Leh Ladakh sebuah destinasi ‘hidden gems’ di India menjadi tarikan penduduk tempatan. Walaupun tidak terkenal dalam kalangan pelancong luar seperti daerah Kashmir, Agra, Jaipur, New Delhi, dan Mumbai, Leh Ladakh tetap istimewa buat masyarakat India.
Leh Ladakh menjadi tarikan kerana keunikan bentuk muka bumi, keindahan alam semula jadinya dan di kelilingi dengan struktur muka bumi bergunung-ganang. Terletak di utara India di sebelah bahagian timur bersempadan dengan Tibet, Leh Ladakh didominasi penduduk beragama Buddha, Islam, Sikh dan juga Kristian. Leh Ladakh terletak hampir 500 kilometer dari Srinagar, Kashmir yang terletak di sebelah barat utara India yang bersempadan dengan Pakistan.
Ads
Ads
Leh Ladakh mengalami cuaca empat musim dan menjadi tumpuan terutama pada musim panas bermula Jun sehingga September. Musim bunga yang bermula awal April sehingga Mei juga boleh dikategorikan masih sejuk dan ada bahagian yang mengalami suhu di bawah paras beku pada waktu malam.
Ads
Jika dari New Delhi, Leh Ladakh yang jauhnya 1,240 kilometer boleh dilawati dengan penerbangan domestik dari New Delhi yang hanya mengambil masa satu jam setengah. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sana, antaranya Lembah Nubra, Lembah Indus, Tasik Pangong, dan bandar Leh Ladakh sendiri. Jika ingin membeli buah tangan, di sini banyak menjual barangan seperti selendang sutera,makanan kering seperti aprikot, badam, kismis, barangan cenderahati yang diperbuat daripada tembaga dan juga karpet.
Menyentuh soal makan, anda tidak perlu risau kerana di Leh, tersedia banyak makanan halal, kerana adanya segelintir komuniti Islam di sana. Daging dan ayam yang halal banyak dijual di sana, dan majoriti peniaga yang menjual barangan mentah adalah orang Kashmir. Kemudahan teksi dan bas bukanlah seperti tempat-tempat pelancongan yang lain. Sebaik-baiknya untuk ke sana sila rancang percutian lebih awal.
Trivia
Penduduk di Leh Ladakh kurang padat seperti bandar lain di India.
Tidak ada sebatang lampu isyarat pun tetapi tidak bermakna tiada kenderaan.
Kembara motor besar gemar menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pit stop.
Leh Ladakh juga merupakan pusat latihan tentera India terbesar.
Lapangan Terbang Kushok Bakula Rimpochhe berkongsi dengan lapangan terbang tentera dan domestik.
Kawasan tanah tinggi di Malaysia tidak kurang hebatnya. Bercuti di Cameron Highlands, pasti memberi satu pengalaman yang indah buat anda. Dengan cuaca sejuk dan nyaman, sudah pastinya buah-buahan beriklim sejuk seperti strawberi menjadi tarikan utama pelancong. Di tambah pula dengan alam semulajadi sedia ada bagai potret hidup dilakar karyawan hebat.
Cameron Highlands kini dikunjungi ramai tidak kira masa sama ada cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun hari biasa. Pelbagai tarikan baru dan lama sentiasa menjadi pilihan pengunjung ke tanah tinggi terletak di Pahang ini. Paling penting, jangan lupa untuk jejak ke semua lokasi menarikk ada di sini dan mencuba pelbagai keenakkan menu sajian yang ditawarkan.
Lelaki ini ada kongsikan lokasi mana yang perlu anda tuju dan makanan apa perlu cuba jika berkesempatan bercuti di Cameron Highlands.
Siapa nak bercuti di Cameron Highlands wajib tahu info ini kerana inilah harga dan detail tempat yang menarik di Cameron Highlands.
Ladang Teh
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert
Tempat menarik yang FREE
? YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi – 6 ptg)
?KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi – 6 ptg)
? Cactus point
(9 pagi – 6 ptg)
? Big Red Strawberry Farm
(8 pagi – 6 ptg)
? Ladang Lebah
(8 pagi – 7 mlm)
? Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi – 5 ptg)
? Kea Farm
(8.30 pagi – 6 ptg)
? Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR
? Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi – 5 ptg)
Mencipta kelainan ketika bercuti antara pilihan individu yang sukakan cabaran. Jika sebahagian dari kita sudah terbiasa menginap di hotel, apa kata untuk mencipta kelainan boleh mencuba Bus Home Universiti Malaya. Jangan sangka tak banyak aktiviti boleh boleh sebaliknya boleh buat BBQ, membaca dan anak-anak juga boleh bermain di halamannya.
Dikongsi dari page We Go Travel yang berkongsi pengalaman mereka menginap di No 2 UM. Dari luar nampak bas usang ya tapi dalamannya cantik.
Sebuah bas Universiti Malaya yang terbiar di sebuah rumah yang dipanggil Rumah No.2, Universiti Malaya telah diubah suai menjadi penginapan yang unik dan cantik.
Idea asal unik ini datang dari bekas Timbalan Naib Canselor UM, maka terhasillah idea yang sangat WOW ini.
Kebersihan dan kemudahan di dalam bas seperti ruangan membaca, peti ais, katil, sinki, penghawa dingin dan meja makan pasti menjaminkan keselesaan maksima penginapan anda disini.
Rumah tersebut juga mempunyai taman yang menempatkan beberapa ekor arnab serta ayam yang jinak. Bagi kami sangat santai bila berada di situ
Bagaimanapun, tandas tidak diletakkan di dalam bas. Anda perlu keluar dari bas dan menggunakan tandas yang dikhaskan untuk pelanggan sahaja. ianya hanya beberapa langkah saja daripada bas berkenaan.
Tidak banyak aktiviti yang disediakan. Aktiviti yang ada seperti memberi makan haiwan di situ membaca buku & ber-BBQ
Macam kami, kami bawa permainan untuk Adam & Aydan. Kami juga bawa dapur kami sendiri dan makanan untuk makan malam. Tujuan kami pun cuma chill² rilex² selain untuk merasa keunikan bermalam di rumah bas ini.
(BOLEH TONTON VIDEO KAMI)
Rumah tersebut tidak kosong, ia dijadikan tempat pembelajaran dan ofis. Pada waktu malam ada juga staff yang tinggal di situ.
Makanan anda tidak perlu risau. Grabfood & foodpanda masih cover area situ Ada je kedai makan yang berdekatan.
Keseluruhannya memang best. Rasa tenang je. Tempat bersih dan selesa. Puas hati
Untuk gambaran yang lebih jelas. Boleh tonton video kami (link YouTube di bawah) di sana dan apa aktiviti kami lakukan.
Max 4pax
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Daerah Sepang antara daerah yang penting di Selangor kerana di sini menempatkan pelbagai fasilitis awam yang penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
Tapi dalam masa kita ulang alik terbang ke sana ke mari melalui daerah Sepang ni, apa tempat percutian menarik yang boleh kita singgah untuk berehat, cuci mata, makan dan membeli belah? Okay ini antara lokasi yang dicadangkan kepada anda:
Movenpick Hotel
Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain. Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.
Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Sepang International Circuit
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia
Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Go-Kart SIC
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Medan Ikan Bakar & Makanan Laut
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan. Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!