Menjadi seakan trend, ramai yang berminat untuk ke sesuatu lokasi itu, jika mempunyai kelainan terutama untuk merakam gambar dan dikongsikan ke laman sosial peribadi.
Anda tercari-cari lokasi ideal untuk ber ‘OOTD’, di sekitar Kampar Perak? Ini beberapa lokasi yang dicadangkan. Paling menarik, jika anda bijak merakam gambar, destinasi di sini seolah-olah seperti anda berada di negara Eropah.
Salah satunya destinasi di Kampar anda boleh singgah ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar. Deretan bangunan kedai tiga tingkat yang dicat dengan kombinasi pelbagai warnal-warna ceria menyerupai bangunan deretan kedai di bandar zaman kolonial. Setiap unit bangunan mempunyai ciri dan rekabentuk tersendiri serta berbeza antara satu sama lain.
Lokasi sekitar lain yang anda boleh singgah seperti yang dikongsikan saudara Helmi Baharum. Jom datang bersiar-siar ke sini sambil merakam gambar best untuk dijadikan kenang-kenangan.
Short Trip Kampar, Perak & Sekitarnya (Berangan seperti bercuti di Eropah)
Destinasi & Bajet:
Ads
Hotel OYO Siswa Kampar – RM19
Petrol & Tol – RM35 (Share of 3)
Refarm – RM5
New Agacia Kampar Town
Tin Dredge Tanjung Tualang – RM5
Ads
Kampar Town-Cinema Movie Mulan+Pasar
Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng – RM5
Ads
Gua Tempurung – RM8
Lata Kinjang – RM2
Mee Udang Ori Tg. Tualang
Restoran Bamboo Sg. Klah Sungkai
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sinonom dengan mangga harumanis, Perlis yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia tidak kurang hebatnya. Mempunyai banyak tarikan yang menarik untuk dikunjungi antaranya Padang Besar, Wang Kelian dan banyak lagi.
Korang yang nak mencari homestay dengan suasana yang cukup tenang dan cantik, boleh menginap di Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa yang terletak di Kangar Perlis. Berada di kebun harumanis yang dikelilingi sawah padi, pemandangan kat sini memang tiada tolok bandingnya.
Terdapat 4 buah rumah yang ada di homestay ini dan setiap satunya mempunyai nama-nama yang cukup menarik iaitu Mat Yatim, Che Lian, Saadiah dan juga Wan Pa. Rumah yang ada di sana berkonsepkan tradisional dan juga moden. Paling penting ia kemas, bersih dan selesa.
Korang yang menginap di sini pasti rasa tenang dengan suasana kampung yang cukup mendamaikan. Waktu malam juga cukup selesa dan sejuk persis bercuti di tanah tinggi. Waktu pagi pun cantik siap ada awan karpet yang cantik. memang best!
Tak bosan bila berada di sini kerana korang juga boleh melakukan banyak aktiviti yang ada disediakan. Lengkap dengan kolam renang, korang juga boleh berkayak di tasik kecil di sana.
Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan bermula dari RM150 sahaja untuk satu malam. Jadi kalau ke Perlis bolehlah menginap di sini dan rasai sendiri pengalaman bermalam di tengah kebun harumanis yang cukup sinonim dengan negeri Perlis itu.
Alamat: Kebun Mangga Harumanis Wan Pa, b1, Jalan Wang Ulu, 01000 Kangar, Perlis
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Banyak bangunan bersejarah yang telah diubah suai menjadi tarikan pelancong, terutamanya hotel dan rumah penginapan.
Sembilan hotel yang senaraikan ini terkenal dengan penghuni alam ghaib yang dikatakan masih mendiami tempat-tempat tersebut. Dikatakan ramai tetamu yang menyedari hotel-hotel dan premis penginapan ini penuh dengan misteri dan kisah ‘hantu’, namun mereka tetap mahu menginap di situ kononya mencabar diri. Antaranya seperti:
Hostel Penjara Karosta, Latvia
Pada abad ke-20, Penjara Karosta digunakan sebagai penjara tentera Nazi dan Soviet, dan ribuan banduan dikatakan telah mati di penjara ini. Kini dijadikan sebuah hotel bertemakan penjara, khabarnya para pekerja sering diganggu oleh hantu wanita yang berkeliaran di koridor, mentol lampu yang dilonggarkan daripada soket dan pintu yang terbuka sendiri.
Bourbon Orleans, US
Hotel ini dikatakan mempunyai ramai penghuni alam ghaib dari pelbagai era. Pernah digunakan sebagai rumah anak-anak yatim, hantu yang agak popular ialah seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat cenderung menggolek dan mengejar sebiji bola di koridor tingkat enam. Ada juga yang pernah melihat hantu seorang penari di dewan tarian, selain roh seorang askar yang dikatakan mendiami aras tiga dan enam hotel ini.
Anchorage Hotel, US
Seorang polis bernama John J “Black Jack” Sturgus telah ditemui mati ditembak dengan pistolnya sendiri, hanya beberapa langkah dari hotel ini. Khabar angin mengatakan bahawa rohnya akan kembali ke hotel ini setiap tahun untuk menuntut keadilan atas jenayah yang tidak dapat diselesaikan itu.
Fairmont Banff Springs, Kanada
Penginap dan pekerja hotel mendakwa pernah bertemu dengan tukang angkut yang berpakaian uniform lengkap di tingkat sembilan yang akan lenyap selepas selesai membantu para tamu. Dia dipercayai ialah Sam Macauley, bekas pekerja hotel yang mati pada tahun 1967, selepas mengumumkan persaraannya.
Satu lagi roh yang berkeliaran di hotel ini ialah seorang pengantin perempuan yang mati pada hari perkahwinannya di hotel tersebut.
Hotel Langham, London
Hotel yang pernah menempatkan ramai saterawan ini dilaporkan turut didiami ramai penghuni alam ghaib. Paling kerap dilihat ialah lelaki berpakaian era Victoria di bilik 333, yang hanya muncul pada bulan Oktober. Ada juga penghuni yang ternampak hantu lelaki berpakaian tentera berdiri di tingkap. Kononnya hantu tersebut ialah seorang putera negara Jerman yang terjun dari tingkap sebelum Perang Dunia Pertama bermula. Selain itu, hantu Napoleon III turut dipercayai menghuni bilik bawah tanah hotel ini.
Hotel Russell, Australia
Bilik nombor lapan di hotel ini kononnya dihantui oleh roh seorang kelasi. Pekerja hotel juga mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai berderit pada waktu malam.
Menariknya, hotel ini turut menawarkan lawatan hantu bagi pengunjung yang mahu mengetahui sejarah hotel tersebut.
Hollywood Roosevelt, US
Hotel yang menjadi mercu tanda Los Angeles ini pernah diinap oleh Marilyn Monroe semasa Anugerah Academy pertama pada tahun 1929. Kini, penghuni dan pekerja hotel melaporkan ternampak seorang wanita berambut perang di dalam cermin yang ditemui di suite lama aktres tersebut.
Hantu pelakon Montgomery Clift juga dikatakan kedengaran bermain trombon di suite 928 yang pernah didiaminya.
Toftaholm Herrgard, Sweden
Tetamu yang menginap di kediaman yang dibina pada abad ke-14 ini melaporkan beberapa insiden aneh. Selain bunyi bising, tingkap dan pintu yang sengaja dibiarkan terbuka pada waktu malam telah tertutup menjelang pagi.
Kononnya, dahulu terdapat seorang pemuda yang jatuh hati kepada anak gadis pemilik kediaman ini. Namun, gadis itu telah dijodohkan dengan lelaki pilihan bapanya.
Pemuda tersebut telah menggantung dirinya di bilik 342 pada hari perkahwinan gadis tersebut.
Hotel Ballygally Castle, Ireland Utara
Tetamu hotel ini sering ditakutkan oleh Lady Isabella Shaw yang pernah menghuni istana ini pada tahun 1625. Selepas melahirkan seorang bayi lelaki, wanita tersebut dikatakan telah dikurung oleh suaminya. Dalam usahanya untuk melepaskan diri melalui tingkap, wanita tersebut terjatuh dan mati. Rohnya telah menghantui istana ini selama 400 tahun demi mencari anak yang telah dirampas oleh suaminya.
Untuk pengalaman yang berbeza, hotel ini turut membenarkan tetamu di hotel ini untuk melawat kamar Lady Isabella Shaw di tingkat paling atas.
Bagaimana? berani tak nak pergi cuba tidur semalam dua di hotel-hotel ini? Hotel jenis bangunan lama biasanya memang sedikit keras. Di mana-mana lokasi sekali pun, seperti juga di negara kita.
Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan sejak 18 Mac lalu sehingga 14 April ini tidak hanya memberi kesan kepada pengusaha perniagaan dan orang persendirian sahaja, tetapi juga organisasi bukan kerajaan (NGO).
Antara organisasi yang turut menerima tempias ialah Zoo Negara, kerana sebahagian daripada pendapatan mereka datang daripada hasil jualan tiket.
Entah makan entah tidak la haiwan-haiwan ini sekarang di zoo. Mungkin juga makanan mereka perlu dicatu.
Untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan di situ, Zoo Negara menerusi laman sosialnya giat mempromosikan kempen haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan.
Antara haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat ialah Kayla (harimau Malaya), Sibol (gajah) , Flash (cheetah) dan banyak lagi.
Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia. Mereka yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatitkan dengan nama haiwan yang dipilih, malah nama mereka juga akan dipamerkan di laman web Zoo Negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau menerusi emel di pr@zoonegaramalaysia.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!