Bukan mudah untuk mengembara ke negara yang belum pernah kita jejaki terutama apabila mengembara berseorangan. Namun disebabkan minat dan semangat jiwa yang menebal untuk menerokai dunia dan melihat keindahan ciptaan-Nya, Mohd Shahrir Mohd Arshad telah berkongsikan kembara solo beliau ke Ke Pulau Samosir, Danau Tob dan Medan.

Baru berumur 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, turut pernah lawati ke Paris, Amsterdam, German, Belgium, Switzerland, Cape Town, Perth, Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Bagaimanakah keindahan di Pulau Samosir, Danau Toba dan Medan? Jom kita hayati kisah kembara solo beliau di bawah.

Berkelana Ke Pulau Samosir, Danau Toba& Medan

Kembara kali ini agak berlainan dari sebelumnya, di mana kali ini hanya berseorangan kebumi garuda di Sumatera Utara,Indonesia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.Sejurus sampai di Lapangan Terbang Kualanamu. Pastinya Danau Toba menjadi pilihan untuk beristirehat kerana keindahan alam semulajadinya yang sering menjadi bualan ramai. Bagi yang pertama kali ke sini jangan risau sejurus keluar dari lapangan terbang pasti ade beberapa orang yang akan menyapa untuk bertanyakan ke mana destinasi yang ingin dituju kerana terdapat beberapa buah bas transit yang disediakan untuk sekitar kawasan di Medan.

Bagi perjalanan menuju ke Danau Toba anda haruslah menaiki bas transit ke Terminal Amplas terlebih dahulu sebelum menaiki Bas ke Parapat di mana letaknya jeti Tiga Raja yang menyediakan bot atau feri untuk ke Pulau Samosir di Danau Toba. Perjalanan dari Terminal Amplas menuju ke Parapat mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Bagi saya jika menaiki kenderaan awam seperti bas ini anda dapat merasakan suasana seperti masyarakat tempatan selain dapat melihat keadaan sekitar di sepanjang perjalanan. Di sepanjang perjalanan menuju ke Parapat anda akan melalui keadaan berbukit dan kawasan kampung di pedalaman Medan pastinya ia sesuatu yang tidak dapat saya lupakan selain dapat berbual dengan beberapa orang penduduk disana.

IKLAN

Saya meneruskan perjalanan menuju ke lokasi seterusnya yang terletak lebih 40 km ke Pangururan, di mana terletaknya Air Terjun Efrata. Dengan keadaan lalaluan yang berbukit hampir setiap ketika saya berhenti di tepi jalan untuk merakamkan gambar pemandangan di sekitar kawasan berkenaan. Mulut acapkali menyebut subhanallah atas kebesaran ciptaan tuhan yang ESA.  Untuk pertama kali ke sini, anda tidak perlu risau tentang makanan halal, di sepanjang jalan menuju ke lokasi Air Terjun ini terdapat beberapa gerai yang menyajikan masakan islam terutamanya di kawasan pekan Pangururan atau anda boleh mendapatkan snek halal di kedai serbaneka berdekatan. Setelah lebih dua jam perjalanan akhirnya saya tiba di kawasan Air Tejun Efrata. Menurut penjaga kawasan Air Terjun ini kebiasaanya kawasan ini akan dipenuhi pengunjung biasanya pada hari Ahad atau cuti umum. Saya melepaskan seketika penat lelah disini sebelum pulang ke Samosir. Bagi yang ingin datang jangan lepaskan peluang untuk mandi-manda di kawasan ini.  Antara tempat menarik di kawasan ini ialah, Menara Tele untuk menyaksikan keindahan Danau Toba dari aras tinggi dan kawasan Air Panas yang sentiasa mendapat perhatian disini.

Dalam perjalanan menuju balik ke Hotel, saya singgah di Tomok, sebuah lagi perlabuhan yang berdekatan dengan kawasan Hotel, disini anda juga boleh mengenali masyarakat batak melalui Muzium yang disediakan disini. Jika anda ingin mendapatkan buah tangan atau cenderahati disinilah tempatnya pastikan anda pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga barangan yang terbaik. Aktiviti malamnya pula saya ade persembahan kebudayaan dari masyarakat setempat di Hotel tempat saya menginap jadi aktiviti malam juga terisi dengan pendedahan budaya masyarakat setempat.

Sipiso-Piso Di Berastagi

IKLAN

Setelah dua malam di Pulau Samosir, keesokan harinya saya ke Berastagi, sebuah lagi kawasan yang sering menerima pengunjung yang ramai. Untuk kesini pula perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sebelum sampai ke Berastagi pastikan anda singgah di Air Terjun Sipiso-Piso sebuah lagi tempat menarik di Sumatera Utara.  Air Terjun yang setinggi 120 meter ini merupakan Air Terjun tertinggi di Indonesia. Bagi pengembara solo, anda boleh menaiki teksi untuk kesini atau menaiki angkutan kota yang jauh lebih murah dan meminta pemandu teksi/angkutan tersebut untuk berhenti di simpang Merek. Setelah setengah jam disini saya meneruskan perjalan ke Berastagi lebih kurang 2 jam lagi perjalanan menuju kesana.

Pajak Buah atau Pasar Buah Berastagi sangat popular kerana anda boleh mendapatkan buah-buhan yang segar dengan harga yang murah, Selain itu cenderahati juga di jual disini. Sesekali ade juga peniaga yang akan menjual buah strawberry yang sangat murah dan manis rasanya. Bagi pengunjung yang ingin menaiki kereta kuda menegelilingi kawasan Berastagi inilah masanya nyata para pelancong yang membawa anak-anak tidak melepaskan peluang bersiar-siar di kawasan ini dan juga mengambil foto kenang-kenangan. Berdekatan dengan kawasan Pajak Buah ini terdapat sebuah Taman Awam  iaitu Bukit Kubu, yang juga menjadi tumpuan ketika waktu hujung minggu.

KOTA MEDAN WISATA TERKENAL

IKLAN

Kembalinya dari Danau Toba dan Berastagi pastikan anda bermalam di Medan. Bagi yang ingin mencari deretan restoran dan kedai makanan yang menyajikan pelbagai masakan anda harus berkunjung ke Merdeka Walk di tengah kotaraya Medan. Dari masakan tradisional hingga ke masakan barat semua anda boleh dapatkan disini. Usai makan malam anda boleh berkunjung ke Menara Air di kota Medan antara mercu tanda Kota Medan. Di Kota Medan ini antara pengangkutan utama yang terdpaat disini ialah Becak (Motosikal Beca) dan Angkuta Kota (Van Penumpang) kadar tambang bagi setiap kenderaan ini bergantung kepada jarak jauh hotel ke kawasan yang hendak anda tuju.

Kunjungan ke Medan pasti tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Istana Maimun, istana lama kesultanan Melayu Deli yang dibina sejak tahun 1888 lagi.  Rata-rata pengunjung yang berkunjung kesini akan menyarung busana tradisional Melayu Deli yang disewakan untuk mereka mengambil gambar sebagi tanda kenang-kenangan. Tidak jauh dari Istana Maimun ini berdiri teguh Masjid Raya juga menjadi ikon kebangaan Kota Medan. Selain daripada Istana Maimun bangunan Masjid ini juga adalah peninggalan dari Kesulatanan Melayu Deli yang dibina sejak  tahun 1906. Antara bangunan lama yang masih kekal sehingga kini ialah Kantor Pos Indonesia atau Pejabat Pos Indonesia di tengah bandaraya Kota Medan.

Seperti biasa antara tips perjalanan kali ini ialah , pastikan anda membuat rujukan sebelum ke sesuatu destinasi untuk memudahkan perjalanan anda. Pastikan juga anda menukar duit sebelum tiba ke sesuatu destinasi mungkin kadar tukaran wang tidak sama dengan negara asal anda dan akhir sekali rancang perbelanjaan anda tak salah berbelanja Cuma pastikan kuota bagasi anda mencukupi semasa melakukan penemapahan tiket kapal terbang bagi mengelakan caj berlebihan.

Kota Medan juga Danau Toba destinasi yang pastinya meningalkan 1001 satu kenangan buat saya. Insyallah jika ada umur yang panjang pasti akan datang kembali kesini.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI