Jepun antara negara yang sering menjadi pilihan pelancong datang ke negara ini. Paling menjadi tarikan, tentunya Gunung Fuji yang menjadi tanda ikonik negara maju ini. Bukan itu saja, terdapat pelbagai daya tarikan kala melancong ke negara ini.
Dari perkongsian Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun berkongsi keindahan Frost Flower yang hanya muncul ketika musim sejuk. Baca perkongsiannya.
“Frost flowers” atau juga dikenali sebagai “snow flowers” hanya ditemui ‘berbunga’ di permukaan Tasik Akan dan Tasik Kussharo di Hokkaido pada musim sejuk dan suhu yang ekstrem. Frost flowers ini sebenarnya bukanlah bunga asli, sebaliknya merupakan ais kristal yang terbentuk secara semulajadi membentuk seakan-akan bunga ros kristal.
Frost flowers ini agak jarang dan sukar ditemui di lokasi lain kerana ianya sangat rapuh dan sukar terbentuk. Ini kerana, untuk membentuk frost flowers secara semulajadi, 3 kondisi perlu dipatuhi:-
• Salji lain tidak boleh terkumpul di lokasi yang sama
• Suhu mesti di bawah -15 darjah selsius
• Mesti tiada lansung angin yang bertiup
Frost flowers ini sangat rapuh, jadi sedikit angin yang bertiup pun boleh menghancurkan frost flowers ini serta-merta.
.
#CatatanZunitaDiJepun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali
Jika dibandingkan dengan pantai-pantai lain yang popular di Bali seperti Pantai Kuta dan Sanur, atau Tanah Lot, tentu sahaja pantai Pandawa masih kedengaran asing. Ianya pantai yang wajar dipertimbangakan sebagai destinasi percutian kerana keindahannya malah juga disebut sebagai ‘hidden beach’.
Pantai Pandawa ialah salah satu kawasan pelancongan di kawasan Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali. Pantai ini terletak di sebalik bukit.
Di sekitar pantai ini terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya terpahat lima patung Pandawa dan Kunti. Keenam patung tersebut secarara berurutan (dari posisi tertinggi) iaitu Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Patung-patung ini memiliki ketinggian mencapai lima meter dengan lebar 2.5 meter.
Pantai Pandawa dibatasi oleh tebing kapur yang tinggi sehingga pemandangan dari atas tebing mahupun dari bawah tebing akan dilihat sangat mempersona.
Lokasi Pantai Pandawa Bali
Jarak perjalanan Pantai Pandawa jika dari lapangan terbang Ngurah Rai ialah 18 km, lebih kurang satu jam bergantung pada kesesakan lalu lintas dalam perjalanan. Sebaik keluar dari jalan utama masih sejauh lebih kurang 1.5 km sebelum sampai di tepian pantai. Sebaik sampai di pantainya, anda akan menemui ketenangan pantai Bali yang masih terjaga dan berdiri semula jadi.
Satu hal yang menarik mengenai lokasi Pantai Pandawa ini di mana pantainya terletak di sebalik tebing. Inilah salah satu alasan mengapa pantai ini dikenali dengan sebagai pantai tersembunyi. Ramai yang menilai Pantai Pandawa di Bali ini sebagai sebuah syurga yang tersembunyi.
Melancong Ke Pantai Pandawa
Banyak hal yang boleh anda lakukan ketika melancong ke Pantai pandawa ini:
- Pertama tentu saja pengalaman menarik ketika menyusuri tebing sepanjang jalan menuju pantai.
- Kemudian berhenti dan berfoto dengan patung pandawa lima.
- Apabila tiba di pantai, anda boleh bersantai dan menikmati lembutnya pasir putih,langit biru dan angin yang sejuk.
- Bersantai di pinggir pantai banyak juga dilakukan oleh pelancong yang datang ke sini, ramai dari mereka menghabiskan waktu di tepi pantai dengan berbaring di papan – papan yang disediakan di kawasan Pantai Pandawa.
- Anda juga boleh dapat mencuba aktiviti paragliding yang memberi cabaran dan keseronokan sebaik melancong di pantai ini.
- Setelah sejenak bersantai anda boleh menikmati pelbagai aktiviti air di pantai ini. Mereka yang minat meluncur, boleh cuba mengarungi ombak yang ada di sini.
Rakamkan setiap momen dengan berlatarkan pantai yang indah ini. Tentunya keunikan dan keindahan semula jadi pantai ini menjadi tarikan buat pelancong yang berkunjung ke Bali.
Oleh: Putri Adilla
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jambatan Victoria: 120 Merentasi Sungai Perak
Paparan 360 darjah Jambatan Victoria
Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Pekan Karai, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak (sungai kedua terpanjang di semenanjung) ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap pada 1900. Ia merupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia. Usia jambatan ini sehingga artikel ini ditulis, ialah 120 tahun.
VIDEO dron Jambatan Victoria oleh MMC Garuda
Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sir Frank Swettenham, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri, serta orang-orang kenamaan pada tahun 1900.
Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson dan disiapkan oleh Perak Goverment Railway bagi memudahkan proses mengambil timah dan pengangkutan awam. Nama jambatan ini diambil sempena Ratu Victoria yang memerintah England pada ketika itu. Dianggarkan panjang jambatan ini sekitar +- 600.
Mengikut cerita penduduk tempatan, pembinaan jambatan ini sedikit tertangguh oleh banjir besar di Sg Perak waktu itu. Air naik sehingga 17 meter dari paras air biasa iaitu + – 6 meter.
Seperti jambatan keretapi lain yang dibina British, jambatan dibina menggunakan besi padu (yang dilombong dari Tanah Melayu) dan disalut cat hitam tebal, seni reka tetulang bersilang yang kukuh, dan penggunaan bata merah yang tahan lasak. Enam tiang pasak yang besar dibina menampung landasan besi padu ini.
Foto: lite_imej
Kesemua enam tiang ini dibina menggunakan bata merah yang memang kita pun tahu lasak dan kukuh. Tiang pasak ini ditanam pada kedalaman lebih enam meter dari dasar (kedalaman Sungai Perak +- enam meter). Jambatan ini juga pernah dimusnahkan sendiri oleh British ketika Jepun mara. Namun ia dibina pulih sementara oleh Jepun dan penduduk setempat.Kubu pengawal British lama di penghujung jambatan. Foto: thriftytraveller
Menariknya, plak asal pembinaan, disimpan baik oleh individu yang tidak mahu dikenali selama 7 tahun, dan diserahkan semula pada pihak pengurusan jambatan. (Lihat video)
Jambatan ini diguna pakai sehingga tahun 2002. Di sebelah jambatan ini dibina jambatan konkrit baru yang lebih lebar dan mengambil alih laluan keretapi.Laluan pejalan kaki Foto: thriftytraveller
Kini jambatan ini masih diguna pakai pejalan kaki dan motosikal untuk menyeberang dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. GALLERY VICTORIA BRIDGE juga telah dibuka bagi memberi maklumat informasi tentang sejarah jambatan tersebut.Kini menjadi lokasi tumpuan pengamal fotografi. Foto: thriftytraveller
Jambatan Victoria ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem terkenal, Zombi Kampung Pisang pada 2007 yang diarahkan oleh anak jati Perak sendiri, Mamat Khalid.
Seperti biasa, ada kisah yang dipercayai penduduk tempatan. British akan mengorbankan seorang wanita dan mayat itu disimen pada tiang pasak terpilih. Kisah ini seolah-olah sama macam cerita hantu British; The Conjuring yang hantu biasanya tertanam dalam simen rumah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Dapat Harga Murah Jika Ingin Shopping Di Vietnam
Sebut sahaja Ho Chi Minh, Vietnam, ramai daripada golongan wanita yang sangat teruja untuk ke sini. Mana tidaknya, destinasi ini mendapat jolokan lokasi membeli-belah yang menyeronokkan kerana harga yang ditawarkan sangat murah serta menjimatkan.
Lupakan sebentar destinasi menarik lain yang ada di Vietnam seperti lokasi bersejarah atau tempat yang menyajikan permandangan yang indah. Fokus utama adalah lokasi membeli-belah yang boleh buat pengunjung naik gila dan rambang mata.
Jika merancang bercuti ke Ho Chi Minh bandar raya ini yang dulunya dikenali sebagai Saigon untuk membeli-belah, komunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu. Terutama di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn. Jom terjah lokasi wajib untuk membeli-belah dI Ho Chi Minh.
Ben Thant Market
Pasar ini sangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah. Antaranya seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.
Sumber Foto: vietnam guide
Selain itu, bagi anda yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari! Menarik bukan?
Sumber Foto: diarihatianaa
Cho Binh Tay Market @Chinatown
Di Cho Binh Tay Market turut menjual produk berupa kain ela, tudung dan telekung tetapi tidak sebanyak pilihan yang ada di Ben Thant Market. Namun dikatakan harganya lebih murah berbanding di Ben Thant Market.
Peniaga di sini juga mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan memudahkan pengunjung kita untuk tawar-menawar dengan jayanya.
Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street
Nguyen An Nonh Street atau dikenali sebagai Malaysian Street ini pula ala- ala seperti Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini.
Sumber Foto: herniezieana.com
Telekung, baju, tudung dan jubah adalah barangan biasa dijual di sini. D sini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.
Butik Hong Anh
Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubah yang khusus buat wanita. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan lokasi membeli-belah lain di Ho Chi Minh kerana kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.
Mac Viet
Jika anda peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia, Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah. Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga, anda boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik dan kreatif.
Sumber Foto: vietnamnews
Tip!
- Walaupun nilai yang dipamirkan masih di bawah harga yang rendah dan murah, anda anda masih lagi boleh tawar-menawar ketika membeli barang.Pastikan anda tawar-menawar 50 peratus daripada harga yang diletakkan.
- Begitupun, jika tidak serius hendak membeli, usah cuba tawar-menawar kerana peniaga di pasar ini mungkin bertindak kasar atau memarahi anda.
- Jangan sesekali beritahu anda baru pertama kali di negara itu. Jika tidak harga yang anda tawar-menawar susah untuk dimiliki. Katakan anda sudah biasa berbelanja di kawasan itu.
- Sentiasa semak matawang yang anda gunakan di sana. Contoh seperti baki wang yang diterima atau jenis wang yang akan diberi kepada perniaga. Untuk newbiesanda mungkin keliru dengan jumlah wang kertas yang banyak dan tebal di dalam dompet setelah ditukar ke matawang negara Vietnam iaitu Dong (VND).
- Menggunakan kalkulator sebagai alat komunikasi utamawalaupun peniaga di situ mahir berbahasa Malaysia. Caranya mudah, pilih barang yang anda minat kemudian nyatakan harga pada kalkulator. Sekiranya peniaga berkenaan enggan, tinggalkan gerai berkenaan dan dia pasti mengejar seterusnya bersetuju dengan harga yang ditawar.
Sumber: melancong.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI