Disebabkan percutian rakyat Malaysia hanya dibenarkan di dalam negara ketika pandemik, ramai yang lebih kreatif dalam memilih cara bercuti. Menggunakan pengangkutan kereta api menjadi semakin popular, lebih menyeronokkan jika mengambil peluang mencuba kereta api siap dengan tempat untuk tidur yang selesa.
Ini perkongsian trip daripada Izza Al’Yahya yang menggunakan khidmat kereta api KTMB bersama rakannya dari Shah Alam hingga ke Kelantan.
Short trip sehari setengah ulang alik Gemas N9 – Wakaf Bharu Kelantan dgn sleeper train KTM Ekspres Rakyat Timuran (Sabtu 26/9/20 @ 12am – Ahad 27/9/20 @7am)
1.Drive dari Shah Alam ke stesen KTMB gemas ambil ms 2jam 30min. Sampai di strsen Gemas Jam 10.30mlm. Then jam 1205mlm, start perjalanan dgn KTM ERT dr stesen Gemas (meeting point menghubungkan WCRL-ECRL) ke stesen Tumpat (stesen terakhir Pantai Timur). Sebab nak dekat sikit dengan bandar Kota Bharu, kami beli tiket turun di stesen Wakaf Bharu instead of Tumpat. Perjalanan sehala ambil masa 11 jam 55 minit. Beli tiket train dari website/app KTM. Harga tiket untuk perjalanan sehala:
- Katil/berth (atas) RM40
- Katil/berth (bawah) RM46
Return ticket katil/berth bawah: total rm92/person.
Unit katil ni tak bnyak, so kene beli tiket awal dlm 2mggu sebelum trip.
2. Kalau yang photo hunting macam kami, memang berbaloi 12 jam naik train ni. Dalam train, boleh lepak baca buku ats katil, berborak-borak, bila lapar pergi makan kat cafe pekena maggi sup (signature food dlm train ni) memangg marvellous, pekena pulak dengan teh o panas. Layan view dari tingkap tepi katil, tidur malam memang nyenyak walaupun gegar-gegar jugak la. Tapi syok sebab baru la rasa klasik dia.
3.Sepanjang perjalanan akan melalui landmark-;landmark yang best (kalau korang tak terlajak tidur la) Perjalanan malam memang tak nampak apa. So pagi tu lepas sarapan kat cafe, boleh layan view-view ni,
- stesen kuala lipis (around 6pagi)
- stesen merapoh (around 7.30pg)
- Gua Musang (around 8 pagi)
- Stesen Dabong, hentian untuk hikers mendaki ke gunung stong (around 9.40pg)
- Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
- train akn masuk beberapa terowong klasik. (Hati-hati masa shoot gmbr or video dr pintu keretapi, sebab train laju & track mmg bergegar-gegar, tak hp or kamera yang jatuh, kita sndri boleh jatuh klau careless.)
4. Matlamat utama trip ni nak daapt experience & enjoy journey dalam sleeper train ni, so kami cuma singgah KB dalam 5 jam je sebelum meneruskan perjalanan balik ke Gemas semula.
5.Sewa kereta Axia untuk 6 jam total rm60 ( num booking kereta sewa 016-750 8833), 10 minit je drive dr stesen Wakaf Bharu ke KB.
6.Walaupun 5jam je, sempat jugak la pergi tmpt2 signature area KB ni wpun rushing, sbb traffic kat KB pun pndai jemmm mcm kL jgk.
- sampai stesen Wakaf Bharu sabtu 12.30pm , pick up kereta sewa then terus ke Kopitiam Kita utk lunch. Pekena signature food dia roti titab & teh ais.
- pasar Siti Khadijah- tak beli apa pun
- kedai kopi Din Tok Yo
- street art Kota Bharu
- Nasi ulam cikgu ( dtg mkn jam 4.30ptg, mkanan pun tak bnyk dah, nasib dh knyg mkn roti titab)
- kampung Kraftangan ( lalu entrance je)
Sebab kami bukan jenis big eater, 5 jam kt sana nak makan macam-macam memang boleh muntah. Kami prefer photo hunting instead of food hunting.
6.Jam 6 petang kami return kereta sewa then bersiap utk tggu train blk ke Gemas semula. Sm jugak 11 jam 55minit perjalanan. Train blk lmbt sejam sbb kepala lokomotif merajuk jap.
7.Dijangka sampai stesen Gemas esok ahad jam 8 pagi. Mlm ni lepas mkn kt cafe, naik atas katil & tidurr.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI