Salah satu keseronokan apabila pergi bercuti adalah apabila dapat merakamkan gambar kenangan di mana-mana destinasi menarik.
Walau bagaimanapun ada kalanya agak sukar mencari port betul-betul cantik dan menarik untuk berOOTD.
Namun jika anda seorang kaki OOTD jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Marina Island yang terletak di Lumut, Perak.
Berbeza dengan kebanyakan tempat lain, Marina Island menyediakan port menarik dan cantik untuk mereka yang gemar berOOTD iaitu di InstaLoka Marina Island.
InstaLoka di Marina Island sebagai salah satu destinasi baru untuk pelancong dari seluruh Malaysia yang ingin berswafoto di tepi laut yang cantik pasti dapat memenuhi keperluan media sosial yang berbeza.
InstaLoka ini menampilkan karya-karya seni dalam empat tema yang berbeza dengan pelbagai pemasangan berwarna-warni dan seni mural 2D dan 3D yang direka khas oleh artis tempatan yang berbakat.
Empat tema tersebut termasuklah Pemerkasaan Positif dalam Seni Kreatif Moden (Positive Empowerment in Modern Creative Art) , Kebebasan daripada COVID-19 (Freedom From COVID-19), Budaya Malaysia yang Berdiversiti (Colourful Malaysian Culture) dan Kehidupan Ceria (Vibrant Life).
Antara daya tarikan / hotspot lain yang boleh diterokai; Puncak Wibawa, Sakura Garden, Let’s Kahwin, Pishang arr!, The Dreamy Frame dan Hit The Road.
Penggemar OOTD, kaki fotografi dan videografi pasti dapat menikmati spot OOTD di sekitar Kompleks Jeti Marina Island yang berlatarbelakangkan panorama laut dan langit biru.
Lokasi strategik terletak hanya 10 minit dari Pulau Pangkor Bebas Cukai dengan menaiki Feri dan kurang daripada 5 minit dari bandar Lumut.
InstaLoka ini tentunya adalah tempat yang ideal untuk sesiapa yang ingin beristirahat dari kesibukan bandar dan teroka sesuatu yang unik di Marina Island.
Lebih menarik, pengunjung boleh bergambar di InstaLoka secara percuma dan sepanjang masa.
Selain itu pelbagai aktiviti menarik dan peraduan hadiah sempena pelancaran InstaLoka turut menanti pengunjung yang dijangka akan tiba waktu cuti sekolah bulan Disember ini antaranya cabaran Selfie/Welfie Instaloka @ Marina Island Pangkor!
Mencari dan bergambar dengan 26 Spot Instaloka di Marina Island pada bila-bila masa bermula 21hb hingga 31hb Disember 2021. Daftar Hari Ini! bit.ly/hunt4instaloka atau Imbas Kod QR untuk mendaftar.
Bagi mereka yang berminat untuk ke sini boleh layari www.marinaisland.com/experience/instaloka untuk maklumat lanjut atau cari saja Marina Island di medium sosial lain.
Artikel Berkaitan:
99 Wonderland Park, Tarikan Menarik Untuk Anak-Anak Bercuti. Harga Tiket Serendah RM18
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI