Sungai Bangan atau Sungai Balu terletak di Hulu Dungun, Terengganu terkenal dengan kejernihan air sungai yang berwarna hijau kebiruan.

Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih. Sungai Bangan biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.

Istimewa ‘Sungai Jernih Warna Biru Kehijauan’ Jadi Tarikan Pendaki Di Hulu Dungun, TerengganuIstimewa ‘Sungai Jernih Warna Biru Kehijauan’ Jadi Tarikan Pendaki Di Hulu Dungun, Terengganu

Ads

Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut. Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau. Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.

Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangan perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.

Ads

Istimewa ‘Sungai Jernih Warna Biru Kehijauan’ Jadi Tarikan Pendaki Di Hulu Dungun, Terengganu Istimewa ‘Sungai Jernih Warna Biru Kehijauan’ Jadi Tarikan Pendaki Di Hulu Dungun, Terengganu

Sungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang ke Sungai Bangan ini, nikmati keindahan alam dengan baik serta jangan buang sampah merata-rata.

Ads

Jom cuti-cuti Malaysia!

Foto: Google image

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI