Siapa tidak kenal dengan Pulau Komodo yang dihuni ribuan biawak komodo. Walaupun dihuni oleh reptilia ‘menggerunkan’ ini, namun ramai pelancong tetap mengambil peluang untuk melawat pulau yang dikatakan antara kelompok tercantik di Indonesia.
Pernah viral seketika apabila Pulau Komodo mahu ditutup kepada pengunjung disebabkan mulai tahun 2020 setelah habitat biawak tersebut sering diancam oleh pengujung seperti masalah sampah dan menyeludup biawak. Pada September lalu, Indonesia memutuskan untuk membatalkan idea rancangan menutup pulau itu kerana populasi spesies haiwan mendiami pulau itu masih dalam kawalan dan terjaga. Menurut data kerajaan Indonesia, lebih 1,700 Komodo Dragon mendiami di pulau itu.
Oleh sebab tidak jadi ditutup, kerajaan Indonesia merancang membuka sebuah muzium khas untuk Komodo Dragon atau biawak gergasi, di Pulau Komodo sebagai tarikan terbaru. Jurucakap daerah Marius Jelamu berkata selain sebagai usaha memulihara keindahan pulau itu, ia juga bertujuan menarik ramai lagi pelancong dan sebagai pusat penyelidikan.
Muzium itu bakal dilengkapi kemudahan audio visual untuk membantu pelancong memahami proses pembiakan haiwan berkenaan. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.
Marius berkata penubuhan muzium itu juga perlu untuk mendidik orang ramai mengenai pembiakan haiwan itu, selain akan menjadi pusat penyelidikan untuk pakar.
Pulau Komodo terletak dalam Taman Negara Komodo adalah habitat kepada biawak komodo yang digelar sebagai naga. Biawak komodo (Varanus Komodoensis) atau kerap disebut komodo adalah biawak terbesar di dunia. Panjangnya mencapai tiga meter dengan berat antara 70 hingga 150 kilogram
Pulau Komodo merupakan kawasan yang memberi peluang kepada pelawat melihat biawak komodo di habitat asalnya. Kunjungan ke pulau tersebut cukup istimewa kerana pengunjung dapat melihat haiwan yang jarang ditemui dan terancam itu.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Hotel, Ini Senarai Penginapan Best Kalau Korang Layan Staycation Di Port Dickson
Port Dickson menjadi destinasi pelancongan paling popular bagi yang mahu menghabiskan percutian di tepi pantai.
Selain pantainya yang jadi tarikan, ada beberapa lagi tempat menarik di kawasan sekitar boleh kira lawati seperti Kota Lukut, Ostrich Farm dan juga Rumah Api Tanjung Tuan.
Jadi bagi mereka yang merancang bercuti ke sana, disenaraikan beberapa penginapan yang best sekitar Port Dickson.
1. VILLA 969
Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Boleh memuatkan sekitar 13 ke 20 orang termasuk kanak-kanak! Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.
Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson
2. HOMESTAY POOL KONTENA PORT DICKSON
Di Homestay Pool Kontena Port Dickson, anda boleh rasai pengalaman menginap di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik tidur. Harga penginapan di sini juga sangat berpatutan.
Bagi yang suka bercuti style backpacker, di sini terdapat penginapan kabin dengan katil double decker yang jauh lebih murah harganya. Ada juga homestay kontena yang dilengkapi dengan katil king bagi yang datang bercuti dengan keluarga. Bagi yang suka berenang, tempat ini cukup sesuai buat anda kerana swimming poolnya yang sangat luas.
3. VILLA LOT 1638
Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau!
Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.
Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson
4. HOMESTAY 133 VILLA
Banglo yang terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.
Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke, BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa. Indoor games pun banyak disediakan seperti snooker, dart board, dan foosball. Mesti takkan bosan punya bila luangkan masa di sini!
Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson
5. THE COTTAGE HOME PD
Homestay ini pasti mengingatkan anda dengan suasana di overseas. Senibina homestay di sini cukup unik berkonsepkan cottage berwarna pastel. Ada juga pengunjung yang menyamakan pemandangan di sini dengan Amsterdam! Swimming poolnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak berenang. Di sini terdapat dua jenis penginapan iaitu banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang dan studio unit untuk penginapan 2 orang. Kalau dah sampai sini, memang rugi kalau tak bergambar banyak-banyak!
Lokasi : NO1A & 1B Lot 3731, Kg.Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan
6. WIDAD VILLA
Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.
Bukan sahaja dekat dengan pantai, lokasinya juga cukup strategik dan berhampiran dengan pelbagai tarikan menarik seperti Hibiscus Walk, Extreme park (aktiviti paintball, ATV), Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Blue Lagoon.
Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Villa yang boleh menempatkan sehingga 50 0rang dalam satu masa ini cukup sesuai untuk dijadikan lokasi buat yang merancang untuk adakan Family Day dengan keluarga besar!
Lokasi: Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang
7. SERENITY @ PD
Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.
Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!
Lokasi: Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson
Artikel Berkaitan:
Homestay Unik Di Zen Retreat Waterfall Villa, Ada Pool & Air Terjun Dalam Rumah
Nusakuya Resort Di Semporna Sabah, Penginapan Atas Air Beri Momen Best Sempena Cuti Hujung Tahun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!
Buat masa Turki menjadi destinasi paling popular menjadi pilihan pelancong yang mahu bercuti ke luar negara.
Namun begitu ada beberapa panduan perlu ambil tahu jika anda berhajat untuk bercuti ke sana ketika musim pandemik ini.
Perkongsian Norhayati di Grup Backpacker Buddies Malaysia memberitahu tip atau persediaan sebelum terbang ke negara yang terkenal dengan sejarah tersendiri dan mempunyai pemandangan cukup menarik ini.
Persediaan Perlu Buat Sebelum Masuk Turki
Trip yang tak di rancang!! Turkey oh Turkey, mai lagi rupanya.
Sebenarnya kemasukan aku ke Turki kali ini bukan satu perancangan rapi pun. Sembang tak sampai 5 minit, terus beli tiket on the spot. Hantu apa yang merasuk pun tak tau lah…
Aku pun sebenarnya dalam dilema nak teruskan trip ini atau tangguh kan dulu. Alhamdulillah, semua dipermudahkan dan di doakan terus dipermudahkan hingga akhir. Ameen…
Sedikit persiapan aku sebelum memasuki negara Turki.
Bagi individu yang ingin travel ke Turki dalam tempoh Pandemik, beberapa bersiapan perlu dibuat agar kemasukan berjalan baik antaranya:
1. HES CODE -HES code sebagai pengenalan diri dan declaration kesihatan di Turkey, macam Mysejahteralah.
QR HES code diperlukan untuk kebanyakan situasi dan tujuan.
HES perlu di register seawal 72jam sebelum berlepas. So, boleh register di link berikut: https://register.health.gov.tr/
2. Vaccination Cert.
3. PCR test result (bergantung pada airline- Emirates dan Turkish Airline tidak perlu, yang lain aku tak pasti sebab aku tak guna airline lain kecuali dua ni je). Dekat kaunter KLIA or mana-mana kaunter Airport, diorang akan tanya PCR result, aku jawab aku dah completed vaksin so, PCR test result tak perlu, sebab Turki pun tidak Memerlukan PCR test ni.
4. Insurans – Emirates dah cover insurans termasuk kes covid. Tapi, aku ambil etiqa sebagai tambahan (sebenarnya tak perlu pun insurans tambahan)
Hari pelepasan, di kaunter, petugas akan minta tunjukan perkara 1- 4.
Untuk PCR test tu, aku cakap tak ada sebab Emirates dan Turkey tidak mewajibkan kalau korang dah completed 2 dose vaksin. Selesai urusan di kaunter, dapat la boarding pass.
Tujuan check in, korang datang la awal sebab semakan di kaunter memang detail.
Seperti mana biasa, guna Emirates maka bersedia untuk transit di Dubai Airport.
Airport memang super besar dan cantik serta canggih, friendly tourist dengan WiFi percuma tanpa had, just register je di link diberikan. Cuma WiFi terhad tidak boleh what’sApp or video call.
Di Dubai tidak perlu apa² dokumen sebab aku just transit. Korang kalau transit lama-lama, boleh je merayap keluar.
Aku?? memang tak keluar airport sebab sampai dah malam dan flight pagi (bunyinya macam sopan je kan). Sebelum covid, pantang ada flight transit, memang tak pernah lepas peluang.
Okay, tiba di Airport Istanbul, Pergerakan traveller seperti biasa, cop passport dan lepas kaunter imigresen ada satu kaunter semakan PCR test result (gayanya macam random je), so… Kat sini Just tunjuk Vaccination Certificate. So, korang akan dilepaskan. Yang tak vaksin, kuarantin 14 hari. Nampak tu, keuntungan orang vaksin.
Saranan aku, cetak semua dokumen untuk memudahkan segala urusan. Tapi yang style paperless tu, ikut lah keselesaan korang. Aku ni jenis traditional sikit lah. Jadi, dua-dua aku buat. mudah dan tenang pada jiwa aku.
Okay, bila dah sampai Airport, macam biasa aku akan cari transport paling murah dan mudah.
Istanbul kini ada tiga Airport,
1. Istanbul Airport (New)
2. Atarturk Airport (tiada penerbangan lepas airport baru beroperasi kecuali kargo)
3. Airport Sabiha Gockchen.
So, dari Istanbul Airport, aku ambil Havaist Bus ke Aksaray Station dengan bayaran 35TL.
So, dari Aksaray korang boleh ambil bus, tramvay or Metro ke Mana² destinasi seterusnya. Havaist Bus ni, akan berhenti Betul-betul di hadapan Grand Havan Hotel.
Kalau tak nak stop di Aksaray, boleh je ke Taksim, Emanonu dan lain-lain.
Aku memang asalnya aku nak turun ke Beyazit Square tapi kebetulan Havaist bus tak ke Beyazit.
Untuk ke Beyazid/Aksaray ambil je bus no 12. di aras dua nanti keluar dari arrival hall, ada tanda arah… Follow je.
Tiket, boleh beli di kiosk. Boleh guna cash atau kredit kad.
Untuk bus ke/dari airport korang tak boleh Istanbulkart. So, ready cash or kredit Kad je.
Okay, dah alang-alang aku sebut pasal Istanbulkat, Istanbulkart sebelum Pandemik, 1 kad boleh share 3 orang tapi tidak lagi sekarang kerana setiap Istanbulkart perlu dilinkkan dengan HES code dan bagi yang dah ada Istanbulkat sebelum ni, korang link kan je ke link berikut (good luck)- hanya boleh buat di Turki je tau: https://kisisellestirme.istanbulkart.istanbul/
Kalau korang yang tiada, boleh beli di mesin Istanbulkart, TL17. so, nanti korang aktif kan dengan HES Code tu.
Ada juga kedai-kedai yang jual Istanbulkart tapi korang sediakan TL25-40 (korang bargain lah). Beli kat kedai, diorang akan tolong aktif kan guna HES Code. Istanbulkart ni apa pula? Kalau kat Malaysia, Macam touch n go la… berbentuk nyawa bagi traveller yang menggunakan pengangkutan awam.
Bagi yang berhasrat nak tinggalkan bagasi ye la mana tau korang terpaksa transit sebelum ke Mana² negeri di Turki, di Istanbul Airport ada 2 tempat, 1 di Gate 8 (International Arrival) dan Gate 1 (Domestic Arrival). satu beg di charge TL40 untuk tempoh 48jam.
Oh ya! bab yang paling best untuk aku kongsi kan ialah bab tukar duit, aku Cadangan kan, kalau nak tukar kat Malaysia, tukar sikit je nanti sampai Airport or Turki korang withdraw la banyak mana yang korang nak melalui Bank Ziraat Bankasi, HSBC, Halkbank dan kuvetturk. Currency aku tukar hari ni, TL1 = RM0.29 berbanding tukar di KL TL1 = RM0. 48. So, pilih la yang berbaloi.
Itu je la perkongsian aku tentang step perjalanan aku dari Malaysia ke Istanbul.
Harap membantu bagi yang merancang ke Turki dalam masa terdekat ni.
Apapun, jaga SOP.
Next….
#travelismylife
#meripyaariyaadien
#meriterikahani
#tripke-4Turki.
Artikel Berkaitan:
Bila Makan Angin & Travel Jauh Dengan Kereta, Sila Bawa 10 Item Kecemasan Ini
Ini 8 Muzium Boleh Dilawati. Selain Kumpul Fakta Menarik, Berbaloi Insta-Worthy Untuk Kaki OOTD!
Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation Je Di Ibu Kota. Ini 10 Hotel Butik Gaya Glamour & Mewah Sekitar KL!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Girls Trip’ Glamping Di Janda Baik. Mudah & Selesa. Paling Penting Enjoy…
Berbanding perkhemahan biasa, glamping kini semakin digemari kerana ia menggabungkan konsep glamor dan perkhemahan dalam satu lokasi. Percutiaan berkonsep glamping lebih selesa dan mudah buat anda yang tidak gemar bersusah payah ‘set up’ peralatan khemah. Konsep sebegini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tidak perlu bersusah payah membinanya sendiri.
Selain itu, percutiaan glamping juga selalunya lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa seperti dilengkapi katil, penghawa dingin dan pelbagai keistimewaan lain sesuai dengan konsepnya penuh glamor.
Sharing untuk yang nak berglamping sebelum camping.
Oleh: Norul Aswin Norzain
Baru-baru ni Awin dengan geng BFF office pergi Girls Trip. Perjalanan dari Rawang ke glamping tak jauh pun lebih kitorang 40 minit je, tapi disebabkan semua teringin nak makan dekat Lemang Tok’ki, kitorang lajak ke Bentong dulu makan-makan.
Ramai yang tanya, best tak staycation dekat sini? Besttt sangat. Tambah pulak sekali sekala dapat me time dengan kawan-kawan kan, seronok sangat hehe.
- Dekat sini konsep glamping so ada banyak jenis tent. Kitorang pilih Deluxe Emperor Tent, muat untuk 6 orang.
- Tent ni tak besar sangat, tak sempit sangat. Just nice je untuk kitorang berenam tido, letak barang-barang masih ada space sikit lagi.
- Setiap tent ada 2 portable fan. Siang agak panas tapi siang kitorang habiskan aktiviti kat luar. Tapi boleh jugak kalau korang nak prepare bawak portable fan yang pakai batery atau USB tu kot tak tahan panas. Especially kalau korang nak datang dengan anak-anak. Dan waktu malam sangat sejukkk ok. Kesejukan masing-masing sampai ke pagi hehe.
- Ada aktiviti macam-macam korang boleh buat dekat sini. Selain mandi sungai, dekat glamping area ni boleh pusing kampung naik basikal, boleh berkaraoke, ada archery, ping pong dan macam-macam lagi la. Semua nya FREE
Kalau nak BerBBQ, kena sewa Bbq pit dia. Price sewa BBQ pit RM100, nampak agak mahal kan?
Tapi BBQ pit tu dah termasuk arang, dia hidup kan api dan provide pinggan, mangkuk, penyepit semua tu. Lengkap dah, korang tinggal bawak makanan untuk BBQ dan grill sajaa. Sesuai la dengan tema glamping kan.
Overall glamping kat sini memang best & harga pun sangat affordable
Facilities:
- Toilet: Sharing toilet tapi bersih
- Plugpoint: Ada. Extension pun ada dalam tent
- Kitchen: Ada open kitchen. Boleh masak, ada basic barang macam minyak, Garam, gula Ada Coway juga
- BBQ pit: Sewa with charge
- Parking: Near campsite
- Phone coverage: Maxis, Celcom, Digi slow
- Safety: Ok
- Lokasi: Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik
- Harga: Boleh direct wassap PIC or beli thru Agoda, Booking etc. Kitorang booking thru Agoda RM460 6 pax so RM76 per pax
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI