Untuk geng OOTD, tak perlu pergi jauh-jauh untuk bergambar kenangan indah ini. Dekat saja iaitu di Hulu Selangor.
Pernah viral tahun lalu gara-gara indahnya sungai Alor Lempah, Jalan Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, sebenarnya ada beberapa spot OOTD di kawasan Hulu Selangor ini.
Dikongsi dari fb Helmi Baharum, lelaki ini berkongsi 5 lokasi hidden gem Hulu Selangor patut kita cuba. Gambarnya memang ohsem sangat.
Jom pakat boleh pergi hujung minggu ini.
𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑:𝐁𝐀𝐑𝐔 “𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊” 𝐒𝐈𝐒𝐈𝟐 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇
8.1.2022 dan 9.1.2022.
Suka gila semua pics-pics kali ni.
Rasa bersalah pulak merata-rata dah merayap tapi tak sangka hanya di daerah sebelah (saya dari Gombak) terdapat banyak sangat permata-permata yang tersimpan rapi di Hulu Selangor tapi baru saya tahu kewujudannya.
With much appreciated to Ms.Dharanieswaree Maniam selaku duta dan penasihat Hulu Selangor.
- 𝐀𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐮𝐧 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐝𝐨𝐧𝐠, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐮𝐫, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐮𝐛𝐮 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮
Ni antara wishlist nak pergi selepas kawan share di FB.Tak sangka bukan sahaja air terjun utamanya yang paling cantik, bahkan kesemua dari paling hilir hingga ke paling hulu semua cantik. Tempat ini hanya dikenakan bayaran RM2. Untuk ke sini, jangan masuk lepas baru hujan, jahanam kereta sebab lalu jalan sawit jalan gleseran. Perlukan hiking dalam 15 minit dari parking kereta.
- 𝐓𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐮𝐚𝐧 𝐘𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐤 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐮𝐛𝐮 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐊𝐠.𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐀𝐬𝐚𝐦 𝐊𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠
Tokong buddha yang colorful. Sila matangkan diri sendiri ya. Dulu pun pernah baca kubah masjid Rusia colorful di Terengganu pun menjadi isu.
3. 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐋𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐮𝐛𝐮 𝐁𝐡𝐚𝐫u
Kawasan reakrasi dalam formasi empangan yang menjadi pilihan keluarga untuk mandi-manda dan berkelah. Bersyukur suasana senja tadi dihadiahkan dengan sunset yang dilatari ‘sekebun’ bunga-bunga cinta.
- 𝐋𝐨𝐨𝐤𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐃𝐚𝐦, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐮𝐛𝐮 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮.
Cuma take 5 setelah pening lalat drive dari Bukit Fraser pulang ke Gombak.
5.𝐓𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫, H𝐮𝐥𝐮 𝐘𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Selamat menyambut tahun baru cina.
Maghrib sampai rumah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI