Oleh kerana beberapa negeri di Pantai Timur dilanda banjir, untuk yang mahu pergi bercuti apa kata teruskan perjalanan ke negeri di sebelah utara.
Antara negeri yang boleh dikunjungi adalah Perak dan Kedah. Cuaca di sana juga agak baik untuk meneruskan pengembaraan cuti-cuti dalam Malaysia.
Perkongsian Helmi Baharum bercerita tentang itinerary percutiannya ke Perak dan Kedah melalui KL-Ipoh-Kuala Kangsar-Sungai Petani-Baling-Pengkalan Hulu dan 90% trip adalah menggunakan pengangkutan awam.
Memilih untuk menaiki perkhidmatan Komuter daripada Shah Alam sebelum ke KL Sentral dan meneruskan perjaanan ke utara dengan Electric Train Services (ETS).
Trip Ke Utara Guna Pengangkutan Awam, Lebih Berbaloi
Dari KL-Ipoh-Kuala Kangsar-Sungai Petani-Baling-Pengkalan Hulu-KL :90% trips adalah menggunakan pengangkutan awam.
23-12-2021
– Komuter Shah Alam-KL Sentral .TQ kepada kawan yang hantar dari ofis.
– ETS KL Sentral-Ipoh.RM41.Tiga Jam jugalah perjalanan sebab delayed. Hanya berjalan-jala di sekitar KTMB Ipoh dan makan di Medan Kidd.
– Check in hotel Oyo City Hostel RM25.
24-12-2021
Ipoh
– Kinta Heights (Flat).Color block bangunan di bangunan ini menampakkannya menarik.
– Old Town City Ipoh-layan mural dan lorong-lorong seni.Cuma masih pagi banyak kedai masih tutup.
– Nasi Ganja Ipoh-kalau ke Ipoh memang biasanya wajib ke sini.
Kuala Kangsar
-ETS Ipoh-Kuala Kangsar RM20
– Grab KTM KK-Kompleks Istana Iskandariah RM8
– Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar
– Galeri Sultan Azlan Shah
– Dataran Putra Kuala Kangsar
– Pasar Malam
– Minibus Omnibus KK- KTMB Padang Rengas (1 jam sekali). Komuter Utara Padang Rengas-Bukit Mertajam-Sungai Petani.RM9.40
Sg Petani
– Maxim KTM Sg.Petani-Texas Chicken Sg.Petani RM7
– Tasik/loji kumbahan Sungai Petani.Ya,kuasa viral di FB baru2 ni menggamit aku ke sini.Walaupun dah melepasi waktu maghrib tetap ke sini utk menghirup bau yg semerbak dari sini.Malam pun cantik dgn panorama bunga Keladi Bunting diiringi kerdipan bintang yg banyak.
– Makan di Texas Chicken sebelah loji.
– Check in Hotel Sastria RM47 Sangat selesa.
25-12-2021
Baling
– Naik kereta kawan (with TQ) Sg.Petani-Baling.
– Hiking Gunung Baling dgn kos RM20 dah termasuk permit,sijil dan khidmat malim gunung kampung. Pendakian mengambil tempoh yg agak lama sebab kami jenis banyak mengmbil gambar.Trek sederhana mencabar, boleh je kayuh pelan2 sampai ketinggian 520 meter. Trek menurun sedikit laju sekitar 2 jam sebab dah kurang ambil gambar kan.View memang berbaloi-baloi, boleh je nak repeat lg.
– Tengahari makan di Pekan Baling.
– Tumpang kereta kawan (with TQ) dari pekan Baling ke Pengkalan Hulu yang berjarak sekitar 12KM.
Pengkalan Hulu
– Check in City Hotel Pengkalan Hulu RM55.Pun selesa.boleh bantai tidur 5-8pm sebab penat hiking tadi kan.
– Malam berjalan sekitar pekan Pengkalan Hulu.Sejuk juga lah berembun kat kedai makan Warung Pak Mat Nyonya.Makan nasi goreng chicken cop RM13 memang the best in town lah.
26-12.2021
– Sarapan di Pengkalan Hulu.
– Jalan-jalan di pekan menikmati kabus tebal di pagi hari Pengkalan Hulu.
– Tasik Takong Pengkalan Hulu
– Jam 11.15 pagi -5.30 PM perjalanan pulang ke KL bas Plusliner RM32.
Trip tamat.
Artikel Berkaitan:
9 Lokasi Pantai Indah Wajib Singgah Di Langkawi. Setiap Pantai Tak Sama Tau!
Ini 8 Muzium Boleh Dilawati. Selain Kumpul Fakta Menarik, Berbaloi Insta-Worthy Untuk Kaki OOTD!
Lari Dari Kebiasaan Bercuti. Bawa Family Layan Selangor Fruits Valley Sambil Makan Buah!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI