Terengganu antara destinasi pilihan bercuti rakyat Malaysia. Ramai sukakan makanan enaknya seperti keropok lekor, nasi dagang dan banyak lagi. Bukan itu saja, banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati seperti Jambatan Angkat / Drawbridge Kuala Terengganu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), pulau-pulaunya yang indah selain produk pelancongan batik dan songket yang boleh dijadikan cenderamata kalau bercuti ke negeri ini.
Bahkan ada banyak penginapan tepi pantai yang boleh dijadikan pilihan kalau bercuti ke Terengganu.
Bagi korang yang bakal ke Pantai Timur, dikongsi dari page Cuti-Cuti Terengganu, ada satu resort yang menjadi pilihan ramai kalau datang ke sini. Dikongsikan oleh Nazeera Edora, dirinya berkongsi pengalaman menginap di Chalet Anees yang betul-betul mengadap laut. Lebih best, sewaaanya cukup murah iaitu RM100 semalam sahaja. Jadi kalau ke sini, masukkan chalet ini sebagai pilihan menginap.
Baca perkongsiannya :-
Saya bukan owner tapi saya customer yang sangat puas hati dengan chalet ni. Kali ni memang saya mencari chalet betul-betul tepi laut. Cuma RM 100/malam untuk satu unit chalet.
Tak perlu payment untuk deposit. Cuma hubungi chalet dan bagi nama, nombor telefon. Pihak chalet akan “lockkan” untuk kita dan datang terus. Tak perlu pun security deposit ke apa. Bayar terus dan dapat kunci! Baik betul owner chalet ni.
Dan disebabkan berderet rakyat jelata, bawak tilam angin kerana chalet ni cuma ada bilik berserta katil king/queen/ 2 single. Jangan risau, ruang solat berserta sejadah disediakan.
Electric kettle dan cawan, towel dua helai dan sabun buku disediakan. BBQ set pun ada tau.
Di tangga chalet ada paip untuk bilas kaki. Bagus disediakan sebab kita balik dari pantai mesti kaki berpasirkan. Best sangat! Buka pintu nampak laut. Parking kereta pun sebelah chalet.
Chaletnya pun dekat dengan Lapangan Terbang Terengganu, dekat dengan warung-warung celup tepung. Dalam chalet pun ada gerai tau. Malam-malam lapar boleh tapau makan.
Sebelah chalet pun ada jual burger kalau lapar malam-malam.
Cuma diingatkan pantainya dalam. Tak sesuai untuk mandi. Celup kaki pun jangan. Sebaiknya bawak joran sebab memang port best untuk memancing.
Lokasi :-Chalet Anees, Kg Tanjung Gelam Mengabang Telipot 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Destinasi Wajib Singgah Jika Korang Plan Bercuti 3H2M Di Terengganu. Sempat La Masuk Pulau & Singgah Makan Sedap!
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, ramai yang memilih negeri di pantai timur untuk bercuti terutamanya di kawasan pulau yang cantik. Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang tinggi dalam kalangan pengusaha resort di lokasi peranginan di Terengganu memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih pulau di negeri ini sebagai destinasi percutian.
Bukan itu sahaja, malah Terengganu memiliki banyak destinasi pelancongan, pulau indah, port makan-makan popular dan lokasi warisan yang menjadi pilihan ramai. Bahkan memang layak apabila negeri yang terkenal dengan lokasi penyu bertelur ini menjadi destinasi paling ramai pengunjung datang selepas PKP.
Jika anda bercadang ingin bercuti ke Terengganu untuk tempoh 3 hari 2 malam, jadikan perkongsiaan daripada saudari Jassa Li ini sebagai rujukan kalian. Ada 15 lokasi menarik boleh jejak, siap dengan pekej masuk ke pulau dan melawat destinasi pelancongan popular Terengganu.
GANU KITA LAWAT 15 TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU SELAMA 3 HARI 2 MALAM JE!
