Airasia.com menjalin kerjasama dengan Turkish Airlines bagi membolehkannya mengembangkan rangkaian penerbangan pan-Asia susulan jangkaan potensi peningkatan semula perjalanan udara antarabangsa.
Kerjasama itu juga membolehkan airasia.com memanfaatkan destinasi Turkish Airlines yang komprehensif dan mempunyai jaringan terbesar di dunia dari segi negara dan titik penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pihaknya mengalu-alukan peluang kerjasama itu termasuk mempromosi Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah apabila sempadan dibuka secara beransur-ansur pada tahun depan.
“Pada hari ini, airasia.com yang menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup komprehensif juga merupakan platform terbaik untuk mempromosi tawaran pelancongan oleh Turki dan pasaran Eropah. Kami akan terus bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain untuk menggalakkan permintaan perjalanan dan melengkapkan lagi tawaran produk kami untuk keperluan perjalanan dan gaya hidup dalam satu platform,” katanya.
Menerusi usaha memanfaatkan teknologi bersepadunya, airasia.com kini dapat menggabungkan inventori penerbangan Turkish Airlines dan penerbangan AirAsia serta menawarkan diskaun hebat.
Airasia berkata kerjasama itu dijangka dapat menghasilkan sinergi antara kedua-dua belah pihak melalui promosi destinasi secara bersama dengan matlamat untuk memanfaatkan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa akan datang. Para pelancong dan pengembara juga boleh menikmati kemudahan dan nilai hebat yang ditawarkan di seluruh ekosistem airasia.com seperti penerbangan, hotel dan aktiviti.
image via google | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
41 Kuasa Tentera Terbaik Dunia
Aset tentera yang banyak tidak menjadikan kuasa tentera itu lebih kuat.
Kekuatan ketenteraan juga berpandukan kepada keupayaan tentera di bahagi dengan jumlah penduduk sesebuah negara, bajet tahunan ketenteraan, jumlah tentera yang aktif, jumlah tentera simpanan, sejarah penglibatan dalam perang, bantuan ketenteraan dalam situasi perang negara lain, penglibatan tentera pengaman, negara sekutu, strategi, keupayaan senjata nuklear dan banyak lagi faktor lain.
Ada negara tidak memiliki kereta kebal atau kapal perang ; bergantung kepada geografi sesebuah negara. Namun kesemua negara miliki pesawat tentera.
Permulaan dari senarai bawah tak bermaksud ketenteraan negara itu lemah. Austria, Denmark, Norway, Sweden, Swtizerland, dan Kanada merupakan negara lebih diplomasi, aman dan kurang terlibat dalam peperangan era moden. Berikut adalah senarai 41 negara yang memiliki kuasa tentera yang kuat di dunia dengan perincian kekuatan bagi tahun 2017.
*Kedudukan ini tidak menentukan kemenangan sesebuah negara dalam perang sebenar
41 | Austria
Jumlah askar aktif: 30 000
Jumlah askar simpanan: 27 000
Pesawat: 125
Kereta kebal: 56
Kapal perang: Tiada
40 | Denmark
Jumlah askar aktif: 25 000
Jumlah askar simpanan: 63 000
Pesawat: 74
Kereta kebal: 57
Kapal perang: 90
39 | Norway
Jumlah askar aktif: 26 500
Jumlah askar simpanan: 42 250
Pesawat: 104
Kereta kebal: 52
Kapal perang: 62
38 | Sweden
Jumlah askar aktif: 14 000
Jumlah askar simpanan: 26 000
Pesawat: 228
Kereta kebal: 120
Kapal perang: 313
37 | Switzerland
Jumlah askar aktif: 140 000
Jumlah askar simpanan: 77 000
Pesawat: 185
Kereta kebal: 224
Kapal perang: Tiada
36 | Kanada
Jumlah askar aktif: 95 000
Jumlah askar simpanan: 51 000
Pesawat: 426
Kereta kebal: 181
Kapal perang: 63
35 | Australia
Jumlah askar aktif: 60 000
Jumlah askar simpanan: 44 240
Pesawat: 417
Kereta kebal: 59
Kapal perang: 52
34 | Malaysia
Jumlah askar aktif: 110 000
Jumlah askar simpanan: 296 500
Pesawat: 227
Kereta kebal: 74
Kapal perang: 61
33 | Filipina
Jumlah askar aktif: 220 000
Jumlah askar simpanan: 430 000
Pesawat: 135
Kereta kebal: 45
Kapal perang: 135
32 | Singapura
Jumlah askar aktif: 512 000
Jumlah askar simpanan: 950 000
Pesawat: 262
Kereta kebal: 212
Kapal perang: 40
31 | Thailand
Jumlah askar aktif: 310 000
Jumlah askar simpanan: 245 000
Pesawat: 551
Kereta kebal: 722
Kapal perang: 81
30 | Indonesia
Jumlah askar aktif: 476 000
Jumlah askar simpanan: 400 000
Pesawat: 420
Kereta kebal: 468
Kapal perang: 171
29 | Vietnam
Jumlah askar aktif: 415 000
Jumlah askar simpanan: 5 040 000
Pesawat: 289
Kereta kebal: 1470
Kapal perang: 65
28 | Taiwan
Jumlah askar aktif: 300 000
Jumlah askar simpanan: 1 675 000
Pesawat: 815
Kereta kebal: 2005
Kapal perang: 102
27 | Afrika Selatan
Jumlah askar aktif: 89 000
Jumlah askar simpanan: 17 100
Pesawat: 212
Kereta kebal: 195
Kapal perang: 30
26 | Republik Czech
Jumlah askar aktif: 21 100
Jumlah askar simpanan: 11 000
Pesawat: 114
Kereta kebal: 123
Kapal perang: Tiada
25 | Belanda
Jumlah askar aktif: 50 000
Jumlah askar simpanan: 32 200
Pesawat: 164
Kereta kebal: Tiada
Kapal perang: 56
24 | Mexico
Jumlah askar aktif: 270 000
Jumlah askar simpanan: 76 500
Pesawat: 400
Kereta kebal: Tiada
Kapal perang: 143
23 | Colombia
Jumlah askar aktif: 445 000
Jumlah askar simpanan: 62 000
Pesawat: 447
Kereta kebal: Tiada
Kapal perang: 234
22 | Sepanyol
Jumlah askar aktif: 125 000
Jumlah askar simpanan: 16 200
Pesawat: 540
Kereta kebal: 327
Kapal perang: 46
21 | Algeria
Jumlah askar aktif: 512 000
Jumlah askar simpanan: 400 000
Pesawat: 451
Kereta kebal: 975
Kapal perang: 60
20 | Arab Saudi
Jumlah askar aktif: 235 000
Jumlah askar simpanan: 25 000
Pesawat: 722
Kereta kebal: 1210
Kapal perang: 55
19 | Ukraine
Jumlah askar aktif: 160 000
Jumlah askar simpanan: 1 000 000
Pesawat: 234
Kereta kebal: 2809
Kapal perang: 25
18 | Brazil
Jumlah askar aktif: 330 000
Jumlah askar simpanan: 1 800 000
Pesawat: 735
Kereta kebal: 486
Kapal perang: 113
17 | Jerman
Jumlah askar aktif: 180 000
Jumlah askar simpanan: 145 000
Pesawat: 676
Kereta kebal: 408
Kapal perang: 81
16 | Poland
Jumlah askar aktif: 120 000
Jumlah askar simpanan: 515 000
Pesawat: 461
Kereta kebal: 1009
Kapal perang: 83
15 | United Kingdom
Jumlah askar aktif: 150 000
Jumlah askar simpanan: 182 000
Pesawat: 879
Kereta kebal: 407
Kapal perang: 66
Keupayaan nuklear: Ya
14 | Itali
Jumlah askar aktif: 320 000
Jumlah askar simpanan: 42 000
Pesawat: 785
Kereta kebal: 586
Kapal perang: 174
13 | Israel
Jumlah askar aktif: 160 000
Jumlah askar simpanan: 630 000
Pesawat: 691
Kereta kebal: 4170
Kapal perang: 66
Keupayaan nuklear: Ya
12 | Pakistan
Jumlah askar aktif: 620 000
Jumlah askar simpanan: 515 000
Pesawat: 923
Kereta kebal: 2924
Kapal perang: 74
Keupayaan nuklear: Ya
11 | Perancis
Jumlah askar aktif: 205 000
Jumlah askar simpanan: 195 770
Pesawat: 1282
Kereta kebal: 423
Kapal perang: 113
Keupayaan nuklear: Ya
10 | Jepun
Jumlah askar aktif: 250 000
Jumlah askar simpanan: 57 900
Pesawat: 1590
Kereta kebal: 678
Kapal perang: 131
9 | Iran
Jumlah askar aktif: 545 000
Jumlah askar simpanan: 1 800 000
Pesawat: 479
Kereta kebal: 1658
Kapal perang: 397
Keupayaan nuklear: Ya
8 | Korea Selatan
Jumlah askar aktif: 625 000
Jumlah askar simpanan: 2 900 000
Pesawat: 1451
Kereta kebal: 2381
Kapal perang: 166
7 | Turki
Jumlah askar aktif: 410 500
Jumlah askar simpanan: 185 630
Pesawat: 1007
Kereta kebal: 3778
Kapal perang: 115
6 | Mesir
Jumlah askar aktif: 470 000
Jumlah askar simpanan: 800 000
Pesawat: 1133
Kereta kebal: 4624
Kapal perang: 245
5 | Korea Utara
Jumlah askar aktif: 700 000
Jumlah askar simpanan: 4 500 000 (kebanyakan rakyat Korea Utara juga tentera simpanan)
Pesawat: 944
Kereta kebal: 4200
Kapal perang: 1061
Keupayaan nuklear: Ya
4 | India
Jumlah askar aktif: 1 325 000
Jumlah askar simpanan: 2 143 000
Pesawat: 2086
Kereta kebal: 6464
Kapal perang: 202
Keupayaan nuklear: Ya
3 | China
Jumlah askar aktif: 2 335 000
Jumlah askar simpanan: 2 300 000
Pesawat: 2942
Kereta kebal: 9150
Kapal perang: 673
Keupayaan nuklear: Ya
2 | Russia
Jumlah askar aktif: 766 055
Jumlah askar simpanan: 2 485 000
Pesawat: 3547
Kereta kebal: 15 398
Kapal perang: 352
Keupayaan nuklear: Ya
1 | Amerika Syarikat
Jumlah askar aktif: 1 400 000
Jumlah askar simpanan: 1 100 000
Pesawat: 13 444
Kereta kebal: 8848
Kapal perang: 473
Keupayaan nuklear: Ya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masjid Dan Gereja Berjiran Pada Kedalaman 1.7KM Dalam Kerak Bumi
Masjid dan gereja ini terletak di PT Freeport, Tembagapura, Papua, Indonesia dan merupakan masjid dan gereja utama untuk pekerja-pekerja lombong menunaikan solat serta ibadah-ibadah lain.
Morning view @IDFreeport pic.twitter.com/C76ZjV9f8y
— 2 G Mommy (@lindaaritonang) June 13, 2019
Di mana sahaja ada komuniti orang islam, pasti akan dibina surau atau masjid untuk masyarakat datang menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Jadi, tidak kurang juga dengan apa yang berlaku di kawasan perlombongan ini apabila sebuah masjid yang diberi nama sebagai Masjid Baabul Munawwar didirikan 1,760 meter di bawah permukaan bumi.
Selain daripada Masjid Baabul Munawwar ini, bersebelahnya juga terletak sebuah gereja yang digunakan oleh penganut agama kristian untuk menunaikan ibadat mereka dan dinamakan sebagai Gereja Oikumene Soteria.
Pembinaan dua tempat ibadat sebelah-menyebelah itu menunjukkan bahawa sikap toleransi diantara kaum sangat tinggi dan keharmonian wujud di dalam diri mereka. Maklumlah, berkerja di tempat-tempat berbehaya seperti kawasan perlombongan, siapa lagi yang ada untuk membantu sesama sendiri di kala susah kalau bukan antara satu sama lain.
Masjid Baabul Munawwar
Untuk pengetahuan anda, daerah Papua, Indonesia adalah satu daerah yang kaya dengan hasil bumi dan PT Freeport di sini adalah satu kawasan perlombongan yang sangat besar. Rata-rata pekerja lombong merupakan orang islam, menjadikan Masjid Baabul Munawwar ini adalah satu tempat yang penting kepada mereka untuk menunaikan ibadat sehari-hari.
Baabul Munawwar bermaksud ‘pintu cahaya’ dan masjid ini memberikan keselesaan kepada pekerja-pekerja lombong kerana mereka tidak lagi perlu untuk naik ke permukaan bagi menunaikan solat. Malah, pada bulan Ramadan baru-baru ini, banyak aktiviti keagamaan dijalankan di sini seperti solat terawih, majlis iftar dan sebagainya.
Berfungsi seperti masjid-masjid biasa di permukaan, masjid ini juga diimarahkan dengan kehadiran ramai ustaz-ustaz jemputan untuk diadakan ceramah dan kuliah agama kepada pekerja-pekerja lombong. Maka benarlah, salah satu kelebihan yang ada pada pembinaan masjid adalah dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan di antara hamba-hambaNya.
Sekalipun terletak jauh dalam kerak bumi, masjid ini tetap nyaman daripada suhu yang panas. Maklumlah, apabila kita berada dekat dengan dasar bumi, makin panas suhu yang akan dirasai. Namun, kerja-kerja pembinaan masjid termasuk sistem pengudaraan dilakukan dengan baik hinggakan ruang dalam masjid terasa nyaman oleh pekerja yang datang solat di sini.
Sumber: PT Freeport Indonesia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakyat Malaysia Di Timur Tengah & Rantau Teluk Dinasihat Daftar Diri Di Kedutaan Terdekat Segera
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka.
**media[113334]**
Ini berikutan isu ketegangan antara Amerika Syarikat dan negara-negara ini. Laporan media terkini mengibaratkan Negara rantau Teluk sekarang umpama kotak mancis yang bakal meletus.
Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral Malaysia dengan segera, katanya.
"Pendaftaran boleh dilakukan menerusi emel," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas belia mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.
**media[113333]**
Berikutan misi diplomatik Malaysia yang tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu mendaftar dengan kedutaan-kedutaan berikut:
- Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan
- Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan
- Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke rantau berkenaan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI