Berkonsepkan seni bina Eropah, Hotel Rosa Malacca yang baharu beroperasi Februari lalu antara destinasi yang perlu ada dalam senarai penginapan percutian anda. Terletak di tengah-tengah bandar raya Melaka, hotel ini memberi satu tarikan istimewa kepada pengunjung yang baharu pertama kali mendafar masuk di sini.
Dekorasi dinding yang menggunakan batu-bata merah menyerlahkan lagi keunikan Hotel Rosa Malacca selain pencahayaan lampu yang memberi kesan romantik tatkala melangkah masuk ke ruang utama. Hiasan moden dan kontemporari ala Inggeris membuatkan pengunjung lebih selesa untuk beristirehat dan menghabiskan masa cuti bersama insan tersayang.
Bukan itu sahaja, Hotel Rosa Malacca ini juga memudahkan anda untuk ke mana-mana lokasi tumpuan ramai kerana semua kemudahan disediakan walaupun tidak datang dengan kenderaan persendirian. Kelainan yang boleh di rasai oleh pengunjung yang menginap di sini adalah pengalaman menaiki beca. Perkhidmatan ini ada disediakan bagi yang ingin merasai suasana di sekitar bandar raya Melaka sama ada waktu siang atau malam.
Terletak di Jalan Parameswara, kira-kira satu kilometer dari A’ Famosa dan Mahkota Parade, Hotel Rosa Malacca ini antara lokasi yang strategik. Walaupun baharu sahaja beroperasi, hotel ini sangat menarik kerana hiasan dalamannya yang menampakkan ciri-ciri Eropah.
Dari luar bangunan hotel ini, sudah menampakkan ciri-ciri unik dan klasik hotel yang berketinggian tujuh tingkat ini. Gabungan ini bukan sahaja daripada rekaan dan hiasan dalaman semata-mata tetapi ia turut merangkumi aspek penggunaan perabot untuk setiap bilik serta ruang-ruang tertentu di dalam hotel.
Ads
Bilik selesa
Dari aspek kapasiti bilik, sebanyak 60 bilik disediakan untuk empat kategori. Antaranya 37 Deluxe King, 8 Deluxe Twins, 10 Premier King dan 5 Family Suites.
Setiap bilik mempunyai reka bentuk yang berbeza untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden. Untuk menjamin keselesaan, pengunjung boleh memilih kategori bilik berdasarkan kapasiti ahli keluarga. Harga bilik pula bermula dari RM250 hingga RM450 untuk satu malam bergantung kepada jenis bilik.
Ads
Bagi bilik Deluxe King, katil bersaiz king dengan ruang yang luas dan sesuai untuk individu yang ingin menikmati masa bercuti tanpa sebarang gangguan. Manakala untuk Deluxe Twins disediakan dua katil super single. Bilik Premier King juga menawarkan keselesaan kerana katilnya ditempah khas selain kemudahan mewah yang tersedia. Sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Malah ia turut mempunyai ruang bilik air besar dan sofa yang selesa.
Malah untuk bilik Family Suite – sesuai untuk yang datang dalam bilangan yang ramai kerana tersedia kemudahan seperti sofa, bar mini, bilik mandi bersaiz besar serta kemudahan asas yang lain. Selain bilik yang selesa, kemudahan lain turut disediakan seperti televisyen dengan 20 saluran percuma, penghawa dingin, Wi-Fi, pengering rambut, perkhidmatan dobi dan cucian kering, akses percuma ke gimnasium dan pelbagai lagi.
Mesra pelanggan
Ads
Menariknya juga di hotel ini, kafe yang berkonsepkan hipster dengan ruang yang terbuka dan tertutup memudahkan pengunjung untuk memilihnya. Bagi yang sukakan ruang terbuka boleh memilih Bica & Co Courtyard.
Kafe terbuka dengan ciri Eropah ini diperincikan dengan meja marmar, kerusi yang lebih selesa yang mampu memuatkan 40 orang dalam satu masa. Ruang ini lebih sesuai untuk acara perjumpaan sambil menikmati pelbagai menu barat.
Di Bica & co Cafe pula, ruang ini lebih eksklusif bagi yang ingin mengadakan mesyuarat sambil menikmati hidangan makan tengah hari atau malam. Dengan suasana tenang serta rekaannya yang kontemporari, ia jelas memberi satu pengalaman baharu bagi pengunjung yang datang bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Ruang kafe ini boleh memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa.
Di samping itu, bagi pasangan yang ingin mengambil gambar pra perkahwinan boleh juga untuk merakamkan detik-detik indah di sini kerana ruangnya yang lebih fleksibel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi.
Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Teringin menjamu selera sambil bersanta di tepi pantai? Ini lokasi yang dicadangkan:
Perkongsian daripada sumber FB Kelantan, lokasi makan paling cantik sambil ambil angin pantai sepoi-sepoi bahasa terletak di Pantai Kemayang, Bachok Kelantan.
Selamat datang ke Restoran Ombak Rindu Kemayang. Destinasi ini terletak di persisiran pantai dan mempunyai view yang sangat cantik. Kawasan sekitar restoran ini juga sangat bersih dan selesa untuk pengunjung datang menjamu selera bersama keluarga dan kenalan.
Antara pilihan sajian lazat untuk dinikmati seperti keenakan masakan panas, masakan barat, dan semestinya hidang udang, sotong dan ikan celup tepung resepi istimewa.
Di buka setiap hari dari jam 3 petang hingga 10 malam. Paling istimewa pada setiap hari Jumaat, ada persembahan ‘buskers’ akan dipertontonkan kepada pengunjung sambil menjamu selera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Beberapa buah taman tema besar di Jepun telah membuka kembali operasinya setelah ditutup untuk beberapa bulan akibat COVID-19.
Ramai penduduk di Jepun mengambil peluang untuk keluar rumah dan berhibur di taman tema ini setelah lama hanya ‘berkurung’ di rumah masing-masing. Pengendali beberapa taman hiburan di Jepun telah mengeluarkan panduan bagi memastikan taman itu selamat dikunjungi.
Antara saranan dikeluarkan adalah pengunjung perlu sentiasa memakai pelitup muka dan tidak menjerit terlalu kuat ketika menaiki roller coaster atau mana-mana permainan. Itu sebahagian ‘cara normal baru’ yang perlu dipatuhi pengunjung di taman tema sekitar Jepun dalam era pandemik Covid-19.
Selain itu, kakitangan taman tema termasuk mereka yang mengenakan kostum maskot haiwan atau adiwira tidak boleh bersalam atau memberikan ‘high five’ kepada pengunjung kanak-kanak. Mereka juga perlu memastikan jarak selamat sesama mereka.
Setiap kakitangan yang ditugaskan memainkan watak aksi pula dilarang melakonkan secara keterlaluan bagi mengelakkan mencetuskan situasi yang memerlukan pengunjung menjerit untuk menghalang titisan tersebar di udara.
Panduan itu turut menjelaskan permainan realiti maya tidak boleh dibuka kecuali cermin mata khas yang digunakan disanitasi sepenuhnya. SOP di taman tema itu mungkin tidak boleh menghalang kes jangkitan COVID-19 tidak berlaku sepenuhnya, namun ia dijangka mengurangkan risiko.
Andai Korea Selatan menjadi destinasi percutian anda, jangan ketinggalan ke K-Style Hub yang menjadi lokasi tepat untuk mengetahui segalanya tentang negara ini. Ia merupakan pusat sehenti yang menyediakan informasi yang diperlukan oleh kebanyakan pelancong. Selain menjadi pusat informasi pelancong, terdapat pelbagai kegiatan yang dibahagikan kepada lima aras berbeza. Terletak di tengah bandaraya Seoul,berhampiran Cheonggyecheon River. Jika anda pertama kali tiba di Seoul, Korea, ambil kesempatan untuk ke K-Style Hub kerana di sini pelbagai info yang sangat membantu sepanjang berada di negara ini. Tiada yuran dikenakan untuk masuk ke sini dan dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga jam 8.00 malam untuk bahagian Tourist Information Center di Tingkat 2.
Di K-Style Hub anda dapat menjelajah, mencuba dan merasakan serba sedikit pengalaman tentang Korea. Selain itu, pengunjung boleh memahami budaya masakannya, memasak dan mencuba makanannya, melihat serta menikmati indahnya Korea.
Berada di tingkat dua, bau aroma kopi dari kafe yang berada di sebelah kanan mengajak anda untuk singgah menikmati kopi. Di sebelah kiri ada layar besar yang menunjukkan pemandangan 360 darjah dari tempat-tempat pelancongan terkenal di Korea. Maju ke kiri, anda dapat melihat pelbagai risalah pelancongan di Korea , pengunjung juga dapat mencuba pengalaman VR melihat lokasi-lokasi menakjubkan.Anda juga boleh berfoto bersama replika patung kertas BIGBANG dan foto virtual bersama artis K-Pop.
Istimewanya pelancong Muslim boleh menjalankan solat di mushola kecil yang telah disediakan di bahagian belakang tingkat dua ini. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita diasingkan dan masing-masing dalamnya terdapat ruang untuk berwuduk. Selain itu terdapat ruangan mengenai kesihatan dan kecantikan. Anda boleh cuba mengukur usia kulit.
Pintu masuk ke Korean Food Exhibition Hall pada tingkat 3 begitu menarik perhatian. Tempat ini dihiasi dengan suasana tradisional Korea yang autentik, di mana jendela panjang dengan panel kayu tersusun sebaris. Kelihatan 24 panel kayu mempamerkan makanan musim di Korea. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai biji-bijian dan perencah tradisional Korea yang telah mengalami proses fermentasi iaitu Kimchi. Lauk pauk didapati dari kombinasi warna, jenis, rasa dan bentuk. Ini merujuk pada musim, kesihatan dan keindahan.
Jengah pula ke tingkat empat, pengunjung boleh mencuba memasak makanan tradisional. Pendaftaran diperlukan bagi yang ingin mengikuti kelas memasak . Anda dapat memilih untuk membuat pelbagai macam makanan Korea di ‘Korean Food Learning Center’, mencuba makanan Korea di ‘Korean Food Experience Zone’, atau mendapatkan resepi makanan Korea yang berharga di ‘Korean Food Sarangbang’.
Mencuba Hanbok
Art Market Hall adalah tempat terakhir sebelum meninggalkan K-Style Hub. Pengunjung dapat melihat dan mencuba pakaian tradisional Korea(Hanbok) dan meja makan kecil yang digunakan oleh masyarakat di Korea serta produk kreatif. Karya seni dihasilkan penuh artistik dan boleh dijadikan sebagai cenderahati buat keluarga mahupun teman-teman. Sesungguhnya penjelajahan ke K-Style Hub memberi pengalaman berharga buat pengunjung untuk mengetahui tentang budaya dan makanan di Korea.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!