tenaga yang masih berbaki sedikit.
Mendaki bukit penyesalan
Pemandangan indah dari Plawangan Sembalun basecamp
Akhirnya pukul 6 petang kami semua selamat sampai di Pelawangan Sembalun pada ketinggian 2700Mdpl! Rasa lelah setelah melewati bukit penyesalan dibayar dengan pemandangan gunung Rinjani yang tersergam indah dari lereng tapak perkhemahan kami! Selepas makan malam, kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing untuk tidur. Malam tu terasa begitu sejuk sekali walaupun telah diselubungi sleeping bag, baju sejuk tebal dan sarung tangan! Bolehlah lelap seketika sebelum dikejutkan pada pukul 1 pagi, bersiap sedia untuk summit attack!
7 Mei 2017, sedang kami bersiap, makanan pun sudah tersedia dihantar oleh porter terus ke dalam khemah kami sebelum mendaki! Roti bakar bersalut planta dicicah dengan teh panas terasa begitu nikmat dimakan dalam cuaca dingin di pagi hari!
Selepas mengisi perut, pada pukul 2.30 pagi bermulalah pendakian sebenar menuju ke Puncak Dewi Anjani! Trek yang dipenuhi batu kerikil kasar, debu dan berpasir merupakan cabaran terbesar yang perlu ditempuhi oleh kami! Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek pasirnya amat panjang dan cukup menyeksakan! Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki! Disinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri!
Aku hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang yang bercahaya di langit! Semangat aku juga semakin goyah kerana terlalu penat mendaki dalam cuaca yang sejuk!
Milkyway Rinjani500m ke puncak!
Sunrise yang aku impikan di puncak Rinjani tidak tercapai! Hanya mampu menikmati sunrise di lereng gunung sambil berfikir mahu atau tidak meneruskan pendakian yang berbaki hanya 500 meter lagi! Beberapa meter untuk sampai ke puncak inilah yang paling dewa treknya! Pacak dan mencanak! Dengan nafas yang tercungap, aku juga hampir berputus asa dan memaksa sahabatku, Hafiq untuk menarik tangan aku supaya aku terus melangkah ke atas untuk sampai ke puncak Rinjani!
Panorama hebat dari puncak Rinjani
Akhirnya pada tanggal 7 May 2017, setelah berhempas pulas hampir 5 jam pendakian, tepat pukul 7.00 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Singgahsana Sang Dewi Anjani yang berketinggian 3726Mdpl! Syukur Alhamdulillah! Dikenali sebagai Atap/Bumbung bagi kepulauan Lombok, pemandangan di atas puncak sangat indah dengan Gunung Barujari berada di tengah-tengah birunya tasik Danau Segara Anak! Matahari di ufuk timur terik memancar menampakkan keseluruhan view tasik dan gaung yang curam dikiri dan kanan kami!
Pertualangan ke Puncak Dewi Anjani ni pastinya menjadi kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan! Terima kasih Rinjani kerana mengajarku supaya tidak mudah menyerah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih team B88outdoors kerana sentiasa memberikan semangat dan terima kasih juga kepada guide dan porter kerana banyak membantu kami di sepanjang pendakian ini! Semoga bertemu lagi Puncak Anjani yang dirindui!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...