Seperti yang kita tahu, Genting Skyworld akan dibuka tahun ini tetapi belum dipastikan bila.
Namun dalam satu kenyataan rasmi, waktu yang dinanti-nantikan akhirnya akan tiba.
Tempat permainan yang sangat mengujakan ini akan dibuka sepenuhnya bermula 8 Februari ini setelah pembukaannya tertangguh beberapa tahun lalu.
Lebih menarik Genting Skyworld ini akan melakukan promosi diskuan 20% sempena pembukaannya 8 Februari ini hingga 31 Mac.
Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit berkata, harga tiket selepas diskaun 20 peratus bagi dewasa berjumlah RM151 berbanding harga asal RM189.
Bagi kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dengan ketinggian 90 sentimeter (cm) ke 110cm pula, harga tiket selepas diskaun bernilai RM128 berbanding harga penuh RM161 seorang.
Manakala kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90cm adalah percuma untuk kemasukan.
Ads
"Kami sudah bersedia, akhirnya dapat menunjukkan taman tema kami kepada dunia, tarikan bertema baharu ini bakal melonjakkan nama Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia.
"Pembukaan taman tema ini juga akan menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan kewujudan ribuan peluang pekerjaan," katanya.
Ujarnya, selepas membeli tiket secara dalam talian, para pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ), sebuah aplikasi pintar yang dapat menjimatkan masa di samping membantu mengelakkan pengunjung daripada menunggu lama.
Ads
"Masa penungguan akan dipaparkan di aplikasi tersebut dan para pengunjung bolehlah merancang masa mereka untuk aktiviti pilihan seperti permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu.
"Syarikat kami menerima tawaran promosi dan baucar diskaun, malah terdapat tempat makan, membeli belah, permainan serta perkhidmatan Photo+ yang canggih," ujarnya.
Naib Presiden, Ketua Operasi Taman Tema, Resort World Genting, Greg Pearn menjelaskan, sesetengah tarikan masih di bawah proses pentauliahan dan tidak tersedia untuk menerima para pengunjung.
Ads
Taman Tema Genting SkyWorlds yang terunggul itu bakal membawa para tetamu mengembara ke sembilan 'dunia' berbeza yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keterujaan dengan permainan dan tarikan bertaraf dunia.
Antara 'dunia' unik penuh keseronakan bertemakan filem yang pastinya sukar untuk dilupakan adalah Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.
Jika menghadapi kesukaran mengenai pembelian tiket, pengunjung boleh melayari laman web Genting SkyWorlds dan aplikasi Genting SkyWorlds bermula jam 10 pagi pada 4 Februari ini.
Jadi kepada yang sudah menantikan detik keriangan ini, bolehah segera menempah di laman web bagi mengelak sebarang kesulitan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, ramai yang memilih negeri di pantai timur untuk bercuti terutamanya di kawasan pulau yang cantik. Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang tinggi dalam kalangan pengusaha resort di lokasi peranginan di Terengganu memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih pulau di negeri ini sebagai destinasi percutian.
Bukan itu sahaja, malah Terengganu memiliki banyak destinasi pelancongan, pulau indah, port makan-makan popular dan lokasi warisan yang menjadi pilihan ramai. Bahkan memang layak apabila negeri yang terkenal dengan lokasi penyu bertelur ini menjadi destinasi paling ramai pengunjung datang selepas PKP.
Jika anda bercadang ingin bercuti ke Terengganu untuk tempoh 3 hari 2 malam, jadikan perkongsiaan daripada saudari Jassa Li ini sebagai rujukan kalian. Ada 15 lokasi menarik boleh jejak, siap dengan pekej masuk ke pulau dan melawat destinasi pelancongan popular Terengganu.
GANU KITA LAWAT 15 TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU SELAMA 3 HARI 2 MALAM JE!
Dah lepas beberapa minggu baru mommy ada masa nak buat review trip ke Kuala Terengganu hari tu. That was our first time pergi jalan jalan Terengganu. Dulu masa muda mudi pernahlah jejak kaki ke Terengganu. Tapi masa tu naik bas dari KL nak ke Pulau Perhentian. Basically masa tu memang trip solely ke Pulau Perhentian je. Takde menyinggah mana mana. So this time, mommy nekad nak explore Kuala Terengganu seberapa yang boleh even dalam masa yang singkat! Haha
Mommy sharekan itinerary trip ni untuk 3 hari 2 malam. Boleh refer GAMBAR LAST. Hihi
Ni pula SENARAI 15 TEMPAT MENARIK yang mommy singgah sepanjang trip ni:
1. Nasi Dagang Atas Tol
2. Jeti Marang
3. Pulau Kapas
4. Pantai Penarik @ Setiu
5. Mr. Celup @ Pantai Penarik
6. Taman Tamadun Islam
7. River Cruise @ Kuala Terengganu
8. Crystal Mosque / Masjid Kristal
9. Pasar Payang
10. China Town
11. Jambatan Angkat Terengganu
12. Keropok Warisan Losong
13. Firdausy Seafood Corner
14. Masjid Terapung
15. Selera Tanjung @ Jambatan Angkat Terengganu
Hari Pertama
Kitorang gerak dari KL around 1 lebih. Bukan tengah hari ya. Tengah malam. Haha. Alhamdulillah. Jalan lengang. Tak banyak kereta. Perjalanan pun lancar je. Dari KL kitorang lalu LPT then exit Ajil. Lepas je exit highway, kitorang solat Subuh dulu dekat perhentian tol. Then terus gerak ke Nasi Dagang Atas Tol. Even time tu baru pukul 6 lebih, tapi jangan terkejut korang kena beratur ya nak makan breakfast dekat situ. Sampai kedai dalam pukul 7 lebih. Then beratur dalam setengah jam baru dapat masuk.
Lepas makan, kitorang gerak ke Jambatan Angkat Terengganu. Dalam 20min drive. Dekat sini takde apa pun. Just bergambar and tengok sendiri jambatan kebanggaan ni depan mata. Haha. After puas amik gambar, kitorang singgah Masjid Terapung. Dari Jambatan ni dalam 10minit je. Sama juga. Dekat masjid ni kitorang just bergambar dari luar sebab masjid tutup. Korang boleh tengok tasik tepi masjid ni, dalam tasik tu ada pantulan Masjid Terapung ni. Cantik sangat. Settle amik gambar, kitorang terus ke Jeti Marang. Sebelum sampai jeti, kitorang singgah kedai untuk beli bekalan jajan bawa ke pulau. Almaklumlah ada anak kecik. Banyak songehnya.
Depan Jeti Marang ni ada Pasar Bandar Marang. Dia macam pasar pagi. Tapi ada jual pakaian, tudung juga. Bolehlah korang cuci mata.
Sebabkan kitorang ambil pakej ke Pulau Kapas, kitorang tinggal datang untuk collect tiket boat je. Bagi nama yang kitorang booking. Then kitorang duduk dekat tempat menunggu boat. Boat paling awal ke Pulau Kapas pukul 11pagi. Kitorang ambil yang paling awal. Perjalanan naik boat ke Pulau Kapas cuma anggaran 20minit je. Tak jauh pun. Sesuailah untuk korang yang takut atau mabuk laut tu. hihi.
Sampai je Pulau Kapas around 11 setengah, kitorang terus check bilik. Mana tahu ada luck boleh check in awal. Jeng jeng jeng. Takde maknanya. Dengan orang penuh kat pantai time tu. haha. So kitorang decide tukar baju mandi and mandi pantai dulu. Time tu agak ramai lah orang. Sebab ramai yang datang buat day trip. Tapi okaylah. Ada je port nak mandi.
Dalam pukul 1pm kitorang lunch dekat Cafe Kapas Coral Beach Resort. Cafe ni depan pantai je. Lunch kitorang dah termasuk dalam pakej. Makanan diorang akan hidang ikut meja. Nasi and lauk kalau habis boleh minta tambah. Makanlah sampai kenyang. Haha. Settle makan kitorang punya bilik pun dah ready, terus check in. Korang boleh refer gambar untuk keadaan bilik. For me okaylah. Bilik bersih, ada balcony, ada bilik air, aircond sejuk, and towel pun ada disediakan. Kitorang rest dulu kat bilik sementara tunggu petang (tidur sebenarnya!) takkan nak mandi laut tengah hari buta kan. But if korang nak terpulanglah haha
Kitorang keluar mandi semula petang around 5pm macam tu. cuaca dah just nice. Orang pun tak ramai dah. Sebab yang daytrip pukul 4pm dah balik. Even korang mandi tepi pantai pun, korang still boleh nampak ikan tau. Kalau bagi makan roti, ikan memang banyak akan datang kat korang. Dekat sebelah pantai Kapas Coral Beach Resort ni, ada 1 pantai private. Cantik sangat. Tapi dekat situ tak boleh mandi. Kalau korang nak amik gambar or jalan jalan bolehlah. Feeling romantic sangat pantai dia.
Dah puas mandi, balik bilik bilas badan, then tunggu maghrib dulu. Around 8pm macam tu kitorang keluar balik dinner dekat cafe. Sama juga. Makanan dihidang and dinner dah termasuk dalam pakej. Sambil dinner tu ada busker main guitar and violin. Sambil ditiup angin pantai. Syahduuuuu je rasa.
Lepas dinner, kitorang chill tepi pantai. Tunggu entertainment. Dekat sini malam ada fire show, ada clown. At least ada lah hiburan kan. Boleh refer gambar ya. Kitorang masuk bilik semula around 10.30pm macam tu. Day 1 settled.
Hari Ke 2
Kitorang start dengan breakfast dekat cafe around 8am. Sama juga makanan dihidang. Ada roti bakar juga if korang nak. Settle makan, sambung lagi mandi! Haha. Mandi time pagi ni lagi best, air lagi jernih and dapat tengok lagi banyak ikan.
Supposedly pakej kitorang termasuk snorkeling. Tapi disebabkan time kitorang datang ni banyak jellyfish, so kitorang snorkeling tepi pantai jelah. Takpe. Still puas hati sebab air dia jernih and banyak ikan! Haha.
Settle mandi, kitorang siap siap untuk check out. 1st boat untuk keluar pulau pukul 11.30am. So kitorang ambil 1st boat.
Sampai Jeti Marang around 12pm. So kitorang terus drive ke Firdausy Seafood Corner. Dalam 30min dari Jeti Marang. Restaurant ni sebelah airport Kuala Terengganu. Specialty dekat sini mestilah CELUP TEPUNG. haha. ada sotong celup tepung, udang celup tepung, macam macam lagilah. Harga pun berbaloi sangat. Ada juga menu lain macam bihun sup and mee. Boleh refer gambar ya.
Settle makan, kitorang pergi Pasar Payang. Pasar Payang ni concept dia macam Padang Besar. Ada jual makanan, baju and peralatan dapur. Kain songket and batik banyak pilihan. Yang penting korang boleh tawar menawar.
Lepas puas shopping, kitorang terus check in Felda Residence Kuala Terengganu. Hotel ni tepi sungai. And strategic sangat untuk korang yang nak jalan jalan Kuala Terengganu. Gambar bilik boleh refer gambar. Harga bilik termasuk breakfast.
Around 5pm macam tu, kitorang keluar semula. Kali ni pergi Taman Tamadun Islam pula. Nak naik River Cruise! Tiket untuk River Cruise ni kitorang beli pakej sekali dengan tiket Taman Monumen dalam Taman Tamadun Islam ni juga. Cruise ni dia bawa korang ronda lalu a few hot spot area dekat Kuala Terengganu ni. Korang boleh nampak Masjid Kristal, Pasar Payang, Jambatan Angkat Terengganu and Terengganu Tourism Center. Boat akan berhenti dekat depan Jambatan Angkat so that korang dapat chance bergambar membelakangkan Jambatan Angkat ni.
Settle naik cruise, kitorang singgah Masjid Kristal. Time ni masjid ni tengah under construction. So tak boleh masuk. And kitorang bergambar dari luar je. Boleh refer gambar. Then kitorang balik bilik mandi and maghrib. Kitorang keluar semula untuk dinner around 8pm macam tu. Kali ni kitorang dinner dekat Selera Tanjung. Selera Tanjung ada banyak kedai. Concept macam foodcourt. Tapi tepi sungai. And paling best view Jambatan Angkat. Sini menu dia banyak seafood and ada juga makanan goreng goreng. Settled day 2.
Hari Ke 3
Macam biasa mulakan hari korang dengan breakfast. Haha. Breakfast dah termasuk harga bilik. Concept buffet. Okaylah. Banyak pilihan and puas hati! Nasi lemak rendang sedap!
Lepas breakfast, anak anak nak main playground. Sebab dari mula check in asyik minta nak main playground ni je. Playground tu bersebelahan je dengan hotel. Settle main, kitorang balik bilik siap siap nak check out.
Lepas check out, kitorang pergi Chinatown Kuala Terengganu. Dalam 5 minit je dari hotel. Sini concept dia macam street art dekat negeri negeri lain juga. Boleh refer gambar spot spot amik gambar yang ada.
Lepas tu kitorang pergi semula ke Taman Tamadun Islam untuk masuk Taman Monumen. Dekat counter, diorang akan bagi korang passport. Passport ni diorang akan cop dekat pintu masuk and pintu keluar. Untuk harga pakej Taman Tamadun Islam ni korang boleh refer last gambar dalam post ni ya.
Dalam Taman Monumen ni banyak replika atau monumen masjid masjid terkenal macam Hagia Sofia Turkey, Masjid Nabawi and banyak lagi. Seni bina luaran diorang buat ikut rekaan asal masjid tu. menariklah. Untuk pusing taman ni, kitorang sewa motor. Kesian Cik Anggun nak jalan jauh kan. (Padahal sebab mommy dia pakai heels) haha. Sewa motor Rm30 untuk 30minit. Boleh refer gambar ya.
Settle jalan Taman Monumen, kitorang pegi Keropok Warisan Losong. Adik adik. Losong tu nama tempat ya. Haha. Dekat sini ada jual keropok lekor yang dah masak and belum masak. Bolehlah korang beli untuk bawa balik. Dah pergi Terengganu takkan tak beli keropok lekor kan?
Then kitorang gerak ke Setiu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu anggaran dalam 1 jam. Sanggup tau semata nak tengok sendiri Pantai Penarik tu. sampai Setiu masa tu dalam pukul 2pm. Mommy lega sangat. Even drive jauh pun, tapi puas hati bila tengok view pantai ni. Kuasa Allah, keindahan alam yang Allah SWT ciptakan. Tengok pemandangan laut dapat pahala kan? kitorang jalan jalan tepi pantai and bergambar. Then disebabkan petang tu nak drive balik KL dah, so yein kata dia nak short nap kejap. So apa lagi, kitorang cari port bawah pokok, berhadapan pantai, then yein pun tidur. Short nap dia jadi 1jam setengah masa tu. haha. Masa dia tidur, mommy and Cik Anggun jalan jalan tepi pantai. Rasa tenang sangat.
Sebelum gerak balik KL, kitorang singgah makan dekat Mr Celup Tepung Station. Restaurant ni tepi pantai. Menunya mestilah celup tepung. Haha! Lagi celup tepung apa ada hal! Kitorang makan sambil tengok view laut and ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Sini pun ada port bergambar cantik cantik. Boleh refer gambar ya. Settled makan, kitorang pun gerak balik KL. Alhamdulillah, sampai rumah around 10 malam. Day 3 settled! 15 tempat settled!
Untuk trip ni mommy actually rasa tak puas. Sebab banyak lagi tempat mommy nak pergi. Tapi sebab kesuntukan masa, so tak dapatlah nak pergi. Insha Allah ada masa mommy nak ke Terengganu lagi.
Jom ramai-ramai lawat Terengganu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu.
Kampung Agong kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bergambar dengan berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, tidak terhad untuk yang datang secara individu tetapi juga menerima kungjungan berkumpulan atau untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti hari keluarga dan sebagainya.
Jika anda berkesempatan boleh ke Kampung Agong Bakar Kapor, Penaga Pulau Pinang. Pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Sesi ‘photoshoot’ untuk hari konvokesyen atau gambar perkahwinan juga dibenarkan untuk dilakukan di dalam kawasan ini.
Menurut pemilik destinasi ‘instagramble’ nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada datuknya Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.
Di kampung itu juga terdapat sarang burung tempua, burung wak wak dan burung helang yang dibuat dari sarang burung asli untuk para pengunjung bergambar dengan sarang burung berkenaan.
Terengganu memang terkenal dengan pantainya yang putih dan cantik, di sepanjang pesisir pantai juga terdapat pilihan resort dan hotel yang menarik untuk dipilih sebagai penginapan bila berkunjung ke Terengganu.
Salah satunya adalah Tanjong Jara Resort yang terletak di Dungun. Merupakan resort 5 Bintang, ia direka untuk mencerminkan keanggunan istana-istana melayu abad ke-17.
Menampilkan keindahan senibina Melayu yang tiada tolok bandingnya, resort ini lengkap dengan fasiliti menarik dan mewah seperti kolam renang, spa, restoran dan banyak lagi.
Paling best kawasan pantai resort ini juga popular dengan spot penyu bertelur. Kalau nak ke sini sebaiknya diantara bulan Mei sampai September baru berpeluang tengok penyu bertelur!
Lokasi:
Tanjong Jara Resort
Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Kredit: Tanjong Jara Resort
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!