Setelah lama menanti, akhirnya Taman Tema Indoor Genting SkyWorld akan dibuka pada suku kedua tahun 2021 ini.
Biarpun sepatutnya sudah boleh menerima kehadiran pengunjung setelah lama ditutup, namun disebabkan pandemik Covid-19 pembinaannya tergendala seketika.
Namun dikhabarkan fasa pembinaan telahpun hampir siap sepenuhnya. Apa yang lebih membuatkan ramai teruja apabila Genting SkyWorld akan memiliki 26 tema yang berbaza.
Selain permainan ride seperti roller coaster, akan ada banyak permainan indoor baru yang tentunya lebih menyeronokkan.
Baru-baru ini Ketua Taman Tema dan Pengalaman (Head of Theme Parks & Experience), Resort World Genting, Greg Pearn berkongsi foto-foto sekitar taman tema itu menerusi hantaran di InstaStory Instagram.
Ads
Antara permainan baru yang bakal menjadi tumpuan ramai ialah Mad Ramp Peak-Full Throttle Racing di Dynamics Attractions, Dark Ride di Nigat at Museum: Midnight Mayhem, lebih ride Invasion of The Planet of The Apes dan zon Ice Age: Expedition Thin Ice.
Ads
Selain itu, terdapat juga zon lain yang sama menariknya seperti Eagle Mountain, Central Park, Robots Rivet Town Studio Place, Epic, Rio dan Liberty Lane.
Menariknya, selain daripada ride di kawasan yang kering, korang juga boleh mendapatkan pengalaman water rides. Tidak hanya permainan, restoran bertema turut disediakan kepada pengunjung.
Ads
Jadi, sama-samalah kita tunggu pelancaran besar-besaran Taman Tema Genting SkyWorld yang akan memberi kepuasan dan keriangan berganda buat pengunjung.
Bila sebut rumah hantu, pasti peminat dunia imaginasi ini akan terkenangkan rumah hantu di Sunway Lagoon. Sentiasa mendapat sambutan setiap kali ia diadakan, hormone andrelin ketakutan pasti merembes setiap kali melewati spot-spot jeritan.
Jika di Sunway menggunakan “hantu tipu-tipu” dan sudah membuat orang menjerit, tapi rumah hantu di Japan, Super Scary Labyrinth of Fear memberikan pengalaman paling menarik buat peminat advanture ini. Ini kerana lokasi rumah hantu ini adalah hospital lama dan ada “hantu real” dicampur hantu tipu di dalamnya. Dek kerana itulah rumah hantu ini digelar rumah hantu paling seram oleh World Guinness Book Of Records.
Baca catatan dikongsikan oleh Zunita Ramli dalam catatannya dari Jepun.
Siapa peminat rumah hantu dekat sini?
Super Scary Labyrinth of Fear adalah rumah hantu yang terletak di Taman Tema Fujikyu di wilayah Yamanashi.
Dianugerahkan sebagai Rumah Hantu Paling Menakutkan di dunia oleh World Guinness Book of Records, ianya memerlukan pengunjung berjalan sepanjang 900 meter dalam masa 40-50 minit untuk keluar dari situ.
Berbeza dengan rumah hantu biasa, Rumah Hantu Labyrinth ini adalah seperti jalan sesat atau “maze”. Pengunjung boleh masuk ikut mana-mana jalan yang diingini, tanpa sebarang manual.
Rumah hantu Labyrinth ini sebenarnya mengambil latarbelakang sebuah hospital lama di mana hospital itu asalnya digunakan sebagai “human experimentation”.
Mangsa-mangsa dari hasil eksperimen itu membalas dendam dan membunuh semua doktor dan jururawat di situ. Tidak cukup dengan itu, roh mereka tetap tidak tenang dan menyebabkan hospital itu dihantui hingga ke hari ini.
Rumah hantu ini sememangnya direka secara terperinci. Pencahayaan, bau dan hantu manusia yang disolek dengan “special effect” adalah sangat real, ditambah dengan pengunjung perlu buka sendiri beberapa pintu menjadikan susana di situ amat menakutkan.
Tak cukup dengan itu, jururawat dengan muka yang berdarah-darah membawa kepalanya sendiri berlegar-legar, hantu yang tiba-tiba muncul dari entah mana dan pelbagai lagi efek menyebabkan hampir kesemua pengunjung yang keluar dari rumah hantu ini akan menjerit ketakutan. Tapi kan.. jangan terkejut dalam ramai-ramai hantu “orang” tu, memang ada hantu betul ye
Menariknya, di situ juga ada dijual seluar dalam (underwear) kerana terdapat banyak kes pengunjung yang masuk ke dalam rumah hantu ini keluar ketakutan sehingga terkencing dalam seluar! Oh my !
. #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terdapat banyak sebab mengapa Negeri Selangor merupakan destinasi yang ideal untuk pelancongan kesihatan, tidak hanya di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara.
Tambahan pula, rawatan perubatan di Negeri Selangor amat menitik-beratkan faktor kualiti perkhidmatan dan penjagaan pesakit.
Tidak dilupakan juga penekan terhadap prosedur keselamatan dan undang-undang kesihatan dan perubatan yang menjadi tunjang dalam industri ini. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang segmentasi pelancongan kesihatan di Negeri Selangor.
1) Aktif dalam Memperluas Industri Pelancongan Kesihatan
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang giat memperkasa segmentasi pelancongan kesihatan terutamanya di Negeri Selangor.
Terdapat 46 hospital di Negeri Selangor yang turut diiktiraf oleh pihak MHTC seperti Sunway Medical Centre, Subang Jaya Medical Centre, Hospital Thomson dan banyak lagi. Sehingga kini, pihak MHTC sedang giat menggerakkan usaha ke arah mewujudkan hubungan pasaran yang kukuh di rantau Asia Tenggara (ASEAN) dan Timur Tengah.
2) Penjagaan Kesihatan Bertaraf Dunia
Rawatan perubatan yang disediakan oleh pihak hospital atau institusi kesihatan di Negeri Selangor adalah setanding dengan negara-negara luar yang maju. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital-hospital di Selangor adalah berkualiti dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain.
Selain itu, para doktor dan Pakar Perubatan di Negeri ini juga terlatih dan berkelulusan tinggi, dengan rata-rata daripada mereka telah menjalani latihan di hospital di negara luar seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
KPJ Ampang Puteri
3) Kos Perubatan yang Murah
Bukan sahaja menawarkan rawatan perubatan yang berkualiti tinggi, namun ia juga ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
Sekiranya dilihat dengan lebih teliti, kebanyakan Negara mempunyai kos rawatan perubatan yang sangat tinggi. Oleh kerana kos rawatan di Selangor yang berpatutan, anda dan keluarga boleh melawat ke beberapa destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri ini sepanjang tempoh rawatan.
Avisena Specialist
4) Kenali Budaya Tempatan
Seperti kebanyakan Negara Asia yang lain, rakyat Malaysia juga antara yang sangat mesra orangnya. Perkhidmatan yang mesra dan suasana yang tenang menjadikan rawatan di sesebuah hospital atau Pusat Kesihatan menjadi lebih menyenangkan.
Selain itu, faktor perbezaan bahasa bukanlah penghalang untuk pesakit mendapatkan rawatan di Negeri Selangor kerana komunikasi dalam Bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas. Bukan itu sahaja, pesakit juga boleh mengetahui keunikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negeri ini.
5) Banyak Tempat Menarik untuk Dilawati
Negeri Selangor mempunyai kelebihan dalam sektor pelancongan kesihatan di mana bukan sahaja ianya mempunyai senarai hospital dan Pusat Kesihatan yang bertaraf dunia, Negeri ini juga merupakan destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dilawati.
Sambil mendapatkan rawatan di Negeri ini, anda juga boleh luangkan masa anda untuk terokai tarikan yang unik yang terdapat di kawasan sekitar seperti Sunway Pyramid, Pekan Sekinchan, Zoo Negara, Batu Caves, Taman Alam Kuala Selangor, Sky Mirror, Bukit Malawati, Miysui Outlet Park, i-City, Bukit Jugra, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah dan banyak lagi!
ReGen Rehab Hospital
Negeri Selangor sememangnya menawarkan perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti tinggi. Dengan adanya teknologi canggih masa kini, tentunya rawatan yang lebih holistik dapat diberikan kepada para pesakit di Negeri ini.
Anda boleh dapatkan rawatan perubatan yang diingini di 46 hospital yang berdaftar dengan pihak MHTC. Kualiti perubatan bertaraf dunia, mampu milik dan mudah diakses terus menjadi elemen penting dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang komprehensif di rantau Asia Tenggara.
Namun, adalah diingatkan kepada pelancong untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Kredit: Travel.Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerap kali kita jumpa pemandu kurang ajar yang memandu di lorong kecemasan kan? Rasa geram sangat apabila mereka tanpa segan silu memotong barisan sesuka hati.
Kalau sorang-dua yang mula, pasti dibelakangnya akan ada berduyun-duyun lagi makhluk akan ikut jejak langkah hina memotong barisan menggunakan lorong kecemasan.
Geram betul rasanya. Bukan apa, mereka secara tidak langsung akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Anda bayangkan, dah berapa banyak kes membabitkan kehilangan nyawa apabila ambulans tidak sempat sampai ke kawasan kemalangan akibat lorong kecemasan dipenuhi pemandu yang bodoh.
Tapi tak apa, Jabatan Pengangkutan Jalan dah buka satu hotline Whatsapp yang membolehkan orang awam membuat aduan dan kongsikan maklumat mengenai pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan lain-lain.
Anda hanya perlu Whatsapp butiran seperti laporan ringkas aduan anda, tarikh dan masa, jenis kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan dan gambar atau video ke 013-4498997.
JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan untuk memberi keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
Walau bagaimanapun, anda perlu diingatkan, bahawa pengadu perlu bertanggungjawab atas setiap aduan yang diadukan. Jadi lepas ni, kalau jumpa pemandu yang biadap dan kurang ajar, rakam video dan laporkan kepada JPJ. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...