Bagi yang bercadang bercuti ke Terengganu dalam masa terdekat nie, selain memilih penginapan bercuti ke hotel dan resort tepi pantai, bolehlah cuba recce-recce penginapan di Masjid Seberang Takir. Masjid ini terletak di Kuala Nerus, Terengganu.

Menariknya di masjid ini, ada di sediakan rumah inap desa buat para musafir serendah RM80 semalam. Wow, murah saja kerana banyak kemudahan ada di sekitar masjid ini.

Berkonsepkan bercuti sambil beramal, Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu ini ada menyediakan rumah inap desa yang mana ia dilengkapi semua kemudahan, sama seperti disediakan di hotel-hotel dan resort.

Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Pemandangan Masjid Seberang Takir yang sangat indah.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Bukan saja dapat solat dengan senang di masjid tapi idea membangunkan inap desa untuk pembangunan masjid idea yang sangat baik.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Masjid Seberang Takir ini terletak di Kuala Nerus, Terengganu
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Inilah 12 inap desa yang berharga RM80 untuk semalam. Dilengkapi semua kemudahan termasuk penghawa dingin, katil (single/queen), bilik air, sofa, Al-Quran, sejadah, tuala & selimut.

Sebanyak 12 inap desa disediakan dan kesemuanya lengkap dengan fasiliti seperti dinyatakan.

Ads

Amat jarang masjid-masjid di Malaysia memikirkan idea begini tapi menariknya di inap desa Masjid Seberang Takir ini, ia terletak di lokasi amat strategik.

Ia terletak berdekatan dengan lokasi utama sekitar Kuala Terengganu seperti Pasar Payang, jeti bot penambang, Pantai Teluk Ketapang, Jambatan Angkat, Mydin Mall, Sabasun Hypermarket, Stadium Sultan Mizan, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Pusat Bandar Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Ads

Antara kemudahan yang disediakan di rumah inap ini adalah penghawa dingin, katil (single/queen), bilik air, sofa, Al-Quran, sejadah, tuala & selimut.

Ads

Paling best di sini, senang nak solat berjemaah dengan penduduk di sini selain viewnya yang memang sangat cantk. Lagi ngam dapat berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu dengan sangat senang kerana ia terletak di lokasi amat strategik.

Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Ada bilik dilengkapi dua katil single dan ada jenis queen, sesuai untuk suami isteri.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Bilik jenis katil queen untuk kemudahan pasangan suami isteri.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Bilik air moden dan selesa digunakan.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Inap desa ini terletak bersebelahan masjid. Jadi kalau menginap di sini, sangat senang untuk solat berjemaah.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Boleh nampak jeti bot penambang untuk ke bandar Kuala Terengganu kalau menginap di sini.
Inap Desa Di Masjid Seberang Takir, Sangat Selesa & Harga RM80 Saja. Dekat Dengan Pasar Payang
Banyak kemudahan ada di sini terutama kalau nak ke bandar Kuala Terenganu. Dekat dengan semua kemudahan lain termasuk Jambatan Angkat dan lain lagi.

Semua urusan penginapan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang saja.

Semoga setiap hasil ini digunakan untuk pembangunan masjid dan ummat islam khususnya. Sumber : Surgaroute

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI