Kos pengangkutan merupakan perkara yang harus kita semua hadapi apabila untuk bercuti atau berjalan-jalan. Sama ada dengan menaiki kereta sendiri dengan mengisi minyak atau membayar tiket untuk kenderaan awam.
Apatah lagi jika kos tersebut perlu kita keluarkan bukan untuk seorang tetapi beberapa orang ahli keluarga lain. Namun ada berita baik untuk anda semua yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Ads
Kerajaan menerusi inisiatif baharu memperkenalkan Pas Keluarga Malaysia dengan menawarkan harga yang cukup murah bagi pengangkutan awam. Perkara tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Apa yang pas tersebut akan dijual pada kadar yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM15. Ia akan mula dijual kepada orang awam bermula pada 1 Disember 2021.
Ads
Jelas Perdana Menteri, pas yang bakal dijual pada 1 Disember ini membolehkan setiap keluarga seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari minggu dan cuti umum menggunakan perkhidmatan berikut:
Transit aliran ringan (LRT)
Transit aliran massa (MRT)
Monorel
Bas Rapid Transit-Laluan Sunway
“Ini bermakna setiap orang bayar RM3.75 untuk perkhidmatan yang disediakan.
Ads
“Inisiatif ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, beriadah serta melawat tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” tambah Perdana Menteri lagi.
Jadi buat anda yang tinggal di Lembah Klang, ambillah peluang ini untuk menjelajahi Kuala Lumpur dan negeri Selangor ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah lebih 1000 hari misi cari dan menyelamat (SAR), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengisytiharkan tamat misi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.
Ketua Pesuruhjaya Greg Hood juga berkata tidak dapat mengesan sebarang bahagian pesawat.
Pencarian ini yang dijalankan mengikut piawaian tinggi dan profesional.
MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dan misi pencarian bermula hingga 17 Januari 2017, sebelum ditangguhkan oleh Malaysia, Australia dan China. “Apapun punca kehilangan MH370, tidak ada transmisi diterima pada masa 38 minit penerbangan pesawat itu.”
“Sistem yang direka untuk menghantar lokasi pesawat secara automatik termasuklah transponder dan komunikasi pesawat gagal menghantar lokasi pesawat selepas waktu itu”, menurut laporan tersebut.
Analisa radar dan satelit komunikasi lain membongkar pesawat MH370 menyambung penerbangan selama lebih tujuh jam.
Laporan juga menjelaskan 120,000 kilometer persegi carian bawah laut telah dilakukan dan gagal menjumpai sebarang bahagian pesawat.
Seramai 239 penumpang termasuk krew hilang. Selama tiga tahun ini, lima bahagian pesawat yang mungkin atau tidak mungkin kepunyaan MH370 dijumpai di Afrika Selatan, Mauritius, Mozambique dan Kepulauan Reunion.
Malaysia telah mengeluarkan arahan menyekat sementara kemasukan semua pelawat yang berada atau pernah berkunjung ke bandar atau wilayah di Itali, Jepun dan Iran dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.
Semua sekatan sementara ini berkuat kuasa serta-merta melibatkan:
Bandar Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali
Hokkaido di Jepun
Tehran, Qom dan Gilan di Iran
Ia telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Coronavirus (COVID-19) minggu lalu.
Sekatan ini turut meliputi semua pelawat tanpa mengira warganegara yang berada atau pernah berkunjung ke bandar atau wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.
Mengambil kira status semasa penularan COVID-19 di negara ini, mesyuarat antara lain memutuskan agar rakyat Malaysia yang berada di bandar atau wilayah itu mengambil langkah berjaga-jaga, meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, rakyat Malaysia di luar negara juga digalak untuk mendaftar diri dengan Kedutaan Malaysia yang berhampiran.
Sebelum ini, Malaysia juga telah memutuskan menyekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan serta beberapa wilayah di China selepas penularan wabak tersebut yang semakin membimbangkan. Sekatan sementara kemasukan turut melibatkan semua pelawat kecuali warganegara, pemastautin tetap, pemegang pas sosial dan pas pelajar Malaysia yang berada atau berkunjung ke bandar atau wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki negara ini.
Yeahh.. Buat kipas-susah-mati durian di luar sana, bergembiralah anda di selepas ini sebab satu inisiatif berupa ‘Durian Tourism’ bakal diperkenalkan dalam industri pelancongan tanah air.
Inisiatif daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini pasti mampu menggalakkan lagi sektor agropelancongan lagi-lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.
Malah bukan sahaja menggalakkan pelancong domestik tapi pelancong luar negara juga akan berpusu-pusu untuk datang ke negara ini sebab peminat ‘Raja Segala Buah’ ni ada di merata-rata tempat. Jangkaan pelancong luar negara yang akan datang nanti adalah daripada China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Jangan ingat mat salleh tak ada yang suka makan durian tau.
Menurut Timbalan Menteri MOA, Sim Tze Tzin, inisiatif ini juga akan meningkatkan sumber kekayaan yang baru demi semua rakyat Malaysia seperti pemandu Grab atau teksi, pengusaha rumah inap dan sebagainya. Jadi ‘Durian Tourism’ ini lebih menguntungkan rakyat Malaysia.
Betul apa yang diucapkan oleh beliau. Inisiatif ni akan menggerakkan macro dan micro ekonomi untuk negara dan penduduk setempat. Tak sabar rasanya nak makan durian puas-puas! Yeay!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!