Jerebu tebal akibat kebakaran hutan bukan sahaja menjejaskan jutaan manusia di rantau ini, tetapi turut menyebabkan banyak haiwan mati dan jatuh sakit.
Antara haiwan yang terjejas termasuklah orang utan apabila kebakaran hutan yang sering terjadi di Borneo menyebabkan habitatnya musnah. Bencana pada tahun 2015 ketika itu adalah paling buruk sejak 1997.
Ads
Mengimbas kembali misi menyelamat orang utan beberapa tahun yang lalu, Pusat perlindungan orang utan di Borneo yang dikenali sebagai Pusat Perlindungan Nyaru Menteng telah merancang memindahkan haiwan dalam jagaan mereka dan melancarkan misi berbahaya mencari orang utan yang terperangkap di dalam hutan.
Ads
Ketika itu 16 anak orang utan dapat diselamatkan serta dirawat kerana sakit akibat terlalu lama terdedah dengan jerebu tebal beberapa tahun lalu. Beberapa orang utan dewasa pula hanya terbaring kerana terlalu letih selepas diselamatkan dari kawasan hutan yang terbakar. Berpuluh-puluh orang utan yang lain pula menunjukkan tanda-tanda berada dalam keadaan sangat tertekan.
Ads
Pengurus program itu, Denny Kurniawan berkata, keadaan bertambah buruk ketika itu dan pihaknya merancang memindahkan kira-kira 470 orang utan dalam jagaan mereka. Bagaimanapun, operasi itu sangat sukar dilakukan dan kemungkinan banyak haiwan berkenaan sudah mati akibat terperangkap dalam kebakaran. Namun, hari ini kesemua orang utan yang diselamatkan kelihat sihat dan ceria.
Satu Malaysia kagum melihat gambar ‘Mowgli Malaysia’, iaitu gambar seorang kanak-kanak lelaki bersama kerbau peliharaannya yang berjaya dibidik seorang jurufoto, Mohd Nazri Sulaiman tahun lalu.
Aksi kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mohd Syukor Khamis berinteraksi dengan kerbau tanpa rasa kekok dan takut menjadi bualan ramai. Selepas kemunculan gambar viral tersebut, media berpusu-pusu menerjahnya untuk mendapatkan sumber berita yang digemari ramai masyarakat untuk melihat dan membaca kisahnya. Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
Gambar unik ini sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsi jurugambar ini menerusi Facebook miliknya.
“Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah. Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” katanya.
Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.
Alhamdulillah… Gambar saya terpilih untuk di pamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Europe….
Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Rata-rata yang kerap melancong mesti dah selalu naik kapal terbang dan faham kenapa ada beberapa perkara yang perlu dielakkan demi keselesaan diri sendiri dan penumpang lain ketika membelah awam di dalam perut ‘burung besi’ tu.
Ini kerana, menaiki kapal terbang bukan seperti menaiki kenderaan awam yang lain. Kalau anda menaiki bas, anda boleh berhenti di mana-mana perhentian yang anda mahukan. Sekiranya anda menaiki keretapi, anda boleh berjalan dari gerabak ke gerabak untuk meregangkan anggota badan. Tapi, kalau dalam kapal terbang, anda nak lari mana?
Melainkan anda naik first class. Yup, anda nak bergolek-golek pun boleh. Tapi macam mana kalau yang duduk di economy class? Ha, jadi di sini Libur berikan sedikit tip berkenaan apa perkara-perkara yang perlu anda elakkan ketika menaiki kapal terbang.
Minyak wangi
Anda berada dalam kawasan kecil ketika berada dalam ruang kapal terbang. Jadi sebaiknya, anda elakkan daripada memakai minyak wangi yang mempunyai bau terlalu kuat, kerana ianya akan mengganggu penumpang yang lain dan mungkin ada diantara mereka mempunyai alahan terhadap minyak wangi.
Jangan pakai sendat
Elakkan pakai pakaian yang terlalu ketat jika perjalanan anda menaiki kapal terbang adalah jauh. Individu yang sedang menempuh perjalanan jauh lebih cenderung untuk mengalami Deep Vein Thrombosis (DVT). DVT mengakibatkan darah beku terbentuk di dalam urat dan kebiasaannya hal ini terjadi di bahagian kaki. Pakai pakaian yang longgar dan berjalan sedikit sekiranya boleh.
Pakai yang mudah
Pakai pakaian yang muda. Tak perlu pakai sesuatu yang rumit ketika menaiki kapal terbang kerana ia akan menyusahkan anda. Tak ada siapa yang nak tengok anda bercantik-cantik dalam kapal terbang. Jangan risau..
Baju dan perhiasan yang berunsurkan besi
Tidak hairan jika kasut yang mempunyai kekemasan besi dan barang kemas yang mempunyai unsur besi akan melambatkan perjalanan anda melalui pemeriksaan keselamatan. Baju yang mempunyai kekemasan besi akan membuatkan anda diperiksa dengan lebih teliti sekaligus membuang masa di pintu pemeriksaan pihak berkuasa. Jika kasut senang tanggal, kalau baju?
Baju nipis
Sekalipun anda hanya terbang dalam negeri atau domestik, pastikan anda tidak brepakaian yang nipis. Pilih pakaian yang sedikit tebal kerana anda mungkin akan kesejukan di dalam kapal terbang. Pakai pakaian yang berlapis mungkin akan memudahkan dan memberikan sedikit keselesaan kepada anda.
Kanta lekap
Purata kelembapan di dalam kapal terbang boleh menjadi 20% lebih rendah dan ini menyebankan kanta lengkap anda kering dan memedihkan mata. Jika perjalanan anda jauh, jangan pakai kanta lengkap terutama jika anda mahu tidur.
Elakkan pakai kasut tumit tinggi
Pegawai keselamatan akan meminta anda buka kasut anda.Kasut tumit tinggi mempunyai rangka besi yang akan membunyikan penggera. Anda juga tidak mahu berkaki ayam di lapangan terbang bukan?
Jangan pakai pakaian yang menjolok mata atau mencetuskan provokasi
Ya, sekalipun anda mempunyai hak kebebesan bersuara dan ekspresi, tapi jangan gunakan hak tersebut secara membabi buta dengan melakukan segala hal sewenang-wenangnya. Perkara ini mungkin jarang berlaku, tetapi terdapat individu yang ditahan untuk berlepas kerana cara pemakaian mereka. Jadi cuba untuk pakai pakaian yang sopan dan sesuai ketika menaiki kapal terbang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!