Nampaknya sambutan Syawal new norm yang tidak pernah kita fikir iaitu dengan bercuti di atas kapal mewah.
Baru-baru ini Genting Cruise Lines dan Penang Port Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memulakan semula perkhidmatan dan operasi kapal Star Pisces di Pulau Pinang dengan itinerari baru ke Pulau Langkawi bermula 13 Mei ini bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Itinerari-itinerari ke Pulau Langkawi yang dicadangkan termasuk pelayaran dua malam iaitu pakej ‘Langkawi Escape’ dan pelayaran satu malam dengan pakej ‘Straits of Malacca’ yang dijangka akan bertolak dari Pulau Pinang.
Dengan pelancaran itinerari-itinerari tersebut, Star Pisces, kapal yang dimiliki Star Cruises dengan muatan 40,053 tan dan kapasiti 1,600 penumpang ini akan menjadi kapal persiaran pertama yang beroperasi semula di Malaysia dan salah sebuah kapal yang paling awal memulakan operasi di dunia.
Menurut Naib Presiden Jualan Genting Cruise Lines di Malaysia, Cynthia Lee berkata, ia secara tidak langsung juga membantu perkembangan sektor pelancongan di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang kini terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Ads
“Seperti rakyat Malaysia yang lain, percutian alternatif seperti inilah yang kami nanti-nantikan, lebih- lebih lagi apabila melancong ke luar negeri masih tidak dibenarkan pada masa ini.
“Itinerari-itinerari ke Pulau Langkawi yang baru ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kembali bercuti di tengah laut,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Port Sdn Bhd, Datuk Sasedharan Vasudevan, seperti kita sedia maklum, perkhidmatan pelayaran merupakan tonggak pembangunan Pulau Pinang sejak dulu lagi dan ia telah menjadi keunikan Pulau Pinang.
Ads
Itinerari terbaru Star Pisces ke Pulau Langkawi akan memberi peluang kepada para penumpang untuk mendalami keindahan semulajadi dan mengenali keunikan warisan budaya di pulau tersebut, yang juga digelar sebagai ‘Permata Kedah’.
Menarik bukan? Namun, jika anda berminat untuk merasai percuti mewah tersebut perlu menjalani ujian dan patuh beberapa perkara sebelum naik kapal seperti :
Proses pemeriksaan kesihatan yang ketat dan garis panduan sebelum naik dan selepas turun dari kapal
– Prosedur kuarantin anak-anak kapal diperketatkan,
– Sanitasi dan pembasmian kuman yang menyeluruh.
– Sanitasi dan pembasmian kuman yang menyeluruh.
– Mempraktikkan amalan kebersihan yang tinggi di kabin tetamu, kawasan awam di atas kapal dan semasa aktiviti-aktiviti rekreasi.
– Peningkatan keselamatan makanan dan minuman.
Rupanya ada taman permainan di Digital Sports Arena, i-city Shah Alam, besar dan menarik untuk mak ayah join sama bermain dengan anak-anak. Boleh lah ‘healing’ di sini sahaja, sambil puaskan hati anak-anak.
Cukup sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu, malah ada pelbagai jenis permainan menanti anda di sana.
Taman Permainan Di Digital Sports Arena
Ada 4 jenis Wall Climbing, lepas itu main panjat kat atas, obstacles, kira larat dengan tak larat sahaja nak layan tenaga budak.
Ada Rainbow Slides, Spiral Slides, trampolin, boleh lompat-lompat lepas itu badan lekat kat dinding. Sambil lompat, sambil main lawan-lawan games pun ada.
Dari segi harga pula memang cukup berbaloi kerana anda boleh keluar masuk tanpa had untuk sehari. Hah, boleh ‘berkampung’ di situ seharian lah ya.
Harga Masuk Digital Sports Arena
Haa.. kalau anda nak pergi, untuk mudahkan registration, boleh download apps icity Super app. Selepas itu reload duit dalam itu kemudian beli tiket. Di sana nanti datang boleh terus scan sahaja. Itu lebih mudah.
Aktiviti Menarik Banyak
Kalau tengok memang banyak yang menarik di sini, anak yang suka memanjat memang seronok lah. Yang best mak ayah pun boleh main sama dengan anak-anak.
Ada sections bicycle juga di belakang sekali, boleh lawan satu keluarga. Ada Pingpong and Billiard (pool) kat tingkat atas.
Oh ya, stokin kena bawa yang ade grip kat bawah. Kalau tak ada, kat sane kena beli sepasang RM7.
Waktu operasi pula, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Lama, bukan?
Jadi kalau rasa belum ada aktiviti best dengan anak-anak, boleh lah pergi ke taman permainan di Digital Sports Arena, i-city ini secepat mungkin. Barulah syok!
Ramai yang menarik nafas lega apabila kedai makan dan premis serbaneka diseluruh negara dibenarkan beroperasi hingga jam 2 pagi. Mana tidaknya, jika sebelum ini kita melancong ke mana-mana lokasi dalam negara, tiba-tiba perut terasa lapar pada tengah malam, terpaksalah berlapar hingga esok pagi. Atau pun ada barang-barang keperluan yang sangat diperlukan, terpaksa menunggu kedai beroperasi keesokkan paginya.
Namun begitu, walaupun sebelum ini kerajaan mengumumkan waktu operasi premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2.00 pagi. Ada setengah-setengah negeri masih mengekalkan operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Antaranya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam satu kenyataan DBKL, langkah itu akan menyeragamkan waktu tutup perniagaan di ibu negara, dan ini akan memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan lain-lain agensi. Sepanjang tempoh PKPP, DBKL bersama lain-lain agensi telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP ke atas 7,200 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Hasil pemantauan yang dilaksanakan setiap hari mendapati tahap pematuhan SOP PKPP ini masih perlu ditingkatkan. DBKL memohon kerjasama pemilik, pengendali premis perniagaan dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan serta kekal mengamalkan kawalan kendiri, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal apabila berada di tempat awam.
Kerajaan Selangor pula membenarkan semua restoran dan kedai serbaneka di negeri itu beroperasi hingga 2 pagi, seiring keputusan Majlis Keselamatan Negara. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penularan kes COVID-19 di Selangor terkawal sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Siapa yang tak kenal dengan salah satu daripada penyedia perkhidmatan penerbangan yang popular dan bertaraf dunia – Etihad Airways? Syarikat penerbangan yang berpengkalan di Abu Dhabi itu cukup dikenali kerana armada kapalnya yang canggih seperti deretan pesawat Boeing A380 serta layanan mereka terhadap penumpang yang mewah dan membuatkan anda berasa seperti Raja – walaupun anda berada di kelas ekonomi.
Tak percaya? Cuba tempah satu tiket penerbangan bersama Etihad, dan alami sendiri pengalaman terbang bersama mereka. Kalau tidak sekalipun, tengok saja video-video yang ada di YouTube, bagaimana pengalaman mereka yang pernah terbang bersama syarikat penerbangan Abu Dhabi ini.
Tapi, kemewahan dan gah tidak kekal selamanya. Segergasi mana pun syarikat tersebut, satu hari nanti pasti ia akan menempuh satu masa yang diuji untuk ‘melayarkan bahtera’ kegemilangan mereka.
Etihad kini dalam proses untuk mengurangkan segala kos yang ditanggung oleh mereka kepada penumpang. Pelbagai dasar rasionalisasi yang diambil oleh Etihad menyebabkan berlakunya beberapa penyusutan nilai yang ditawarkan kepada penumpang berbanding sewaktu zaman kegemilangan mereka dahulu. Anda boleh baca ulasan secara terperinci mengenai beberapa siri potongan perbelanjaan Etihad Airways di sini.
Baru-baru ini, sekali lagi Etihad mengumumkan bahawa penumpang untuk kelas ekonomi akan membayar harga minuman dan makanan ringan yang dipesan. Walaupun makanan utama masih lagi percuma semasa anda membeli tiket penerbangan, permintaan minuman atau makanan ringan di luar waktu makan akan dikenakan cas dan ini termaktud sama ada penerbangan yang dekat mehupun jauh.
Antara menu makan di dalam pesawat Etihad yang telah dikemaskini.
Selain daripada itu, Etihad juga telah mengubah menu makanan dalam pesawat di mana penumpang tidak lagi dapat menikmati hidangan pembuka selera dan salad. Sesuatu yang agak menyedihkan apabila kita tidak lagi dapat menikmati hidangan pembuka selera – lebih-lebih lagi di kelas ekonomi – yang sedap. Tapi, sebagai timbal tara kepada pengurangan tersebut, hidangan utama Etihad akan ditambah menjadi lebih besar berbanding sebelumnya.
Selain daripada pengurangan kos membabitkan makanan dan minuman kepada penumpang, Etihad juga kini mengenakan cas untuk anda yang mahu memiih tempat duduk. Cas untuk pilih tempat duduk? Hmm..
Ya, cas untuk tempat duduk dan cupcake kepada penumpang bukan perkara baharu dalam dunia penerbangan. Lebih-lebih lagi Etihad adalah syarikat penerbangan mewah yang berusia 16 tahun dan bersaing bersama syarikat tambang murah di seluruh dunia. Jadi, tak mengejutkan kalau mereka terpaksa untuk membuat keputusan yang sukar seperti itu.
Jadi, anda bagaimana? Adakah anda pernah dan akan terbang lagi bersama Etihad selepas ini? Kongsikan kepada kami di ruangan komen Facebook.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...