Dah lepas beberapa minggu baru mommy ada masa nak buat review trip ke Kuala Terengganu hari tu. That was our first time pergi jalan jalan Terengganu. Dulu masa muda mudi pernahlah jejak kaki ke Terengganu. Tapi masa tu naik bas dari KL nak ke Pulau Perhentian. Basically masa tu memang trip solely ke Pulau Perhentian je. Takde menyinggah mana mana. So this time, mommy nekad nak explore Kuala Terengganu seberapa yang boleh even dalam masa yang singkat! Haha
Mommy sharekan itinerary trip ni untuk 3 hari 2 malam. Boleh refer GAMBAR LAST. Hihi
Ni pula SENARAI 15 TEMPAT MENARIK yang mommy singgah sepanjang trip ni:
1. Nasi Dagang Atas Tol
2. Jeti Marang
3. Pulau Kapas
4. Pantai Penarik @ Setiu
5. Mr. Celup @ Pantai Penarik
6. Taman Tamadun Islam
7. River Cruise @ Kuala Terengganu
8. Crystal Mosque / Masjid Kristal
9. Pasar Payang
10. China Town
11. Jambatan Angkat Terengganu
12. Keropok Warisan Losong
13. Firdausy Seafood Corner
14. Masjid Terapung
15. Selera Tanjung @ Jambatan Angkat Terengganu
Hari Pertama
- Kitorang gerak dari KL around 1 lebih. Bukan tengah hari ya. Tengah malam. Haha. Alhamdulillah. Jalan lengang. Tak banyak kereta. Perjalanan pun lancar je. Dari KL kitorang lalu LPT then exit Ajil. Lepas je exit highway, kitorang solat Subuh dulu dekat perhentian tol. Then terus gerak ke Nasi Dagang Atas Tol. Even time tu baru pukul 6 lebih, tapi jangan terkejut korang kena beratur ya nak makan breakfast dekat situ. Sampai kedai dalam pukul 7 lebih. Then beratur dalam setengah jam baru dapat masuk.
- Lepas makan, kitorang gerak ke Jambatan Angkat Terengganu. Dalam 20min drive. Dekat sini takde apa pun. Just bergambar and tengok sendiri jambatan kebanggaan ni depan mata. Haha. After puas amik gambar, kitorang singgah Masjid Terapung. Dari Jambatan ni dalam 10minit je. Sama juga. Dekat masjid ni kitorang just bergambar dari luar sebab masjid tutup. Korang boleh tengok tasik tepi masjid ni, dalam tasik tu ada pantulan Masjid Terapung ni. Cantik sangat. Settle amik gambar, kitorang terus ke Jeti Marang. Sebelum sampai jeti, kitorang singgah kedai untuk beli bekalan jajan bawa ke pulau. Almaklumlah ada anak kecik. Banyak songehnya.
- Depan Jeti Marang ni ada Pasar Bandar Marang. Dia macam pasar pagi. Tapi ada jual pakaian, tudung juga. Bolehlah korang cuci mata.
- Sebabkan kitorang ambil pakej ke Pulau Kapas, kitorang tinggal datang untuk collect tiket boat je. Bagi nama yang kitorang booking. Then kitorang duduk dekat tempat menunggu boat. Boat paling awal ke Pulau Kapas pukul 11pagi. Kitorang ambil yang paling awal. Perjalanan naik boat ke Pulau Kapas cuma anggaran 20minit je. Tak jauh pun. Sesuailah untuk korang yang takut atau mabuk laut tu. hihi.
- Sampai je Pulau Kapas around 11 setengah, kitorang terus check bilik. Mana tahu ada luck boleh check in awal. Jeng jeng jeng. Takde maknanya. Dengan orang penuh kat pantai time tu. haha. So kitorang decide tukar baju mandi and mandi pantai dulu. Time tu agak ramai lah orang. Sebab ramai yang datang buat day trip. Tapi okaylah. Ada je port nak mandi.
- Dalam pukul 1pm kitorang lunch dekat Cafe Kapas Coral Beach Resort. Cafe ni depan pantai je. Lunch kitorang dah termasuk dalam pakej. Makanan diorang akan hidang ikut meja. Nasi and lauk kalau habis boleh minta tambah. Makanlah sampai kenyang. Haha. Settle makan kitorang punya bilik pun dah ready, terus check in. Korang boleh refer gambar untuk keadaan bilik. For me okaylah. Bilik bersih, ada balcony, ada bilik air, aircond sejuk, and towel pun ada disediakan. Kitorang rest dulu kat bilik sementara tunggu petang (tidur sebenarnya!) takkan nak mandi laut tengah hari buta kan. But if korang nak terpulanglah haha
- Kitorang keluar mandi semula petang around 5pm macam tu. cuaca dah just nice. Orang pun tak ramai dah. Sebab yang daytrip pukul 4pm dah balik. Even korang mandi tepi pantai pun, korang still boleh nampak ikan tau. Kalau bagi makan roti, ikan memang banyak akan datang kat korang. Dekat sebelah pantai Kapas Coral Beach Resort ni, ada 1 pantai private. Cantik sangat. Tapi dekat situ tak boleh mandi. Kalau korang nak amik gambar or jalan jalan bolehlah. Feeling romantic sangat pantai dia.
- Dah puas mandi, balik bilik bilas badan, then tunggu maghrib dulu. Around 8pm macam tu kitorang keluar balik dinner dekat cafe. Sama juga. Makanan dihidang and dinner dah termasuk dalam pakej. Sambil dinner tu ada busker main guitar and violin. Sambil ditiup angin pantai. Syahduuuuu je rasa.
- Lepas dinner, kitorang chill tepi pantai. Tunggu entertainment. Dekat sini malam ada fire show, ada clown. At least ada lah hiburan kan. Boleh refer gambar ya. Kitorang masuk bilik semula around 10.30pm macam tu. Day 1 settled.
Hari Ke 2
- Kitorang start dengan breakfast dekat cafe around 8am. Sama juga makanan dihidang. Ada roti bakar juga if korang nak. Settle makan, sambung lagi mandi! Haha. Mandi time pagi ni lagi best, air lagi jernih and dapat tengok lagi banyak ikan.
- Supposedly pakej kitorang termasuk snorkeling. Tapi disebabkan time kitorang datang ni banyak jellyfish, so kitorang snorkeling tepi pantai jelah. Takpe. Still puas hati sebab air dia jernih and banyak ikan! Haha.
- Settle mandi, kitorang siap siap untuk check out. 1st boat untuk keluar pulau pukul 11.30am. So kitorang ambil 1st boat.
- Sampai Jeti Marang around 12pm. So kitorang terus drive ke Firdausy Seafood Corner. Dalam 30min dari Jeti Marang. Restaurant ni sebelah airport Kuala Terengganu. Specialty dekat sini mestilah CELUP TEPUNG. haha. ada sotong celup tepung, udang celup tepung, macam macam lagilah. Harga pun berbaloi sangat. Ada juga menu lain macam bihun sup and mee. Boleh refer gambar ya.
- Settle makan, kitorang pergi Pasar Payang. Pasar Payang ni concept dia macam Padang Besar. Ada jual makanan, baju and peralatan dapur. Kain songket and batik banyak pilihan. Yang penting korang boleh tawar menawar.
- Lepas puas shopping, kitorang terus check in Felda Residence Kuala Terengganu. Hotel ni tepi sungai. And strategic sangat untuk korang yang nak jalan jalan Kuala Terengganu. Gambar bilik boleh refer gambar. Harga bilik termasuk breakfast.
- Around 5pm macam tu, kitorang keluar semula. Kali ni pergi Taman Tamadun Islam pula. Nak naik River Cruise! Tiket untuk River Cruise ni kitorang beli pakej sekali dengan tiket Taman Monumen dalam Taman Tamadun Islam ni juga. Cruise ni dia bawa korang ronda lalu a few hot spot area dekat Kuala Terengganu ni. Korang boleh nampak Masjid Kristal, Pasar Payang, Jambatan Angkat Terengganu and Terengganu Tourism Center. Boat akan berhenti dekat depan Jambatan Angkat so that korang dapat chance bergambar membelakangkan Jambatan Angkat ni.
- Settle naik cruise, kitorang singgah Masjid Kristal. Time ni masjid ni tengah under construction. So tak boleh masuk. And kitorang bergambar dari luar je. Boleh refer gambar. Then kitorang balik bilik mandi and maghrib. Kitorang keluar semula untuk dinner around 8pm macam tu. Kali ni kitorang dinner dekat Selera Tanjung. Selera Tanjung ada banyak kedai. Concept macam foodcourt. Tapi tepi sungai. And paling best view Jambatan Angkat. Sini menu dia banyak seafood and ada juga makanan goreng goreng. Settled day 2.
Hari Ke 3
- Macam biasa mulakan hari korang dengan breakfast. Haha. Breakfast dah termasuk harga bilik. Concept buffet. Okaylah. Banyak pilihan and puas hati! Nasi lemak rendang sedap!
- Lepas breakfast, anak anak nak main playground. Sebab dari mula check in asyik minta nak main playground ni je. Playground tu bersebelahan je dengan hotel. Settle main, kitorang balik bilik siap siap nak check out.
- Lepas check out, kitorang pergi Chinatown Kuala Terengganu. Dalam 5 minit je dari hotel. Sini concept dia macam street art dekat negeri negeri lain juga. Boleh refer gambar spot spot amik gambar yang ada.
- Lepas tu kitorang pergi semula ke Taman Tamadun Islam untuk masuk Taman Monumen. Dekat counter, diorang akan bagi korang passport. Passport ni diorang akan cop dekat pintu masuk and pintu keluar. Untuk harga pakej Taman Tamadun Islam ni korang boleh refer last gambar dalam post ni ya.
- Dalam Taman Monumen ni banyak replika atau monumen masjid masjid terkenal macam Hagia Sofia Turkey, Masjid Nabawi and banyak lagi. Seni bina luaran diorang buat ikut rekaan asal masjid tu. menariklah. Untuk pusing taman ni, kitorang sewa motor. Kesian Cik Anggun nak jalan jauh kan. (Padahal sebab mommy dia pakai heels) haha. Sewa motor Rm30 untuk 30minit. Boleh refer gambar ya.
- Settle jalan Taman Monumen, kitorang pegi Keropok Warisan Losong. Adik adik. Losong tu nama tempat ya. Haha. Dekat sini ada jual keropok lekor yang dah masak and belum masak. Bolehlah korang beli untuk bawa balik. Dah pergi Terengganu takkan tak beli keropok lekor kan?
- Then kitorang gerak ke Setiu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu anggaran dalam 1 jam. Sanggup tau semata nak tengok sendiri Pantai Penarik tu. sampai Setiu masa tu dalam pukul 2pm. Mommy lega sangat. Even drive jauh pun, tapi puas hati bila tengok view pantai ni. Kuasa Allah, keindahan alam yang Allah SWT ciptakan. Tengok pemandangan laut dapat pahala kan? kitorang jalan jalan tepi pantai and bergambar. Then disebabkan petang tu nak drive balik KL dah, so yein kata dia nak short nap kejap. So apa lagi, kitorang cari port bawah pokok, berhadapan pantai, then yein pun tidur. Short nap dia jadi 1jam setengah masa tu. haha. Masa dia tidur, mommy and Cik Anggun jalan jalan tepi pantai. Rasa tenang sangat.
- Sebelum gerak balik KL, kitorang singgah makan dekat Mr Celup Tepung Station. Restaurant ni tepi pantai. Menunya mestilah celup tepung. Haha! Lagi celup tepung apa ada hal! Kitorang makan sambil tengok view laut and ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Sini pun ada port bergambar cantik cantik. Boleh refer gambar ya. Settled makan, kitorang pun gerak balik KL. Alhamdulillah, sampai rumah around 10 malam. Day 3 settled! 15 tempat settled!
Untuk trip ni mommy actually rasa tak puas. Sebab banyak lagi tempat mommy nak pergi. Tapi sebab kesuntukan masa, so tak dapatlah nak pergi. Insha Allah ada masa mommy nak ke Terengganu lagi.
Jom ramai-ramai lawat Terengganu!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedih Lihat Bunga Tulip Dicantas, Elak Penduduk Jepun Datang Festival Tulip Sakura
Pihak berkuasa di Jepun terpaksa mengambil keputusan mencantas lebih 800,000 bunga tulip di daerah Chiba sebagai langkah mengelak orang ramai berkunjung ke situ ketika wabak COVID-19.
Tindakan ini adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun. Walaupun Festival Tulip Sakura tahun ini dibatalkan, namun orang ramai masih mengunjungi lokasi tersebut untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ. Hmm..ingat kot rakyat Jepun ni jenis mendengar arahan.
Festival yang pada mulanya dijadualkan pada 1 dan 26 April terpaksa dibatalkan setelah Jepun mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama sebulan bermula 7 April di Tokyo melibatkan daerah Fukuoka, Saitama, Kanagawa, Chiba, Osaka dan Hyogo.
Penggemar bunga terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat bunga tulip merah dan merah jambu yang menghiasi dataran berkeluasan 7,000 meter persegi itu mekar. Sementara itu, lebih 3,000 jambakan ros juga dicantas di Taman Yono, Saitama, utara Tokyo bagi menghalang orang ramai datang berkunjung.
Walau bagaimanapun, bunga-bunga yang dicantas itu tidak dibuang, sebaliknya didermakan kepada sekolah-sekolah tadika.
Sumber: Astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keselesaan Menginap Di Hotel M Suites
Sekiranya anda ingin menginap di hotel yang biliknya luas serta harga yang berpatutan, M Suites Hotel Johor Bahru boleh dipertimbangkan. Terletak di Jalan Skudai, Straits View berdekatan Danga Bay, ialah pilihan hotel terbaik untuk semua pengunjung.
Lokasi hotel yang tidak berapa jauh dari bandar memudahkan pengunjung. Disebabkan kelebihan itulah, hotel yang mempunyai panorama indah menghadap Selat Teberau, M Suites saban minggu sentiasa dikunjungi pengunjung terutama membabitkan tempahan persendirian, agensi kerajaan serta syarikat swasta.
Malah menjadi tarikan pengunjung dari Singapura mungkin kerana harganya serta lokasi yang tidak berapa sibuk. Pendek kata hotel ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana keselesaan yang ditawarkan.
Bilik istimewa untuk pengunjung
Pihak pengurusan hotel sentiasa mementingkan kepuasan layanan terhadap setiap pengunjung setimpal dengan harga yang dilaburkan. Lazimnya pengunjung yang berkunjung ke hotel mahukan ruang bilik yang luas untuk seisi keluarga.
Menyedari hakikat itu, M Suites menawarkan ruang bilik yang sangat selesa berbanding hotel setaraf lain di Johor Baru. Sebagai contoh, The Premier studio dan The Premier Executive Suite sangat luas serta menjanjikan keselesaan untuk pengunjung berehat dengan santai.
Pengurusan M Suites sentiasa prihatin dengan pelanggannya, termasuk golongan kurang upaya (OKU). Hotel ini menyediakan biliknya yang bersifat mesra OKU, terutama pemasangan tiang pemegang bagi memudahkan pelanggan istimewa itu bergerak di dalam bilik dan tandas.
Bagi memberi kepuasan kepada pengunjung, M Suites membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bilik penginapan dengan sentuhan urban resort. Ia dilakukan secara berperingkat membabitkan ubah suai perabot, langsir, katil, tandas dan kekemasan bilik secara menyeluruh.
Kemudahan
Keistimewaan hotel itu tidak hanya terletak pada biliknya, malah mempunyai pelbagai tarikan lain. Terkenal dengan keenakan menu makanan di dua restorannya iaitu Myra Bistro dan Ming Court, masing-masing menawarkan masakan tradisional dan barat, serta masakan ala Cina yang dijamin halal bagi pengunjung beragama Islam.
Tidak lengkap jika menginap di hotel itu tanpa mandi di kolam renangnya. Ini kerana, selain mempunyai ruang untuk dewasa dan kanak-kanak, keindahan pemandangan kolam renang itu yang menghadap laut menjadi tarikan.
M Suites juga sesuai sebagai lokasi mengadakan pelbagai majlis. Ini kerana, ia mempunyai tiga dewan besar dengan kelengkapan audio visual termasuk yang terbesar boleh memuatkan kira-kira 350 orang, selain tujuh bilik mesyuarat.
INFO
– M Suites terletak menghadap Selat Teberau ke arah Singapura. Perjalanan ke hotel itu hanya mengambil masa lima minit dari Tambak Johor dan kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai atau dari Plaza Tol Skudai.
– Mempunyai 133 Suite dan Premier Suites dalam empat kategori
– Kemudahan yang disediakan kolam renang, gimnasium, tempat letak kenderaan percuma, bilik karaoke, restoran, dewan besar dan bilik mesyuarat, perkhidmatan dobi, peti simpanan, katil tambahan dan katil bayi, surau, sejadah dan kerusi roda (bergantung kepada permintaan).
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI