Malaysia sememangnya sangat unik. Bukan saja masyarakatnya berbilang kaum tapi banyak makanan enak ada di seluruh negara. Itu belum lagi adat budayanya, flora dan fauna yang memikat hati serta lain-lain khazanah alam yang masih kekal dipelihara hingga kini. Betapa beruntungnya kita di Malaysia nan indah ini.
Jika ramai memilih kembara menggunakan kereta sendiri, menaiki kapal terbang dan lain-lain pengangkutan tapi dari satu perkongsian oleh Mohd Radzi Jamaludin di fbnya mungkin membuka minda kita memilih menggunakan perkhidmatan keretapi untuk melancong. Bukan keretapi laju yang hanya berhenti di beberapa buah stesen tapi menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur yang akan berhenti di semua stesen. Perjalanan ini hanya dari stesen Kuala Lipis ke Tumpat, Kelantan.
Berikut adalah perkongsian darinya.
Saya pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Perjalanan dipecahkan kepada 5 hari sebab hendak mereka bermalam di beberapa lokasi, nak bagi mereka rasa makanan dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Ads
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi terlewat, walaupun tidak mewah, tapi mereka suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, "you know Radzi, this trip is an absolute gem, thank you for showing us your country this way."
Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia.
Ads
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang kita tahu hanyalah Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen, sedangkan Keretapi Shuttle ini berhenti di semua pondok dan stesyen. Keretapi ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak macam kawan yang dah lama tak berjumpa.
Saya berharap, sesiapa yang bertanggungjawab di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong di luar negara, inilah masanya untuk turut mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Ads
Semoga dengan perkongsian gambar gambar ini ia dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kuala Lipis dan Tumpat. Saya nasihatkan jangan ambil satu trip. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin.Sumber : Fb Mohd Radzi Jamaludin
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pasar harian, pasar malam atau bazar merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia lakukan untuk membeli-belah.
Disebabkan pandemik COVID-19, semua aktiviti ini perlu dihentikan seketika. Terkini, kerajaan sudah memberi kebenaran peniagaan ini kembali beroprasi. Beberapa negeri, antaranya Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengambil langkah yang sama memberi kebenaran berniaga dan orang ramai kembali berkunjung ke tapak pasar tersebut beroperasi secara berperingkat mengikut SOP yang ditetapkan. Namun tidak bagi penduduk negeri Perlis dan Johor buat masa ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun 2020, tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Perlis
Majlis Perbandaran Kangar menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri Perlis sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Ia selaras dengan keperluan bagi memastikan penganjuran aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Majlis Perbandaran Kangar sedang memperhalusi kaedah penganjuran aktiviti penjajaan pasar malam dan pasar sehari yang dapat menepati SOP itu.
Sebagai alternatif, Majlis Perbandaran Kangar sedang merancang untuk menganjurkan Bazar Penjaja Terkawal (BPT) di lokasi-lokasi terpilih, dan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Johor
Semua bazar di 16 kawasan pihak berkuasa tempatan Johor tidak akan dibuka buat masa ini meskipun pasar pagi dan pasar malam dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun. Kesemua PBT bersetuju untuk tidak membuka bazar seperti Pasar Karat Johor Bahru sehingga tempoh dimaklumkan kelak. Tindakan ini diambil kerana penganjuran bazar dilihat merupakan acara himpunan awam, mempunyai kunjungan orang ramai yang lebih tinggi dan melibatkan ramai peniaga. PBT mahu menilai dahulu tahap kawalan dan pelaksanaan semua pasar pagi dan pasar malam sebelum membuat keputusan membuka bazar.
Indonesia mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada Khamis pagi semalam.
Gunung berapi paling aktif yang terletak di kepulauan Jawa, Indonesia itu meletus pada jam 5.16 pagi waktu tempatan (6.16 pagi waktu Malaysia). Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang pada mulanya tenang namun mulai memuntahkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan.
Video ketika gunung itu sedang meletus banyak dikongsikan dilaman youtube.
Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa yang terkorban dan tercedera dalam insiden tersebut, juga tiada arahan untuk penduduk sekitar kawasan gunung supaya berpindah. Walaupun letusan berlaku seketika, pihak berkuasa tetap meletakkan amaran pada tahap waspada.
Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Januari 2020 lalu. Indonesia antara negara yang sering dilanda bencana letusan gunung berapi dan gempa bumi kerana terletak di ‘Lingkaran Api Pasifik’. Pada 2018, negara itu dilanda sebanyak 11,577 gempa bumi, yang mengorbankan banyak nyawa. Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekarang ni makin ramai orang suka camping. Tambah pula makin banyak tempat perkhemahan yang korang boleh explore dan semuanya mempunyai pemandangan dan suasana yang cantik dan menyegarkan.
Bila nak camping ni kena pastikan keperluan camping tu cukup barulah semuanya lancar dan lengkap. Selain khemah dan keperluan asas, ini 5 barang yang perlu ada supaya camping korang jadi lagi best!
Powerbank
Ini antara ‘alat’ penting ni! Kalau tak ada powerbank, macam mana korang nak cas telefon nanti. Biasanya bateri confirm cepat habis selain banyak jugak aksesori yang selalu dibawa masa camping boleh dicas gunakan powerbank ni.
Contohnya kipas portable, lampu suluh, pam dispenser air dan lain-lain.
Bantal/Tilam angin
Selain memastikan kawasan tapak selamat, kita mesti nak keselesaan. Kalau dulu, mungkin kita okay je nak tidur beralaskan beg, sekarang ni, ada banyak bantal atau tilam angin yang dijual.
Harga pun tak sampai ratus-ratus rasanya. Nak selesa, apa salahnya kan?
Dapur portable
Kalau aktiviti berkhemah, tak lengkap kalau tak ada masak-masak kan? Kalau dulu, agak payah sebab nak kena cari kayu, kemudian kena pastikan api tak terlalu besar dan sebagainya.
Sekarang ni dah mudah, bawa je dapur mudah alih atau ‘portable‘ yang gunakan gas tu. Tinggal nak hidupkan dan masak je! Simple.
‘Set’ buat kopi atau teh
Bila dah camping, malam-malam atau pagi mesti sejuk. Time ni lah seronok pekena air panas seperti kopi atau teh. Sambil-sambil tu bolehlah ambil gambar dengan minuman panas yang dibuat. Alang-alang dah ada view cantik, minum pun mesti lah nak sedap kan.
Bekalan air minum secukupnya
Kalau dulu, ingat lagi sumber air yang ada hanyalah sungai. Situlah tempat nak mandi, nak amik air untuk kegunaan memasak dan lain-lain. Tapi biasanya orang yang biasa pegi camping ni mesti diorang akan standby juga beberapa botol air mineral kan?
Selain bekalan air mineral, korang juga boleh dapatkan tank air yang boleh memuatkan beberapa liter air yang korang boleh gunakan sepanjang camping.
Sumber: Lobak Merah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...