Penyertaan setiap empat tahun, Sukan Olimpik adalah acara sukan terbesar yang paling ditunggu-tunggu oleh semua atlet. Ini kerana sukan bertaraf dunia ini menerima pengiktirafan terunggul dan dianggap satu kejayaan besar jika atlet memenangi pingat emas.
Malah ia menjadi eko pelancongan yang paling banyak menguntungkan negara tuan rumah. Dan tahun ini negara yang terpilih adalah Tokyo, Jepun yang melobi untuk menjadi tuan rumah. Bukan sekadar atlet bertanding, temasya Sukan Olimpik ini mendatangkan pendapatan dari sumber pelancongan malah semasa Brazil menjadi tuan rumah pada 2008, pelancong asing membelanjakan AS $ 5.785 bilion di Brazil, peningkatan sebanyak 133 peratus berbanding tahun 2003. Tidak hairanlah banyak negara bersungguh-sungguh melobi sebagai tuan rumah.
Namun nampaknya tahun ini, di saat dunia dilanda wabak COVID-19, dan kes semakin menunjukkan peningkatan, seramai 400,000 orang telah menandatangani pungutan suara untuk membatalkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo akan datang berikutan pandemik Covid-19, lapor Sputnik.
Ads
Pungutan suara itu dilancarkan pada 5 Mei oleh peguam dan ahli politik terkenal Kenji Utsunomiya. Ia ditujukan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach; Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Andrew Parsons; Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga; Menteri Hal Ehwal Olimpik, Tamayo Marukawa; Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo, Seiko Hashimoto dan Gabenor Tokyo Yuriko Koike.
Menurut undian itu, organisasi yang berkaitan 'kini secara paksa mendorong agar Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo diteruskan,' sementara Tokyo dan wilayah lain, serta semua negara di seluruh dunia sedang berusaha untuk membendung penyebaran virus itu.
Ads
"Sukan Olimpik Tokyo tidak akan berlangsung tanpa bantuan daripada pekerja kesihatan, institusi perubatan, dan sumber perubatan yang tidak terkira banyaknya.
Bagaimanapun, profesional perubatan telah memberitahu, orang ramai tidak ada ruang untuk tuntutan perubatan yang lebih banyak…penganjuran Olimpik berkemungkinan tinggi akan menjadi penyebar paling besar dan memburukkan lagi keadaan yang sedang kita hadapi," menurut undian itu.
Ads
Beberapa undian di Jepun menunjukkan kebanyakan orang mahu Olimpik dibatalkan. Sebagai tambahan, surat khabar Jepun Asahi Shimbun, rakan rasmi temasya itu, pada Rabu meminta Perdana Menteri membatalkan acara itu dengan alasan ancaman berkaitan dengan pandemik terhadap keselamatan awam dan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan negara itu.
Pada Khamis, sebahagian besar wilayah Jepun yang menjadi tuan rumah Olimpik, termasuk Tokyo, berada dalam keadaan darurat kerana lonjakan jangkitan Covid-19. – Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Amerika Syarikat akan menyekat kemasukan pesawat-pesawat penumpang syarikat China ke negara itu tidak lama lagi. Berita ini pasti memberi sedikit kesukaran buat kedua-dua warga negara ini.
Arahan ini adalah yang terkini dalam peningkatan ketegangan di antara negara China dan Amerika Syarikat. Sekatan Washington ke atas empat syarikat penerbangan dari China ini bermula 16 Jun 2020. Keputusan ini dicapai selepas Beijing gagal meluluskan penyambungan penerbangan United Airlines dan Delta Airlines pada awal minggu ini ke China. Delta Airlines dan United Airlines sebelum ini menggantung penerbangan ke China akibat COVID-19.
Namun, pada ketika itu, syarikat China masih meneruskan penerbangan ke AS 20 kali seminggu pada Februari. Kekerapan ini ditingkatkan kepada 34 kali seminggu pada Mac. United Airlines dan Delta Airlines sebelum ini berharap dapat menyambung penerbangan mereka ke China pada Jun. American Airlines pula bercadang untuk menyambung penerbangan pada Oktober.
Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terbentuk daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba antara yang terbaik di dunia dan juga terkenal dengan keindahan hidupan marinnya akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang Disember bermula pada tahun depan (tahun 2020).
Arahan itu dikeluarkan Taman-Taman Sabah atas permintaan kumpulan operator aktiviti menyelam sebagai langkah untuk memberi tempoh memulihkan persekitaran laut di pulau berkenaan.
Menurut notis yang dikeluarkan Taman-Taman Sabah yang bertarikh 31 Julai lalu, penutupan itu dicadangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pulau Ligitan dan Sipadan pada 25 Januari lalu. Bagaimanapun, cadangan terbabit akhirnya dipersetujui ketika Bengkel Pengagihan Kuota Selaman Pulau Sipadan pada 26 Februari tahun ini dan persetujuan itu ditandatangani oleh Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata, Disember dipilih kerana ia adalah musim paling kurang aktiviti menyelam.
Penutupan sementara selama sebulan itu adalah untuk memberi ruang kepada kehidupan batu karang dan marin dipulihkan. Kumpulan operator aktiviti menyelam sendiri mencadangkan perkara ini dan mereka bersetuju dengan sebulat suara,” katanya.
Untuk pengetahuan umum mengenai had semasa pelawat ke Pulau Sipadan, ketika ini jumlah maksimum yang dibenarkan adalah seramai 156 penyelam setiap hari, manakala bagi aktiviti snorkeling pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak lebih daripada 20 orang sehari.
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan (penerbangan) pada September ini. Ini mungkin berita baik untuk industri pelancongan kita tetapi berita ‘kurang baik’ buat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan penerbangan awam untuk melancong ke luar negara.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji, mungkin pada September. Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Cadangan jumlah levi pelepasan yang akan dikenakan adalah pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
Akan tetapi, levi perlepasan ini tidak akan dikenakan kepada bayi dan kanak-kanak berumur 24 bulan atau berusia 2 tahun, dan penumpang yang transit tidak melebihi 24 jam.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...