Kasih sayang tidak pernah boleh dijual beli. Ia datang dari hati yang paling dalam. Menggembirakan hati pasangan ada bermacam caranya, salah satunya ialah membuat perkara disukai isteri.

Ia samalah dengan membawa pasangan keluar bersiar-siar, makan di restoran dan lain-lain hal kecil tapi sudah cukup menggembirakan hatinya.

Ternyata usaha seorang lelaki dari Jepun, Mr Kurosaki menanam bunga demi menggembirakan hati isterinya yang depression akibat mengidap diabetes berjaya apabila tanaman bunganya itu mendapat liputan media di Jepun atas usahanya itu.

Ikuti perkongsian Zunita Ramli, owner dan founder Tokyo Organik HQ menerusi Catatan Zunita Di Jepun mengenai kisah unik ini.

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Ads

Pernah dengar tak cerita pasal seorang suami tanam bunga selama 2 tahun untuk isterinya yang mengalami depression?

Mr dan Mrs Kurosaki berkahwin pada 1956 dan dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup secara sederhana dengan bertani di Bandar Shintomi di wilayah Miyazaki.

Ads

Tragedi berlaku apabila Mrs Kurosaki disahkan menghidap diabetis. Hanya selepas 1 minggu mengetahui dia menghidap penyakit tersebut, Mrs Kurosaki diuji lagi dengan kehilangan kedua-dua penglihatan matanya akibat komplikasi diabetis.

Mrs Kurosaki tertekan dan mula mengasingkan diri dari dunia luar. Dia tidak mahu berjumpa dengan orang lain dan hanya mengurungkan diri di rumah sendirian.

Ads

Bimbang keadaan menjadi lebih parah, suaminya Mr Kurosaki telah menanam lebih 7,000 bunga moss phlox atau pink shibazakura dalam tempoh 2 tahun. Mr Kurosaki memilih bunga pink ini bukan kerana rupanya yang cantik, tetapi kerana baunya yang menarik. Ini mengingatkan dia bahawa kecantikan itu tidak selalunya pada rupa sahaja.

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura

Menyedari kehadiran haruman bunga di halaman rumah, Mrs Kurosaki keluar dari rumah untuk menikmati haruman tersebut. Walaupun tidak dapat melihat, Mrs Kurosaki amat gemar berada di luar rumah untuk menikmati haruman 7,000 moss phlox yang ditanam oleh suaminya.

Ternyata usaha Mr Kurosaki terbalas kerana berjaya “mengeluarkan” isterinya dari tekanan dan mengembalikan senyuman di wajah Mrs Kurosaki.
Well, true love still exists Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink Shibazakura
.
#CatatanZunitaDiJepun
Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan  Tanam 7000  Pokok Bunga Pink ShibazakuraBored panda

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI