Tidak dinafikan, Istanbul, Turki adalah salah satu destinasi yang sering berada dalam wishlist geng travel.
Keindahan pelbagai lokasi di sini menjadi tarikan geng penggembara sambil meninjau sejarah menarik di Istanbul.
Dalam satu perkongsian salah seorang sahabat di Backpackers Buddies Malaysia, KEKMA menyelongkar hidden gem yang ada di sini.
Kawasan yang dikenali sebagai ‘Balat Neighborhood’ adalah sebuah district lama berusia 200 tahun serta diiktiraf sebagai warisan budaya oleh UNESCO pada 1995.
Tahukah anda bahawa terdapat satu ‘hidden gems’ berhampiran dengan bandar Istanbul (jarak sekitar 30 minit perjalanan) jika anda melawat ke Turki. Kawasan ini dikenali sebagai ‘Balat Neighborhood’ dan terletak di dalam kawasan Fatih.
Balat merupakan sebuah district lama yang berusia sekitar 200 tahun dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai kawasan warisan budaya pada tahun 1995.
Ads
Apa yang menarik di sini adalah sebuah kawasan kejiranan lama yang telah diubah suai menjadi kawasan ‘ala2 hipster’ dimana bangunan- bangunan lama dibaik pulih dan di cat dengan penuh warna warni bagi menarik pelancong untuk ke lokasi ini.
Dan apa yang perlu anda tahu lagi mengenai Balat adalah kejiranan yang bercampur penduduknya dari segi budaya, bangsa dan agama. Terdapat percampuran antara Jewish, Christian dan Muslim dan anda bole lihat banyak jenis synagogues, gereja dan masjid berhampiran satu sama lain.
Menyelusuri jalan-jalan kecil di sekitar Balat..pandangan mata anda akan disajikan dengan bangunan atau rumah -rumah yang diperbuat dari kayu yang telah di ‘transform’ menjadi cafe yang unik dan tempat untuk bergambar bagi sesiapa yang suka bergambar.
Ads
Dan terdapat sebuah cafe yang cukup terkenal sebagai ‘instagrammable spot’ iaitu Incir Agaci Kahvesi atau nama lainnya -Rainbow stairs cafe. Dan juga salah satu jalan yang paling famous dan cantik untuk bergambar adalah di Kiremit Street.
Cara nak ke Balat ini adalah mudah jika anda menggunakan bas atau ferry. Tempat perhentian ferry untuk ke Balat adalah di Fener dan anda hanya perlu ke seberang jalan sahaja untuk ke lokasi yang dinyatakan.
Ads
Jika anda dari area Sultanahmet, atau mana-mana lokasi di sekitar istanbul, anda boleh menaiki tram ke emienonu kemudian pergi ke kawasan stesyen bas dia (tepi jambatan, guna tunnel utk access ke kawasan bas ni) kemudian ambil bas bernombor 99 untuk ke Balat,Fatih.
Selain kawasan peranginan tanah tinggi yang sejuk seperti Cameron Highland, ramai juga antara kita yang sangat menggemari percutian di pulau peranginan.
Dan pastinya pulau yang menjadi pilihan adalah seperti pulau-pulau di Laut Cina Selatan .
Dalam satu perkongsian di Grup Backpackers Buddies Malaysia, Helmi Baharum memberitahu jika yang berminat untuk mengujungi Pulau Redang, masih boleh berbuat demikian sebelum ditutup pada bulan November ini.
Dia turut memberitau itinerary yang boleh dilakukan sepanjang bercuti ke Pulau redang yang mempunyai pantai cantik dan memukau.
Tidak puas menghabiskan percutian 3 hari dua malam di pulau ketujuh terbesar di Malaysia ini kerana banyak momen indah dikenang di sini.
3Hari 2Malam (bukan trip dgn pakej) – Pulau no.7 terbesar di Malaysia – Monsun bermula seawal November dgn tanda kehadiran banyak obor-obor.
17/10/2021 – Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Klinik Kesihatan Batu Rakit (Origin Hentian Bas KT)~RM2.40-direct ke Jeti Merang,Setiu. – Bot RM50 pergi + RM50 balik diuruskan oleh pihak hotel – Check in hotel Asmadi Guesthouse RM80 twin room per night x 2 malam (lepas diskaun RM100 traveloka) Asmadi Guest House – Jalan kaki ~1.5KM Guesthouse ke Turtle Point Beach just sightseeing laut yg super biru turqoise.Berangan jap stay Taaras Hotel dari kejauhan, hotel paling grand di Redang. – Snorkeling sesi petang RM75 dengan 4 point: *Nyior Sebatang, Pulau Pinang. *Pulau Busung + Pulau Kerengga-Sandbank panjang *Pulau Paku-Coral Hijau yg cantik: Coral paling best kat sini *Shark Point, Pantai Pasir Panjang-ada jumpa baby shark tapi tak sempat ambil gambar – Malam melihat persembahan permainan api di Pantai Pasir Panjang. Deal dengan boatman tambang bot pergi balik RM30 dari hotel.
18/10/2021 – Sarapan di kedai Kampung berdekatan – Snorkeling Turtle Point sesi 1 (DIY): berjalan lagi 1.5KM oneway dari hotel.terus berenang ke jeti.Wow sangat banyak penyu datang sekitar 7-8 ekor.Meriah betul sebab ramai bagi umpan sotong. Balik lagi hotel 1.5KM jln kaki – Lunch di hotel – Jungle Tracking dari hotel jalan kaki ke Turtle Point dan seterusnya Jungle Tracking ~45 minit ke Pantai Pasir Panjang one way (dah patah semula) – Sunset di Turtle Point Beach dan mandi pantai – Dinner di kedai Kampung.overall harga makanan di kampung tidak terlalu mahal berbanding di kawasan resort-resort.
19/10/2021 – Sarapan di kedai Kampung berdekatan-Roti Canai PSY Oppa Gangnam Style – Snorkeling Turtle Point sesi 2 (DIY) – Kali ni hanya ada 2-3 ekor penyu mungkin sebab terlalu pagi penyu bangun pagi dan sebab umpan sotong tak banyak. – Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Jeti Merang,Setiu.~RM3.60 ke Stesen Bas berdekatan Airport Sultan Mahmud KT.
Hurm.sayang nya rasa nak tinggalkan Terengganu, semoga ada rezeki berjumpa lagi di lain masa.
Jika selamat ini hotel menjadi tempat persinggahan sementara bagi melepaskan lelah dan bermalam sebelum berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Namun disebabkan pandemik, banyak hotel yang terkesan dengan situasi ini. Malah ada yang terpaksa menutup operasi.
Justeru pelbagai cara dilakukan menjana pendapatan dan salah satunya menyediakaan khidmat rawatan dan pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19 terutama berisiko rendah.
Kumpulan hotel jenama tempatan, Royale Chulan Hotels & Resorts bekerjasama dengan Megaklinik Zahran bagi menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah di Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas melihat pesakit Covid-19 sukar mencari ruang sesuai di dalam rumah bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain.
Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kegusaran pesakit bagi mengharungi detik-detik berdepan dengan virus Covid-19.
“Sejumlah 230 kamar lima bintang menawarkan ruang kepada pesakit bagi menjalankan kuarantin dengan lebih selesa. Lebih penting, terdapat pasukan perubatan terlatih untuk memantau tahap kesihatan mereka pada setiap masa.
“Pakej yang disediakan ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta pemeriksaan kesihatan harian sebanyak tiga kali sehari,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
1144425
Jelas Badrul Rezal, pakej berharga RM250 satu malam itu turut menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggan, selain diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di bilik pesakit.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Royale Chulan Kuala Lumpur di talian 03-26889688.
Tiada halangan untuk anda yang pertama kali ingin cuba untuk backpacking. Hanya dengan membawa beg galas dan kemudahan yang semakin banyak didapati hari ini, membuatkan ramai ‘kaki jalan’ berani untuk melancong secara backpacking.
Namun ada beberapa rahsia yang perlu anda tahu untuk backpacking di negara asing terutama mereka yang begitu menitikberatkan bajet.
Beg Ringan
Oh… Jangan berangan mahu membawa lima helai seluar jeans, sepuluh helai baju tebal mahupun tiga pasang kasut. Kunci utama backpacker adalah lebih ringan lagi bagus. Seorang backpacker seperti anda memerlukan beg galas yang ringan kerana memudahkan anda untuk berlari jika terlepas kemudahan awam. Malah, anda mampu berjimat untuk tidak mengeluarkan lebih wang gara-gara bagasi terlebih berat.
Asrama
Tolak tepi hotel-hotel mewah. Asrama atau hostel adalah pilihan paling bijak selain mampu menjimatkan lebih banyak wang. Tip penting untuk mencari tempat persinggahan adalah memilih asrama yang mempunyai dapur supaya anda tidak perlu makan di luar. Muat turun aplikasi OYOdi smartphone anda untuk mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik siniuntuk muat turun.
Pas Keretapi
Jika anda mengembara di sekitar Eropah Utara, Selatan Eropah atau Asia, perkhidmatan keretapi adalah yang termurah kerana di sana anda boleh membeli pas awal yang membenarkan anda berjalan ke beberapa negara tertentu untuk satu jumlah masa. Kebaikan pas ini adalah membantu menjimatkan wang kerana membeli pas secara pukal.
Makanan Sendiri
Jangan lupa membawa sendiri makanan ringan berbentuk bar tenaga seperti bar granola yang boleh membantu anda melawan rasa lapar di antara makanan pagi dan petang. Mempunyai bar coklat, bar kacang dan sebagainya menolak anda untuk terus membeli makanan ringan yang lain.
Berjalan
Hendak menjadi backpacker, lupakan kenderaan seperti teksi yang semestinya akan mengenakan tambang yang mahal. Backpacker amat sinonim dengan berjalan kaki sambil berbekalkan peta untuk melihat keindahan alam secara dekat. Hati-hati dengan keselamatan anda ketika berjalan ya!
Pesanan
Kesilapan yang sering dilakukan oleh backpacker adalah merancang perjalanan secara senyap-senyap kerana bimbang diekori. Atau ibu bapa mahupun pasangan tidak membenarkan tujuan anda. Tetapi sebaiknya, beritahulah kepada keluarga kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Backpacking tidak bermakna menghilangkan diri.
Jadi, tidak kiralah sama ada anda mengembara secara solo mahupun bersama rakan-rakan, bajet sedikit bukan halangan untuk menikmati keseronokan melancong. Sentiasa cari jalan untuk percutian yang seronok dan memuaskan, serta salah satu cara adalah secara backpacking. Kembara serba ringkas adalah kejayaan seorang backpacker. Sudahkah anda bersedia?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...