Sebaik kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai yang menarik nafas lega.
Ini bermaksud kebenaran untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu kaum keluarga terutama emak ayah yang sudah lama tidak dijenguk sepanjang tempoh PKPB kedua dilaksanakan.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti hujung tahun dengan mengunjungi destinasi menarik di dalam negara.
Gambar sekadar hiasan.
Walaupun sudah dibenarkan rentas negeri dengan pergi bercuti tetapi jangan dilupakan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan dipatuhi jika ke tempat green zone.
Selain itu itu berikutan peningkatan kenderaan di jalan ekoran ramai yang keluar dari Lembah Klang menuju destinasi masing-masing, jangan lupa untuk membaca doa demi untuk keselamatan sepanjang perjalanan.
Perkongsian doa ini oleh PU Amin yang dimuat naik di laman Instagramya beserta doa pesanan.
Doa ini adalah doa untuk mohon Allah kekalkan nikmat kita hari ini. Nikmat bebas dari virus, walau bukan sepenuhnya tapi kita minta agar Allah lindung kita, minta Allah elakkan penyakit , minta Allah jauhkan benda benda buruk..
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:
“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)
Kemudahan pengangkutan yang ada di negara kita menghubungkan negara jiran terdekat memang berbaloi untuk dicuba. Apa kata tukar kelainan percutian keluarga anda dengan cara yang dikongsikan oleh saudara Mohd Firdaus
Atas permintaan rakan-rakan sekalian jom saya share kan cara perjalanan dari KL sentral ke Hatyai menaiki ETS serta tempat makan yg menarik boleh di dapati di sana.
Ok untuk tiket korang boleh beli dari apps KTMB, download dr apps store tau (dari apps ni korang bole beli utk 2org, so kalau nk beli utk 4org. korang kene lah buat 2x)
Harga tiket dewasa : RM76
harga tiket kanak2 : RM42 (umur 4tahun ke atas)
Antara tempat makan dan shopping yang menarik boleh korang lawati kt Hatyaiadalah :
Asean Night Bazaar
Chambura Dim Sum
Greenway Night Market
Khlong Hae Floating Market
Khloeng Hae Seafood buffet Halal
Lee Garden Plaza Mall
Macam aku bergerak dr KL sentral petang so sampai di padang besar jam 12.10 tengah malam, so aku rekemen korang ambil homestay dengan bader ni, nama sama mcm aku. Homestay dia amatlah bersih dari habuk (aku ni allergic habuk) dan owner dia amat membantu dari segi contact grab dan lain2 info nak ke hatyai. @padang besar homestay firdaus nama page nya dan contact en. Firdaus ni +60135805324
Okay kalau untuk masuk ke hatyai dari padang besar ada beberapa cara :
Keretapi – kalau korang pegi kapel atau backpackers style korang bolehlah naik ni dr stesyen padang besar. Ada 2x sehari, pagi jam 10am dan petang jam 4pm. Aku dengar keretapi ni jenis lama dan seat terhad, kalau korang lambat mmg akan penuh dan xdapat dduk la selama 45minit ke hatyai. Harga tiket sangatlah murah RM7/orang
Mini van – untuk yg berderet anak mcm haku ni boleh lah korang dapatkan khidmat van ni dr stesyen ets padang besar, kebiasaannya dorg dah tunggu kt gate korang keluar dr ets . Harga mereka cas RM20/orang. Biasanya satu van ada 10 seat nanti dorang akan tunggu 10seat penuh baru van jalan dan akan hantar korang sampai ke hotel hatyai
Macam kes aku aritu lain sikit, aku naik van juga tapi dari stesyen van padang besar thailand, kos dia mcm murah sikit dari mini van yg biasa korg dengar RM20/seat tu. Aku ambil kereta dr stesyen ETS padang besar, driver bawak kami ke boarder untuk imigration clearance Malaysia dan Thailand kemudian dia hntar kami ke stesyen van padang besar thailand. Kos RM30/trip (boleh naik 2dewasa 3 kanak2). So dari stesyen van ni aku naik sampai ke hotel hatyai dengan harga 50baht/seat
Ok untuk transportation korang sekitar hatyai aku xdelah melarang korang nak naik tuk-tuk, tapi seeloknya korang naik grab utk menuju ke destinasi yg korang nak pegi dengan harga yg lebih terjamin. Mungkin korang nak naik tuk-tuk sekadar pengalaman korang bawaklah anak naik satu trip dr tempat makan ke hotel utk last day korang kt sana (carilah org muslim #bmf)
Ok tibalah masa untuk pulang dari hatyai ke padang besar , yang nak naik keretapi atau van RM20/seat boleh naik macam biasa, aku ambil kereta dari hotel terus ke padang besar macam biasa sbb anak kecil dan nak kan keselesaan supaya dorang x merengek. So untuk kereta ni biasa mereka charge 1000baht sampai imigration Malaysia .Ni contact driver +66 86 293 2475 namanya abg mukhriz,asal dari thailand tapi fasih cakap utara(senang sketlah korang nak berurusan)
Haaa ni ada sket lg info, kalau korang dtg hatyai hotel xprovide iron ya, kalau bini korang jenis pakai tudung/shawl DUCK ke Ariani keee Bella Ammara keee bawaklah sendiri iron tu atau bole beli di asean night bazaar. Jangan lupa juga extension plug interntional sbb plug dorg xsama mcm kita
Okay gaissss, ni sahaja sharing dari aku (type dalam ets menuju ke kl sentral) utk korang, kalau nak share dan parking kat wall korang pun silakan, buat rujukan korang di masa akan datang kalau nak pegii nanti.
Caption
1. Okay ni apps KTMB yang korang nak beli tiket, dia boleh beli utk 2org sahaja untuk sekali beli makesure korang belilah untuk return sekali okay.
2. Kalau korang bawak stroller untuk anak, pilih Coach D dan ambil seat paling depan sekali, ada untuk korang parking stroller baby tersebut. Pastu korang jangan lupa bawak jacket atau sweater, dalam ETS sejuk glers bhaiii
3. Dalam ETS ada ruang solat yg selesa beserta tempat wudhu, kain pelikat dan telekung. Kalau korang nak jamak makesure lepas selsai solat pertama dan nak mulakan solat kedua kene check arah kiblat semula sbb kiblat akan bertukar arah
4. Dalam ETS juga ada cafe untuk korang beli makan dan minuman, size dan rasa dia standard dlm penerbangan punya lah kan. Harga makan RM8.50 dan air aku xpasti sebab aku bawak dr rumah
5. Ok ni sebelum bertolak masuk ke boarder, aku dapat driver yg hntar ke stesyen van padang besar thailand kt bulatan ni lah, dia tunggu tepi divider waktu kami turun grab dr homestay
6. Ok waktu korang nak cop passport kr imigration thailand, jangan lupa ambil kertas putih (mcm masuk singapore) dr kaunter imgresen tu dan isi sebelum nk cop. Waktu nk cop korang selitkan RM1/orang dalam passport utk byran kad putih tu ya.Ok ni dah selesai cop pasport dan scan bag di imigration thailand
7. Haaaa sinilah stesyen van padang besar thailand tuh. Cukup orang dia jalan. 50baht je per seat. Kalau anak korang kecik beli satu seat share dengan wife. Barang2 korang kalau banyak dia cas 50baht lg letak atas seat.Haaa camnilah aku dduk aritu, beli 4 seat bersamaan 200baht, 3 kerusi duduk, 1seat letak luggaage.
8. Okaayy ni lah hotel yg aku stay, aku rekemen korang amik hotel ni sebab :
500m jurrr ke asian night market (jalan kaki 7mnt)
800m jur ke greenway night market
150m ke diana kompleks
hotel ni sediakan breakfast yg halal
hotel ni ada prayer room
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew. Baru-baru ini kita semua maklum beliau berada di Mesir kerana Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Namun viral sebelum itu apabila beliau dikatakan hilang kerana tidak muat naik status terbaru dan menimbulkan kebimbangan pengikutnya.
Dan selepas hampir sebulan terkandas di Kaherah, Mesir, akhirnya Ebit Lew serta pasukannya dilaporkan berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di negara itu.
Berada di sana memberi peluang kepada Ustaz Ebit Lew menjengah kawasan yang menjadi mangsa perang baru-baru ini.
Menurutnya dia rasa sebak apabila ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Setiap hari ada tembakan dan ancaman bom malah penduduk di sana seolah-olah berada di penjara terbesar dalam dunia.
Ada pantai berdekatan untuk pergi berehat dan boleh pergi memancing tetapi tidak boleh lebih daripada 6 batu. Jika lebih akan ada amaran bom.
Sebak sayu ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Kadang orang yang sama cuba bina kehidupan tapi di bom. Sampai 3 kali bina dan hancur kembali.. Mula hilang seorang demi seorang ahli keluarga.
Bangun setiap hari fikir mungkin bom tiba-tiba jatuh atas mereka. Setiap hari ada tembakan,ancaman dan bom. Kami cuba bantu beberapa keluarga di sini. Semoga Allah terima semuanya.
Gambar kereta tu. Roket datang dan tuju sebuah rumah. Satu keluarga sedang berehat makan waktu petang. Semuanya syahid dibom. Ya Allah. Kereta tu terbang dari sebelah sana. Begitulah keadaan mereka.
Allahuakbar. Penjara terbesar dalam dunia. Mereka tidak boleh kemana-mana. Kadang order sesuatu sampai 2 tahun baru lulus kemasukannya. 6bulan tu biasa. Ada pantai tempat mereka berehat.
Boleh memancing tapi sekitar 6 batu sahaja. Jika lebih akan diberi amaran bom. Semalam jer 4 kali bunyi bom. Kita mula rasa sedikit 2 tahun ini bila covid melanda kita semua. Semoga Allah beri kekuatan pada kita melalui covid 19. Allah angkat covid. Semoga Allah beri kekuatan pada mereka semua.
Sebelum itu Ustaz Ebit Lew menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya apabila dapat memasuki Gaza Palestin.
Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.
Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.
Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.
Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.
Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar.Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.
Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.
Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.
Semoga misi kemanusiaan ini dapat disempurnakan sebaiknya oleh Ustaz Ebit Lew yang memang jadi hero kesayangan kita semua.
Ternyata sedang kita semua tidak boleh merentas negeri, Tuhan memberi rezeki padanya untuk memasuki kawasan yang bergolak sebelum itu. Ayuh kita doakan keselamatan UEL dan team dalam menjayakan misi ini.
Di Perlis dan Kedah, ‘nat’ merujuk kepada pasar sehari dan Nat Pokok Getah ini antara pasar yang kerap dikunjungi khususnya warga tempatan.
Tempat ini agak unik berbanding kebanyakan pasar sehari di Malaysia kerana terletak di ladang getah.
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis
Di pasar yang terletak di Jalan Arau-Pauh ini, pengunjung boleh melihat aktiviti masyarakat di sini dan turut menyertai dalam aktiviti jual beli.
Selain aneka makanan yang dimasak panas, di sini juga terdapat barang basah, sayuran, barangan keperluan harian dan macam-macam lagi.
Turut ada dijual ialah buah-buahan, pokok bunga, haiwan peliharaan, alatan tukang, barangan elektrik malah produk-produk terpakai seperti pakaian dan kasut.
Dalam seminggu hanya 2 hari sahaja Nat Pokok Getah ini dibuka iaitu pada hari Jumaat dan Ahad dari pukul 7 pagi hingga 2 petang sahaja.
Jadi kepada anda yang sudah sampai ke Perlis, cubalah singgah sini. Ambil peluang tengok barang rare dan merasa tempat orang berniaga macam-macam. Baru syok jalan-jalan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...