Siapa kata bercuti sambil OOTD di Kuala Lumpur tidak cantik. Buktinya gambar-gambar dikongsi oleh gadis ini Rohaiju Baharuddin yang pusing Kuala Lumpur sambil mengambil gambar menarik sekitarnya kota metropolitan ini.
Menurutnya dia berkesempatan pergi ke River Of Live, Dataran Merdeka dan Nur Sentral.
Biarpun memberitahu ada sedikit bau tak menyenangkan dari River Of Life, tetapi tiada masalah jika menggunakan pelitup muka.
Masalah kecikl saja dan tak jadi masala janji hasil gambar yang diambil sangat cantik dan boleh jadi kenangan dalam digital album anda nanti.
Pusing-pusing KL je. KL pun dah cukup cantik.
River of Life, Dataran Merdeka dan NU Sentral. Orang tak ramai masa ni. Jadi, gunakan peluang yang ada sebaiknya.
Cuma di kawasan River Of Life tu, ada bau yang kurang menyenangkan. Tapi pakai mask, tak la terhidu sangat. Kerusi ada contengan, tangga pecah sikit. Tapi dalam gambar semua tak nampak tu.
Lukisan tu, serius cantik. Terlopong seketika. Kagum sangat. Sekadar berkongsi di sini ye.
Artikel Berkaitan:
Roti Canai Pelangi Sg Yu, Tarikan Kena Cuba Kalau Ke Kuala Selangor
Sehari Di Gombak, Macam-Macam Lokasi & Aktiviti Menarik Yang Ramai Tak Tahu!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 NEGARA INTERNET TERPANTAS
Kelajuan internet paling pantas pernah dicatatkan di dunia adalah 32 TBps atau 32,000,000 Mbps. Ia dihasilkan oleh penyelidik di Eindhoven University Technology di Belanda, dan University Central Florida, menggunakan serat multi-modal. Ia bukan satu ujian, sambungan internet ini diukur pada fiber berukuran 1 kilometer.
Dengan kelajuan ini, anda hanya memerlukan 0.03 milisaat untuk memindahkan filem bersaiz 1GB, atau 1TB dalam masa 0.03 saat. Jika itu belum cukup hebat, cuba bayangkan, 32TBps adalah jumlah keseluruhan trafik yang melalui internet di seluruh dunia, pada waktu puncak. Dah ternganga tak?
Bagi Malaysia, purata kelajuan internet adalah sepantas 8.9 Mbps. Sebanyak 52% daripada keseluruhan kawasan di Malaysia mempunyai kelajuan internet melebihi 4 Mbps, 4% melebihi 10 Mbps dan 0.9% melebihi 15 Mbps
#Keputusan sehingga suku pertama 2017
10.USAWalaupun USA terkenal dengan negara teknologi; Iphone, IBM,Garmin, dan macam-macam lagi, tapi ini baru pertama kali USA tersenarai Top 10 internet laju di dunia bagi 2017.Sebelum ni 15.3Mbps, kini 18.7Mbps. Peningkatan yang signifikan, tapi bagi sebuah negara acah² Ketua Dunia…. slowlah.
Purata kelajuan puncak : 86.5 Mbps
9.DenmarkPurata kelajuan 20.1Mbps; meningkat 17%. Internet Denmark antara terbaik dunia, dengan purata 4Mbps pada 2015. Sekarang dah 2017, jadi mesti lagi laju.
Purata kelajuan puncak : 74.4 Mbps
8. JepunSaya jangka Jepun mungkin Top 5, tapi tidak. Jepun negara Asia paling maju kot. Purata laju 20.2Mbps, hanya 0.1Mbps lebih laju dari Denmark. Peningkatan sebanyak 11% menjadikan Jepun ke-4 internet pantas di Asia.
Purata kelajuan puncak : 94.5Mbps
7. Singapura
Negara kecil namun antara terkaya dunia ni, miliki internet pantas 20.3Mbps. Sedikit laju dari Jepun, namun bila dibanding kapasiti bilangan penduduk, kelajuan ni memang laju lah. Malah, Singapura catat kenaikan paling drastik; 24% berbanding tahun sebelumnya.
