Siapa yang tidak kagum dengan keindahan Menara Eiffel jika berkunjung ke kota cinta impian seluruh dunia, Paris.
Setelah beberapa bulan ditutup berikutan pandemik Covid-19, Menara Eiffel akan kembali dibuka kepada orang ramai bermula 16 Julai depan kata pihak pengurusan seperti dilaporkan AFP.
Bagaimanapun jumlah pengunjung akan dihadkan kepada 10,000 sehari demi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
“Setelah beberapa bulan ditutup, pihak pengurusan tidak sabar menanti kedatangan pengunjung dan bagi menjamin keselamatan pelawat, kami mengamalkan protokol ketat,” kata presiden Menara Eiffel, Sete Jean-Francois Martins.
Pesanan tiket secara dalam talian juga akan dibuka bermula 1 Jun 2021.
Ads
Menara Eiffel yang dibina pada 1889, biasanya menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun atau tiga perempat daripadanya adalah pelancong dari luar negara.
Namun sejak pandemik, pihak pengurusan menara itu mengalami kerugian 70 juta Euro pada 2021 manakala 52 juta Euro tahun lalu.
Perancis pada awal bulan lalu melonggarkan sekatan terhadap rakyatnya selepas mengamalkan kawalan pergerkan selama enam bulan.
Ads
Malah kafe dan restoran sudah boleh menerima kedatangan pelanggan dan makan di premis selain pihak kerajaan negara itu merancang untuk membuka kembali ekonomi sepenuhnya menjelang akhir Jun.
Untuk rekod, muzium, panggung wayang, teater juga akan kembali dibuka selepas ditutup selama 203 hari. Pihak Disneyland Paris pula akan membuka pintu taman tema itu kepada pengunjung pada 17 Jun.
Vietnam salah satu destinasi di Asia Tenggara yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Kalau Ho Chi Minh City terkenal sebagai destinasi untuk membeli belah, Da Lat pula satu tempat yang cantik, nyaman dan tenang untuk bercuti.
Berpeluang melawat ke Vietnam selama 5 hari 4 malam, Amalina Hasbi berkongsi itinerari selama dia dan temannya bercuti ke sana. Memilih Da Lat dan juga Ho Chi Minh City sebagai destinasi, memang cantik dan tenang melihat gambar-gambar yang dirakam tatkala mereka di Da Lat.
Tak lengkap kalau ke Vietnam tidak shopping, maka HCM turut menjadi persinggahan dua wanita ini sebelum pulang ke Malaysia. Ben Thanh Market antara tempat yang dituju selain beberapa tarikan lain yang ada di HCM.
Itinerary Da Lat-Ho Chi Minh
-pergi 2 orang sahaja
-pilih ke Da Lat dulu, sebab Ho Chi Minh destinasi akhir untuk shopping sikit
-transport: guna Grab ( add Bigpay card dekat Grab, memudahkan untuk bayar)
-payment: cash dan Bigpay
-simcard beli siap-siap di Shopee
-kebanyakan tempat ada wifi (laju pulak tuuu)
-selalu guna Google Translate untuk communicate sebab tidak ramai fasih Bahasa Inggeris. Tapi, kalau naik Bus City Tour jumpa Kim Định (our new friend), untung lah. He’s a young man who’s very hardworking and you can ask him more about Da Lat. Jadi, dia mintak tolong promote Bus City Tour Da Lat sebab masih baru dan tak ramai yang tahu.
18/12
Check in hotel
-Bazan Hotel: recommended
-spacious
-murah- 1,204 850 dong untuk 4 hari, 3 malam
Makan di Kampung Melayu Halal Restaurant
-kalau ramai, recommended utk book dulu
Lam Vien Square+Do Ha Cafe
-jalan kaki ke Night Market
Dalat Night Market
-beli baju sejuk dekat sini,murah dan boleh save space dalam luggage
-better lebihkan bawa makanan,berbanding bawa banyak baju
-ada pharmacy dekat sini, boleh beli snacks halal
19/12
Clay Tunnel
-entrance fee: 90,000
-dari sini ke Datanla Waterfall dekat, boleh naik grab
-kalau naik Grab, boleh mintak dia tunggu
Datanla Waterfall (entrance fee: 50,000)
– naik alpine coaster 1, fee: 100,000)
-makin tinggi,makin mahal
-Alpine Coaster 1 pun best, walaupun jarak dekat sikit
Robin Hill Cable Car
-fee: 26,500
-boleh beli dekat Klook, lagi murah
20/12
Lang Biang
-entrance fee: 50,000
-naik Jeep: 120,000
-limit masa di atas 45 minit
-kalau pergi awal, nampak foggy
TTC World (Valley of Love)
-entrance fee: 250,000
-sangat luas
-recommended utk habiskan masa lama di sini sebab banyak tempat dalam ni (ada wax museum,mini zoo, taman bunga,etc…)
-ada golf buggy kalau penat berjalan, tandas ada di setiap tempat
Lam Vien Square
-dalam ni, ada GO mart
-boleh beli makanan halal kat sini, ada instant noodle
21/12
Crazy House
-entrance fee: 60,000
Lam Vien Square
-pusing-pusing sebelum ke airport
-naik Bus City Tour (150,000 untuk 2 orang; sekarang tengah ada promotion)
-Bus City Tour ni masih baru di Dalat, jadi ada promosi
-boleh rujuk gambar utk tengok tempat yang akan dibawa
Naik Vietjet Airlines ke Ho Chi Minh
-lebih kurang macam Airasia
Ho Chi Minh
-check-in Queen Central Hotel
-sampai tengah malam, kedai makanan Halal mostly tutup
-boleh order Grabfood Halal Saigon Restaurant, terima order sampai 1145 malam
22/12
Saigon Central Post Office
-boleh hantar poskad (beli poskad dulu, 5000 lepas tu poskan ke alamat di Malaysia)
Ho Chi Minh City People’s Committee
-jalan kaki je ke sini
Book Street
-sebelah Post Office
Ben Thanh Market
-antara tips yang pernah dibaca (jangan negotiate, jangan sentuh)
-jadi, kitorang shopping depan hotel
-senang, boleh tawar dan harga ada yang lebih murah dari Ben Thanh Market
Saigon Central Mosque
-dekat depan kedai Halal Saigon
Benda menarik:
Bunyi hon di mana-mana. Lebih kurang macam di Indonesia. Jadi, jangan terkejut. Hehe.
ATM ada di mana-mana. Macam stall tepi jalan.
Di mana-mana tempat pun ada kekurangan dan kelebihan. Merantaulah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Semoga Allah redha.
Pihak berkuasa di Jepun terpaksa mengambil keputusan mencantas lebih 800,000 bunga tulip di daerah Chiba sebagai langkah mengelak orang ramai berkunjung ke situ ketika wabak COVID-19.
Tindakan ini adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun. Walaupun Festival Tulip Sakura tahun ini dibatalkan, namun orang ramai masih mengunjungi lokasi tersebut untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ. Hmm..ingat kot rakyat Jepun ni jenis mendengar arahan.
Festival yang pada mulanya dijadualkan pada 1 dan 26 April terpaksa dibatalkan setelah Jepun mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama sebulan bermula 7 April di Tokyo melibatkan daerah Fukuoka, Saitama, Kanagawa, Chiba, Osaka dan Hyogo.
Penggemar bunga terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat bunga tulip merah dan merah jambu yang menghiasi dataran berkeluasan 7,000 meter persegi itu mekar. Sementara itu, lebih 3,000 jambakan ros juga dicantas di Taman Yono, Saitama, utara Tokyo bagi menghalang orang ramai datang berkunjung.
Walau bagaimanapun, bunga-bunga yang dicantas itu tidak dibuang, sebaliknya didermakan kepada sekolah-sekolah tadika.
Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!