Nampaknya industri pelancongan kembali rancak apabila akan mula dibuka semula di bawah progam ‘travel bubble’ dimulakan dengan Pulau Langkawi.
Inilah masanya terutama bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pulau itu akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Selain Langkawi, Terengganu juga sudah membuka sektorpelancingan bermula Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata pembukaan sektor pelancongan itu meliputi pulau peranginan terkemuka seperti Pulau Kapas di Marang, Pulau Redang di Kuala Nerus dan Pulau Tenggol di Dungun, selain Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
“Sebenarnya, pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksinasi tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi.
Ads
“Justeru bermula 1 September ini, aktiviti berkenaan akan dibenarkan semula, namun penggiat dan pelancong perlu mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Pulau-pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksin tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi. – Bernama
Penurunan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah daripada RM8.50 kepada RM7.00 dijangka dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.
Kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sha untuk kereta persendirian telah diseragamkan dengan Jambatan Pulau Pinang bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan jambatan kedua itu.
Langkah untuk merasionalisasi kadar tol jambatan kedua supaya dapat seimbangkan aliran trafik ketika waktu puncak, hujung minggu dan cuti perayaan. Ini kerana biasanya kalau kadar tol untuk jambatan kedua lebih tinggi daripada jambatan pertama, maka lebih ramai akan cenderung untuk guna jambatan pertama.
Penurunan itu, akan turut membawa manfaat sampingan iaitu membawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan Batu Kawan yang kadar pembangunan di kedua-dua kawasan itu masih rendah.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24 kilometer, yang mula beroperasi pada 1 Mac, 2014, merupakan antara jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Gaharu Tea Valley Di Gopeng ini adalah salah sebuah tempat cantik nak lepak santai-santai dengan keluarga.
Masuk sahaja di situ, anda akan disambut dengan pemandangan pokok gaharu yang menarik dan besar.
Dapat jamu mata melihat kehijauan pokok-pokok, di sini ada mini waterfall. Kolam ikan, boleh feeding fish dekat situ. Apa yang menarik anda boleh jalan-jalan dalam kawasan itu dengan turun naik tangga lebih kurang 1km.
Perjalanan 40 minit dari Ipoh untuk sampai ke Gaharu Tea Valley ini. Sampai di sana, boleh naik van (Tiket RM10) untuk explore ladang teh, lepak di kafe dan tengok view cantik-cantik. Hah, air teh dan aiskrim wajib cuba!
Bangga ada ladang teh macam ini, tak jauh dari Ipoh. Tempat cantik dan terjaga. Ada masa lapang, boleh cuba pergi sini. Memang berbaloi!
Di sini anda boleh minum teh gaharu yang mana kebaikan teh daun gaharu ini bagus:
– merendahkan penghasilan asid urik
– lancarkan perjalanan darah
– Darah tinggi
– Diabetes
– Kuatkan jantung
– Detokfikasi
Boleh tahan sedap juga mata memandang melihat suasana di sini. Ada tasik luas terbentang luas di situ.
Lokasi:
HOGA, Gaharu Tea Valley, Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Darurat bermaksud suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan. Berdasarkan sejarah, negara kita pernah beberapa kali melalui keadaan darurat.
Darurat Tanah Melayu
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Semuanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan keluar dari hutan dan bertindak ganas. Ramai orang telah dibunuh dengan kejam oleh mereka terutama dalam tempoh seminggu ‘kekosongan kuasa’ disebabkan pasukan tentera Brisih belum tiba di Tanah Melayu. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
Darurat konfrontasi
Tunku Abdul Rahman pernah mengisytiharkan darurat selepas pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964.Parlimen kemudiannya meluluskan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964 yang antara lain memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggubal peraturan-peraturan darurat.
Darurat Sarawak
Sarawak pernah diletakkan dalam keadaan darurat pada 14 September 1966. Ini susulan 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mengisytiharkan mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Darurat rusuhan kaum
Antara yang paling diingati tentunya darurat pada Mei 1969 berikutan tragedi rusuhan kaum yang mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 membawa kepada darurat yang diisytiharkan pada 16 Mei 1969. Perlembagaan Persekutuan telah digantung dan negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.
Darurat Kelantan
Pada 8 November 1977, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, telah mengisytiharkan darurat di Kelantan susulan krisis politik di negeri itu. Parlimen meluluskan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang memberikan kuasa eksekutif negeri berkenaan kepada pengarah kerajaan yang dilantik oleh Perdana Menteri, manakala sultan, yang juga Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, memegang kuasa perundangan.
Darurat jerebu
Darurat jerebu pernah diisytiharkan pada 1997, 2005 dan 2013. Ia hanya membabitkan beberapa kawasan di Sarawak, Selangor dan Johor susulan paras pencemaran udara yang sangat teruk ketika itu.
image via google | Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...