Nampaknya sebaik selesai musim haji 1442H, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos depan.
Menurut laporan Gulf News yang memetik agensi berita negara, SPA, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini selesai dengan jayanya.
Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekspatriat di negara ini, sudah dibuka semula mulai semalam.
Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, mengarahkan semua ahli gabungan kompeten supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Makkah.
Beliau sekali gus meminta petugas terbabit berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan semua langkah pencegahan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, Madinah, selaras ‘kerja dan kelancaran cemerlang’ pada musim Haji, minggu lalu.
Ads
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Ia bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidil Haram menjelang musim Haji tahun ini.
Sementara itu menurut ciapan dalam Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Ads
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – AGENSI
Kemudahan asas, terutama jalan menjadi keutamaan pembinaan di negara yang membangun.
Seperti di Malaysia kemudahan jalan raya dinaik taraf sehingga terbinanya sistem lebuh raya untuk memendekan jarak dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya di sini juga diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia, selepas Jepun dan China.
Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur adalah lebuh raya yang pertama dibina di negara ini. Ada banyak lagi lebuh raya yang terbina di Malaysia terutama di Lembah Klang dengan nama singkatan tertentu.
Pengetahuan tentang jenis-jenis dan lokasi lebuh raya yang ada perlu anda tahu agar memudahkan perjalanan selain tidak sesat jauh.
AKLEH – Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway
Dikenali sebagai Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, juga merupakan sebuah lebuh raya bertingkat yang pertama di Malaysia. Dibina bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Ampang untuk memudahkan para pengguna memasuki pusat bandar raya Kuala Lumpur.
ELITE – Ekspress Lingkaran Tengah
Dikenali sebagai Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah / North-South Expressway Central Link. Dibina untuk memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari Persimpangan Nilai sehingga ke persimpangan Shah Alam di NKVE.
LKSA – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam
Dikenali sebagai Persimpangan Bulatan Darul Ehsan (berhampiran bangunan MBSA) yang menghubungkan antara Persimpangan Kemuning di Lebuhraya Shah Alam dengan Persimpangan Persekutuan 2.
NKVE – New Klang Valley Expressway
Dikenali sebagai Lebuhraya Baru Lembah Klang yang berukuran sepanjang 35km bermula dari Jalan Duta hingga ke bandar Bukit Raja.
LEKAS – Lebuhraya Kajang-Seremban
Merupakan lebuh raya bertol yang berukuran sepanjang 48.5km yang menghubungkan Kajang ke Seremban. Ia dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya PLUS dan mempunyai sambungan dengan lebuhraya Kajang SILK dan Lebuhraya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur.
SKVE – South Klang Valley Expressway
Dikenali sebagai Lebuhraya Lembah Klang Selatan yang berukuran sepanjang 51.7km yang menghubungkan bandar-bandar pesat di kawasan selatan Lembah Klang termasuk Putrajaya.
DUKE – Duta-Ulu Klang Expressway
Sebuah laluan yang menghubungkan Duta yang berada di barat ke Ampang di timur dan juga ke Karak di utara. Ia juga dikenali sebagai penghubung lebuh raya NKVE, SPRINT (di Penchala Link) dan juga simpang Ulu Klang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II).
Kalau anda jenis pelancong yang suka jelajah destinasi yang pelik-pelik dan unik, San Juan Chamula lokasi yang boleh anda lawati. San Juan Chamula adalah sebuah bandar terpencil di kawasan tanah tinggi di negeri Chiapas, Mexico.
Sebelum datang ke lokasi ini, pengujung perlu mengetahui beberapa pantang larang yang terdapat di sini. Kata orang, masuk kandang kambing kena lah mengembek kan? Apa jua pantang larang atau adat resam yang mereka pegang perlu dihormati.
Antara pantang larang yang anda mesti tahu, penduduk di San Juan Chamula tidak suka gambar mereka dirakamkan. Ini kerana mereka percaya sebahagian jiwa mereka diambil bersama imej berkenaan jika dirakam.
Selain itu suasana di bandar ini sedikit menyeramkan dan pengunjung boleh melawat sebuah gereja di sini yang terkenal dengan amalan ilmu hitam.
Satu lagi amalan aneh penduduk di San Juan Chsmul, bayi atau si kecil kerap diberi minum air Coca Cola atau bergas supaya mereka sendawa kononnya membuang roh jahat daripada badan mereka.
Baca pun dah macam mencabar tempat ni kan? Kalau rasa teruja nak jejak, boleh la ke San Juan Chamula, Mexico.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau di Sabah ada bahagian paling utara Borneo atau popular sebagai Tip of Borneo terletak di Kudat, Sabah. Di Johor pula ada destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor.
Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara.
Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Bagi Isnin hingga Khamis, operasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Ada harga tiket akan dikenakan untuk pengunjung dewasa kanak-kanak.
‘Tip of Asia’ bukan sahaja terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia malah kedudukan lokasi itu berada paling hujung tanah besar Asia.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
Aktiviti lain yang boleh pengunjung lakukan di sini ialah aktiviti air. Terdapat sebuah dataran dan ketika air pasang besar biasanya air akan melimpah, maka ramai pengunjung mengambil peluang untuk bermain air dan melakukan aktiviti sukan air.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...