ITENARY IPOH 2D1N- IPOH MALI TALAK SOMBONG
================ 1st Day 1.Breakfast di Suhaimi Cafe – Harge berpatutan tp kena sabar menunggu la ye -Kena try vietnam kopi ea.. Sodap – Suhaimi Cafe Jalan Kledang Raya https://maps.app.goo.gl/Xy5wYUbN9WiTkz2Y9
2.Tasik Cermin – Bayaran parking Rm5 – 9am-5pm – Memang syok bgamba akt sini.. Tapi sedikit panas la.. Standby la kipas kecik – Jalan nk masuk sini konpius sikit.. Tasik ini belakang kilang ACM, ISUZU.. dalam 1 min dari jalan utama.. Tasik Cermin – https://maps.app.goo.gl/1iSMG9Z8S1U4LPB58
3.Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village – Tiket rm10 – Parking kereta.. FREE – Naik basikal, naik beca.. FREE – Snap gambar, record video.. FREE – Bagi hakak tempat ini agak menarik.. Segala jenis budaya dan bangsa ada dalam tempat ini.. Banyak barang-barang antik yang menggamit memori zaman kecik.. Dengan limestone features yang unik. View pond pun menarik.. Memang best ..Berpeluh ketiak berjalan dalam ni .. – Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village https://maps.app.goo.gl/4oqBq6mLeXNWRS3S6
5. Jalan-jalan cuci mata di Gerbang Malam Ipoh – Macam-macam barangan ade..ala-ala pasar mlm uptown la. – Gerbang Malam Ipoh https://maps.app.goo.gl/TqnRk8H88sjMNWdx7 – Plan nak pekena tomyam viral ipoh akt Ipoh Night Market. Sekali tutup, So makan saja apa yang ada. – Niase Street Food https://maps.app.goo.gl/9wXyWMx3mys91cyp6
Ads
=============== 2nd Day 1.Tapau Nasi Lemak Opah Gunung Rapat – Kalau pergi ipoh wajib try nasi lemak opah ni. Sedap dan murah. Sambal sedap. – Deret situ banyak pilihan sarapan pagi. Murah-murah dan sedap. – NASI LEMAK OPAH https://maps.app.goo.gl/eC3WKuLkWZ39RpmYA
3.Concubine Lane – Berjalan di sudut-sudut lorong yang menarik. Kiri kanan ada peniaga yang menjual macam-macam kat lorong tu. Menarik. – Concubine Ln https://maps.app.goo.gl/KS9WLYadfSP8qpsM6
4. Ipoh Platf9rm (Harry Potter Cafe) – Sewa baju Rm10 – Pastu beli la air yang diorang jual tu.. Sambil-sambil bergambar boleh minum-minum.. – Banyak port bergambar cantik-cantik dalam ini. Syok – Platf9rm Coffee & Brew Cafe -Ipoh https://maps.app.goo.gl/sBCntVxojQs4kFGP8 – Klu nak beli ole2 bawak blik boley beli buah limau bali..banyak pilihan kedai. Ada penjual muslim..
Ads
5. Azhar D Bali (Limau Bali Tambun) Gerai no.35 https://maps.app.goo.gl/PWT38j6Yn6CL3dFe8 – Balik kl tu boleh singgah di Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 – Tak boleh masuk sebab ujan. So bergambar kat luar je
Sebarang pertanyaan boleh komen ye. Selamat bercuti. Ayuh support industri pelancongan Malaysia
LAUTAN dan hidupannya adalah sesuatu yang sangat misteri untuk kita. Kebanyakan daripada kita sering tertanya-tanya apa yang ada di bawah permukaan lautan yang luas, dalam dan gelap itu? Malah tidak kurang ada juga di antara kita yang sedang terfikir bagaimanakah rupa atau bentuk muka bumi sebenar di bawah lautan?
JURANG MARIANA
Jurang Mariana yang terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina ini merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina dan ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.Jurang tersebut membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina.
Antara hidupan di Jurang Mariana
Bahagian The Challenger Deep adalah lokasi paling terkenal di lautan bumi di mana ia jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).
Ini bermakna, Gunung Everest pun akan tenggelam sekiranya ditempatkan di The Challenger Deep!
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut. Ukuran kedalaman pertama Jurang Mariana dibuat oleh kajian kapal British HMS Challenger, yang telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja pada tahun 1875 untuk menjalankan penyelidikan ke aras jurang yang sama. Kedalaman paling besar dicatatkan pada masa itu adalah 8,184 meter (26.850 kaki). Pada tahun 1951, sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja, juga dinamakan “HMS Challenger,” kembali ke jurang itu untuk melakukan pengukuran tambahan. Mereka mendapati lokasi yang lebih dalam dengan kedalaman 10,900 meter (35,760 kaki) ditentukan oleh echo bunyi. The Challenger Deep dinamakan selepas kapal Royal Navy membuat pengukuran ini. Pada tahun 2009, pemetaan sonar dilakukan oleh penyelidik di atas kapal RV Kilo Moana, yang dikendalikan oleh Universiti Hawaii.Pengukuran terbaharu dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal & Ocean Amerika Syarikat pada tahun 2010, di mana hasilnya mencatatkan kedalaman sehingga 10.994 meter!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kepada anda yang nak beli tiket penerbangan, kajian dan analisis data penerbangan yang dilakukan oleh Airlines Reporting Corporation (ARC) dan Expedia Group ni mendapati tempahan tiket penerbangan pada hari Ahad lebih menguntungkan kerana memberikan penjimatan sehingga 20% kepada anda.
Kajian yang diorang buat memberitahu faktor masa untuk memperoleh penjimatan adalah sangat penting dalam pelan pelancongan anda dan laporan mendedahkan faktor itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.
Antara tip penjimatan dalam membeli tiket penerbangan bersandarkan faktor masa adalah seperti ini:
1. Tempah tiket penerbangan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.
2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi, premium atau bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%.
3. Jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.
4. Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas premium atau bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.
5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu jika bermula pada hari Rabu untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan dan ada ketika lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.
Jadi kalau anda nak penjimatan ketika beli tiket penerbangan, jom tempah buat tempahan pada hari Ahad!
Walaupun dunia kini diserang dengan pandemik COVID-19 termasuk negara kita, namun merayakan sambutan Syawal masih lagi dapat dirasai apabila kerajaan memberi kebenaran untuk menyambut perayaan tersebut selama satu hari.
Tetapi ada segelintir rakyat Malaysia masih tetap ingin merayakan sambutan Syawal dengan merayakannya 'selama sebulan'. Ada masih mengambil kesempatan melakukan amalan ziarah-menziarahi dan tidak kurang juga bersantai di tepian pantai untuk merakam foto hari raya.
Tahukah kalian, jika bersantai atau lepak di tepi pantai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat boleh diambil tindakan dan didenda RM1000 setiap seorang.
Baru-baru ini ketika umat Islam masih dalam 'mood' bulan Syawal di Pulau Pinang, tindakan melepak sambil menikmati pemandangan laut di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) di Butterworth membawa padah buat 11 individu apabila ditahan.
Kesemua mereka dikompaun RM1,000 selepas didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Mereka terdiri sembilan lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 27 tahun itu ditahan dalam operasi antara 8 malam hingga 10.45 malam. Terdapat lagi individu masih berdegil apabila mereka melepak dan berbual seolah-olah tidak apa berlaku, tetapi perbuatan itu salah.
Operasi itu diadakan selepas polis menerima laporan dan aduan daripada pengguna lebuh raya berkenaan. Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Orang awam diminta menyalurkan maklumat jika ternampak mereka yang tidak patuh dan menjalankan aktiviti terlarang bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.