MA

Kita cukup bertuah sebagai rakyat Malaysia kerana penduduknya berbilang bangsa. Ia sekali gus memberikan pelbagai cita rasa yang dapat kita semua kongsi dan rasai. Itulah indahnya tanah air tercinta Malaysia!

Salah satu makanan yang cukup digemari oleh semua bangsa ialah nasi daun pisang. Tapi tahukah anda tentang sejarah dan asal-usul nasi daun pisang di negara kita?

Tahukah anda? Ia sebenarnya berasal dari India Selatan, di Negeri Tamil Nadu, Kerala. Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Malaysia ketika zaman penjajahan British dahulu.

LIBUR tertarik dengan perkongsian dari Tourism Selangor yang menyenaraikan 7 lokasi terbaik sajian nasi daun pisang di Selangor!

1) Yap Kee Banana Leaf, Klang

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Yap Kee Banana Leaf by timeoutkl @ IG

Yak Kee Banana Leaf adalah satu restoran yang menawarkan sajian nasi daun pisang. Ianya sangat terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, dan kari kambing.

Lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kubis! Selain itu, minuman yang harus anda cuba pula adalah jus ambra, yang memberikan gandingan yang mantap!

Ads

2) Kanna Curry House, Petaling Jaya

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Kanna Curry House by asrin_band @ IG

Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House! Restoran ini telah menawarkan menu ini sejak tahun 1976 lagi.

Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi!

3) Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Restoran Sri Nirwana Maju by bengwooi @ IG

Restoran ini berkemungkinan akan menjadi kegemaran anda dan rakan-rakan! Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik.

Ads

Ianya turut menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mee goreng, nasi goreng dan banyak lagi!

4) Laxmi’z Kitchen, Rawang

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Laxmi’z Kitchen by laxmiz_kitchen @ IG

Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya! Anda peminat ketam? Jika ya, di sini lah tempatnya untuk anda menikmati menu ketam masala yang enak. Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang!

5) Acha Curry House, Petaling Jaya

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Acha Curry House by qqniki @ IG

Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam.

Ads

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan antaranya labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi daun pisang di sini!

6) Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Matahariis Banana Leaf by Matahariis Banana
Leaf @ Facebook

Terkenal sejak tahun 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan nasi putih atau nasi kuning, lauk-pauk dan sayur-sayuran yang sangat menyelerakan. Di samping hidangan nasi daun pisang, anda juga boleh mencuba menu thosai yang juga terkenal di restoran ini.

7) Macha & Co, The Curve

7 Hotspot Restoran Nasi Daun Pisang Paling Mantap Sekitar Negeri Selangor
Credit: Macha & Co by haizimhmk @ IG

Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin ini menjadi satu tarikan kepada para pelanggan. Restoran yang selesa ini turut menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat. Resepi yang digunakan adalah resipi turun-temurun untuk beberapa generasi, dan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang yang tentunya mengandungi lebih banyak khasiat!

Kredit: Tourism Selangor

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI