Memang akan menjadi bucket list bagi kaki travel untuk mengembara ke Eropah melihat keindahan beberapa negara di sana.
Antara negara yang sering jadi pilihan untuk dikunjungi adalah Croatia, Bosnia dan Turki.
Menggelar percutian musim sejuk, wanita ini Maizatul Edora berkongsi itinerari DIY perjalanan ke beberapa negara terpilih selama sebulan.
Menurutnya dia mengambul masa sebulan merancang perjalanan percutian ini kerana travel kala musim sejuk boleh menimbulkan pelbagai perkara yang tidak disangka.
Bagi pengembara yang mahu pergu sendiri tanpa travel agent, boleh jadikan ini sebagai panduan.
ITINERARY D.I.Y TRIP KE OMAN, GERMANY, AUSTRIA, CROATIA, BOSNIA DAN TURKEY
Alhamdulillah, hampir sebulan berlalu, percutian musim sejuk telah berjalan dengan lancar. Percutian kami bermula pada 20 Disember 2019 sehingga 30 Disember 2019.
Di sini saya ingin berkongsi bagaimana kami merancang percutian kami supaya berjalan dengan lancar. Maklumlah, musim sejuk kan, anything boleh terjadi, lagipun kat tempat orang. Actually, hampir sebulan lebih juga nak siapkan full itinerary sebelum kami bercuti.
INTRODUCTION AND TIPS
Sebenarnya, kami beli flight ticket agak last minute jugak la iaitu awal bulan Oktober 2019. Tapi sebelum decide untuk beli ticket flight, hari hari kitorang usha harga ticket flight hhahaaha. Oh ya, kami beli flight ticket (Oman Air). Apps : Traveloka
Pergi : Kuala Lumpur to Munich, Germany (transit Oman) Balik : Istanbul, Turkey to Kuala Lumpur (transit Oman) Sambil men’transit’kan diri, sambil tu kita jalan jalan. Haha. Transit lebih kurang 14 hours for return, okay! Tak kisah transit lama lama sambil ‘intai’ negara orang.
Original plan kami hanya untuk melancong kat area Balkan sahaja tapi lain pulak jadinya. Memandangkan flight kami as stated kat item di atas, so bermula lah kami merancang perjalanan kami dari satu negara ke satu negara. Refer to dua item seterusnya for more info.
Schedule bagi transport dari satu negara ke satu negara memang kita kena study. Sebab apa? Sebab takut itinerary kita tak tally dengan schedule transport (dari satu negara ke satu negara).
Just for your info, kat area Balkan tak banyak bas/transport tau. Jadual perjalanan bas kat area Balkan agak limited. So, memang kena rancang and study betul betul supaya itinerary kita going smooth. Bila dah susun route transportation, baru decide dari segi masa.
Sememangnya, dari awal perancangan, kitorang decide untuk gerak dari satu negara ke satu negara pada waktu malam sebab boleh jimat kos AirBNB. Cuma dari Mostar, Bosnia ke Sarajevo, Bosnia sahaja kita naik train seawal jam 6.45 pagi. Bila dah sampai Sarajevo, kitorang terus check in and jalan jalan area Sarajevo. Jimat masa, bukan? Hehe.
Dari Sarajevo, Bosnia ke Istanbul Turkey kita naik flight Pegasus sahaja sebab transportation darat memakan masa yang agak lama. Sehari, dua hari kot. Lagipun, schedule perjalanan agak limited. Hahaaha Apps: Rome2rio, Omio, Flixbus
Bila dah tahu schedule perjalanan, baru la kita decide untuk tempah AirBNB. We will make sure AirBNB yang kita tempah tu dekat dengan tempat-tempat menarik dan mudah untuk dapatkan public transportation (bus, train). Dan yang penting murah sebab kita singgah sekejap je.
Day 1 (20 Disember 2019) : Kuala Lumpur, Malaysia
Ads
Day 2 (21 Disember 2019) : Muscat, Oman – The Sultan Qaboos Grand Mosque : Munich, Germany (AirBNB)
DAY 1 bermula di Kuala Lumpur. DAY 2 – MUSCAT, OMAN🇴🇲 📍 The Sultan Qaboos Grand Mosque What a nice view.— at Sultan Qaboos Grand Mosque.
Day 3 (22 Disember 2019) : Munich, Germany – The Marienplatz – Juliet Capulet Statue – Allianz Arena : Bad Goisern, Austria (AirBNB) *Bad Goisern, Austria ni tak jauh dari perkampungan Hallstat. Kita tak tempah airBNB di Hallstat sebab mahaiiiiiii.
DAY 3 – MUNICH, GERMANY🇩🇪 📍 The Marienplatz View of the Marienplatz! Tak lengkap perjalanan kita ke Munich kalau kita tak singgah ke The Marienplatz. Dikenali sebagai dataran Mary Square or pasar bersegi. Masa kitorang sampai ni lebih kurang jam 8.30 pagi waktu Munich, so tak ramai orang. Lama lama tu agak crowded juga. Hehe — at Marienplatz.
DAY 3 – MUNICH, GERMANY🇩🇪 📍 Allianz Arena Stadium Peminat Bayern Munich tahu kan stadium ni. Hehe. Its a huge stadium and boleh menampung 75,000 tempat duduk.
Day 4 (23 Disember 2019) : Bad Goisern, Austria – Perkampungan Hallstat, Austria
DAY 4 – BAD GOISERN, AUSTRIA 🇦🇹 📍 Sofia Apartment Morning View! Subhanallah. Lokasi Bad Goisern ni tak jauh dari perkampungan Hallstat. Kami memilih area Bad Goisern sebagai tempat berteduh kerana murah dan sambil sambil tu nak tahu bagaimana kehidupan masyarakat ‘kampung’ di sini. See Less — at Bad Goisern.DAY 4 – HALLSTAT, AUSTRIA 🇦🇹 📍 Perkampungan Hallstat Perkampungan yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Permandangan kat sini sangat lah cantik dan tenang. Sangat berbeza dengan suasana bandar. One day trip pun sudah mencukupi jika nak berkunjung ke sini. Perkampungan Hallstat ni merupakan salah satu sumber ekonomi masyarakat sini.
Day 5 (24 Disember 2019) : Dubrovnik, Croatia – Old Town Dubrovnik – Port Gruz : Mostar, Bosnia (AirBNB)
DAY 5 – DUBROVNIK, CROATIA 🇭🇷 📍 Old Town Dubrovnik Mesmerising View! Dubrovnik atau ‘Pearl Of The Adriatic’ telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Sites. Bandar Dubrovnik menghadap Laut Adriatic. Old Town ni dikelilingi dengan tembok batu. Jangan terkejut tau dalam ni, most of them memang berpakaian smart, cantik cantik dan ganteng. Hehe Oh ya! Salah satu lokasi penggambaran Game of Thrones adalah di Old Town Dubrovnik.DAY 5 – DUBROVNIK, CROATIA 🇭🇷 📍 Gruz Port Harbour Gruz Harbour is the main maritime entrance to Dubrovnik, a busy port for yachts, ferries and cruise ships. Tempat ya tak jauh dari Dubrovnik Bus Terminal. Barang barang kitorang semua simpan kat Dubrovnik Bus Terminal. Ada charge dikenakan setiap beg. — at Gruz Port.
Day 6 (25 Disember 2019) : Mostar, Bosnia (AirBNB) – Mostar Old Town – Stari Most / Old Bridge – Koski Mehmed Pasha Mosque – Vrelo Bunne, Blagaj Tekke
DAY 6 – MOSTAR, BOSNIA AND HERZEGOVINA 🇧🇦 📍 AirBNB Jernih betul drain diorang ni. Kalau nak bela ikan pon boleh. Parit ni depan Airbnb kitorang je. Hehe kalau perasan, kat bangunan kuning (jiran sebelah) tu ada kesan tembakan. Lagi satu, AirBNB kami sangat dekat dengan Old Town Mostar. Boleh jalan kaki je.
Day 7 (26 Disember 2019) : Mostar, Bosnia and Herzegovina : Sarajevo, Bosnia and Herzegovina (AirBNB) – Latin Bridge – Clock Tower – Sarajevo Old Town – Bascarsija – Alifakovace Cemetary – Trebevicka Zicara Sarajevo (entrance fee RM40)
Ads
DAY 7 – SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA 🇧🇦 📍 Latin Bridge Kat area jambatan tertua di SarajevoDAY 7 – SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA 🇧🇦 📍 Latin Bridge Tercetusnya Perang Dunia Pertama di jambatan ini di mana berlakunya pembunuhan Putera Mahkota Austria dan isterinya pada June 1914. Jambatan asal diperbuat daripada kayu, and then dibina semula dan ianya digunakan sehingga hari ini.DAY 7 – SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA 🇧🇦 📍Gazi Husrev-Beg’s Mosque Masjid ni dibina pada tahun 1532 dan merupakan salah satu masjid yang terbesar pada era zaman kegemilangan Ottoman.DAY 7 – SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA 🇧🇦 📍Trebevic Snow much fun!! Beku gila kat sini. — at Trebević.
Day 8 (27 Disember 2019) : Sarajevo, Bosnia and Herzegovina – Sarajevo Old Town : Istanbul, Turkey (AirBNB)
DAY 8 – SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA 🇧🇦 📍Bascarsija Last day di Sarajevo sebelum fly ke Istanbul Turkey pada waktu petang. Kat sini lah tempat shopping souvenir. — at Baščaršija.
Day 9 (28 Disember 2019) : Istanbul, Turkey – Blue Mosque – Aya Sofia (entrance fee RM50) – Topkapi Palace (entrance fee RM50)
DAY 9 – ISTANBUL, TURKEY 🇹🇷 📍 Blue Mosque /Sultanahmet Mosque Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Wajib singgah jika ke Istanbul. Actually this is my second time to Istanbul. — at Sultanahmet Camii (Sultan Ahmed Mosque – Blue Mosque) Istanbul, Turkey.DAY 9 – ISTANBUL, TURKEY 🇹🇷 📍 Aya Sofia Lokasinya berhadapan dengan Blue Mosque. Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Ke… See More — at Ayasofya MüzesiDAY 9 – ISTANBUL, TURKEY 🇹🇷 📍 Aya Sofia Nak masuk sini ada entrance fee ye. Rugi kalau tak masuk sebab cantik sangat. My first time masuk Aya Sofia. — at Ayasofya Müzesi
Day 10 (29 Disember 2019) : Muscat, Oman – Mutrah Souq – Al Sultan Qaboos Port
DAY 10 – MUSCAT, OMAN 📍 Mutrah Souq Ia terletak betul-betul di tengah-tengah Corniche di bandar lama bersebelahan dengan pelabuhan “Harbour of Muscat”. Mutrah Souq ni tempat shopping barang barang souvenir and harga nya agak berpatutan. … See More — at Mutrah SouqDAY 10 – MUSCAT, OMAN 📍 Mutrah Souq Ia terletak betul-betul di tengah-tengah Corniche di bandar lama bersebelahan dengan pelabuhan “Harbour of Muscat”. Mutrah Souq ni tempat shopping barang barang souvenir and harga nya agak berpatutan. … See More — at Mutrah SouqDAY 10 – MUSCAT, OMAN 📍Port Sultan Qaboos Suasana petang yang mendamaikan di perlabuhan ini. — at Port Sultan Qaboos
Day 11 (30 Disember 2019) : Kuala Lumpur, Malaysia Apps : AirBNB
Disebabkan kita taknak rasa terbeban, kita memang tempah tiket transportation dan AirBNB secara berperingkat. Contohnya, this week tempah airBNB kat tempat ini, next week kat tempat tu pulak. Dan begitulah yang lain lain.
Lagi satu, kita study awal awal untuk weather forecast supaya kita get ready fizikal dan mental semasa musim sejuk.
Kalau travel dari satu negara ke satu negara ni memang kena tahu samada negara tu perlu visa or tidak. Untuk perjalanan kami last month, hanya di negara Oman sahaja yang memerlukan visa. (Visa On Arrival) Website: https://evisa.rop.gov.om
Matawang : Kita just tukar duit Euro, Turkish Lira and Oman Riyal sahaja. Kalau kat Croatia and Bosnia, kitorang tukar duit Croatian Kuna dan Bosnia Mark kat stesen bas dan Oldtown Mostar. Actually,nak shopping guna duit Euro pun boleh kalau kat negara Croatia and Bosnia, cuma incase kalau ada certain kedai yang tak nak terima Euro.
Sepanjang perjalanan, kitorang memang gunakan bantuan GoogleMaps untuk melancarkan perjalanan kami, terutamanya naik public transport. Masa mula mula sampai Munich Airport masa itu jugak sistem down masa nak beli simkad. Jadi solution nya, kitorang save siap siap route untuk offline Maps untuk ke AirBNB supaya kami tidak terlepas train and memudahkan kami ke AirBNB. Apps : Google Maps
2️. COST
Transportation Untuk transportation cost, kita susun ikut route tau.
i. Return ticket – RM2890.00 (Transit Oman, 14 hours) : Pergi 20 Dec 2019 : Kuala Lumpur – Munich, Germany : Balik 29 Dec 2019 : Istanbul, Turkey – Kuala Lumpur (30 Dec 2019)
Ads
ii. DB Train – RM186.00 : Munich,Germany to Bad Goisern, Austria (22 Dec 2019)
iii. OBB Train – RM232.60 : From Bad Goisern to Zagreb, Croatia ( 23 & 24 Dec 2019)
iv. Flixbus – RM174.74 : From Zagreb, Croatia to Dubrovnik, Croatia (24 Dec 2019)
v. Globtour bus – RM80.21 : From Dubrovnik, Croatia to Mostar, Bosnia & Herzegovina (24 Dec 2019)
vi. Train – RM30.35 : From Mostar, Bosnia to Sarajevo, Bosnia & Herzegovina (26 Dec 2019)
vii. Direct flight Pegasus – RM367.00 : From Sarajevo, Bosnia to Istanbul, Turkey (27 Dec 2019)
viii. Internal transportation (train, bus, taxi) – Estimate RM400 Cost transportation per person: RM4360.90
AirBnB i. Munich, Germany : RM238.00 ii. Bad Goisern, Austria : RM270.00 iii. Mostar, Bosnia : RM181.00 iv. Sarajevo, Bosnia : RM149.94 v. Istanbul, Turkey : RM398.00 Cost AirBNB per person: RM412.32
Visa On Arrival (negara Oman sahaja) Nak apply Visa On Arrival ada dua kaedah; i. Pembelian secara online : 5 OMR (Better beli masa dekat dekat nak pergi sebab once dah beli VOA, VOA tu hanya valid selama 1 month sahaja. Single entry hanya boleh guna sekali sahaja ye. Don’t worry, VOA sekejap je approve and nanti pihak Iran akan email kepada kita. ii. Pembelian secara walk in : 6 OMR. Kalau nak beli kat airport Oman pun boleh. Hari tu, kitorang dua kali masuk Oman, jadi kena beli dua visa. Cost VOA per person : RM116 (11 Oman Riyal)
Travel Insurance Plan Etiqa Travel Insurance : RM135.81 TOTAL COST (Transportation + AirBNB + VOA + Travel Insurance) : RM5025.03 Gambar-gambar yang saya upload tu ikut susunan tau, dari mula sehingga last day. Caption untuk video boleh refer pada comment.
Sekian sahaja perkongsian percutian saya pada kali ni. Nanti kita akan share pulak itinerary travel DIY ke negara lain pulak. Ehhh!
Tidak kira, sama ada hotel yang dimahukan itu berada dalam skala mewah ataupun murah, perincian perlu dilakukan sebelum tempahan dibuat. Ini beberapa tip mudah atau simple guideline untuk anda memilih tempat penginapan.
Nilai
Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang dipilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan dan jaminan keselamatan.
Kemudahan
Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wifi, sarapan pagi, perkhidmatan teksi, ruang parkir, dobi, perubatan, kolam renang dan gimnasium.
Dapatkan hotel mengikut keselesaan dan keperluan bajet anda menggunakan OYO Rooms. OYO Rooms merupakan platform yang membantu mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik siniuntuk muat turun sekarang.
Kedudukan
Hotel yang dipilih mestilah berada dekat dengan produk-produk pelancongan seperti pantai, air terjun, taman tema, restoran atau pusat membeli-belah. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Mesra keluarga
Pilih hotel yang mesra keluarga seperti adanya kemudahan kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak. Cara ini membantu memanjangkan lagi keseronokan anak-anak ketika berada di hotel.
Aktiviti
Penyediaan aktiviti yang ditawarkan pihak hotel turut memainkan peranan dalam proses pemilihan hotel. Banyak hotel kini menyediakan pelbagi jenis aktiviti dengan bayaran yang ditetapkan. Seperti hotel yang berdekatan dengan pulau, aktiviti seperti island hopping dan snorkeling ada ditawarkan kepada pelanggan.
Komen
Pandangan dan komen pelanggan yang menginap di sesebuah hotel itu amat penting. Ia membantu anda membuat penilaian dari pelbagai sudut terutamanya melibatkan harga, kedudukan, keselamatan dan kemudahan. Semua pandangan dan komen boleh dilihat menerusi laman web hotel atau sistem tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Booking.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Shanghai adalah bandaraya terbesar China yang juga merupakan Hub Pusat Kewangan Antarabangsa. Shanghai antara destinasi percutian menarik dan indah gemar dikunjungi sepanjang musim sejuk.
Di sebalik bangunan pencakar langit di Shanghai, China, ada satu kawasan dilabel sebagai antara lokasi paling berharga di dunia. Kawasan setinggan di kejiranan Guangfuli adalah impian setiap pelabur hartanah kerana kedudukannya di pasaran hartanah paling mahal. Namun kawasan itu kelihatan tidak sesuai untuk didiami kerana struktur bangunan yang hampir roboh, dipenuhi habuk dan sampah.
Beratus-ratus penduduk enggan berganjak dari rumah usang mereka, walaupun selepas diarah pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan itu sejak 16 tahun lalu bagi membolehkan projek pembinaan baru dilaksanakan. Kebanyakkannya tidak mahu berganjak dari kawasan itu kerana rumah itu telah diwarisi daripada keluarga mereka hampir 35 tahun lalu atau lebih dari itu. Mereka juga tidak mahu ditindas dan senang-senang ‘ditipu’ oleh mereka yang berharta.
Seorang jurugambar Reuters, Aly Song berkesempatan melawat kawasan disekitar kejiranan ini. Dia berpendapat penduduk di kawasan kejiranan ini merupakan mimpi ngeri kepada pemaju kerana mereka sangat ‘tabah’ sanggup meneruskan kehidupan di sini, meski pun dalam keadaan serba kekurangan.
Syarikat pemaju, Xinhu Zhongbao, yang mahu tanah itu dikosongkan enggan membayar pampasan sebanyak 4.2 juta yuan (RM3.4 juta), yang didakwanya setimpal dengan nilai rumah berkenaan. Namun pemaju dilaporkan menawarkan penduduk Guangfuli apartmen di Jiading, tetapi kawasan itu lebih jauh daripada tempat tinggal mereka ketika ini. Lebih malang lagi, rumah itu bukan diberi percuma.
Bila sebut percutian di pulau, destinasi yang bermain di kepala dah tentu Pangkor, Redang dan Tioman.
Namun ramai juga yang berkira-kira nak ke sini kerana faktor jarak dan perjalanan yang memakan masa.
Tapi lepas ini tiada masalah lagi kalau teringin nak ke tiga pulau ini walau pun pada hujung minggu kerana sudah ada penerbangan terus ke sini dengan pelancaran SKS Airways semalam.
Syarikat penerbangan terbaru di Malaysia ini memperkenalkan laluan jarak dekat ke tiga destinasi pulau popular di Malaysia, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
Semalam SKS Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor dalam satu majlis ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor.
Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.
Info SKS Airways
SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.
Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapisiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala.
SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek.
Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...