Gopeng, antara daerah pelancongan menarik di Perak. Banyak aktiviti boleh diteroka termasuk sukan air water rafting selain meneroka gua batu kapur terbesar iaitu Gua Tempurung yang sangat terkenal di daerah ini.
Selain Gua Tempurung, kalau teringin menginap di dalam khemah bersama seisi keluarga, bolehlah mencuba Gopeng Glamping Park yang ada banyak aktiviti menarik di cuba terutama sukan air lasak. Bestnya, ada pertunjukan api yang akan memeriahkan malam di tapak perkhemahan ini.
Baca perkongsian dari Fikri Fiq di fb Hotel Preview Malaysia.
Apa yang menariknya di sini?
Untuk menginap, boleh saja whatsapp dan harganya berbaloi iaitu RM238 untuk empat orang termasuk sarapan pagi.
Ads
Jelasnya, ada banyak aktiviti unik dan menarik di Gopeng Glamping Park. Dalam khemah dilengkapi katil queen, bantal gebu selain kipas.
Antara aktiviti percuma disediakan di tapak perkhemahan ini ialah aktiviti memanah, trampoline, hammock, rumah pokok dan lain-lain selain aktiviti berbayar seperti ATV, water rafting, kembara gua dan lain lain. Kesemuanya sangat menyeronokkan untuk dicuba.
Ads
Memandangkan tapak perkhemahan ini dekat dengan Gua Tempurung, kayuh saja basikal dengan kadar sewa RM5 dan boleh jelajah gua batu kapur best ini. Berdekatan lokasi ada sungai yang airnya datang dari Cameron Highlands, jadi memang syokk habis dan sejuk.
Paling best, malam-malam ada pertunjukan api dari profesional, jadi teruja habis. Waktu malam, pihak pengurusan akan pasang unggun api depan khemah dan korang boleh fefeling camp fire.
Ads
Untuk air minum, jangan susah hati sebab ada disediakan, Cuma perlu bawa botol air saja dan sarapan paginya memang serius sedap. Paling sedap roti bakarnya dibakar guna arang dan korang dah boleh bayangkan rasa sedapnya itu.
Antara kemudahan lain ialah bilik airnya selesa dan tekanan air agak laju, tuala ada tapi perlu bayar deposit. Tapi jelas Fikri, antara kemudahan perlu dinaik taraf seperti memasang kipas lebih dari satu di surau kerana ruang solat itu atapnya menggunakan zink. Ada lagi beberapa “kekurangan”namun terpulang kepada penerimaan kita ketika menginap.
Kredit :- fb Fikri Fiq
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melihat air terjun dari jarak dekat sememangnya memberi kepuasan tersendiri.
Jenis air terjun di negara kita agak unik kerana selalunya berada di tengah-tengah batuan sementara kiri dan kanannya terdapat rimbunan kehijauan pokok tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar. Setiap air terjun mempunyai keindahan dari segi bentuknya tersendiri dan jika berpeluang ke negeri Pahang, jangan lupa untuk singgah di beberapa lokasi air terjunnya yang begitu cantik dan unik. Antaranya:
Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
Foto: Google Image
Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan. Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan. Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik.
Air Terjun Pelangi, Sg Lembing
Foto: Google Image
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Air Terjun Jerangkang, Maran
Foto: Google Image
Destinasi reakreasi ini terletak kira-kira 55 kilometer dari Kuantan, Pahang cukup tersohor dalam kalangan pemburu air terjun apabila mendapat pelbagai jolokan antaranya ‘Hilton, Infinity pool dan Shang Ri La’ kerana menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan. Namun begitu, untuk sampai ke sini, pengunjung perlu melalui trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke ‘base camp’ tingkat 20.
Air Terjun Berkelah, Maran
Foto: Google Image
Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air Terjun Berkelah, Maran Air Terjun Berkelah, Maran. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.
Air Terjun Lata Jarum, Raub
Foto: Google Image
Air terjun ini terletak di Hutan Lipur Lata Jarum, daerah Raub, Pahang. Air Terjun Lata Jarum ini juga berdekatan dengan taman rekreasi Pulau Chekas. Kawasan ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana alam semulajadi dan jauh dari kesibukan kota. Selain keindahan dan kecantikan air terjun serta permandangan di sini, keistimewaan lain yang ada di sini ialah kewujudan bunga reflesia. Namun tidak selalu dapat ditemui, kewujudan reflesia di kawasan ini mengikut musim tertentu.
Presiden China Xi Jinping mengetuai barisan kepemimpinan pada upacara perkabungan negara China untuk memperingati mereka yang terkorban akibat wabak COVID-19. Perdana Menteri Li Keqiang turut hadir pada upacara itu yang berlangsung di kompleks Zhongnanhai di Beijing pada 10 pagi, seluruh negara turut bertafakur selama tiga minit.
Bunga berwarna putih disematkan di dada dan bendera turut dikibarkan separuh tiang. Kain rentang berwarna hitam yang tertera ungkapan ‘deeply mourn for martyrs and compatriots who died in COVID-19 outbreak’ digantung di pintu masuk Dewan Huairen. Semua rakyat China ketika itu kelihatan sebak dengan apa yang berlaku di negara mereka dalam masa beberapa bulan sahaja ketika COVID-19 menyerang.
Di Beijing – kebanyakan kawasan serta bangunan kerajaan dan pejabat kedutaan bendera dikibarkan separuh tiang, kenderaan peribadi dan pengangkutan awam turut membunyikan hon.
Di Wuhan – bandar paling teruk terjejas menyaksikan pelbagai aktiviti memperingati mereka yang terkorban turut diadakan di dataran awam, hospital, komuniti dan tempat-tempat lain.
Wabak COVID-19, yang diisytiharkan darurat kesihatan global, antara detik sukar yang dilalui China sejak 1949. Dalam berjuang memerangi wabak itu ramai kakitangan perubatan turut terkorban. Sejumlah 81,639 kes COVID-19 dilaporkan di tanah besar China, meragut 3,326 nyawa, (sehingga 4 April 2020) menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.
Rishikesh, India merupakan destinasi tumpuan pelancong asing kerana geografi dan landskapnya yang begitu unik.
Selain itu, aktiviti yoga ditepi pesisiran sungai di sini merupakan kegemaran kebanyakkan pelancong asing untuk turut serta.
Selepas perintah berkurung dikeluarkan pada akhir bulan Mac, penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah atau premis tempat tinggal untuk membeli barangan runcit atau mendapatkan rawatan.
Namun ada pelancong yang tidak mengikuti arahan. Sepuluh warga asing tertangkap melanggar perintah berkurung di Rishikesh, India diberi hukuman yang agak luar biasa, iaitu menulis ayat ‘saya minta maaf’ sebanyak 500 kali. Mereka yang didenda datang dari Israel, Mexico, Australia dan Austria. Mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar yang terletak di utara India itu.
Lebih 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang tinggal di bandar tersebut telah melanggar perintah berkurung dan hukuman sedemikian dilakukan sebagai peringatan. Polis berkata mereka akan mengarahkan pengurusan hotel untuk membenarkan pelancong asing keluar dari hotel hanya jika ditemani petugas dalam kalangan rakyat tempatan.