Dubai sememangnya terkenal dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mengagumkan dunia. Antara yang menjadi kebanggaan mereka pastinya Burj Khalifah, bangunan tertinggi di dunia selain bergelar negara maju.
Bukan saja Burj Khalifah tapi Dubai juga terkenal dengan pulau buatan berbentuk pokok palma dan peta dunia. Apa yang membanggakan Dubai menonjolkan tiada apa yang mustahil di mata orang lain biarpun mereka berada di tengah-tengah gurun yang gersang.
Keajaiban Taman Bunga di Tengah Gurun
Untuk tarikan pelancongannya, Dubai terus memacu ke hadapan termasuk membuka Dubai Miracle Garden di tengah gurun yang gersang. Jika difikirkan tiada tanaman mampu hidup di tanah yang gersang tetapi Dubai berjaya menampilkan keindahan yang bukan calang-calang kerana taman bunga terbesar ini menerima pengiktirafan dari Guinness Book of World Record sebagai Taman Bunga Terluas Dunia dengan keluasan 72,000 meter persegi selain terdapat 45 juta jenis bunga di atas gurun ini.
Ada berbagai spesis bunga di sini dan datangnya dari berbagai negara seperti Mesir sehinggalah ke Amerika. Terkini di Dubai Miracle Garden ini membuat pelbagai jenis patung kegemaran ramai seperti Mickey Mouse yang dihiasi bunga-bunga segar. Bukan itu saja, ada juga reka bentuk kapal terbang yang amat menarik sebagai daya tarikan pelancongan.
Untuk menyiram bunga-bunga ini agar segar sentiasa, sebanyak 757.000 liter air diperlukan setiap hari. Jangan lupa masukkan dalam list pelancongan ke sini kalau ke Dubai satu hari nanti...
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Destinasi Menarik Bawa Keluarga Jalan-Jalan Sempena Cuti Merdeka Ini!
Kalau dahulu, pusat beli-belah ini dikunjungi apabila ingin membeli barang seperti baju, peralatan rumah atau mungkin mahu menjamu selera saja.
Namun kini, ia sudah menjadi pusat sehenti bagi masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti riadah. Pusat beli-belah juga kini menjadi lokasi alternatif untuk membawa anak bercuti terutama pada musim cuaca tidak menentu ini.
Selain daripada bawa keluarga dan anak-anak korang sambut merdeka di perarakan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Putrajaya tahun ini, di sini ada beberapa cadangan pusat membeli-belah yang menarik untuk membawa si kecil tersayang di sekitar kawasan Lembah Klang.
Taman Tema Indoor Skytropolis Funland, Genting Highland
Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.
Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.
The Parenthood Sunway Pyramid West & Sunway Putra Mall
The Parenthood terletak di tingkat satu Sunway Pyramid West dan kuha Sunway Putra Mall khusus untuk seisi keluarga, ‘The Parenthood’ Taman Keluarga London Street di Malaysia menyediakan kemudahan, perkhidmatan, produk dan pengalaman keibubapaan masa kini untuk setiap golongan.
Reka bentuk luar biasa dilengkapi ‘Big Ben’ iaitu bas London berwarna merah, bendera Britain, kotak surat merah, deretan kedai menarik di sepanjang jalan bertanda kuning dan berlatarbelakangkan istana Inggeris sememangnya mengimbau kenangan manis kota London yang mengagumkan.
Meluncur Ais 101 Mall Putrajaya & Sunway Pyramid
Dengan keadaan cuaca di negara kita yang tidak bersalji, meluncur di gelanggang luncur ais pastinya cukup menyeronokkan. Bersaiz Olimpik, aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Terletak di selatan Lembah Klang, IOI City Mall Putrajaya antara pusat beli-belah terbaru yang menyediakan pusat riadah menyeronokkan dan cukup mencabar. Satu lagu lokasi luncur ais yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah di Sunway Pyramid.
Bersantai Dengar Alunan Muzik Di The Symphony Walk
Malah aktiviti riadah bersama anak-anak boleh diteruskan dengan pertunjukan air pancuran berirama di pintu masuk utama pusat beli-belah IOI City Malll di The Symphony Walk. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.
Aktiviti Indoor District 21
Selain gelanggang luncur ais, aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal pengunjungnya adalah District 21.Hanya RM75 seorang, anda berpeluang mencabar diri melakukan semua aktiviti yang di situ.
KidZania Kuala Lumpur
Seumpama berada di sebuah alam lain yang direka khas untuk kanak-kanak! Begitulah yang dirasai tatkala melangkah masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaikan sebuah ‘negara’ yang direka khusus untuk menyuntik keriangan, taman tema tertutup berunsurkan pendidikan itu menawarkan peluang kepada mereka yang berusia seawal tiga tahun sehingga 14 tahun untuk merasai pengalaman melakukan pekerjaan dan aktiviti orang dewasa.
Taman Tema Indoor Cosmo World Di Berjaya Times Square
Cosmo World Theme Park adalah terbesar taman tema tertutup di Malaysia yang meliputi kawasan seluas kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman tema yang orang dewasa dan kanak-kanak taman tema yang berdiri sendiri dengan berbagai jenis permainan dan hiburan. Empat daripada wahana tunggangan keseronokan yang direka khas untuk Cosmo World Theme Park. Di antara perjalanan, yang paling mendebarkan akan menjadi panjang Supersonic Odyssey roller coaster 800 meter. Terdapat juga 30 meter tinggi Spinning Orbit, DNA Manusia dan Serangan Angkasa yang pasti akan membuat pam adrenalin anda sekurang-kurangnya dua kali lebih cepat. Terdapat juga tunggangan kurang mendebarkan yang lebih sesuai untuk anak-anak dan keluarga.
Menggembara Di Petrosains KLCC
Selesai beriadah, jamu selera di beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk anda. Suria KLCC juga antara pusat beli-belah yang pastinya memberikan keseronokan beriadah. Terletak di Menara Berkembar Petronas dengan rekaan unik Suria KLCC menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.
Menyelam Di Aquaria KLCC
Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.
Sumber Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis, Tempat Unik Orang Berniaga
Di Perlis dan Kedah, ‘nat’ merujuk kepada pasar sehari dan Nat Pokok Getah ini antara pasar yang kerap dikunjungi khususnya warga tempatan.
Tempat ini agak unik berbanding kebanyakan pasar sehari di Malaysia kerana terletak di ladang getah.
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis
Di pasar yang terletak di Jalan Arau-Pauh ini, pengunjung boleh melihat aktiviti masyarakat di sini dan turut menyertai dalam aktiviti jual beli.
Selain aneka makanan yang dimasak panas, di sini juga terdapat barang basah, sayuran, barangan keperluan harian dan macam-macam lagi.
Turut ada dijual ialah buah-buahan, pokok bunga, haiwan peliharaan, alatan tukang, barangan elektrik malah produk-produk terpakai seperti pakaian dan kasut.
Dalam seminggu hanya 2 hari sahaja Nat Pokok Getah ini dibuka iaitu pada hari Jumaat dan Ahad dari pukul 7 pagi hingga 2 petang sahaja.
Jadi kepada anda yang sudah sampai ke Perlis, cubalah singgah sini. Ambil peluang tengok barang rare dan merasa tempat orang berniaga macam-macam. Baru syok jalan-jalan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Syaratnya Nak Seronok Rasa Dingin Air Terjun Takah Pengkoi Segamat, ‘Off Phone’ & Elak Buang Sampah Merata
Lega mendengar pengumuman dari pihak berwajib apabila perjalanan rentas negeri sudan dibenarkan walaupun masih dalam tempoh PKPB.
Walaupun begitu, kita diingatkan untuk terus menjaga SOP agar dapat mengekang penyebaran Covid-19 ini.
Artikel berkaitan: 10 Lokasi Air Terjun Sekitar Malaysia Ada ‘Sesuatu’ Buat Ramai Kelu
Jadi bagi yang sudah tidak sabar untuk bercuti, bolehlah melawat sebuah kawasan percutian terletak di Segamat, Johor ini yang tidak kurang menariknya.
Ikuti perkongsian wanita ini Adeela Mokhtar dalam page Backpackers Buddies Malaysia
Menurutnya kawasan percutian ini asalnya adalah sebuah perkampungan orang asli. Boleh dijadikan tempt untuk percamping bersama teman-teman.
Pun begitu perkhidmatan chalet juga ada disediakan di sini. Dia turut mengingatkan supaya menjaga tempat ini kerana sepanjang menginap tidak nampak sampah bersepah di kawasan sekitarnya.
Takah Pengkoi, Bekok Johor.
Malaysia pun ada tempat cantik mcm ni yaaa.
Camping 3D2N. First night ada ditemani family campers dari JB. Second night tinggal 3 orang gadis di dalam takah pengkoi tanpa orang lain
Tempat ni actually kawasan perkampungan orang asli. Dekat daerah Segamat Johor. Tempat memang sangat cantik. Boleh camping dan ada juga chalet. Ada juga penginapan dalam “Lori Bas”.
Untuk yang tanya masak masak itu, barang semua saya bawak sendiri, dapur, belanga, semua laa bawak sendiri dari rumah Jadi kalau rasa malas nak bawak barang dari rumah. Dekat pekan Bekok ada kedai speedmart 99. So boleh laaa shopping kt situ before masuk
Menarik di sini:
– Untuk pengetahuan kereta semua jenis boleh masuk.
– Tetapi diingatkan line phone semua tak ada off dari dunia social media sebentar
– Toilet sharing tp lelaki perempuan asing
– Air terjun sesuai untuk kanak kanak dan dewasa. Untuk yang pandai berenang pun ada tempat yang dalam.
Artikel berkaitan: Nak Tengok Rama-Rama Raja Brooke’s , Mandi Kolam Air Panas Boleh Singgah Kuala Woh
– Plugpoint ada. Tetapi time saya pegi tak boleh hidup, sebab pakai generators ja. So better bawak powerbank kalau yang camping tu. Yang chalet plug ada kat dalam sana. Tiup tilam angin pakai mulut you all. Hebat partner camping saya
– Meja kerusi ada disediakan dekat situ. So boleh saja ambil untuk duduk makan tepi air terjun
– Perkhidmatan pelampung pun ada disediakan
– Untuk bbq pit pun ada disediakan
– Kedai terdekat dalam 10 minit keluar dari kawasan situ. Dekat simpang ada satu kedai runcit
– Jika nak mandi saja tanpa bermalam pun boleh
– Kalau tak suka ramai orang elok pergi time hari biasa, kalau weekend nak jalan pun berlaga bahu. Ramai sangat. Kalau weekdays kekadang nasib baik ada laa orang, kalau tak memang macam kami laa jadinya. Mujur tok batin dgn kakros teman diaorg tidur kt chalet
Pesanan ringkas
– Sila bawak plastik sampah sendiri
– Jaga kebersihan kawasan ini sebab kawasan ni sangat bersih nak jumpa sampah pun susah
– Kalau camping bawak lampu lebih, sebab lepas pukul 11 malam. Spotlight semua akan off so akan gelap. Tinggal lampu yang malap dan biasa terang dia.
– Untuk campsite tak boleh nak booking kat mana kita nak sebeb kak ros dengan tok batin cakap siapa cepat dia dapat. Ada yg tunggu seawal 6 pagi pun ada nak tempat yang saya pacak khemah ni
Harga
Camping RM40 per pax / night (barang sendiri)
Chalet RM70 per pax / night
Mandi sahaja RM15 per pax
Harga anda jangan persoalkan. Ada yg ckp baik duduk hotel oyo harga mcm ni. Sampai sana dulu tengok sekeliling and baru anda tahu kecantikkan dia. Jalan nak masuk pun bersimen walaupun dlm hutan
Memang patut bayaran begitu. Tak payah nak hiking untuk sampai kat tempat cantik macam ini. Tekan minyak kereta je terus sampai. Part yang suka campsite dia berpasir so kalau hujan pun tak akan kotor khemah and lecak. So erti kata tepuk dada tanya lah selera
Contact person
Kak Ros – 019 659 9316
Booking dulu before ke sana.
Selamat tinggal Takah Pengkoi nanti ada rezeki saya akan datang lagi
Artikel berkait: Macam Tak Percaya Je View Ni Dari Kawasan Air Terjun Seri Perigi Di Yan Kedah!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI