Perkataan glamping ni adalah gabungan dua perkataan iaitu glamour dan camping dan kalau diterjemahkan dari segi bahasa, glamping membawa maksud percutian outdoor berkonsepkan mewah dan eksklusif.
Kebiasaannya, orang akan ingat kalau camping, mesti berkhemah di dalam hutan dalam keadaan yang serba serbi minimalize. Contohnya, tidur beralaskan carrymat atau tidur di atas hammock dan masak menggunakan messtin. Itu belum masuk situasi faktor cuaca yang mengganas di dalam hutan lagi.
Tapi sejak konsep glamping ni wujud, ramai orang yang jiwa tak berapa nak lasak sangat boleh enjoy dan experiance bermalam dalam khemah di kawasan hutan dalam keadaan selesa, selamat dan mencukupi.
Ada beberapa lokasi percutian glamping di sekitar Malaysia yang anda dan kawan-kawan boleh cuba tapi kali ini kita fokuskan kepada percutian glamping yang ada di semenanjung Malaysia.
Semasa artikel ini ditulis, ada banyak lagi lokasi glamping lain yang dibuka tetapi belum sempat saya selidik untuk pembaca. Jadi nak tahu di mana lokasi glamping yang saya maksudkan, jom kita teruskan bacaan di bawah.
The Stick Guide
Lokasi ini terletak di Kuala Kubu Baru, lebih kurang satu jam perjalanan menaiki kereta dari Kuala Lumpur. Ada lebih kurang 12 pilihan ‘tendok’ yang ditawarkan kepada anda untuk bermalam di sini? Apa itu ‘tendok’? ‘Tendok’ adalah perkataan tent (khemah) dan pondok yang The Stick Guide gabungkan dalam pemberian nama rumah penginapan mereka.
Ads
Selain daripada menggunakan bahan berasaskan kayu dalam pembinaan ‘tendok’, mereka juga menggunakan bahan semulajadi seperti buluh untuk memberikan rasa dan sentuhan alam semulajadi yang asli kepada anda yang menginap di sini.
Sailor’s Rest Resort
Nama saja sailor tapi resort ini terletak di ketinggian 600 meter dari paras laut di Janda Baik dan berdekatan dengan jajaran Banjaran Titiwangsa. Dek kerana terletak berhampiran kawasan tanah tinggi, Sailor’s Rest Resort ini menawarkan satu pengalaman menarik untuk anda bermalam di kawasan bersuhu sejuk dan dikelilingi kawasan yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan menghijau.
Kena dengan namanya sendiri, resort ini juga menyediakan satu tempat menginap berkonsepkan rumah bot untuk anda bermalam. Di samping itu, rumah chalet moden dan tradisional juga ada menjadi pilihan. Lokasi ini menarik untuk percutian keluarga kerana lokasi glampingnya di kawasan taman yang dikelilingi pokok-pokok bunga dan pokok bebuah. Anda datang pada musim buah kalau nak rasa makan buah-buahan segar yang dipetik terus dari pokok.
Ads
Tubotel Langkawi
Tempat glamping ini unik dan lain daripada yang lain kerana anda akan bermalam dalam tiub silinder yang diubahsuai untuk keselesaan pengunjung. Sekalipun kelihatan kecil dari luaran, ruang dalamannya dilengkapi segala keperluan untuk anda yang travel dari jauh ke Langkawi dan selesa untuk beristirehat sambil lawan sunset waktu petang di Pulau Langkawi.
Penginapan tiub silinder ini juga diwarnai dengan aneka warna cat luaran menjadikan pengalaman anda bermalam di sini menarik, lebih-lebih lagi kalau hangout bersama teman-teman. Bukan sahaja tiub silinder itu yang berwarna-warni, hiasan luaran di tempat ini juga berwarna-warni, memberikan mood ceria ketika anda bercuti.
Ads
Kanopi Villa
Satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang. Berkeluasan lebih kurang 8 ekar, Kanopi Villa ini bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna. Tambah tolak 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, anda boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan indah gunung-ganang yang terdapat di sekitar tempat ini.
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti menaiki all-terrain vehicle, memancing, berbasikal ataupun trekking ke air terjun. Selain itu, lokasi menarik untuk bersiar-siar di sekitar tempat ini seperti taman Jepun, ladang arnab, taman rusa, ladang strawberi juga menjadi pilihan menarik untuk anda bercuti bersama keluarga.
Chengal Hill Resort
Resort ini terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Disebabkan ketinggiannya ini, anda dapat menikmati udara yang dingin seperti berada di kawasan berpendingin hawa lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan suhu 22 darjah dan ke bawah.
Chengal Hill Resort menyediakan penginapan riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Untuk aktiviti pula, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di selatan semenanjung negara, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Setiap daerahnya mempunyai bentuk muka bumi dan tempat yang menarik untuk dilawati.
Di Johor terdapat 25 gunung yang boleh menjadi lokasi pilihan pendaki atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Daripada itu, ini tujuh lokasi pendakian gunung yang menarik untuk diteroka. Paling menarik ketika di puncak gunung ini, anda berpeluang melihat panorama matahari terbit dan tenggelam yang indah.
Gunung Ledang
Gunung Ledang berketinggian 1,279 meter (m) adalah gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tangkak. Ia antara gunung ke-10 paling sukar didaki di negara ini tetapi sering menjadi pilihan kaki gunung menerokainya. Gunung ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari cabaran mental dan fizikal.
Gunung Tiong
Gunung ketiga tertinggi di Johor ini mempunyai ketinggian 1,014 meter yang terletak berhampiran Taman Negara Endau-Rompin Selai (TNER Selai). Laluan pendakian adalah terus dari TNER Selai ke puncak gunung yang boleh dilakukan dalam masa dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak bermula dari tapak perkhemahan Lubuk Merekek selain pendaki perlu menyeberangi Sungai Selai iaitu sungai utama di kawasan berkenaan.
Gunung Belumut
Gunung berketinggian 1,010 meter ini terletak di daerah Kluang, Johor adalah gunung keempat tertinggi di daerah berkenaan. Gunung ini lebih tinggi dan curam sekiranya dibandingkan dengan Gunung Lambak dan Gunung Panti. Salah satu tarikan gunung berkenaan ialah Batu Mahkota iaitu sebuah batu yang kelihatan seolah-olah satu mahkota raksasa dan dapat dilihat selepas pengembaraan berjalan kaki selama dua jam.
Gunung Pulai
Gunung Pulai adalah gunung yang terletak di daerah Kulai dengan ketinggian 654 meter. Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu.
Gunung Panti
Nama gunung ini amat jarang didengari dan kurang popular berbanding gunung lain. Ia mempunyai ketinggian 531 meter dan terletak berhampiran Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor. Lazimnya pendaki mengambil masa 4 jam 30 minit untuk mendaki dan turun dari gunung terbabit. Trek gunung ini lebih santai dan sesuai kepada pendaki amatur yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian.
Gunung Lambak
Terletak di daerah Kluang, gunung setinggi 510 meter ini salah satu lokasi pendakian digemari warga Johor kerana memiliki sebuah hutan rekreasi yang menarik. Ini membolehkan pengunjung berenang di kolam dan mendaki gunung. Gunung ini adalah identiti daerah berkenaan kerana menjadi latar belakang bandar Kluang.
Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Foto: Google Image | Sumber: Tourism Johor | hmonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor ?Baca sini http://stg.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar.
Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi.
Belum pernah ada kes lemas di sini. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Untuk ke sini, cuma cari di Google Map Perigi Tujuh Serendah. Ia diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika berkesempatan datang ke Yan, Kedah jangan lupa terus ke Merbok kerana di sana ada macam-macam khazanah alam menanti.
Merbok terletak di dalam Daerah Kuala Muda. Keistimewaan daerah ini adalah kaya dengan warisan geologi, evolusi Gunung Jerai, ketamadunan Kerajaan Kedah Tua dan kepelbagaian biologi pergunungan dan habitan bakau.
Merbok sangat terkenal dengan artifak bersejarah yang diabadikan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Di sana berbagai bentuk candi peninggalan kerajaan Buddha terdahulu di ekskavasi dan ditempatkan semula di muzium tersebut.
Selain itu, sungai Merbok juga tidak kurang hebatnya dari segi sejarahnya, merupakan laluan terpenting penghubungkan dunia luar dengan kerajaan Kedah Tua dahulu pastinya menyimpan khazanah berharga untuk tatapan generasi mendapat.
Di sungai tersebut juga terletak pengusaha tiram secara kelong yang diberi nama 'Sungai Merbok Oyster Farm'. Di situ, pengunjung boleh merasai sendiri keenakan isi tiram secara mentah atau dimasak stim sambil menikmati flora dan fauna semulajadi. Pasti menambah selesa jika hidangan tersebut diperah sedikit hirisan limau dan sos kacang. Semuanya dengan harga RM5/biji.
Selain melihat sendiri tiram hidup dan menikmati juadah di restoran tersebut, disediakan juga pelbagai aktiviti lain seperti river cruise, kayak, penginapan di atas kelong, dewan serbaguna dan aktiviti merentasi hutan bakau dara.
Kredit : Ahmad Rizwan Abdullah
Jom LiKE dan FOLLOW page Facebook dan IG Kedah Tourism untuk dapatkan info mengenai tempat-tempat menarik, makanan best, aktiviti terkini dan macam² lagi lah berkaitan pelancongan di negeri Kedah.