Purata kelajuan puncak : 184.5Mbps
6. Finland
Negara dengan sistem pendidikan terbaik dunia, milik internet pantas 20.5Mbps. Tahun lepas di tangga ke 8, naik 15% pada 2017.
Purata kelajuan puncak : 75.1Mbps
5. SwitzerlandSwitzerland antara negara tercantik dunia dan kedua paling gembira di dunia juga antara internet pantas; 21.7Mbps. Di tangga kelima, benchmark kelajuan internet sudah melepasi 21Mbps dengan kenaikan 16%.Cantik, laju…nak apa lagi?
Purata kelajuan puncak : 93.4Mbps
4.Hong Kong
Sekali lagi negara Asia dalam senarai pantas. Hong Kong antara negara sibuk Asia dengan kelajuan 21.9Mbps serta kenaikan 10%, hampir sampai ke 22Mbps. Mungkin tahun depan naik lagi?
Purata kelajuan puncak : 129.5Mbps
3.Sweden
Tempat ketiga barulah tembusi kelajuan 22.5Mbps. Sweden yang popular dengan muzik metal testimoni lama, rallycar, dan antara negara terbaik dunia, menyaksikan kenaikan 9.2% (paling kecil dalam semua top 10).
Purata kelajuan puncak : 95.3Mbps
2.NorwayNorway juga antara negara terbaik dunia yang terkenal dengan fjord dan muka bumi yang hebat. Dengan internet pantas 23.5Mbps, Norway negara Eropah terpantas internet dengan kenaikan 10% pada tahun 2017.
Purata kelajuan puncak : 85.9 Mbps
1. Korea Selatan
Negara hampir cecah kelajuan 30Mbps. Sekarang purata laju ialah 28.6Mbps. Ini tahun ketiga Korea Selatan di tempat pertama. Kenapa laju sangat? Mungkin sebab nak stream video K-Pop atau Runningman. Satu -satunnya negara dengan penurunan kelajuan sebanyak -1.7% namun masih kekal di tangga teratas. Hebat mee-ramen.
Purata kelajuan puncak : 121Mbps
Kredit kays iluminasi.com
Rujukan fastmetrics.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Alam 130 Tahun Royal Belum Pukau Pengunjung
Panorama Hutan Royal Belum sungguh menakjubkan. Di kelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan anda ke sini memberi pengalaman yang sangat berharga.
Hutan yang gah ini memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah serta menjadi destinasi pelancongan yang cukup menarik dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara jika berkunjung ke negeri Perak.
Terletak di bahagian utara Tasik Temengor, kewujudan taman negeri ini mempunyai rahsia alam dan keunikan tersendiri untuk ditawarkan kepada pelancong. Dianggarkan, Hutan Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
Dikatakan juga di hutan inilah tempatnya untuk kita melihat kesemua spesies burung enggang atau Kenyalang yang selama ini sering dikaitkan dengan negeri Sarawak. Jika bernasib baik anda juga akan dapat melihat spesies bunga Rafflesia. Bersedia dengan kamera anda untuk merakamkan momen terindah yang dilihat.
Aktiviti menarik
Buat anda yang meminati aktiviti outdoor, terdapat beberapa aktiviti trekking yang tidak boleh dilepaskan seperti menjejak bunga Rafflesia, trekking ke Santuari Ikan Sungai Ruok mahupun melawat Salt licks. Trip yang membawa kumpulan media ke sini tentu saja tidak lengkap tanpa penerokaan hutannya.
Perjalanan hampir setengah jam ‘jungle tracking’ memberi pengalaman yang mencabar terutama buat mereka yang pertama kali melakukan aktiviti ini. Jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan kecederaan dan hati-hati dengan pacat! Saat tiba di puncak, rasa teruja dengan keindahan Air Terjun Sungai Kooi. Penat merentas hutan rimba, meredah air sungai, meniti kawasan berbatu-batuan tidak dirasai apabila melihat pemandangan yang melegakan.
Kami juga berkesempatan menjejaki Rafflesia namun agak kurang bernasib baik kerana dikatakan bunganya kurang menyerlah warna disebabkan kitaran hayatnya yang sudah di penghujung. Peluang bermain rakit buluh dan berkayak juga menyeronokkan. Bagi yang tidak pandai berenang, jangan risau kerana ada disediakan jaket keselamatan.
Hutan Simpan Royal Belum ini juga dihuni oleh pelbagai etnik masyarakat asli. Mereka hidup secara berkelompok. Sumber utama makanan dan tempat tinggal mereka hampir sepenuhnya berasaskan sumber hutan.
Penulis bersama media lain turut dibawa melawat ke perkampungan Orang Asli yang menjadi penghuni asal hutan ini. Sebaiknya membawa buah tangan untuk diberikan kepada beberapa keluarga yang tinggal di situ. Mereka agak pemalu namun tidak kekok melayan pertanyaan dan berborak dengan kami. Ia tentunya memberi satu lagi memori indah buat kami apabila dapat melihat sendiri kehidupan orang asli.
Kemudahan
Anda boleh memilih sama ada untuk berkhemah dan menginap di chalet yang disediakan antaranya di Sg. Tiang. Jika anda sanggup berbelanja lebih untuk penginapan, bolehlah menyewa rumah bot yang terletak di Pulau Banding. Dengan menggunakan rumah bot, anda boleh berhenti di tempat-tempat yang sesuai mengikut cita rasa. Rumah bot di lengkapi dengan bot laju jadi mudahlah anda untuk melawati kawasan-kawasan yang lebih terpencil. Soal makan dan minum di dalam rumah bot sudah termasuk di dalam pakej.
Pengalaman tiga hari dua malam di Hutan Royal Belum memberikan pengalaman indah buat penulis terutama menyusuri tasik di atas rumah bot dan kesempatan mendiami chalet ditemani bunyi-bunyian unggas hutan yang mendamaikan. Sudah pasti Hutan Royal Belum akan dikunjungi lagi kerana penuh keindahan yang mengujakan.
INFO
Bagaimana Untuk ke Hutan Royal Belum
- Pengangkutan air sahaja boleh membawa pelancong ke sini.
- Laluan darat hanya dapat dihubungkan sehingga ke jeti awam, Pulau Banding iaitu lokasi terakhir sebelum ekspedisi seterusnya mengguna bot laju menyusuri Tasik Temengor.
- Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa lebih kurang lima jam. Kemudian keluar di tol Kuala Kangsar menuju ke Grik.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
53 Foto Kuala Lumpur Dulu & Sekarang
Kuala Lumpur…Dari pembukaan kampung orang Melayu, India dan perlombongan oleh orang Cina, serta penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun meninggalkan kesan sejarah hebat. Perkara ini juga merupakan faktor kepesatan Kuala Lumpur sebagai pusat niaga dan sosial ibu negara Malaysia. Kewujudan bangunan lama pengaruh Islam, Cina & Inggeris banyak dibina di Kuala Lumpur. Ada yang kekal dan ada juga diroboh untuk kemajuan. Bersama kita hargai senibina bersejarah ini.
Foto baru KL : Mohd Radzi Jamaludin
Kawasan Leboh Pasar Besar
Simpang 4 di Leboh Pasar Besar
HSBC Leboh Ampang
HQ Chartered Bank of India,Australia & China, kini Muzium Sejarah Nasional
Bangunan Sulaiman
Bangunan Sultan Abdul Samad
BBGS (Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Bukit Bintang) kini Pavilion
Central Market
Chow Kit Road
Coliseum
Dataran Merdeka
Emporium Campbell
Galeri Kuala Lumpur
Hotel Majestic
Jalan Leboh Pasar Besar
Jalan Pudu
Jalan TAR
Jalan Tun Perak
Jalan Tun Tan Cheng Lock, depan shopping complex Kotaraya
Kelab Di Raja Selangor
Stesen Keretapi Tanah Melayu
Premis KFC pertama di KL
Bangunan Kwong Yik Bank
Masjid Jamek Kuala Lumpur
Medan Pasar @ Market Square
Menara Maybank Pudu
Padang Dataran Merdeka
Penjara Pudu
Petaling Street
SHELL
SOGO
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI