Bukan saja terkenal dengan bunga Sakura yang sedang berbunga lebat ini kala ini, Jepun sememangnya sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Dengan sisi bangunan pencakar langit hinggalah ke keindahan alam semulajadinya, Jepun antara destinasi pelancongan popular bagi rakyat negara ini.
Jika Mac dipenuhi dengan bunga Sakura, memasuki bulan April pula Jepun terkenal dengan Snow Wall setinggi 20 meter yang diukir sepenuhnya dengan tangan.
Perkongsian dari Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit berkongsi kisah menarik mengenai Snow Wall setinggi 20 meter ini.
Tateyama-Kurobe Snow Wall, atau dikenali sebagai “Yuki-no-Otani” sebenarnya adalah dinding salji yang boleh mencecah ketinggian 20m.
Tinggi kan?
Tapi benda ni tak hairan pun sebab Yuki-no-Otani ni pun terletak kat atas dekat Gunung Tateyama (2450m dari paras laut) di mana kawasan ni terima antara paling banyak salji di dunia.
Yuki-no-Otani ni panjang dia lebih kurang 500m. Menariknya, dinding salji ni sebenarnya man-made (buatan manusia). Diorang ambil salji dari kawasan sekitar dan kumpulkan kat situ kemudian ukir jadikan dinding tu.
Memang gigih la nak ukir salji tinggi 20m sebenarnya dan benda ni diorang buat setiap tahun. Sebab bila habis musim, dinding ni memang akan cair. Saljikan.
Jadi kalau berminat nak datang sini, waktu paling baik nak tengok snow wall tinggi 20m ni adalah pada tengah bulan April – tengah Jun. Sumber : Zunita Ramli
.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangunan Ikonik Berusia 850 Tahun ‘Katedral Notre Dame’ Di Paris Terbakar
Penduduk dan pelancong di Paris petang semalam dikejutkan dengan kejadian kebakaran di bangunan bersejarah yang wujud sejak Zaman Pertengahan, Katedral Notre Dame.
Punca insiden itu masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ.
Pada tahun lalu, badan penjaga gereja Katolik di Perancis pernah melancarkan rayuan dana untuk menyelamatkan katedral tersebut yang banyak mengalami kerosakan. Pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk menangani kebakaran tersebut, sementara laluan di sekitar bangunan itu sudah ditutup dan dikawal.
Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu.
A combination photo shows the steeple of the Notre-Dame Cathedral in Paris in June 2018 (L) and as it collapses during a fire April 15, 2019 (R)#NotreDame #Paris pic.twitter.com/nk9MpUYJEX
— Notre-Dame Cathedral (@CathedraleNotre) April 15, 2019
Heartbreaking , Notre Dame de Paris . Tragic pic.twitter.com/J7APssftod
— Nathalie Motayo N (@Natmo183) April 15, 2019
Sincerely hope that everyone in Paris is safely evacuated from the area around Notre Dame and that the historic building can be saved. Terrible tragedy unfurling https://t.co/9IJm04Z9JB pic.twitter.com/VZXFgcJ0uH
— Joshua Lindsey (@JoshuaTLindsey) April 15, 2019
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan satu kutipan dana antarabangsa esok bagi membina semula Katedral Notre Dame yang terbakar awal pagi tadi.
“Insiden terburuk berjaya dielak.Kita akan bina semula Notre Dame,” kata Macron.
Siasatan awal mendapati kebakaran tercetus secara tidak sengaja. Sementara itu, rektor Notre-Dame, Patrick Jacquin, dilapor berkata relik Crown of Thorns dan Tunic of St Louis berjaya diselamatkan. Namun, difahamkan banyak lagi karya seni dan artifak tidak ternilai masih berada di dalam katedral itu.
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena ‘Blue Moon’ Berlaku 31 Oktober 2020, Ada Cakap Petanda Buruk. Ini Fakta Sebenar Ya!
Fenomena bulan pelbagai warna kerap muncul di ruang langit kita tidak kira di mana anda berada. Ada kala juga setengah-setengah fenomena jarang untuk dilihat dan menyebabkan ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk ke pelbagai destinasi yang boleh melihat fenomena menarik itu dengan lebih jelas.
Pada 31 Oktober 2020 ini, menurut beberapa portal berita dalam dan luar negara, akan muncul fenomena 'Blue Moon' atau Bulan Biru. Namun ada yang risau jika fenomena tersebut muncul dek percaya dengan kisah-kisah mitos yang pernah didengar. Bulan Biru, petanda buruk untuk umat manusia? Ini penjelasan lengkap daripada sumber Facebook Ini Sains Beb!
Pada 31 Oktober 2020 akan datang, dilaporkan akan berlaku fenomena 'Blue Moon' atau 'Bulan Biru'. Merujuk kepada screenshot di bawah, kita lihat ada yang beranggapan pada ketika itu Bulan akan kelihatan berwarna biru, iaitu satu peristiwa yang tidak pernah berlaku sejak sekian lama, dan akan diikuti dengan peristiwa buruk yang bakal melanda.
Benarkah? Sebenarnya 31 Oktober 2020 memang akan berlaku satu fenomena yang dinamakan 'Bulan Biru'. Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud cahaya bulan akan kelihatan biru, dan ia bukanlah peristiwa yang tidak muncul sejak sekian lama. Apatah lagi mengaitkannya dengan kemunculan hanya pada tahun-tahun terburuk bagi manusia.
Apakah sebenarnya 'Bulan Biru' ini?
'Bulan Biru' pada hakikatnya hanyalah gelaran yang diberikan kepada bulan purnama dengan kriteria tertentu. Ia berkait dengan ungkapan Bahasa Inggeris 'once in a blue moon' yang merujuk kepada peristiwa yang jarang berlaku. Terdapat 2 takrifan paling terkenal yang menyebabkan sesuatu Bulan purnama itu digelar sebagai 'Bulan biru'.
1) BERMUSIM: Bulan purnama ketiga di dalam satu musim. Di dalam tempoh satu tahun tropika, terdapat 4 musim. Setiap satu musim adalah sepanjang 3 bulan. Ini bermakna, satu musim kebiasaannya akan mempunyai 3 bulan purnama.
Jika satu musim itu mempunyai 4 bulan purnama, maka bulan purnama yang ketiga digelar sebagai 'Bulan Biru'. Contoh yang berlaku di tahun 2019:
- Ekuinoks: 21 Mac 2019
- Bulan purnama :~ 21 Mac 2019
- Bulan purnama :~ 19 April 2019
- Bulan purnama :~ 19 Mei 2019
- Bulan purnama :~ 17 Jun 2019
- Solstis: 21 Jun 2019
Dalam contoh di atas, sepanjang musim tersebut (di antara Ekuinoks sehingga Solstis), terdapat 4 bulan purnama. Maka, bulan purnama ketiga itu (19 Mei) dikenali sebagai Bulan Biru.
2) BULANAN: Bulan purnama kedua di dalam satu bulan kalendar masihi. Di dalam satu bulan kalendar masihi, kebiasaannya akan mempunyai satu bulan purnama. Tetapi jika di dalam satu bulan kalendar itu mempunyai 2 bulan purnama, maka bulan purnama kedua itu digelar sebagai 'Bulan Biru'.
- Contoh terdekat 'Bulan Biru' mengikut takrifan Bulanan akan berlaku pada hujung bulan Oktober 2020 ini. Bulan purnama yang pertama telah berlaku pada 2 Oktober 2020 lepas. Ia akan diikuti oleh bulan pernama kedua di dalam bulan yang sama, iaitu pada 31 Oktober 2020. Ini digelar Bulan Biru!
image via google
Kenapa ada 2 takrifan yang berbeza?
- Pada awalnya, 'Bulan Biru' merujuk kepada takrifan bulan purnama ketiga di dalam satu musim. Walaupun begitu, gelaran 'Bulan Biru' yang menggunakan takrifan bulan purnama kedua di dalam satu bulan lebih terkenal sekarang ini.
- Ini terjadi akibat dari salah faham seorang penulis Astronomi iaitu James Hugh Pruett di dalam satu artikel yang disiarkan di dalam majalah Sky & Telescope pada tahun 1946 berkenaan 'Bulan Biru'.
- Salah faham Pruett menyebut bahawa 'Bulan Biru' itu merujuk kepada Bulan purnama kedua yang berlaku di dalam satu bulan kalendar masihi. Kesilapan tersebut telah diperbetulkan kemudiannya, namun sudah terlambat kerana takrifan asalnya telah tersebar dan digunapakai secara meluas.
- Rentetan dari kesilapan tersebut, mana-mana bulan purnama kedua yang berlaku di dalam satu bulan kalendar masihi dikenali sebagai 'Bulan Biru' sehinggalah ke hari ini.
- Bagaimana dua bulan purnama boleh berlaku dalam satu bulan kalendar?
- Kita tahu dalam setahun terdapat 365 atau 366 hari iaitu bersamaan dengan 12 bulan (month). Bilangan hari di dalam setiap bulan berbeza-beza (29 , 30 dan 31 hari dan kadang-kala hanya 28 hari). Kebiasaannya hanya terdapat 12 fasa Bulan purnama di dalam tempoh tersebut.
- Walaubagaimanapun, apa yang kita perlu fahami di sini adalah, bulan melengkapkan 1 kali kitaran setiap fasa sekitar 29.5 hari. Dalam tempoh setahun, keseluruhan kitaran Bulan hanya mengambil masa 354 hari sahaja (29.5 hari x 12 bulan). Ini bermakna, ada ketikanya terdapat 13 bulan di dalam satu tahun. Ia bukan magik, ia hanyalah kiraan falak.
- Bolehkah cahaya Bulan kelihatan berubah menjadi warna biru?
- Sebenarnya boleh. Tetapi ia hanya boleh berlaku seandainya lapisan atmosfera Bumi dipenuhi dengan zarah-zarah besar seperti abu daripada letusan gunung berapi. Ini menyebabkan berlakunya serakan Mie (Mie scattering) di atmosfera sehingga menyebabkan cahaya Bulan kelihatan berwarna biru.
- Ia dilaporkan pernah berlaku semasa letusan kuat gunung berapi Krakatau (1883), El Chichon (1983), St. Helens (1980) dan Pinatubo (1991).
- Jadi jelas di sini menunjukkan bahawa pada 31 Oktober 2020, peristiwa 'Bulan Biru’ yang dihebahkan adalah tidak benar. Cahaya Bulan berubah menjadi warna biru tidak akan berlaku sekiranya tidak ada peristiwa yang mempengaruhi kandungan atmosfera ketika itu.
Hakikatnya, peristiwa 'Bulan Biru' ini bukanlah tak pernah berlaku langsung. Ia adalah fenomena yang memang boleh dicerap dari masa ke semasa tanpa elemen konspirasi atau membawa alamat malapetaka akan berlaku. Wallahu A'lam.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malaysia Bakal Terima Pelancong Singapura, Brunei, New Zealand, Jepun, Australia dan Korea Selatan Tidak Lama Lagi?
Ya, kita semua sedia maklum, negara kita masih belum bebas sepenuhnya dengan wabak COVID-19. Ramai yang masih bimbang jika negara kembali menerima kedatangan pelancong luar masuk ke negara kita kerana dikhuatiri kembali melonjak kes wabak di negara tercinta kita.
Buat masa ini Malaysia masih tidak akan membuka sempadan antarabangsa kepada pelancong dan pekerja warga asing, kerana perbincangan dengan negara yang dikategorikan zon hijau, masih berjalan. Masih belum ada tarikh sebenar kebenaran pelancong luar tersebut. Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam perbincangan itu, Malaysia menekankan untuk memperolehi timbal balas, iaitu kebenaran rakyat Malaysia memasuki negara berkenaan.
“Kita mahu timbal balas, iaitu kita buka negara kita dan mereka juga perlu buka negara mereka. Kalau mereka masih memperketat syarat untuk rakyat kita, kita juga tak akan benarkan rakyat mereka untuk datang. Perkara ini sedang dibincangkan oleh Kementerian Luar. Namun begitu ia masih bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, sebab ada negara yang dahulu zon hijau, kini menjadi merah semula, kita akan lihat keadaan semasa,” katanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah mengenal pasti enam negara zon hijau COVID-19, bagi pembukaan semula sempadan antarabangsa negara secara bersyarat iaitu buat pengunjung daripada Singapura, Brunei, New Zealand, Jepun, Australia dan Korea Selatan.
Bagaimanapun empat kategori pengecualian bagi warga asing untuk masuk ke negara ini dengan menjalani prosedur operasi standard (SOP) tertentu masih kekal, iaitu bagi diplomat, ekspatriat kategori EP1, peserta Malaysia My Second Home dan pelajar yang mahu meneruskan pengajian.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI