Setiap kali anda hendak menempah mana-mana lokasi penginapan seperti hotel, resort atau chalet, dapatkan dahulu review daripada pengunjung yang pernah datang sebelum ini berkenaan tempat tersebut.
Berbuat demikian mungkin dapat menghindarkan anda daripada pengalaman yang tidak menyeronokkan. Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah Trivago, Foursquare atau Booking.com
Ini perkongsian daripada saudari Aida Syafiza Adanan di laman sosial Facebook pengalaman buruknya ketika menginap di sebuah hotel di Taiping, Perak. Malah pengalaman tersebut bukan terjadi kepada dirinya sahaja, malah ramai pengunjung lain. Semoga menjadi pengajaran kepada anda yang lain agar membuat semakan atau ‘review’ daripada pelanggan lain sebelum membuat apa-apa tempahan penginapan.
Hari ini baru ada kekuatan untuk nak review sejenis hotel ni. Pengalaman yang aku rasa sampai mati tak boleh lupa kot. Gambaq-gambaq ni aku ambik dari Google, sebab terlampau seram nak keluaqkan henset nak videokan.
Ads
Bergerak dari KL untuk ke Taiping pukul 11 mlm lebih, disebabkan dah lewat sangat dan tak plan pun nak bermalam di Taiping, call kebanyakan hotel, semua tak angkat sampai la call hotel ni, depa angkat.. Dengan tak tunggu dah, terus confirm, sebab owner bagi 2 bilik rm100 ja..lagi pun tengok review dalam internet lawa kan?
Sampai sana pukul 2 pagi lebih ikut Waze, jalan masuk tu kiri kanan hutan. Siap ada kain merah pacak kat tepi jalan..daun-daun kering penuh. Elok sampai lobi,Jeluh muka..Allah! Teruknya.satu manusia pun tak ada..Rasa macam pernah terbaca tentang hotel ni di FB..Tapi tak sure lagi, call frontdesk, line telefon jadi pelik suara pun pelik.
Ads
Adik faizal pi ambik kunci di hujung mana hala nu..orang yang urus tak keluar sampai sudah. Masa tu rasa mcm nak lari cari hotel lain dah ,tapi dah mai pun ramai, ada anak kecik dengan letih. Naik jugak. Tekan lif 2,2 tak berfungsi kena naik tangga, dapat 1bilik tingkat 1..satu bilik lagi tingkat 2..Qabat naik tangga..
Syiling berlubang sana sini..lampu hujung kelam mcm dlm gambar bawah ni..penghujung koridor tadak dinding, terus nampak hutan..bilik tingkat 2, kena lalu air menitik bertakung atas lantai..TV tekan bukak, dia tutup sendiri..last-last pakat tarik wire kabel plug..Allah..pertama kali kena mcmtu.
Pakat tak lena sampai ke cerah. Yang ihsan, dari lobi dok tunjuk “tu..tu..”Naik bilik, atas katil tunjuk lagi.Toilet ada bekas air karat meleleh di bumbung.singki beretang. Sapa sorang tak berani bersuara apa. Tunggu sampai cerah.
Ads
Mangkit pagi, selak tirai nampak kolam renang terbiaq, berkeladak tak sangga. Di balkoni ada meja dengan kerusi lama. Meleding kena air hujan. Terus packing untuk check out. Jumpa technician dia dok bawah, budak tu gitau kata org keja ada 6 org ja situ. Memang tak dak roomservice. Tempat tu tutup lama dah..tapi dibukak semula untuk upgrade.
Lani tempat tu bukak untuk sewa harian, mingguan dengan bulanan..Budak-budak muda lapis remaja ramai pakat check in situ. Kereta motor banyak parking, tapi satu manusia pun tak kelih. Semua kereta mahal-mahal dan plate luar. Owner asal dah jual hotel tu. Setiap bilik ada owner yang berbeza. Hotel ni dalam aplikasi AGODA ada ya.
Moga-moga orang lain tak kena la. Saja buat review ni, sebab mau boleh tak mau orang lain pulak kena. Mau boleh elak, elak lah. Cukup sekali wei aku kena..Serikkkk! Orang Taiping, tolong info sat boleh?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap tempat ada menyimpan misterinya yang tersendiri. Malah kerana cerita-cerita menarik beginilah, ia menjadi tumpuan pelancong untuk datang dan melihatnya dengan mata sendiri.
Salah satu tarikan utama pelancongan di Amerika Syarikat ialah Tasik Tahoe, viewnya cukup indah namun pernah menyimpan misterinya yang tersendiri suatu ketika dahulu sebelum menjadi popular kerana tarikan pelancongannya.
Tasik Tahoe yang terletak di Amerika merupakan sebuah tasik air tawar yang terkenal di negara tersebut. Tasik yang berkeluasan hampir 500 kilometer persegi ini sebenarnya menyimpan pelbagai cerita yang diperkatakan oleh masyarakat di sana.
Di sebalik keindahan tasik kedua paling dalam di Amerika, dekat sini dikatakan ratusan mayat telah dibuang oleh gengster sekitar tahun tahun 1920 hingga 1960. Mangsa yang dibunuh kebanyakannya dari kasino berdekatan dengan kawasan ini.
Tasik ni menjadi tempat kegemaran untuk buang mayat mungkin disebabkan oleh kedalamannya yang mencecah 500 meter, pelbagai cerita yang mengatakan ada juga mayat mangsa yang lemas tidak dapat ditemui.
.
.
.
.
.
.
Ramai nelayan telah menemui mayat mayat yang terapung di tasik itu, paling menarik apabila mayat seorang penyelam yang bernama Donald Christopher Windecker ditemukan selepas 17 tahun lemas di tasik tu, keadaan mayat dikatakan hampir sempurna kerana air di dalam tasik tersebut sangat sejuk.
Malah ada juga yang menceritakan tasik ni mempunyai haiwan yang menyerupai Loch Ness, penduduk dikawasan itu mengatakan haiwan tersebut tinggal di sebuah gua di dalam tasik, cerita ni mula direkodkan sekitar tahun 1800 dan menjadi buah mulut penduduk sekitar.(sumber FB : John Mohamed)
Namun ia mungkin tidak sepopular kisah Raksasa Loch Ness ialah makhluk mitos yang dikatakan mendiami Tasik Ness (Loch Ness) di Tanah Tinggi Scotland. Bagi mereka yang berminat dengan hal-hal misteri, rekod paling awal yang menunjukkan adanya raksasa tasik pada tahun 565 Masihi. Pada tahun 1933, selepas Tasik Ness di Scotland membuka satu jalan keliling, semakin ramai orang melaporkan raksasa tasik muncul di Tasik Ness.
.
Pada tahun 1934, Pengurus Hal-Ehwal Pertanian iaitu Kimberly berkata”Kepala raksasa tasik berukuran 180 cm panjang, bentuknya seperti ular, ada bonggol di belakang badannya, badan berukuran 90 meter.
Pada tahun yang sama, ada seorang doktor British, Robert Kenneth Wilson berjaya menangkap gambar raksasa tasik. Pada tahun yang sama juga, Asha Grand menemui raksasa tasik merangkak ke darat. Beliau menggunakan lampu di depan keretanya untuk melihatnya dan dia mendapati ia menyerupai sejenis hidupan prasejarah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Juara Piala Malaysia 2017 dan juara empat kali berturut-turut liga Malaysia Super League, Johor Darul Ta’zim, akan menyumbangkan duit kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.”
“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.”
Demikian petikan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!