Bila sebut pasal cuti, antara perkara yang ibu ayah fikirkan ialah adanya kolam renang untuk anak-anak mandi manda untuk setiap hotel, resort atau homestay yang dipilih.
Bagi yang tak nak bersesak-sesak mandi di kolam renang terbuka khususnya di hotel, bolehlah buat pilihan bercuti di homestay yang menawarkan banyak kemudahan termasuklah kolam renang.
Antara homestay yang menarik boleh dicuba ialah Zen Retreat Waterfall Villa yang terletak di Taiping, Perak.
Bukan saja tempatnya menarik tapi apa yang bestnya, kolam mandinya terletak dalam rumah yang mana korang semua boleh mandi sepuas-puasnya. Ia juga dilengkapi semua kemudahan termasuk memasak.
Bertemakan konsep minimalis untuk rekaan villa ini, ia menawarkan 4 bilik tidur di mana di satu di bahagian bawah sementara tiga lagi di atas dan kesemuanya dilengkapi penghawa dingin. Kalau datang ramai-ramai, boleh muatkan antara 14-15 orang ya. Jadi memang happeningla malam-malam.
Untuk kolam renang sedalam 3 kaki ini, ia terletak di ruang tamu di mana ibu ayah boleh memantau anak-anak mandi. Jangan risau dengan isu keselamatan kerana di sekeliling kolam renang ini ia dilengkapi panel gelas lutsinar. Bukan saja kolam ini menjadi daya tarikannya tapi bunyian air terjun juga turut mendamaikan (namun bunyi pamnya agak bising kalau dibuka pada tengah malam ya).
Berapa harga Zen Retreat Waterfall Villa ini?
Sewaannya adalah RM550 untuk 2 hari 1 malam dan kalau deal terus dengan owner dapat murah sikit katanya.
Paling best, kalau menginap di sini, ada banyak aktiviti boleh dibuat. Antaranya ia agak dekat dengan Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping Trong Leisure Farm (taman itik) dan Kuala Sepetang). Jadi banyak aktiviti korang boleh buat ya selain jalan-jalan di sekitar homestay nie.
Paling menarik, rumah ini asalnya adalah milik penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah. Hah, bestkan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Train To Busan Tapi Train To Dabong, Sumpah View Lawa & Banyak Makanan Sedap. Kena Cuba Sekali Seumur Hidup
Dabong yang terletak dalam daerah Kuala Krai, Kelantan suatu ketika dahulu bagai tempat jin bertendang. Namun ia mula menarik perhatian pencipta alam dan menjadi tumpuan pelancong luar selepas beberapa lokasi percutian seperti Gua Ikan, Air Terjun Jelawang selain Gunung Stong mula menjadi pilihan ramai terutama mereka yang gemar dengan aktiviti lasak untuk mengisi kegiatan percutian.
Lebih menarik, untuk ke sini ada perkhidmatan keretapi bahkan ia pernah menjadi fenomena tahun lalu dengan jolokan Train To Dabong yang kini kembali lagi dengan pelbagai tarikan lebih menarik. Lagi best sebab kali ini naik train DMU KTM Berhad terbaru yang serba canggih lagi selesa. Lebih menarik pihak Keretapi Tanah Melayu telah memperbaharui koc untuk memberikan nafas segar kepada pelancongan di lokasi ini di mana orang ramai dah tak perlu berebut-rebut lagi menaiki keretapi.
Sumpah, view memang ohsem giler dan lebih best banyak tempat makan menarik. Baca catatan dikongsikan oleh page FB Senok Perut mengenai keistimewaan Train To Dabong dan kawasan cantik dilawati di daerah ini.
Dikongsi dari fb Senok Perut, mereka menyenaraikan lebih 10 lokasi menarik boleh terjah kalau ke sini yang ditulis dalam bahasa Kelate.
Selepas boleh rentas daerah baruni. Fenomena Train To Dabong yang pernah viral tahun lepas. Setelah admin pergi sendiri setiap lokasi-lokasi di Dabong. Set-set senok berani listkan tempat-tempat yang wajib anda lawati kalau pergi Dabong.
Fakta perlu tahu sebelum pergi
1) Sekarang ada 2 saja trip pergi dan 2 trip balik ke Wakaf Baru.
2) Harga tiket sekarang jauh lagi murah walaupun train baru
3) Cuaca di Dabong sekarang hujan pada waktu petang jadi elakkan berada di air terjun
4) Hanya yang 2 doses saja boleh naik train. Anak-anak kecik boleh naik kalau makbapak semua dah full 2 doses
Ikuti list 12 tempat wajib lawat kalau gi Train To Dabong.
GUA KERIS :- Gua batu kapur yang sangat unik alik dalam dia sebab ada pelbagai kejadian unik dan aneh. Salah satunya GODS LIGHT jalur cahaya matahari yang terpancar dalam gua gelap yang memberikan kesan unik. Dalam gua keris ada jugok formasi Keris yang sangat cantik. Perlukan guide untuk masuk sini ya. Boleh tanya orang setempat siapa boleh guide.
LATA KERTAS :- Lata yang terkenal sebab batu pelik dan airnya yang jernih dooh. Sini ada kawasan tohor dan dalam. jadi kena berhati-hati. Terletak 12km daripada Dabong jadi kena naik teksi. Kawasan lata di Dabong dinasihatkan tidak dilawati selepas pukul 5 sebab bila hujan atas gunung ada fenomena kepala air.
MEE UDANG CHE DA :- Mee udang galah viral yang terkenal sokmo. Rasa masih sama lemak manis pekat. Hanya udang fresh jah dio guna. Terletak di Stesen KTM Dabong. Sampai-sampai makan mee slalu bohhh.
KTM DMU :- Train akan anda naik. Meme semua serba baru dan modern. Macam naik flight. Harga maintain murah. Kalau naik di wakaf baru train dia pukul 10.30 pagi. Harga dalam RM5 gitu. Sampai dabong pukul 12.15.
ADAM CAFE :– Kedai ikan bakar paling sedap admin pernah makan. Terkenal juga dengan sup gearbox dan pelbagai sup dan chicken chop. Dekat atas SK jelawang. Jalan gi ke Gua Musang. Kedai sebelah kanan jalan.
UMMI POKOK CERI :– Kedai masakan Thai yang sangat meriah pada waktu malam. Makanan dia memang ori thai murah dan sedap. Kena stay di Dabong baru best makan sini.
RAISYA MEE CELUP KOPEH :- Terkenal dengan celup2 kopeh dan Teh Jebok. Lokasi dia dekat stesen KTM jah. Disini memang ada segala jenis jelup-jelup dengan lauk kerompes ayam. Waktu Operasi : 11.00 AM-7.00 PM.
SUNGAI KENERUNG :– Terletak dekat Pondok Kenerung. Terkenang dengan jeram yang air sangat luas dan lawa. Sini juga aktiviti rafting dan pelbagai lagi boleh dibuat. Dalam 8 km daripada Dabong. Terkenal dengan jolokan Kota Belud versi Kelantan. Tapi perlu hati-hati dengan kejadian kepala air pada waktu petang.
MERCU TANDA STONG :- Sini meme tempat wajib bergambar view belakang Gunung Stong. Sangat lawa terutama semasa awan rendah. View yang akan buat korang terkesima.
JELAWANG PIPE RESORT :- Resort dalam Kelapa Sawit yang andanya chalet berbentuk pipe..,orang kata Kalbok. Sesuai untuk aktiviti extreme sini banyak (bakal dibuka pertengahan bulan 10).
KEM BAHA :- Puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 300 meter lebih. Kena daki selama 2-3 jam baru sampai atas ni, Tapi berbaloi sebab view pagi dan Maghrib dia sangat menakjubkan. Nak masuk ke Taman Stong kena bayar permit. Nak naik sampai sini kena ada guide. Jadi pakat-pakat ramai-ramai upah guide baru jimat. View berawan lawa tu bila anda bermalam di sini. Pagi esok memang akan tersedu tengok view lagi dia.
GUA IKAN :- Gua yang ada sungai mengalir di bawahnya. Meme sangat luas dan senang dimasuki sebab tepi jalan besar sahaja. Aktiviti dia macam rock climbing, trekking, cave exploring.
ROSE HOUSE :- Kalau nak bermalam admin rekomen sangat Rose House Dabong sebab sangat selesa dan murah. Abe din pun sangat senang berurusan. Dia boleh bawak masuk Gua jugok.
STONGHILL RESORT. Resort yang baru diberi wajah .khas untuk pendaki gunung berehat sebelum naik. DI akaki gunung ada AIr terjun Jelawang yang tinggi dan sangat cantik untuk bergambar.
INFO TAMBAHAN:-
Mulai hari ini, Shuttle Timuran (Set DMU) akan digandakan perjalanan dua kali lebih panjang untuk hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum. (korang yang nak pergi ke sini digalakkan membeli tiket dua hala, pergi dan balik bagi memudahkan perjalanan).
Jumlah seat juga semakin banyak iaitu seramai 416 untuk satu trip. Setiap hari ada tiga trip (waktu kena tengok di website KTM ya). Tambang antara RM2-RM6 ikut stesen naik.
Dapatkan tiket anda di https://bit.ly/3kWOQv5 atau melalui aplikasi KTMB Mobile.
Etika naik keretapi
1) Sila Ikut Nombor Seat hak mu beli. Taksah duduk nk duduk denge saing lah. Semasa beli no tu bg tahu selalu dekat kaunter nk duduk sebelah menyebelah.
2) Jangan duduk lama-lama di cafe. Ore lain nk rasa juga minum / makan situ. Lepas minum makan pandai-pandailah balik ke seat masing-masing. Jangan bermastautin terus situ. Sampoh, kalau tak boleh buang, simpan dalam poket/beg buang bila sampai stesen. Tak usah duduk selit tepi gotu goni.
3) Jangan makan makanan bau kuat dalam coach. Duriye ,kefsi, woh khedah makan bilo sampai deh. Kalu lapar lajok gi Makan di Cafe. Naik train ni mesti ada ore pening dan loya. Kalau ada bau nyekit2 tak pasal pasal muntohh lah atas seat come2.
4) Mak pok sila sedia hiburan ko anak2 kecik. Bagi makan siap sebelum naik train. Jangan biar anok jerit melaung berona dalam Ketapi. Ore lain nak gi suka2 tapi duduk hadap anak kecik teriok 4 jam spoil mood blako wei. Tak pasal ada ore tuo berona nanti tak sedap lah nak tengok.
Selamat ber Trip to Dabong. Nak tahu info join Group ini @TRIP TO DABONG atau untuk pertanyaan berkenaan aktiviti, kereta sewa, penginapan, kedai makan. boleh join group TRAIN TO DABONG.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kekunang Tering Chalet, Pekan Tawar Percutiaan Rumah Pokok Tepi Laut. Rare Weh!
Ada hikmah rakyat Malaysia hanya berpeluang untuk bercuti dalam negara sahaja. Disebabkan itu, ada sahaja lokasi menarik dan produk pelancongan baharu yang sebelum ini kita tidak tahu kewujudannya ada di negara kita.
Kena rajin-rajin korek tempat yang best tau! Seperti perkongsian trip percutiaan daripada sumber saudari Ey Na ini yang berkesempatan bercuti di lokasi penginapan yang agak 'rare' iaitu chalet yang mempunyai 'bilik khas' di atas pokok. Lokasi chalet ini berada di Kampung Tanjung Batu, Pekan Pahang.
Private Beach!
Ok ni tempat yang kami pergi tu. Dalam 30 minit dari bandar Pekan Pahang. Kalau tak tahu jalan boleh waze je Kekunang Tering Chalet . Kalau nak ke sini, korang kena booking bilik awal awal tau sebab bilik tak banyak pun. Dan harga pun berpatutan sangat. Sesuai untuk kaki lepak, kaki santai utk bercuti kat sini. Kalau yang family sesuai ambik bilik THE LOFT sebabnya ada bilik air sekali. Tapi kalau TREE HOUSE dan TUBE CABIN bilik air kat luar..
'Welcome to kekunang tering chalet the most beautiful nature tranquil beach front chalet.24hrs guarded with our helpfull and nice caretakers this is hidden pearl in eastcoast of malaysia.'
Yes 'caretakers' tu sangat baik. Pakcik tu buatkan kami campfire dan hantar breakfast sampai depan pintu cabin. And yess juga, the hidden pearl in Pahang. Sebab tak ramai tahu even orang-orang Tg. Batu dan Pekan sendiri
Ok ape aktiviti korang boleh buat?? Aktiviti adalah bebas dan antara aktiviti best boleh buat:
- memancing
- mandi laut
- mencari remis
- aktiviti pantai
- sunrise watch
- barbeque
- camp fire
- melawat tapak melihat anak bulan
- kayak (sewa)
- custom candle light dinner (t&c apply)
- melawat dan membeli hasil laut di jeti nelayan nenasi
Dan yang kami cuma buat camp fire and sunrise watch jee. Tu pun da pukul 7 lebih. Sebabnya tak tahu aktiviti lain. Main pergi je tak kaji ape dah. Emm tapi nanti kami repeat..
Ok harga pulakk yee. Ada 3 type of chalet :
Tubecabin RM 129*
– 4 unit avaliable
– full air-cond
– max 2 person per unit
– separate toilet
– free light breakfast
Treehouse RM 175*
– 1 unit only
– full aircond with led tv
– max 3 person per unit
– separate toilet
– free light breakfast
The loft RM 249*
– studio type
– 2 unit
– 3 – 6 person per unit
– full aircond with led tv
– inhouse toilet
– free light breakfast
Ok ni jela. Kaki ootd elok la nak bergambar. Tempat menarik sangat. Aku bagi rate 9/10 Nak booking boleh contact Pak Yus atau kat booking.com je
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tasik Kenyir Meriah ‘Giler’ Pada Musim Tengkujuh?
Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.
.
Tahu atau tidak Tasik Kenyir ketika ini sedang dibanjiri pengunjung dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya kaki pancing ekoran penutupan kebanyakan pusat peranginan di Terengganu. Ia bagi menghadapi musim tengkujuh untuk tempoh beberapa bulan terutama dari bulan November hingga Januari.
Menariknya setiap kali pada musim tengkujuh, Tasik Kenyir bagaikan pesta kerana ramai kaki pancing yang turun berkampung di sini untuk menghabiskan cuti akhir tahun mereka.
.
.
.
Tasik Kenyir yang terkenal sebagai lubuk ikan air tawar akan menjadi tumpuan dalam kalangan kaki pancing kerana kebiasaannya pelbagai spesis ikan akan bertambah dengan banyak pada musim tengkujuh seperti Sebarau, Kelah, Temoleh, Baung, Lampan dan Belida.
Pelancong tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan mereka ketika berkunjung ke Tasik Kenyir pada musim tengkujuh. Di sini tiada ombak seperti perjalanan ke pulau peranginan yang lain, malah pengusaha bot juga sudah berpengalaman luas beroperasi ketika musim tengkujuh dan sedia maklum mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa.
Mereka sentiasa memastikan aspek keselamatan pelancong diutamakan dan peka dengan perubahan cuaca semasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
.
.
Menurut sumber Bernama, selain pakej pelancongan yang ditawarkan pengusaha rumah bot, kerajaan negeri juga tidak ketinggalan mempromosikan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu dengan penganjuran ‘Asean Monsoon Casting Tournament’ yang akan berlangsung pada 29 Nov hingga 2 Dis 2019 ini.
Ia adalah acara tahunan yang dianjurkan kerajaan negeri setiap kali musim tengkujuh yang dijangka dapat menarik lebih 300 penyertaan termasuk peserta dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Korea, Singapura dan Brunei.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI