Bila menyebut tentang pulau di Terengganu, mungkin anda akan terus terbayangkan Pulau Perhentian.

Namun tahukah anda Pulau Kapas juga tidak kurang juga hebatnya!

Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.

Ads

 

Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.

Ads

KEINDAHAN PULAU KAPAS

Keindahan Pulau Kapas Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu, Pemandangannya Cukup Memukau!

  • Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
  • Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
  • Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.

Keindahan Pulau Kapas Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu, Pemandangannya Cukup Memukau! Keindahan Pulau Kapas Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu, Pemandangannya Cukup Memukau!

Ads
  • Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
  • Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
  • Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.

Keindahan Pulau Kapas Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu, Pemandangannya Cukup Memukau! Keindahan Pulau Kapas Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu, Pemandangannya Cukup Memukau!

Jom masuk pulau!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI