Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dengan suhu sejuk sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik terletak lokasi bersuhu sejuk di Genting Highlands iaitu ‘Glamz At Genting’. Jom layan foto lokasi glamping di sini.
Lokasi: 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Foto: Glamz At Genting
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resort Bertemankan Alam Semula Jadi
Andai mengingini percutian santai yang dikelilingi alam semulajadi, kunjungan ke Natasya Riverside Resort Gopeng pasti memberi anda pelbagai pengalaman menarik untuk dirasai dan diabadikan.
Jauh dari kesibukan kota, ia sememangnya lokasi yang strategik untuk menenangkan fikiran sambil beriadah melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh resort ini. Resort ini mampu menjadi tarikan baru di Gopeng dan pastinya memberi pengalaman yang sungguh mengujakan buat pengunjung.
Santai di Natasya Riverside Resort Gopeng
Natasya Riverside Resort Gopeng ( NRRG) melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu Perwanza Properties Sdn.Bhd., memiliki dan mengendalikan Natasya Riverside Resort Gopeng yang berkonsepkan alam semula jadi. Ia merupakan resort yang kedua selepas Natasya Resort di Cameron Highland.
NRRG berkonsepkan penginapan jenis kabin yang pelbagai warna dan mampu menarik minat pengunjung bukan hanya di utara tanah air malah seluruh negara. Terletak di Kampung Jahang, Gopeng Perak di mana jarak perjalanan lebih kurang dua jam sahaja dari Kuala Lumpur, mudah untuk pengunjung sampai ke sini.
Berkeluasan lima hektar, resort ini dibangunkan dalam dusun durian. Menawarkan 20 kabin untuk penginapan dalam boleh menampung 60 tetamu pada suatu masa. Lanskap di sini juga dicipta mengikut kehendak pelanggan yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan ketenangan. Dikelilingi hutan dan sungai, begitu mendamaikan.
Pelbagai aktiviti untuk pengunjung
Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong, resort ini kreatif menawarkan pelbagai aktiviti riadah untuk semua golongan termasuk keluarga. Antara aktiviti di sini ialah daki tembok, flying fox, water tubing dan paling popular water rafting. Semua aktiviti ini diselia sepenuhnya oleh petugas yang berpengalaman.
Anda boleh buat aktiviti seperti team building, family day dan full day meeting / team building. Selain itu anda juga boleh pilih untuk day trip. Apa yang mengujakan penulis apabila berpeluang merasai aktiviti water rafting. Dua jam masa dihabiskan untuk aktiviti ini. Inilah pengalaman kedua penulis lakukan aktiviti ini, berakit di sini nyata berbeza cabarannya dengan menempuhi beberapa tingkat jeram yang mencemaskan. Bersedia untuk jatuh maka semua perlu berjaga-jaga. Perkara paling penting, untuk lakukan aktiviti ini kena peka dengar arahan.
Bagi yang ingin mengadakan hari keluarga, brainstorming, team building ataupun company trip, Natasya Riverside Resort boleh dijadikan salah satu pilihan kerana mereka sememangnya mengalu-alukan syarikat korporat atau badan-badan kerajaan dan swasta untuk datang ke sini.
Penginapan
Di sini, anda boleh merasai sendiri pengalaman menginap dikelilingi hutan , sungai dan dusun durian. Penginapan di sini mempunyai Cabin Chalet Standard dan Cabin Chalet Family dan Cabin bertingkat juga dalam proses pembinaan.
Fasiliti yang disediakan di NRRG ialah antaranya dewan pelbagai guna, dewan makan, padang rekreasi, ruang letak kereta, area BBQ, surau, tapak perkhemahan dan wifi & Astro.
Pakej Durian
Istimewanya jika menginap di sini anda berpeluang menikmati durian semasa musim durian secara percuma. Durian ini dari dusun sekitar resort ini. Secara tidak langsung mempromosi keenakan durian dari Perak.
Anda hanya bayar RM150/pax untuk 2 hari 1 malam, 3 kali makan dan durian bufet. Paling penting miminum 3 orang. Mereka yang kemaruk durian wajiblah ke sini pada bulan 11.
Natasya Riverside Resort Gopeng nyata memberi ruang santai yang mereka yang ingin lari dari rasa stres. Pengalaman melakukan aktiviti water rafting melengkapi kembara penulis ke resort ini walaupun tidak sempat dibawa ke Gua Tempurung.
Mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang resort ini, boleh layari laman facebook Natasya riverside gopeng.
Foto: 123 mamanet
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rabak Poket Kalau Selalu Beli Makanan Di Iceland, Ini Info Penting Kena Tahu Tentang Supermarket Di Sana
Perkara paling menyeronokkan bila melancong ialah menyaksikan keindahan alam semulajadi yang tiada di negara sendiri. Ia satu terapi minda selepas bergelut dengan tugasan dan kerja yang tidak pernah habis. Selain dapat berjalan-jalan, kita juga boleh belajar budaya masyarakat setempat selain mencuba masakan baru.
Iceland sememangnya negara yang sangat indah. Ditambah berpeluang melihat aurora yang sangat menarik pasti membuatkan ia satu pengalaman tidak dapat dilupakan seumur hidup. Dipenuhi lanskap gunung berapi dan kolam air panas, pelancong yang ingin menyaksikan aurora boleh menyaksikannya di lokasi yang menjadi tumpuan seperti Seltjarnarnes (Reykjavik), Vik, Látrabjarg/Westfjords, Eldborgahraun dan Djúpavík.
Dikongsi dari page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang dikonsikan oleh Cikgu Loh, dirinya berkongsi info penting yang kita kena tahu tentang Supermarket di Iceland kerana kalau kerap membeli makanan di sini, harganya boleh tahan rabak poket, hikz. Ikuti catatan dikongsikannya.
Iceland sememangnya antara negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi di dunia. Nasi briyani ayam atau kambing sepinggan tu biasa-biasa je dah harga RM100-140.
Sekali sekala ok lagi, Mau rabak poket kalau hari-hari makan dengan harga begini kan?
Jadi… salah satu perkara untuk menjimatkan poket anda bila travel ke Iceland ialah dengan membeli barang keperluan makanan di supermarket-supermarket berdekatan.
Supermarket yang famous di Iceland ialah:
Bonus- Harga barang paling murah macam Mydin
Kronan- Sedikit Mahal dari Bonus cuma pilihan lagi banyak
Netto
Hagkaup
Noatun
Dalam banyak-banyak supermarket ini, saya lebih prefer Supermarket Bonus kerana harganya lebih murah berbanding supermarket lain. Sudah tentunya pilihan traveler macam saya ni sebab mencari murah itu fardhu. Haha.
Nak cam Supermarket Bonus ini senang sahaja, Logonya besar dengan haiwan babi berwarna pink dengan warna kuning.
Anda jangan risau pula, kerana dalam supermarket ini ada juga dijual ayam halal dan banyak lagi keperluan makanan lain.
Kebanyakan supermarket-supermarket di Iceland memulakan operasi bermula jam 8 Pagi- 9 Malam bergantung kepada musim dan jika ke kawasan yang jauh dari bandar, supermarket di sana tutup lebih awal pada jam 6 petang.
Pengalaman paling best sebenarnya semasa travel ialah mengunjungi supermarket dan membeli belah sepertimana orang local. Cuci mata sambil melihat jenama-jenama makanan dan barang keperluan membuatkan hati lebih teruja apabila travel.
Setuju tak?
Untuk memudahkan anda melihat senarai supermarket di seluruh Iceland apabila travel nanti, anda boleh lihat di sini: https://bit.ly/supermarketiceland
Datanglah Iceland bila ALLAH rezekikan kita nanti. Saya sangat rekemen untuk anda datang di sini. Antara negara top list favourite saya.
Ada yang plan nak datang Iceland nanti?
Follow Cikgu Loh di Facebook untuk info travel sebelum border bukak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Road Trip Ziarah Raya Satu Semenanjung. Layan View Cantik, Try Banyak Makanan. Total Kos Tak Sampai RM2K!
Dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19 dan dua tahun jugalah umat Islam di Malaysia beraya di perantauan. Syukur tahun ini keadaan semakin membaik, rakyat makin bebas bergerak dengan kelonggaran SOP yang diberikan kerajaan.
Ramai yang dapat pulang ke kampung menyambut Syawal bersama yang tersayang malah ada juga yang ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sempena hari raya. lagi syok bila Perdana Menteri umumkan tol percuma untuk beberapa konsesi tol utama yang ada di negara kita.
Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh Razis Ronnie dan keluarga kecilnya untuk ziarah raya ke seluruh Semenanjung Malaysia hanya dengan berkereta. Dalam perkongsiannya, Razis turut memberikan beberapa info berkenaan negeri yang sempat disinggahi sepanjang 9 hari 8 malam perjalanan ziarah dia dan keluarganya itu.
Ikuti perkongsian Razis Ronnie:
Road Trip Ziarah Raya
Total Kos Tak Sampai RM2K,
Ziarah Raya Cara Kami Dengan Bezza.
Jimat teruk beb!!
Jumlah keseluruhan perjalanan : 3,145 KM (Jalan Darat)
Kenderaan : Perodua Bezza 1.3 (2018)
Kos minyak : Rm436.51
TOL : Rm145 (Percuma tarikh 1 & 8 Mei 2022)
Kos makanan & minuman : Rm511.18
Kos penginapan hotel : Rm598.00
Jumlah keseluruhan = Rm1,690.69
Tarikh & hari perjalanan : 01-09 Mei 2022 (9 Hari 8 Malam)
Alhamdulillah syukur perjalanan semuanya dipermudahkan
Perjalanan kali ni lokasi utama untuk setiap negeri (Masjid Negeri)
Masjid negeri paling cantik : Masjid Zahir (Kedah)
Surau paling unik : Surau Langgar Rindu (Terengganu)
Ibu negeri paling cantik : Georgetown (Pulau Pinang)
Tempat makanan yg sedap : Pulau Pinang & Terengganu
Laluan persisir pantai paling cantik : Dungun-Kemaman-Marang (Terengganu)
Laluan paling mencabar : Tanah Tinggi Lojing – Cameron Highlands – Jalan Simpang Pulau (Melalui jalan berliku umpama ular dipalu)
Pemandangan sawah padi paling cantik : Gurun, Yan, (Kedah)
Negeri yang amat bersejarah : Melaka
Negeri titik paling ujung benua Asia : Johor
Laluan Negeri : Johor –>Kuala Lumpur –>Putrajaya –> Selangor –> Pahang –> Terengganu –> Kelantan –> Perak –> Pulau Pinang –> Kedah –> Perlis –> KL –> Negeri Sembilan –> Melaka –> Johor
Menurut Razis juga perjalanan kali ini meninggalkan banyak kenangan manis untuk dia dan keluarga kecilnya.
Mempunyai dua orang anak yang didiagnos dengan SD dan ADHD, tambah Razis lagi road trip kali ini banyak memberi impak positif terhadap perkembangan anak-anaknya.
KENANGAN MANIS TERCIPTA.
Sambil beraya di rumah keluarga & kawan. Sambil jelajah semua negeri. Dapat tengok banyak pemandangan yg cantik & indah di setiap negeri Semenanjung.
Kalau (travel) dgn anak-anak, macam-macam yang di fikirkan. Takut demam, takut mereka tidak selesa, buat bising dalam kereta. Sebab tu semua sudah di rancang awal supaya tidak kelam kabut & persiapan semua dapat disediakan. Sebenarnya banyak manfaatnya bawa isteri & anak mengembara, bercuti atau ‘travel’. Di sebabkan Rizhan SD & ADHD.
Sebahagian terapi bawa jalan sambil belajar banyak perkara. Sambil memandu berbual, bercerita & boleh menyanyi sama. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ada kesan positif. Fikiran lebih terbuka, lebih tahan lasak, membentuk karakter anak, lembut hati & Alhamdulillah ada beberapa perkataan baru yg Rizhan boleh sebut
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI